Tuesday, 24 April 2012

kosong

lama tak membebel kat blog ni sebenarnya. banyak bercerita pasal food maryam jer. eh korang jenguk blog ni pon sebab food maryam lah kan.

membebel memerlukan masa yang lama, tempek gambar type-type bahan skejapan sahaja masa diperlukan. sebab tu lah hari-hari asyik food jer yang keluar.

walaupon suri rumah, nak duduk melepak depan lappy mengadap blog rasa sayang pulak masa. teringat kain berbakul tak lipat (lagi teringat muka husband kalau bab ni), teringat pinggan satu sink tak basuh, teringat habuk meja tak lap lagi. tapi orang tuu suka-suki jekan kate kita suri rumah dok goyang bontot jer. hamboih hamboih

kitew ade anak la nak kene jagakan
kitew ade husband la nak kene puaskan. eh

tapi mengadap fb tak rasa bersalah la. hahaha. sebab saya cakap kat husband, fb adelah satu-satunya medium saya nak berkomunikasi dengan manusia. selain maryam dan husband.

sekarang husband tak de. outstation. so saya banyakkk masa bila dia takde. boleh abaikan rumah tak berkilat. masak gitu-gitu jer. pinggan guna satu jer..kadang2 share ngan maryam


saya tak cakap kosong. bertapa nak jimat tenaga nya saya. memang saya share pinggan. =P

ok tipu. bukan nak jimat tenaga, tapi ni salah satu cara nak bagi maryam makan banyak. suap dia dalam pinggan kita, sambil makan, sambil suap dia, nanti berlari-lari la dia datang. ingat makan food kita la tewww

bunyik mcm best jer bila xde husband kan.

tapi tak.

rasa macam nak nyanyi lagu najwa latif jer

kosong..kosong..kosong

 (ok part tu je. past lain xde kene mengene ngan hidup)

kesepian giler takde husband. sebab tu lah ramai bini yang husband selalu takde kat rumah curang eh?

bukan masalah gersang. eh lagi. masalah bukak mata tengok maryam bangun tido tengok tv tengok maryam, bangun pergi toilet tengok maryam mengekor kat belakang, masak tengok maryam, petang begitu jugak masih lagi dengan maryam, mandi ngan maryam malam ngan maryam sampai maryam tido, maryam tido pon tengok maryam lagi jugak sebab lampu kat luar dah tutup takut dah nak kelar. esok bangun rutin sama. bosan nya!

xde orang nak bercakap. xde orang nak gaduh. tak de teman nak tengok tv. tak boleh merungut "u ni manjang tengok sport"

kalau nak curang agak-agak laku lagi dok? eh

bosan ah bie.

miss u

6 comments:

  1. muahahha..
    saya amat paham perasaan itew..
    sbb laki saya pun x dak jugak..bosan tahap cipan beranak kembar sudah sebati dgn saya ;p

    seb bek ada makcik2 akak2 sebelah umah nak ngumpat ke hape..ok gakla sebagai medium meluah perasaan gersang ;p

    ReplyDelete
  2. maryam pon mcm rayyan lah.. kne umpan letak mknan dalm pinggan kite, baru lah die bersungguh2 nak mkn..

    ReplyDelete
  3. ciannya umi maryam ni.. sabau sabau.. len kali gesek2 kaki hubby follow g outstation hehehehe

    ReplyDelete
  4. tapi net tak curang pun even hubby selalu outstation...it depends pada seseorang tu jugak...

    mcm tulah net rasa bila hubby hilang selama2nya..at least u hilang kejap jer pun...

    ReplyDelete
  5. Sabar ye esok walid maryam balik! :))

    ReplyDelete