Showing posts with label prince court. Show all posts
Showing posts with label prince court. Show all posts

Sunday, 8 April 2012

food maryam dihospital

 mula-mula sekali nak mintak maaf ngan semua orang sebab ade yang susah hati sebab maryam. bertuah sangat maryam dikelilingi orang sayang dia dan mengambil berat pasal dia. huhu

masa hari rabu lepas, masa tengah main-main ngan dia tiba-tiba pegang badan dia rasa panas. eh? tiba-tiba demam budak ni. pergi ambik termometer cek suhu 38. 7. hoh. tinggi jugak. so petang tu makan ubat.

malamnya demam lagi. sponge-sponge bogelkan, tidur macam biasa. dia pon active jer macam tak demam. tersedar pukul 2. badan maryam panas giler. cek temperature 39.8. bila sponge badan dia, dia tersedar, bagi makan ubat. dia pon sambung main sampai lah pukul 5 baru tido balik. esoknya sedar, masih lagi demam. masih lagi tak turun-turun, suhu nak dekat 40. walid dia EL bawak pergi prince court. naseb baek lah doc sharmila forever available. buat appointment pukul 10.

doc kata ada nampak ulser dalam mulut dia. mungkin sebab panas sangat. masuk ubat bontot. turun sikit temperaturenya. tapi masih lagi tinggi. patang paling rendah turun pon 38.4. malamnya temperature makin tinggi.

ni first time maryam demam temperature tinggi sebenarnya. biasanya paling tinggi pon 38.8 pastu makan ubat terus kebah. ni dah la tinggi, tak kebah-kebah pulak tu. so cuak lah ummi ngan walid dia yang tak pernah handle anak demam tinggi melampau ni. tak senang duduk dirumah. so malam tu sekali lagi ke prince court pukul 1130 malam. kali ni memang siap-siap bawak baju. kalau kene warded senang.

tak jumpa paed maryam. jumpa doc kat emergency jer. dia nasihatkan masuk ward jer. tapi kalau nak balik pon boleh dia bekalkan ubat montot. sebab dok rumah pon hati tak senang, baik dok hospital bagi nurse ngan doc jaga kan?

so lepas tu berperanglah ngan maryam nak cucuk jaum masukkan ubat ngan drip tu. masa ni menyesal la jugak sikit pilih untuk stay kat hospital. kesian maryam kene cucuk-cucuk segala=(

malam tu terus temperature maryam turun 36. over kan. nak dok spital rupanya budak ni. tapi dia fobia. sebab dia kene kejung atas katil nak pasang drip tu. so dia fobia katil. menangis sepanjang malam. nak berdukung jer. bergilir lah berdukung ngan husband. tapi bila dah pukul 3 lebih i dah weng. sebab malam sebelumnya pon tak tidur. maryam pon tak nak sangat pon ngan i, so i tido, biar walid dia layam maryam. hihi

esok nya. maryam masih cranky. temperature dah normal. cuma tak nak makan. makan pon satu masalah jugak kat hospital sebab maryam tak makan garam gula lagi.

menu breakfast. menu ni tak pilih pon sebab baru masuk dia hantar jer.

semua benda diaatas ni maryam tak makan. so sape makan? ummi lah. heh heh heh. sedap pancake tu. i tak rase ianya sesuai dengan maryam sebab cukup rasa

pagi tu ornag f&b datang tanya menu dan makanan yang biasa maryam makan. i cakap kat dia maryam tak makan garam dan gula lagi so nak menu untuk baby 1y kebawah. dia cakap menu lebih kurang jer. blabla bla. i pon tak faham sebenarnya ape dia cakap. redha jelah makanan camane sampai, cuma i pilih texture ngan lauk pauk jer.


tengahari: bubur ayam. puree mangga, buah-buahan

bubur ayam tu tawar tak rasa apa dilidah ku kecuali rasa halia dan plack pepper. dia ade sediakan kicap kalau nak tambah rasa. semestinya lah maryam tak boleh makan kicap tu. dia makan la bubur ni 4 suap kut sambil main-main. tengahari mood dia dah ok. dah pergi main kat playground masa walid balik sembahyang. sebelum ni masuk playground pon dia tak nak.

minum petang: bagi budak minum milo? hayyoh. SEMUA ummi makan. haha. kuih tu tawar jer sebenaryan dia buat. tapi still letak garam gula.

tu jus epal manis leting. walid yang minum. kenapalah dia tak boleh nak bagi jus buah betul? kata ward budak kan? *eh banyak bunyik*

dinner: nasi lembik, ikan kod steam, sup ayam, puree carrot+ labu, jelly oren

ikan kod steam tu tawar, ade rasa minyak bijan.lulus!

puree i tak sure sebab rasa macam sedap semacam jer. hurmm..hurmm..tapi carrot ngan labu memang sedap dok?

sup ayam dia buat tawar, tapi still ade rasa luar la..maybe sebab maryam dah setahun lebih garam dah boleh bagi tak kuantiti sedikit. tapi masalahnye maryam makan macam baby lagi. so sup ayam tak lulus.

jelly tu tawaq hebeq..haha. nak sangat food tawar kan..cuma sos dia tu ade rasa manis oren dan parutan kulit oren.

semua makanan diatas maryam reject so ummi makan. hehehe

esok: roti

semua tak nak. awat milo tak boleh tinggal? macam la berkhasiat sangat. -____-"

makan la semulut roti. yang lain ummi makan!

tengahari: nasi lembik, ikan kod kukus, brokoli steam, sup ayam herba.

macam sebelum ni la. sup ayam ade rasa sikit-sikit. ikan kod tawaq. tapi brokoli rasa sos tiram daaa...so husband suruh basuh brokoli tu dengan air. dia makan la sesuap dua

dengan kata lain makanan kat hospital tu ummi jer yang makan. so ummi lah yang sihat.

esoknya ummi buat bubur simple giler campak-cempak jer.

beras+ 2 ketul ayam sekali ngan tulang+ halia sikit+ bawang putih sikit+ labu.

masak semua kecuali labu sampai nasi betul-betul kembang. akhir sekali masukkan labu. tunggu sehingga labu lembut, sedia untuk dihidangkan.



 walid yang suapkan sebab ummi masak. makan nak habis semangkuk!

nak ummi masakkan baru nak makan yer?

hehehe..sebenarnya dah lalu makan dah kut sebab dah sihat sepenuhnya



aksi malam tadi..kul 12 malam mintak roti. nak habis sekeping dia makan. kover balik tak makan beberapa hari. hahaha


rasa dah lama gila tak masak

husband dah teringin nak makan masakan bini sebab dah beberapa hari dok makan air tangan mamak jer=P  so dia request nak makan 'gulai darat ayam kampung' ayam kampung beli kat pasar tani shah alam pagi tadi.

dah agak lama dah tak buat, jadi call MIl tanya nak buat camane sambil menggoogle jugak. guna resepi kat sini

gulai darat ayam kampung

i tempek resepi kat sini untuk tujuan rujukan dimasa akan datang. enat aish setiap kali nak masak kene google pastu nak kene call mil. hihi

1/2 ekor ayam
2/3 biji kelapa (ambik santan)
1 sudu makan ketumbar*
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
sehiris lengkuas *
sehiris halia2*
sehiris kunyit*
 sudu makan kelapa goreng (kerisik)
2 sudu besar cili giling
1 keping asam keping
gula melaka (gula) secukup rasa
garam secukup rasa
budu
2 sudu besar rempah gulai darat 

blend bahan bertanda*, campur dengan rempah gulai darat, cili giling, kerisik. gaul dengan ayam dengan sedikit santan pekat. masak sehingga rempah masak dan pecah minyak (orang german panggil matti awah). lepas tu masukkan santan, asam keping, gula melaka, garam, budu secukupnya. 

rasa dah sedap. cuma kaler kurang menarik. next time kene tambah cili giling. hehe. yang penting rupa kan? =P

sungguh sedap dimakan dengan acar jelatah dan sambal lada kering sahaja.

ni salah satu cara orang masak gulai darat lah. ade jugak orang masak macam masak kari. tumis rempah 4 beradik dulu. saya suka ini version lagi.

dah selamat dah ayam-ayam itu jadi baja. hihi

nak tempek gambar maryam masa malam sebelum discharge. dia dah sihat dah sebenarnya. cuma doc suruh stay nak monitor je lah. sebab dia demam panas bila malam.

awal-awal malam tido. kumpul energy nak berjaga malam.

peluk bebear aunty baiti ngan uncle roch kasi. thanks babe susah-suah melawat maryam. maryam cranky pulak tu masa tu. hehe. banyak hadiah maryam dapat dari uncle roch ngan aunty baiti tahun ni. hadia birthday jer dah dua=P

bila orang dah nak bersiap tido dia bangun

memang xde rupa orang sakit kan? =P

memang dah tak demam dah pon masa ni


happy main ngan walid. phone ngan walid macam irama dan lagu. =___=

lepas tu walid tdo sebab ngantuk malam sebelum ni walid tak tido. mula-mula dia main jer dalam bilik, pastu bosan agaknya, ambik tudung i, suruh pakai, ajak keluar. nak main kat playground. sampai kul 1 pon dok main kat playground tu lagi. haih. anak. anak.

lepas tu i pujuk balik. banyi susu sikit terus pingsan. letih main.

i love u bie! *tetiba*

Friday, 6 April 2012

senang hati bila anak sihat ceria

tak nak dok dalam bilik. asyik nak keluar jalan-jalan jer

lampu tu mcm dalam cerita the cave of the golden rose je


playground pon tempat kegemaran jugak.



signature 


Thursday, 17 November 2011

kasih walid, kak maryam, hint *ehem*

all in one entry dan entry tempek gambar maryam banyak-banyak sebab lama rasa tak tempek gambar maryam. hehe

husband kirim keropok lekor kat kawan dia yang outstation kat terengganu. so dinner harini makan keropok lekor jer

kalau anda bijak bistari, cari maryam tersembunyi.=)

dinner simple-simple jer malam jemahat ni. simpan energy. ngehehe

maryam tak pernah ada rashes kat area nappy. lepas raya haji hari tu dia naik rashes area leher ngan nappy area. kat leher dia alhamdulillah hilang. i tak pakai kan baju siang hari, mandi kerap sikit and malam-malam pasang ekon. walaupon sekarang ni musim hujan kan. mak bapak kerekot kesejukan, anak rilex jer siap berpeluh dok dalam ekon pon.-____-"

nappy area mula-mula i letak cream yang i guna sejak dia baby. biasa kalau ade sikit-skit cepat jer hilang. pastu i mandikan dengan oat. i google die cakap membantu. mula-mula macam nak hilang dah sikit, tapi sebab lambat sangat hilang pergilah mintak ubat nappy cream kat klinik. klinik biasa jelah. 1st day pakai xde perubahan. i tunggulah kut-kut 2,3 hari baru berkesan. pagi tadi hari ke-2 la pakai kiranya. makin teruk i tengok rashes tu. maryam pon macam tak selesa. so i cakap kat husband masa tu kat office, dia cakap dia balik nak bawak maryam pergi klinik.

wahh gitu kan..baru anak naik rashes. padahal pagi tu dia ade miting. dia memang nak el harini sebenarnya bila i cakap rashes maryam macam makin teruk. tapi sebab dia miting pagi dan petang tak boleh la nak el. tapi untuk miting pagi tu dia mintak lah keluar ngan boss die. petang memang tak boleh skip. tengok tu maryam, walid sayang awak sangat-sangat tau. bila besar maryam kene dengar kata walid.

alang-alang dia balik i nak ajak dia pergi klinik adek kat shah alam. meyakinkan sikit dari klinik-klinik area sini. tapi husband cakap dari pergi sampai ke shah alam, baik ke prince court jer terus, jumpa paed maryam. bagus jugak, boleh tanya pasal maryam. susah benau nak makan. tensyen mak.

ni masa dia 9 bulan, 2 bulan lepas. berat 8.33 kg.

ni hari ni, 8.54 kg

alhamdulillah..walaupon makan sokmo berperang berat naik lah jugak 200g dalam masa 2 bulan. haha. and berat dia ok lah untuk umur dia. memang jenis dia kut. nak suruh ummi dia banyak kerja sikit.


anak manis ummi. sihat sokmo plis. maryam tak sihat ummi and walid risau

untuk aunty baiti ngan uncle roch jugak. rindu maryam eh? =P jom ah babe makan-makan!tapi tunggu gaji lah. sekarang sengkek

masa tengah tunggu husband bayar bill my mom call, dia tanya dok kat mana, i cakap dok kat prince court. bawak maryam jumpa doctor. dia terkejut ingatkan cucu dia sakit ape. bila i cakap naik rashes dia gelak and lega. haha. dia cakap, bila jadi mak ni baru tahu kan camane perasaan sayang seorang mak kat anak. anak naik merah-merah sikit pon dah tak senang hati. heheh. terpukul i. dulu i selalu cakap mak i tak sayang i. heheh. drama queen memang begitu.=P

hari ni jumpa dynas, suami dan anak dia. dia adalah sangat tinggi, bodu lawa, dan cantik walaupon tak mekap sangat pon. husband tanya i,

'u tak nak ambik gambar ke?'

motiffffff???!!!! dinas jer pon. kalau nara danish i nak. hehe. pastu buat menghilangkan keyakinan diri jer berdiri sebelah dynas.takpelah. terima kasih.

bercakap pasal keyakinan diri, tadi nurse yang timbang berat maryam panggil maryam KAKAK! adakah dia ingat i pregnant sebab i memang pakai ala-ala orang pregnant pon. deng!




walid and maryam

lunch kat nasi ulam belakang giant

selipar terlusuh. berusia hampir 3 tahun. masih sedap dipakai.

*hint*

Wednesday, 12 January 2011

perjalanan maryam part 3

episode: maryam!

dari ward i di tolak ke labor room. masa ni nervous jangan cerita. contraction masih lagi rase. sampai labor room salin baju. pastu doc datang untuk cucuk epidural.

epidural punya procedure adalah tak sakit langsung sampai i tanya.

"eh? dah siap ke?"

macam magic, lepas 15minit dah tak rasa dah sakit. call along ngan pok we suruh datang sebab i tak tahu nak bajet berapa lama kene tunggu bukaan ni 10 cm. sebab bosan dan tak sakit, dok dalam labor room tu, call husband, skype, pastu main fb. pastu nurse datang jenguk dia cakap,

"baik u tido. lepas ade baby sangat susah nak tido"

sambil gelak-gelak. bukan patuh dengan nurse sangat, tapi sebab semalam tak tido memang ngantuk pon. so i tido. bangun-bangun dah pukul 123o tengahari. dah rasa sakit sikit-sikit. epidural pon sakit jugak rupanya. i ingat tak sakit langsung.ngehehe. tapi sakitnya bearable la. bangun-bangun masih boleh sambung facebooking.=p

dah tengahari terasa la perut mula berkeroncong, panggil nurse.

"nurse, lunch kul berape?"

"eh, dia tak antar food lagi ke? maybe dia g antar kat watd kut"

food datang sekali ngan along. heheh. along ngan pok we aku suruh lepak jer kat ward. tp sebab bosan soh along datang teman. boleh borak-borak sambil makan.

Photobucket
lunch

lepas tu along cakap die ngantuk. suruh along balik ward.boleh tido. dalam pukul 3 nurse masuk. buat vaginal examination lagi. kali ni seluk dah tak sakit. epidural mungkin? die cakap dah 5-6 cm. wuhhh..dari pagi sampai petang baru 5-6 cm? makne nye nak kene tunggu berape jam nak cukup 10 cm ni?

tapi tak lama sebenarnya, pukul 4.15 nurse datang check lagi dah 10 cm! so dia pergi panggil doktor.

i pon call husband cakap nak push dah, msg kawan-kawan and family. sekali doc datang cakap,

"kita tunggu sampai baby betul-betul kat bawah. tak yah push lama sangat"

holohh. lame lagi ke? mase ni rasa ade pressure kat bawah. and pressure tu makin lama makin kuat. doc. seri cakap epidural dah nak habis sebenarnya, sebab tu rasa pressure tu. tapi bagus sebenarnya, kalau tak rase pape nanti susah nak tahu masa bila nak push.

masa ni 2 orang nurse datang ajar cara nak bernafas and nak push segala. dieorang cakap muka i tak nampak takut pon. mana nak takutnye, mase ni pikir nak push jer, nak tengok baby. masa tu bergerak macam lambat sangat.

pressure kat bawah macam dah makin kuat, doc. seri pon datang.

masa untuk berjuang!

2 kali push. kepala baby keluar. bila kepala dah keluar, badan baby keluar macam gelongsor jer. tak push pon. dengan darah-darah lagi doc angkat baby tunjuk yang baby tu baby girl. mase tuh terus sebut.

"maryam!"

maryam berdarah-darah lagi mase nurse letak atas perut sambil sedut something kat hidung maryam. maryam menangis mase tuh. and mase tuh i gosok-gosok maryam cakap,

'maryam, jangan nangis. ni mummy"

dia sangat kecik! masa tuh macam tak percaya yang baby ni keluar dari bawah tu. comei nye baby baru keluar. dan i tak menangis pon tengok maryam. cuma senyum and sengih sambil gosok-gosok, mood diawangan macam mimpi aku dah jadi mak weh!

ape yang doc buat kat *tuutt* aku pon aku abaikan. bila nurse ambil maryam nak bersihkan barulah rasa sakit kene jahit.

beberapa minit lepas tu nurse bagi balik maryam. first time breast feed maryam baru i menangis. huk huk. selama ni tengok orang jer breast feed. sekarang my turn!



Photobucket
masa fresh dari oven. baru lepas breast feed.

maryam masa first time breast feed lama sangat.dia hisap pastu berhenti, then nangis, hisap lagi. berhenti tido, pastu nangis nak lagi. perangai ni kekal sampai sekarang. haha. tapi maryam dah besar dah. isk. 24 hari jer baru. tapi dah lain sangat. jangan besar cepat sangat baby.

i meroyan bila dapat tahu husband kene g korea sebab tak boleh bayangkan bersalin sorang-sorang. kalau dah memang ditakdirkan bersalin tanpa husband tu ejas macammana pon still die tak sempat jugak nak teman.

tapi tak delah teruk sangat pon bersalin sorang. nurse adalah sangat baik and alhamdulillah semuanye berjalan lancar. kejap jer rasa proses nak push. tunggu sampai 10 cm tu jer rasa lama.sampai bosan tak tahu nak buat ape.

and ketusan saat-saat akhir nak epidural tu rasanya keputusan yang i tak akan pernah menyesal.ngehehe

THE END.

Saturday, 8 January 2011

perjalanan maryam part 2

episode: rahsia kejayaan.

first night kene tahan i tak tido pon. tutup lappy pukul 4. berusaha nak tido. tapi tak boleh tido. asyik fikir ape jadi esok? sakit tak nak beranak ni? and i rase potensi untuk diinduce or c-zer adalah tinggi sebab water bag dah pecah dulu. and setahu i, bila air dah pecah macammana pon dia keluarkan jugak baby within 24 hours. dan malam tu i seram sejuk.

tengok-tengok dah pukul 6. nurse masuk tanya dah ade contraction ke blom. mesin yang dia pasang tu tunjuk i tak de contraction langsung. semalam dieorang dah buat vagina test main seluk-seluk, bukaan sangat sikit jer lagi. nurse cakap doc seri call suruh induce jer sebab tak sakit.

'hoh. induce jugak?'

nurse sontot i ngan ubat berak, pukul 630 nurse yang sama dengan buat test semalam masuk.

"boleh saya masuk ubat sekarang?"

aku bajet induce ni die cucuk ubat. bab cucuk-cucuk ni mak terer. memang tak de hal. sekali kene seluk jugak masuk ubat tu dalam vagina. dem! tak suka la aktiviti ni time gersang ni. lepas masuk ubat dia suruh berehat, jangan bangun sejam.

sejam lepas tu contraction dah rasa sikit-sikit. bila dah cukup sejam i bangun ambik enset call husband. 4-5 kali jugak lah call baru dia angkat.

"yang, i bangun dah ni. i tengah siap-siap dah lambat"

i macam senyap kejap. ya allah laki aku. boleh tak i dah nak beranak dah ni. dah tahu bini sarat kalau bangun tido tengok ade 100 miscall mesti lah ade emergency. tak de maknenye i nak call u 100 kali sebab i nak kejut u bangun pagi. lagi pon sejak u pergi korea bila masa pulak i kejut u pagi-pagi? plus i dah antar msg semalam cakap dah kat hospital.

time-time tu jugak i nangis cakap dah kat hospital. nak bersalin.

lepas tu baru dengar suara dia cuak. hah. tau pon cuak. i cuak dari semalam lagi tau.=p

lepas husband tahu baru lah hati i senang. baru boleh breakfast dengan hati riang. mane aci cuak sorang-sorang kan? kene lah sama-sama cuak.

Photobucket
breakfast pagi tuh

pukul 830 dr. seri datang cek. seluk lagi. tapi kali ni dah tak sakit sangat. doc cakap dah 2 cm. dah boleh masuk labor room. mase ni i dah rase contraction. nk bergerak pon tak selesa. doc suruh siap-siap nk masu labor room i masuk toilet dulu nak kencing. masa kat toilet rasa contraction makin kuat rase susah nak berdiri. rase memulas perut nk berak yang amat sangat. masa ni i pikir betul ke i nak hadapi sakit induce ni. dah la sorang-sorang. so bila i keluar toilet i cakap kat doc.

"doc saya nak epidural"

ngehehehe.itulah rahsia kejayaan! =p

Wednesday, 5 January 2011

perjalanan maryam part 1

episode: rojak cendol dan prosperity.

petang tu along ade kat rumah. kiteorang merancang nak masak, tapi tak jadi sebab zac call tanya nak rojak ke tak. dah lama dia cakap nak bawak i pergi makan rojak kat situ. hari tu baru tercapai. tu pon tapau. so mintak dia tapaukan. 3 rojak 3 cendol. maka makan lah kami bertiga rojak dan cendol sampai berboyas.

sebab terlalu kenyang along dah malas nak balik bangi. i lagi suka. ade teman tido i malam tu. husband malam tu banyak kerja. so tak boleh nak berskype dengan dia. agak bosan malam tu. akibatnya tertidur pukul 103o baru bangun. chatting kejap dengan husband cakap terlalu mengantuk, malas nak skype ngan dia. so malam tu tak cakap ngan husband. chat sebelum tido tu jer. pastu kejut along (along tido kekenyangan makan rojak sebungkus sorang-sorang) masuk tido dalam bilik.

tengok jam, kul 11. mane pok we ni tak balik-balik. keluar rumah dari pagi. so call pok we suruh balik. tak tahu kenapa kecoh suruh pok we balik. biasanya tak pernah kesah pon pok we nak balik kul berapa. lepas tu tido balik.

kul 1230 tersedar. rasa macam 'terkencing' atas katil. dem! dah lama giler kut tak buat kerja kencing atas katil ni. dalam usaha nak bangun tu rasa air keluar sekali lagi. wadehek! kenapa tak boleh nak control air kencing ni?

bangun nak pergi toilet 'terkencing lagi depan pintu toilet. masa ni dah tak sedap hati. air ape ni? putih jernih jer tak hancing. dah la tak boleh control langsung. duduk termenung kat hujung katil. masa tu pok we dah balik. dia tanya,

"kenapa yah?"

"entah. rase tak sedap"

tak cakap keluar air sebab tak sure tu air kencing ke air ape. lepas along sedar baru cakap kat along.

"long, ade air tubek long, orang tak tahu air ape"

"die nak beranak doh ke yah?"

"belom rasenye, tak saket pon. maybe baby tekan bladder so tak boleh control air kencing"

masa tu tengah berdiri depan almari, tiba-tiba air keluar lagi. lepas 5-6 kali keluar baru lah call mak sebab dah tak sedap hati. mak cakap pergi jer hospital.

"kalau tu air kencing camane? malu lah"

tapi sebab makin kerap pulak air keluar, siap siap pergi hospital. barang dah packing. cuma satu benda penting jer tak pack lagi.

"we, laptop ore jangan lupa bawak. charger sekali" =p (mana boleh tinggal)

Photobucket
muka happy jer. tengah tension call husband tak bangun-bangun ni sebenarnya.

"bie, orang nak beranak la ni, boleh pulak dia sedap tido!"

jerit sorang-sorang je lah. sebab dia memang tak angkat fon pon malam tu. penat call.

huh. abaikan orang yang tak dapat dihubungi. kene pikir diri sendiri. tiba-tiba terfikir, kalau beranak malam ni tak sempat nak makan prosperity burger.

"we, singgah McD. beli burger sepam. boleh buat bekal makan kat hospital"



Photobucket
dapat gak maryam makan sebelum keluar. heheh

sampai jer kat emergency terus cakap kat nurse,

"i tak sure nak bersalin ke tak. tapi ade air keluar"

S.E.N.G.A.L. masa ni masih lagi percaya air tu air kencing. -__-"

Photobucket
diorang terus bawak pergi masuk labor room. powe ngan along teman masuk labor room. masih bersuka ria.



Photobucket
masa ni sangat rindukan husband. sebabnya kene isi segala jenis mak nenek personal details ni. biasanya kalau i sakit husband selalu ade, i tak pernah isi ape-ape borang pon(sebab saya pemalas). kali ni kene isi sendiri=(

nurse datang tanya nak stay ke nak balik. tapi dia cakap baik stay, boleh dieorang monitor. dah tu! lg mau tanya. so lepas tu salin-salin baju masuk ward. masa bangun dari katil tu tengok kat katil dah ade ade darah sikit-sikit. masa ni baru lah pikir,

'haish. nak bersalin dah aku. tak sempat hubby nak sambut maryam'



Photobucket
sampai ke ward pon tak siap-siap lagi mengisi tempat kosong and tanda tangan. banyak sungguh!

Photobucket
isi-isi lagi. eh. no ic husband berape? xingat.=p

lepas tu dia biar jer kami-kami menikmati masa-masa dalam ward tanpa ade orang sakit pon dalam ward. (sebab i pon tak sakit kan)

Photobucket

masih boleh online and makan dengan jayanya.

bila kul 3 along ngan pok we pon dah ngantuk. i suruh jer dieorang balik. datang jer esok. sebab i yakin i tak bersalin dalam masa terdekat ni. kesakitan masih yillek.

tunggu episod seterusnya.=p