Showing posts with label 8 bulan ke atas. Show all posts
Showing posts with label 8 bulan ke atas. Show all posts

Wednesday, 18 July 2012

pisang

 maryam kalau masuk giant tempat buah-buah tu macam masuk syurga lagaknya, semua benda dia teruja. dia adalah sangat suka makan buah. apa-apa buah pon jalan. tapi ade unsur favoritism la biasanya kalau pilihan banyak depan mata.

pergi giant hari tu mintak buah pisang ngan walid.

baru lah ummi perasan. eh. lama dah jugak maryam tak makan pisang. walid ambik jelah. baguslah mintak pisang dari mintak jajan dok?

esoknya untuk snek pagi ummi buat fruit salad

gaul jer pisang, limau dan anggur dengan yogurt. dia korek ambik pisang dulu. lepas tu anggur. akhir sekali baru lah limau.

hari ni untuk breakfast ummi ingat nak buat roti bakar jer. (hahaha..dasar ummi yang rajin!) tapi walid tak beli roti la pulak kat bawah semalam. habis katanya. nak tak nak kene berusaha lebih. paling senang lempeng la dok? haha.

sebab masa tengah masak maryam dah bangun dia ke dapo mintak nak makan terpaksa bagi pisang dulu sebijik.

 lempeng pisang kismis.

pisang emas 4 biji
kismis hitam suka hati
2 sudu tepung atta

lenyek pisang, gaul kan dengan kismis dan tepung. tak perlu tambah air. terus masak atas pan dengan sedikit minyak.





lepas ambik gambar sekeping dua. i biar jer dia makan sorang. mak ade hajat yang perlu ditunaikan. sebelum sempat menunaikan hajat, (=P) dah datang cakap ,

" nakkk..nakkk..nak.."

keluar tengok waaahhhh..dah habis sebijik!

dia ambik pinggan cakap nak. tak cukup . haha

harus lah mak happy kan. terus lenyek pisang lagi 4 biji. buat seround lagi. hajat dah tak tahu kemana dah


 lempeng pisang kismis penuh kasih sayang dari ummi

Monday, 7 May 2012

step by step: lasagna alfredo

 ni food kegermaran maryam buat masa ni ni. kalau buat ni mesti laju jer tadah mulut, cepat jer habis. hari tu buat 2 hari berturut-turutpon laju makan..heeee. suka mak sebab senang.
 
Lasagna alfredo



Bahan-bahan white sauce:
1 ulas bawang putih
¼ labu bawang besar
1 sudu unsalted butter
1 sudu tepung atta
Cheese cheddar parut
Cheese parmesan parut
Serbuk buah pala
Air/susu

Cara membuat  sos putih:

1)      Cairkan unsalted butter.

2)      tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.


3)      Masukkan tepung atta, kacau sehingga membentuk paste


4)      Apabila sudah membentuk paste, masukkan air /susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan dikehendaki.

5)      Masukkan cheese  dan serbuk buah pala(tinggal kan sedikit untuk topping sebelum dibakar)

6)      Kacau sehingga semua cheese cair.





 

Bahan-bahan lain:
Lasagna sheet segera (direndam 1 jam sehingga lembut)
Bayam cincang
Isi ayam diperap dengan lada hitam

Cara membuat lasagna:

1) preheat oven pada suhu 180 degree C

2) masukkan sedikit white sauce kedalam ramekin. Lapis dengan kepingan lasagna. 

3) tabur bayam dan isi ayam. Kemudia curahkan sedikit lagi sos putih.

4) kemudian lapis lagi dengan lasagna sheet. Ulang langkah sehingga 2 lapis lasagna sheet.
5)atas sekali, curahkan sedikit sos putih dan tabur lebihan cheese parut tadi.
 
6) bakar selama 30- 40 minit.



done! 

selamat mencuba

*pssstttt: badan busuk bau bawang lepas penat-penat masak meh ler beli perfium dengan mak. click sini untuk dapatkan perfium original dengan harga yang murah

Monday, 30 April 2012

ber-couscos pula kita

couscous rendam dengan air panas sampai kembang
labu bakar- gaul dengan olive oil, garlic dan italian mixherb.
salmon bakar-tabur halia, bungkus ngan aluminium foil, lalu bakar dalam oven

lenyek-lenyek jer semua. tapi kulit labu buang lah. eheheh

siap lah couscous with baked salmon and pumpkin

Saturday, 21 April 2012

ade isi

pisang grilled cheese

lagiii

kali ni lain sikit sebab hari tu guna cheddar. pastu cheese masak sekali. ni cheese tabur je. pastu guna parmesan

grill pisang atas pan dengan unsalted butter, bila perang balikkan, tabur cheese. tunggu bahagian sebelah lagi perang, sedia untuk dihidangkan.

mak demam ramai buat spekulasi ade isi yer...macam u ols tak kenal mak. bukan setakat isi, lemak-lemak selulit semua ade ni ha.. *gegar2*

tak dok lagi lahhh..tapi doa-doakan!

hehe

Monday, 2 April 2012

ladna


 menu jumaat lepas. semua orang makan ladna jer sebab ummi penat susun atur rumah. haha

 angel hair ladna maryam

menu simple bangat..tah sangka dia makan banyak giler


bahan-bahan:

1 ulas bawang putih hiris
bawang holland cincang
isi ayam cincang
capsicum
peas
carrot
daun sup
stock ayam
pasta
1 sudu teh tepung jagung bancuh ngan sedikit air
*sedikit serbuk lada sulah kalau baby dah makan

cara:
1) tumis bawang dengan sedikit pure olive oil. masukkan isi ayam bila bawang sudah wangi. kacau sehingga ayam masak.
2) masukkan sedikit air dan stock aya. kemudian masukkan carrot dan capsicum.
3) bila carrot dan capsicum sudah lembut masukkan peas, dan daun sup.
4)akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung..kacau sekejap.masukkan angel hair yang sudah direbus lembut. sedia untuk dihidangkan.

siap untuk di ngap~

i perasan maryam kalau buat clear sup cair-cair dia xberapa makan sangat, kalau buat mushroom soup ka, pumkin ka, corn ka, yang pekat2 makan pulok..so bancuh ngan tepung jagung ni kuah jadi pekat laju la dia makan..

sebab ummi adil dan saksama walid pon makan ladna. cara sama jer. cuma ummi ngan walid punya ade sos tiram, ade cili padi ketuk2..dan ade lada sulah manyak2. hehe


sebenarnya ladna ni menu wajib tiap-tiap minggu sebab senang. tak tahu maryam pon suka. ok lepas ni akan ade banyak kali lagi ladna ni keluar blog..muahaha