Showing posts with label resepi yogurt. Show all posts
Showing posts with label resepi yogurt. Show all posts

Tuesday, 18 September 2012

food maryam semalam

 i adalah cemerlang semalam. eheheh

cemerlang sebab berjaya melipat setimbun kain. tapi kerja tak setel lagi sebab princess maryam dah amukan separuh jalan. kain dah siap lipat and kemas, tapi baju dia yang tak kemas lagi. susah jugak anak dara yang rajin 'mengemas' ni. kerja mak dok susun baju dia jer 3-4 kali seminggu. dah la mak dia ni 'rajin' bab2 kemas kain baju niT_T

mak buat kerja rumah ikut mood. kalau bab lipat kain. lipat kain adalah benda paling malas nak buat didunia. ade mesin lipat kain mak berlapar ikat perut beli tau. ade? ade? kalau datang mood malas lipat kain, maka penuh lah katil maryam dengan kain=D tapi semalam datang mood rajin dengan dapat suntikan semangan from husband.

suami memang memainkan peranan penting dalam perubahan mood dan hormon bini kan? kalau cakap baik-baik beserta ciuman dan pelukan insyaAllah hajat akan tertunai. ekekekek. walaupon mintak lipat kain jer pon. hahaha.

apelah masalah bini. lipat kain pon kene laki merayu kan. again. salahkan hormon. =D

i tak de idea nak update blog. tapi nak update jugak. ade request (wah request. dah macam retis) nak tengok food maryam masa lunch. lunch untuk budak-budak setahun ke atas yang masih belum kenalkan garam gula, bahan perisa, msg dan sebagainya. sebab i dok tayang breakfast jer. bukan tak nak tayang, gambar berlambak ambik, tapi akhirnya simpan jadik pekasam tak update. lagipon simple sangat jer pon food maryam. dan menu sama jer dok ulang. buek malu jer masuk blog. tapi akan diusahakan, nanti i akan kumpul letak dalam beberapa entry dalam masa terdekat. tapi dok janji. tunggu mood rajin datang. (salahkan hormon lagi. =D) ni food semalam.

breakfast: lempeng labu

kacau jer sekali telur, tepung atta, labu steam yang dilenyek. masak atas pan letak sedikit minyak. maryam kalau labu buat sayur dia dah macam kureng suka dah. dia lagi suka sayuran hijau. macam sayuran berdaun or brokoli. kalau buat cucur ke lempeng ke, ok la dia makan.

snek pagi. friut salad dengan yogurt

ade yang bertanya pasal yogurt ape yang i guna untuk maryam. i guna full fat natural yogurt jenama Fram fresh untuk maryam. jenama ape pon boleh asalkan dia bukan low fat (budak-budak memerlukan lemak-lemak tu untuk tumbesaran), takde apeape penambahan gula, preservative, perisa. selalu-selalu lah check lebel bila membeli belah. tapi malangnya dekat pasaraya yang selalu i pergi biasanya farm fresh jer memenuhi ciri-ciri. jenama lain macam nestle ke, kalau botol kecil tu memang dia tambah macam-macam walaupon plain xde perisa, pastu kalau bekas besar tu ok, cuma dia low fat. if terdesak tempat takde jenama farm fresh ni ok lah. kalau area kl-selangor ni biasanya ade jer faram fresh kat giant, mydin, jusco, cold storage. tesco jer mak jarang jumpa. setakat ni i guna farm fresh jer lah. kalau takde yogurt ni, habis stok ke ape, tak makan yogurt la maryam sekejapan. i pon makan yogurt ni memandangkan bekas dia besar dan bila dah bukak tahan seminggu jewww. sebab tu la mak lemak bercream disukai ramai. eh

sudu nenek maryam kasi

ni sudu tupperware (betoi dak eja cam ni?) ni adalah first sudu yang dia berjaya guna untuk masukkan food dalam mulut. masa mula-mula belajar makan dulu lah. 

lunch maryam

ikan sardin grill dengan sayur tumis bayam. 

lunch maryam kebanyakan hari ninya macam ni jer. heeee. dia suka ikan. kalau masak macam ni dia boleh marah-marah masa makan sebab lambat suap. =D

senang kan jaga dia. kalau mak dah tak de nanti ade sape-ape nak jadi mak tiri maryam? eh eh eh

Thursday, 15 March 2012

kek pisang yogurt

 kisahnya maryam reject pisang+ yogurt. maybe sebab pisang terlalu masak and mashed hancur sangat. hihi

so ummi guna pisang tu buat kek pisang lagiiii..excited buat kek pisang sebab menjadi. *ehem* orang jarang buat kek yang tak bantat kannn.=P

smiley banana yogurt cake

kali ni lagi gebus. sebab tak langgar pantang. telur guna yang room temperature and tepung diayak

gebus kan. gebus kan. hehe

 sebab gebus kene upload 2 kali=P

resepi banana yogurt cake

(sama jer ngan hari tu, cuma kali ni buat separuh dari adunan hari tu, tapi pisang lebihkan)

bahan-bahan

1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan minyak canola
1/2 biji telur
1 biji pisang montel saiz besau
2 sudu besar yogurt

preheat oven 180 degreeC. blend telur ngan minyak sampai sebati. masukkan kedalam tepung yang dah diayak, gaul sekali ngan pisang and yogurt. bakar dalam masa 10-15 minit jer. sebab saya guna acuan kecik-kecik.

pisang kali ni tak blend. still jugak takdak urat. nak buat lagiii..nak try guna tepung atta and nak guna pisang ade urat pulak. busan la pisang montel.

Tuesday, 10 January 2012

beri- beri biru

 dulu breakfast lah masa masak yang paling tak payah pikir. letak jer oat atas dapur sampai masak. bila maryam bangun nanti letak yogurt campur dengan apa saja buah or puree yang ade dalam fridge. sekarang dia mungkin dah bosan kut dengan oat. buat oat porridge pon dia kureng.

 so..buat sementara waktu. babai oat~ kita jumpa lagi next week yer.

so sekarang pagi-pagi meroti, melempeng or menpancake.

simple yogurt pancake with blueberry yogurt sauce 

resepi pancake ni saya ambik kat sini. tapi saya ganti butter milk dengan yogurt. dan buang segala ingredients yang maryam tak makan lagi. dan ganti melted butter dengan olive oil. malas aihhh..nak cairkan unsalted butter. hehe

so resepinya begini

  • 1/2  cawan tepung atta
  • 1/2  teaspoon baking powder
  • 1/8  teaspoon baking soda
  • 1/2 cawan cecair (dalam setengah cawan ni saya campur 3/4 yogurt, 1/4 air biasa)-bole guna buttermilk/susu
  • 1 egg
  • 1 sudu besar olive oil
campur jer semua dan kacau sebati. tapi jangan kacau kuat sangat nanti keras.


hari ni resepi sama..cuma saya campur 1 sudu teh puree beetroot..

jadilah pink begini



maaf..pencahayaan tak cukup. dapur saya romantik pencahayaan nya.-_-"

 eh..tapi sama jer kaler bila masak..hahaha

tapi nampak la pinky-pinky sikit


letak yogurt dalam pancake ni sedap. ade rasa lemak-lemak masam. tapi harus diingat memanaskan yogurt akan merosakkan dia punya beneficial cultures. yang kita perlukan untuk probiotic tu kan...kalau panaskan lebih dari 120 degree F macam bakar ni, akan merosakkan live active cultures, tapi nutrient lain macam calsium dan protein masih ade..so maryam makan ngan yogurt fresh campurt buah jugak.

maryam makan dengan blueberry yogurt sauce
lenyek 5-6 biji blue berry, campur dengan 2 sudu besar yogurt. tabur fresh blueberry atas untuk maryam kunyah-kunyah

beetroot pancake with blueberry yogurt sauce

Wednesday, 30 November 2011

alamak!

 sebelum i merapu dengan lebih panjang, nak tanya semua mommies, kenapa kita bagi anak kita makanan homemade?

kalau i, sebab kita nak yang terbaik untuk anak kita. kita tahu ape bahan kita letak dalam food dia, dan mestilah kita pilih bahan yang terbaik untuk tumbesaran anak kita. dan juga nak suruh dia merasa air tangan kita. kan?

tujuan i share resepi i masak untuk maryam pulak as an idea untuk mommies yang buntu tak tahu nak masak ape. sebab itu adalah masalah i jugak. hari-hari okeh buntu.

janganlah pulak ade mommies down tengok menu maryam pelik-pelik, baby dia pulak makan bubur hari-hari. makan sup hari-hari. how i wish maryam nak makan benda sama hari-hari. tukar-tukar sayur ngan lauk jer. masak sekali sehari makan untuk 3 kali. kalau lah maryam nak macam tu, senang nya lah i. lagi banyak masa untuk beronggeng. hueh hueh

i have to masak macam-macam sampai pening-pening kepala, tarik-tarik rambut sebab my baby hanya akan makan makanan yang baru masak jer. tiada menu ulangan. jenis try and error, kadang makan banyak, kekadang makan sikit. walaupon menu sama.

memang lah seronok masakkan dia macam-macam. tapi i ni bukan rajin sangat. pemalas lipas. datang lah mood rajin sekali sekala tu seronok lah main masak-masak, datang mood malas terpikir gak, bestnya kalau masak pagi jer, maryam boleh makan sampai dinner..xpon hari-hari makan bubur campak-campak jer dalam periuk.

so mommies, kesimpulan disini, i pon kalau boleh nak masak bubur ngan sup jugakkk. sebab berbalik kepada soalan diatas, yang penting homemade, berkhasiat. tak kisah lah dalam bentuk macam mana. bubur ka, sup ka, bentuk love ka, lonjong ka, petak ka. yang penting baby dapat nutrisi terbaik untuk dia membesar. kalau dia dah agak-agak bosan tu, boleh lah variasikan. banyakkkkk resepi kita boleh masak, tapi bergantung kepada masa kita lah.

tapi kalau ade masa tak salah nak masakkan food yang lain dari biasa. 

berbalik kepada maryam ni, kalau dia sihat ok jer selera dia. makan jer semua. alhamdulillah tak memilih. tapi boleh tengok lah, kalau food dia suka excited la makan. happy gelak-gelak. kalau food dia kureng, makan jugak, tapi muka redha macam kena paksa makan.

sebagi mak, biasanya kita tahu selera anak kita macammana. tapi tak selalu yang kita teka tu betul. masalh i 2,3 hari ni tulah. semua makanan yang dia suka dia reject, buat pelbagai texture pon reject. i faham lah, sebab dia tak sihat. tapi i sebagai mak nak jugak cari food yang dia lalu makan masa tak sihat ni. perlukan makanan jugak kan nak lawan sakit-sakit ni biar cepat sembuh.tapi sabar banyak-banyak, teruskan mencuba insyaallah nanti Allah akan tolong jugak.

pagi i buatkan dia lempeng. dia tak nak semulut pon. minum susu jer as a breakfast. pastu i kasi ubat. habis ubat tu dia minum, tak luahkan balik setitik pon.

TING!

dapat idea. dah dia nak makan guna syringe, i blend halus-halus ala baby baru nak belajar makan lah. kut kut la nak makan
 1/2 black plum+ 1/2 pisang kaki + 2 sudu teh yogurt + sedikit air

(pisang kaki bila dah masak sampai lembik sikit sedap giler weii)

 maryam's first smoothies 
muka happy boleh makan makanan sedap tanpa perlu berusaha kunyah-kunyah. orang terus bagi masuk mulut. -____-"

maryam kata,lagi sedap dari vitagen
macam lah die pernah minum vitagen kan

dengan jayanya dia minum..syukur lah

lunch memang i masak macam nak bagi kat baby 6 bulan. blend cair.

nasi+corn+labu+ stock ayam

dia makan! banyak lah jugak. sampai burp. seronok nye lah rasa bila dia makan. petang bagi menu sama, and guna syringe jugak. TAK NAK!

haish haish

Sunday, 27 November 2011

bubur ala nasi goreng kampung

lama maryam tak makan ikan bilis, mentang-mentang dah banyak lauk dia boleh makan. lagi pon ikan bilis putih dah habis. balik kampung hari tu tak sempat nak beli. nak beli kat sini melampau-lampau harganya. jadi kali ni guna ikan bilis biasa jer. beli yang dah belah. (tanda-tanda orang pemalas lipas)

bubur ala nasi goreng kampung

 
bahan-bahan:
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih 
5-6 ekor ikan bilis (direndam nak hilangkan masin)-di cincang halus
2 pokok kangkung
sedikit hirisan carrot
4 sudu besar beras (campo 2 sudu beras perang, 2 sudu beras wangi)
2 mug air (lebih kurang. kalau nak lagi cair tambah lagi air)

cara:

1. tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis dengan olive oil sehingga wangi.
2. masukkan 4 sudu beras dan 2 mug air.
3. bila beras hampir masak, masukkan carrot dan akhir sekali baru masukkan kangkung.

siap~

i perasan, kebanyakan food yang maryam suka makan adalah food yang i suka. macam pasta, yogurt, pisang, labu,oat, tomato (tu yang palin obvious lah). maybe sebab sejak dalam perut dok makan food tu jer. kangkung pon i suka. (sebenarnya semua benda i suka. *ehem*) dan pernah jugak masakkan maryam kangkung dia makan. sejak demam haritu dia tak lalu sangat makan, tadi beli kangkung kat pasar tani, buatkan dia bubur kut-kut dia suka. alhamdulillah, banyak lah jugak dia makan masa lunch tadi. walid yang suapkan sebab ummi tengah masak lunch. bila ade kangkung teringat nasi goreng kangkung, tapi untuk maryam, buat bubur 'goreng' kampung dah lah. hehe

ni untuk breakfast maryam pagi tadi

banana+ acocado+apple sauce+ yogurt

Tuesday, 22 November 2011

lempeng pisang beryogurt

ni adalah resepi yang sama dengan resepi yogurtlicious pumpkin pancake, cuma tukar kepada pisang mas. beli kat giant weekend hari tu. seikat ade dalam 10 biji rm 1. 35 sen sahaja. so sape kate maryam makan mewah? hik hik

 bahan-bahan

1 biji telur gred B
1 sudu besar yogurt
1 biji pisang emas
1 sudu teh puree kurma
1/2 sdu unsalted butter
1 sudu besar tepung atta 
(kalau takde, guna tepung gandum bisa jer, tapi teppung atta lagi banyak nutrisi dia)

lenyek-lenyek, campor,campo, kacau-kacau, sampai jadi macam kat bawah ni

important note: Heating yogurt to high temperatures destroys the beneficial cultures. If the temperature is higher than 120° F, as it is in baking, the live active cultures will not survive, but the yogurt will still provide valuable nutrients such as calcium and protein.

tara~~~~
 patu masak atas non stick pan, nak letak butter sikit pon boleh

siap di masak. *ehem* terlebih masak sikit. hiksss

eh? kenapa hitam ummi? =P
baby ni macam kita jugak, if bagi something yang dia tak biasa, maybe dia kurang makan sikit. dulu kalau bagi jenis mash-mashe takde texture keras or ketul-ketul sure dia xmakan banyak. tapi sekarang dah pandai dah makan benda macam ni. sebab dah bagi banyak kali kut.


dah lama tak bagi dia ber-baby led weaning sebab dia tak nak. lagi suka orang suap. i takut dia hilang skill.huhu. bagi jugak sikit-sikit



khusyuk makan


 mesti walid pelik kan anak dia behave sangat makan. haha. maryam sekarang dah jarang dok dalam baby chair ni..nak tahu sebab ape?

asyik dah berdiri jer dalam baby chair!