Showing posts with label resepi butternut squash. Show all posts
Showing posts with label resepi butternut squash. Show all posts

Monday, 20 February 2012

menu lunch 2 beranak

semalam buatkan maryam sup ikan simple jer. makan dengan pasta.

 masa ambik gambar ni dah tumis bawang halia and dah masukkan cendawan dah pon..hehe. mak lupo. jarang lupo nak snap pic ni

bahan-bahan
ikan dory
1 ulas garlic hiris
bawang hollang dadukan
halia hiris
1 kaki candawan tiram carik-carik
1oz parsnip*
2 oz butternut squash* (ganti labu pon sama je)
zucchini didadukan*
celery stick
tomato
kidney bean (direbus)

*semua sayur bertanda (*) i dah steam dan frozenkan. so masak kejap jer campur akhir sekali

tumis bawang, halia sampai wangi. masukkan cendawa. masak sehingga masak, masukkan air , tomato, celery, ikan. masak sehingga gelegak, masukkan sayur dah disteam dan kidney bean tadi. tunggu gelegak. sedia untuk dihidangkan

sup ikan simple with mushroom, butternut squash, parsnip , kidney bean and zucchini


makan dengan pasta

ready to ngap~

lunch ummi. nasi goreng cendawan

nasi nampak kering semacam sebab bawang ditumis dengan minyak yang sangat minimum..hehe..kopok masak guna microwave

Thursday, 9 February 2012

swedish meat ball with cheesy sauce

meat ball with cheesy sauce,kidney beans paste, steamed brocoli and potato

ala-ala ikea giteewww..tapi versi baby..hehe

lama jugak ummi tak makan ni *hint*

bahan-bahan: resepi asal boleh refer kat sini

resepi meat ball

  • 3 sudu breadcrumb (saya bakar roti sampai keras, pastu blend kasar)
  • 1/8 cwan yogurt (resepi asal guna susu)
  • 2 ulas bawang merah cincang halus
  • 1 ulas kecik bawang putih cincang halus (yang ni saya tambah)
  • 200 g daging cincang
  • 1/2 biji telur
  • a dash of serbuk lada sulah (kalau baby xmakan pedas xpayah letak..resepi asal guna allspice tapi saya xde)
  • 1/8 teaspoon ground nutmeg(tak de tak payah letak)
  • 1/2 cawan carrot (tambah sayur bantu meatball kekal bentu. tambah nutrisi jugak)
1)rendam breadcrumb dalam yogurt lepas tu campur semua bahan..bentukkan bulat-bulat. simpan dalam freezer untuk kekalkan bentuk dia

bahan untuk kuah:
  • 2 sudu besar minyak (saya campur olive oil 1 sudu, unsalted butter 1 sudu)
  • 1 sudu besar tepung atta
  • 2 oz homemade stock (bagus kalau ade daging, tapi saya guna ayam jer sebab ayam jer ade) 
  • cheddar cheese
panaskan non stick pan masukkan minyak. masak meat ball sehungga perang. golek-golekkan supaya masak sekata. bila dah masak, keluarkan meat ball dan buang sedikit minya sehingga tinggal satu sudu jer. dalam oan yang sama, masukkan tepung attar dan kacau sehingga menjadi paste macam peanut butter. masukkan stock ayam sedikit demi sedikit dan sentiasa kalau supaya tak berketul..masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang kita mahu..masukkancheddar cheese, kacau sehingga semua cair

hidang dengan brokoli dan potato steam dan kidney bean paste

susun dalam pinggan bukan main kan..ni jer rupa sebelum masuk perut maryam..haha

menu dinner. jadi pasta with cheesy pumkin sauce and baked meatball pulak

cheesy sauce ade banyak lebih. so i panaskan petang, campur puree butternutsquash. pastu bakar meatball tu dalam oven.

saya tak guna daging cincang ramly untuk food maryam. kebetulan walid beli daging so i cincang sendiri jer. biasanya i guna daging batang pinang. sebab i tak de food processor *hint lagi yo!* i hiris daging nipis-nipis pastu i chop chop chop dengan pisau besar macam orang jual ayam guna tuh..agak gigih lah jugak. kalau ade food processor senang la kerja *hint lagi  dan lagi* haha..tapi fun la jugak. sampai maryam yang tengah tengok tv pergi jenguk kat dapo ape la ummi buat bising sangat. dia ingat i berjoget so dia ikut berjoget sekali. apa daaa...

meatball lebih saya simpan dalam tupperware. lapis2 dengan palstik wrapper tak nak kasi melekat. boleh guna dalam masa 4-5 hari..so hari-hari maryam bermeatball..haha

Tuesday, 7 February 2012

nasi goreng daging

 lama maryam tak makan daging. asyik ikan jer.

semalam buatkan nasi goreng daging untuk maryam. menu warna warni ummi suka. hehe

bahan-bahan

sedikit bawang merah dan bawang putih cincang
butternut squash (didadukan)
yellow zucchini
capsicum
brokoli floret
peas
telur kuning (lebih buat pavlova benyet)
daging dicincang
nasi beras merah+millet+quinoa+ beras putih dimasak lembik

tumis bawang dengan oolive oil sampai wangi, masukkan daging. masak sehingga masak, masukkan sayur. bermula dengan yang paling lambat masak (capcicum,butternut squash, yellow zucchini, peas) masukkan sedikit air supaya sayur cepat lembut. masukkan kuning telur. kacau sehingga masak. masukkan nasi dengan brokoli floret. kacau rata.


 colorful nasi goreng daging is ready to ngap
 tengahari, makan sambil tolong ummi 'mengemas'. makan sambil jalan-jalan banyak jugak makan.

 maryam's baked rice. nak panaskanuntuk makan petang, tabur cheese sikit. bakar sehingga cheese cair jer

 sama jer posisi maryam dengan gambar sebelum ni kan? dia memang macam tu..ikut jer mana orang pergi...dah jadi macam pari-pari ummi. bosan xde kawan eh? nanti ummi bagi kawan. eh

i'm sexy and i know it..i work out~! episode 2

semalam makan banyak. so dengan semangat waja konon nak cuba lari 3 km semalam. tapi 1.5km dah semput. 1m5 km lagi brisk walk jer. mak cik chinese sebelah i selamber sajor berlari 4-5 km non stop..

lunch semalam. ikan tenggiri masak asam pedas. resepi ambik sini. memang setiap kali buat asam pedas guna resepi ni.edit-edit sikit ikut resepi awoh. aish..rindu nye asam pedas awoh.

menu putih kuning merah

 maryam dah slow dah makan nasi keras, so i dah kembali masak nasi lembik untuk maryam 

nasi lembik ni campur 1 sudu beras merah+ satu sudu millet+1 sudu quinoa+ 2 sudu beras putih

millet ngan quinoa tu saya sangai kejap..pastu masak mcm biasa..letak air banyak-banyak sikit, kasi millet kembang sekembang kembangnya...

menu hari isnin maryam sup bening butternutsquash, yellow zucchini, dan parsnip

parsnip untuk 6 bulan ++. rasa dan bau sebiji carrot..manis-manis macam carrot jugak..ade rupa lobak putih sikit kan? tapi parsnip ni lagi gelap kaler dia. 

yellow zucchini. 6 mo ++ jugak..suka yang kuning ni..xrasa pahit macam yang hijau. tapi yang hijau pahit-pahit pon maryam telan jer. bagus itu budak


 butternut squash juga untuk 6++, rasa, kaler, texture sebijik labu..memang sejenis labu pon kan..i ingatkan rasa lain...very sama. i steam dua-dua nak compare rasa, hurmphh..memang sama..cuma butternut squash ni harga hampir 10 kali ganda mahal?

 bahan untuk sup bening

sedikit ikan bilis saiz kecik
sebijik lada hitam
bawang putih
bawang merah
sayur mayur 

masak ikan bilis, lada hitam, bawang sehingga menggelegak, kemudian campakkan parsnip. masakkan sehingga lembut masukkan butternut squash dan zucchini. masak sehingga semua lembut

sup bening kuning putih

makan dengan ikan merah grilled kunyit+halia +bawang merah+bawang putih

minyak lebih buat grilled ikan buat sauteed bawang holland dan capsicum. makan sekali. setapppp..wangi..hehe

 buat bekal for dinner, ummi campur jer semua jadi bubur


bawak bekal dinner sebab maryam nak pergi rumah zareef. zareef dah big boy. dah setahun dah. handsome pulak tuh

 mula-mula sampai dia tido, bangun jer tido bermaharajalela dirumah orang. haha



 ummi pon tumpang excited. naseb baek ade anak. cover line. haha

anak kawan husband, lebih kurang umur maryam, tapi bila sekolah beza setahun..comel..mulat mulat

ni jer gambar zareef paling clear? adoila camera man...gagal. gagal!