Showing posts with label rakan. Show all posts
Showing posts with label rakan. Show all posts

Monday, 10 June 2013

Get well soon adlina


Dengan anak-anak yang tido takde carseat tunpang kereta cikhani.

Kalau keluar ngan kawan-kawan I biasanya maryam akan jadi budak yang paling behave didunia. Sebab aunties dia memang pandai melayan. Semalam moody sikit sebab keluar masa nap dia. Pastu dia tido kejap2 kene kejut omaknye tak bawak stroller. Hehe

Semalam keluar tgk aunty adlina. Kedenggian. Biasalah ad, orang darah manis memang nyamuk suka. Semoga cepat sembuh adlina dan aiman!


Aunty ad muka sakit, so kita ambik gambar tangan je. Macam biasa, anak2 kene fokis lebih. Hehe

posted from Bloggeroid

Wednesday, 11 April 2012

capricciosa pavilion






masing-masing masih muda dan dangerous...hihi..tapi kalau dengan maryam semua orang terserlah sifat keibuan

cik hani, mommy penyayang maryam ditatang macam minyak yang penuh. 

cik lin, mommy forever clumsy..hehe..tapi boleh dah nak practice dekat doh tu =)

mok sa, mommy apa pon boleh asal kau tak menangis. haha

i?

ummi nyanyuk tertinggal food thermos tu semalam atas meja makan. huarghhhh tensyen!





Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 15 November 2011

lunchy lunchy lunchy

kawan saya datang rumah bawak ikan, cendawan, dan terung suruh saya masak. hahah

cendawan goreng takdak gambar. sambil goreng sambil bergossip sambil makan.



untuk lunch

ikan singgang
daging goreng
terung bakar
budu tempoyak

zek, u ni kaaannnnnnnnnnnn..saja sabotaj diet i

maryam cepat besar, ummi ajar makan budu pulak

Sunday, 30 October 2011

saya memerlukan mereka

seriously saya sangat ingin mahu memiliki satu compact camera. sebab tak larat nak mengusung dslr ni kalau keluar husband takde. deym u pencuri camera. curi camera hadiah beranak i. aku penat-penat beranak suka-suku sajor kamu ambik. sikalang i kene beranak lagi barulah dapat camera baru kut. urghhh!

sabtu lepas keluar dengan kawan-kawan. sebab nak jumpa aliah jugak. yang baru balik dari sambung master.


saya yak kenal auntie ni.macam tak pernah tengok jer. kata maryam

keluar makan kat nasi ulam belakang giant kinrara

wah maryam!

bila keluar dengan mereka-mereka ni i boleh berjalan lenggang kangkung

best kaN?! HAHA..tu jer gambar yang menari i malas nak ambik gambar sebab camera berat. huhu

kali ni, yang join acara breakfast (breakfast ke?) adalah ain, hazirah, aliah, zek. moksa.raja. lama melepak kat nasi ulam tu sambil buat bising kat situ sambil makan jelly bean.

kembali kepada title entry, saya sangat memerlukan mereka untuk buat saya ketawa macam zaman dahulu kala. ketawa sampai lupa, 'eh. dah beranak satu rupanya'. ketawa sampai lupa, 'eh, kat kedai makan rupanya. ingatkan hostel'. huhu

setiap kali jumpa mesti ketawa sampai lenguh rahang. and mesti rasa macam malas nye nak balik rumah. haha

Monday, 26 September 2011

jumpa lagi next year adlina!

Photobucket
ade sapa-sapa terlebih duit nak sponser i pergi scotland?


Photobucketbaru bangun tido buat muka macam ni menggoda sangat lah!

kadang-kadang, bila tengok kawan-kawan yang masing-masing berlainan hala tuju dengan i, masing-masing sedang struggle membina masa depan yang cemerlang, masing-masing tengah menikmati hasil titik peluh sendiri ade jugak rasa terdetik dihati.

'betul ke keputusan yang aku buat ni?'

raya hari tu macam biasalah kalau pergi raya mesti ade jer soalan.

'dah kerja ke?'

'sekarang kerja mana?'

'kalau pergi kerja maryam sape jaga?'

dan diikuti dengan kata-kata

'tak rasa rugi ke belajar lama-lama pastu tak kerja?'

memang mendown kan semangat orang. takpon,

'jaga anak sendiri ni bagus sebenarnya. ade lecturer tuh, dia tak bagi wife dia kerja. suruh jaga anak kat rumah. tapi dia takpe lah, duit banyak tak habis nak pakai. kita ni?'

hurm... tak tahulah dia menyokong ke tak. macam sokong kalau lah duit belambak-lambak, yes boleh jadi housewife. kalau cukup-cukup makan pergilah cari kerja jer. as if kalau aku tak cukup makan aku nak pergi mintak duit dia jer. haish. takpon,

'cari lah kerja, masa muda-muda ni tak rasa, bila tua nanti baru rasa menyesal. lagipon perempuan kene ade pendapatan sendiri, kalau jadi ape-ape susah'

ni lah ayat paling menggusarkan hati. bila dengan memang akan down-se-down-down-nye. sebab i tak boleh nampak ape yang akan berlaku masa depan. maybe betul lah ape dia cakap. maybe tak. i nampak rasai jer yang jadi housewife bahagia sampai ke anak cucu. ade jugak lah yang sengsara di tengah jalan tuh.

macam-macamlah sampai kadang-kadang sekarang ni rasa dah malas nye nak berjalan pergi jumpa orang kalau kat kampung.

i jadi housewife bukan nye ade orang paksa.memang i yang nak. tapi kadang-kadang tu adelah datang mood tak bersyukur morale down. i memerlukan sokongan orang-orang sekeliling. penat-penat i membina keyakinan yang i sedang buat benda yang mulia, balik kampung runtuh macam tu jer.

orang akan cakap, 'bestnya jadi housewife, kalau husband i mampu i pon tak nak kerja.'

ape yang best entah jadi housewife.

boleh tido sampai tengahhari? dah lama tak tido sampai tengahhari. memang lah boleh bangaun lambat ataupon sambung tido lepas subuh. tapi nanti tak sempat nak mengemas. kpi suri rumah ni berdasarkan kekemasan rumah. nanti orang datang,

'apelah yanng ko buat hari-hari sampai nak kemas rumah pon tak boleh'

boleh blogging sesuka hati?

blogging pon sambil berperang ngan anak, sambil menyusu anak. kecuali malam, bila anak tido. tu pon berfikir, nak habiskan masa baca blog orang ke, nak lipat kain.

dengan rasa usaha tak pernah dihargainye.
dengan duit takdenye.
dengan rasa muak tengok kain setimbun, habuk, mop, vacuum. tu jelah kau hadap hari-hari.
dengan takde orang nak berbual pon. boleh jer pergi melepak or berbual dengan jiran. but then adelah nanti kerja terbengkalai. housewife rumah kene perfect. remember?
walaupon memasak adalah kesukaan kalau mengadap dapo hari-hari jadi jugak muaknye.
kita akan jadi super sensitif nak terasa macam-macam benda walaupon tak perlu terasa pon.
orang cakap pasal nak rumah besar aku yang terasa.
orang cakap pasal nak kereta besar aku rasa bersalah.


komen i tutup sebab tak nak baca komen,

'u patut bersyuku ade peluang besarkan anak sendiri. kalau husband i kaya i pon nak jadi housewife jugak jaga makan minum family'

komfem adenyelah komen macam tu.

bukan i tak bersyukur. bersyukur sangat-sangat maryam membesar depan i. bersyukur sangat-sangat ade hsuband yang masih mampu bagi makan minum walaupon i tak kerja.

tapi i ni manusia biasa jugak.

kalaupon i ni sangat yakin pon dengan keputusan i, kalau 10 orang datang kat i, 9 orang memperlekehkan keputusan i, goyah jugak. tambah-tambah dengan keadaan housewife ni bukan lah seindah yang disangka.

penat okeh penat.

bukan nye nak suruh 10 orang datang tu 10 orang menyokong i. tak cakap ape-ape pasal ni pon lagi bagus.

Thursday, 22 September 2011

nak kuruih bukan nye senang

haih..penatnye lah diknon...nak menguruskan diri. sampai sakit badan ni hah. tapi saborlah, orang kata alah bisa tegal biasa (akak malas nak google..betul ke tidok peribahasa ni? dok non paham-paham sendiri lah!). lama-lama karang tak sakit la badan kalau dah bersenam hari-hari. hari ni pon ahkak dah rasa idok lah hazab mana nak membakar 200 kalori tuh.

hurm..tapi tu lah..nak menggemuk nye karang bukan nye susah. ahkak ni tak target banyak, ahkak nak berat 60 kilo jer. bukan nak kurus sangat. hajat dihatinye, biarlah berat berjaya turun 60kilo sebelum buat anak baru. eh

hari ni maryam bergaya ala-ala model katanya. model ambik gambar tak boleh senyum. baru komersial katanya.

Photobucket
baru baru cik hani beli kat kk. dah gayamaxi dah tshirt. haha. boleh simpan dulu. pakai bila muat nanti

Photobucket
ahkak ni kata jer guna dslr, tapi setting auto. bila gambar mengadap matahari ni terus gegirl buntu dan keliru tak tahu nak setting ape

Photobucket
last-last tukar angle. model ubat batuk cap ibu dan anak sangat

Photobucket
marinara for husband. ade kawan ahkak mintak resepi marinara. akak ni resepi bukan tetap sangat, main campak-campak katenye, ni yang akak buat malam ni lah ye, masak untuk sorang makan jer. untuk husband. cek cek cekedout~

angelhair marinara hot and spicy

angel hair 1 orang makan direbus
1/2 labu bawang besar saiz kecik cincang
2 ulas bawang putih cincang
6 ekor udang (boleh nak campur pelbagai jenis seafood pon)
1 biji tomato cincang
2 sudu besar puri tomato
1 sudu sos tiram*optional
1 sudusos cili*optional
2 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)*optional
1 sudu teh italian mixherb
gula garam sesuka hati

tumis bawang dan cili padi dengan minyak zaiton sampai lembut, masukkan udang kacau sampai masak. masukkan tomato, tomato puri dan semua jenis sos. masukkan italian mixherb, perisakan dengan gula dan garam. sesusah masak dan menggelegak dan secukup rasa, tutp api. masukkan angel hair yang direbus aladante tadi. kacau sekata, masuk pinggan makan.

Photobucket
angel hair dengan marinara sos katanya.

selamat menjamu selera~

Tuesday, 23 August 2011

berbuka puasa di maeps



hari sabtu lepas berbuka puasa dengan geng-geng husband. housemate dari utp sampailah kerja masa zaman bujang-bujang. berpecah bila sorang-sorang dah kahwin. sikalang bukan musim sorang-sorang kahwin dah, sekarang musim lepas sorang-sorang tambah anak.







melangut sebab datang awal giler. organizer kene lah datang awal. -__-"



bau food mencengkam kalbu betul



mula-mula dapat table kat tengah-tengah, pastu mintak tukar meja tepi-tepi jer. snang nak handle kanak-kanak





tepi dekat ngan surau. senang!



millie ngan zara. pasal birthday zara tak buat lagi -___-"



antara yang awal sampai









zara nak jadi artis



arissa pon



sufi muka macam anak patung





joget lambak~



antara yang hadir: pesa masih solo, edy + millie+ zara (zarif tinggal kat umah), pot + dada (asha tinggal kat umah nenek), farah+ seroh+ arissa+sufi



tak datang: macha+nadia+naim+najwa, ody+ratna+adam+yuduf+noah+luth (ody ah juara, umur 29 tahun anak dah 4. kau ado? =p. and anak sulung baru 3 tahun ++. hebak ore klang. hehe. and poyo juga masih solo tapi coming soon.



para isteri masing-masing next year dah umur 29-30 tahun so para isteri sedang merancang next year nak pregnant secara berjemaah. haha. so next year makin bertambah lah baby-baby. kite bie? hehehe



ouh. pasal makanan. puas hati lah dengan bayaran RM 42.90 kut. food ade 200++ and yang penting ade kambing golek. puas hati tengok makanan la. makan nye sikit jer.



dengan ini saya umumkan, next year jangan berangan nak pergi makan buffet. next year gathering makan seafood.



Monday, 8 August 2011

best tau jadi saya

















Photobucket

hai, saya maryam.



harini. saya nak bercerita pasal saya dan kawan-kawan ummi pergi berbuka puasa di nandos.



Photobucket

ni semua kawan ummi. yang tiada dalam gambar aunty miezah. sebab dia yang ambik gambar ni. ummi ambik dalam fb dia.



Photobucket

ni lah ummi saya.



pergi mana-mana pon ngan nursing cover. mana saya masa ni eh?



Photobucket

ouh..cik hazi yang pegang.



Photobucket

saya suka kalau keluar ngan kawan ummi. nanti semua orang suka saya. rasa macam superstar pulak



Photobucket

ummi cakap, ummi pon suka. boleh makan dengan senang ade orang jaga saya. ummi saya tu makan je kan?



Photobucket



Photobucket

tu jer saya nak cerita. heheh



Photobucket

sekarang saya dah ngantuk lapar nak susu.



ummi selalu cakap, saya minum susu banyak makan tak nak. mestilah. sebab susu ummi best~

Sunday, 7 August 2011

orang tak puasa memasak untuk orang puasa


dimulakan dengan gambar budak orang suap makan pon menangismacam kene dera. yelah. yelah. tak payah makan. -____-"

husband tak ade ni memang i bercinta la nak masak kan. i dah masak sos bolognese secara pukal letak dalam peti bila nak makan tinggal panaskan dan rebus spaghetti jer. memang begitu kalau husband outstation. rajin kan surirumah ini? -___-"

dibulan puasa ni baru masak 2 kali. sekali masa along ade hari tu, masak tomyam (paste), goreng ikan, pastu goreng ikan masin. pastu tiba-tiba rasa tak masuk ngan tomyam so malam tu i makan nasi putih panas-panas ngan ikan masin jer. setap! (eh. sori orang-orang berpuasa. hakkss)

semalam kawan datang request nak makan ikan singgang. hehe. bagus jugak lah. i tak pro sangat masak ikan singgang. boleh prektis masak.
daging goreng, ikan singgang, terung bakar, budu, puding puan baiti. tq baiti. heheh!

si ikan singgang

si terung bakar

best sangat berbuka makan macam ni. (walaupon i tak berbuka lah kan). nanti sambut kepulangan husband masak macam ni jelah. nak bie? hahaha