Showing posts with label resepi bubur. Show all posts
Showing posts with label resepi bubur. Show all posts

Tuesday, 17 April 2012

saya sekarang seorang baby sitter yang hot. eh

 dulu saya tak dak kawan. kawan ngan barney yang boleh nyanyi ni jewww

*thanks ayoh ngoh ngan cik ngoh bagi barney yang sungguh besar ni*

i akan jadi baby sitter tak lama lagi. jaga anak jiran. kejap jer pong. mungkin 4 bulan jer. hehe prektis nak bukak nursery *koya lagi* sambil-sambil jadi kawan maryam jugak

last week ade sesi cubaan 1.2.3. nak tengok camano nak handle afeef ni

so masak kene double
 mangga yogurt oat.

feveret maryam. tapi afeef tak makan. so i blend manggo lassi kasi dia minum. minum la 2 sudu. so cakap kat mak dia, afeef tak nak makan la. terus zasss mak dia datang bagi oat+pear+pisang. nampak mangkuk dari rumah, xsempat suap dah nganga..pandai afeef ni. haha

banyak afeef makan. macam 2-3 kali ganda maryam. biasalah boy kan. kene energy lebih. makan pon kene lebih. tapi tak pulak gumuk-gumuk afeef ni..huhu

tengahari masak food selamat. food yang gerenti baby-baby makan. apo? bubur lah! haha nak tengok texture camane afeef makan sebenarnya

chicken butter porridge  

i kehabisan stock ayam sebenarnya. so i campak ayam sekali ngan tulang dan kulit sekali mahu kasi rasa

1 sudu besar butter
1/2 cawan beras wangi
3/4 cawan beras perang
seulas garlic
seulas bawang merah
sedikit halia
saur mayur (i guna corn, tomato, sawi

tumis bawang dan halia dengan butter(dalam periuk rice cooker atas dapur), masukkan beras ngan ayam, kacau2 kejap. lepas tu boleh la masak macam biasa guna rice cooker. air i guna 4 cawan (ikut kepekatan dan kelembutan yang anda mahu) bila dah nak masak campak jagung ngan tomato. bila dah masak, baru campak sawi, kacau-kacau kejap tutup api.

jagung tu i jumpa jagung manis cameron kat tesco. ade rupanya! sungguh excited. tapi mahal la sikit harga 2 kali ganda mahal tapi takpa lah asalkan setap maniss.huhu

ayam pulak bila dah masak, keluarkan, carik2 lah baby nak makan..huhu..kulit i tak suap..penambah perisa sajor.

 satu untuk afeef, satu untuk maryam

tak reti masak dalam kuantiti double lagi..so bagi i bubur ni kurang sayur. next time kene tambah sayur lagi

tapi masa lunch afeef mintak susu nak tido. so afeef menyusu, maryam makan.

suka la dia boleh rampas botol susu afeef masa afeef tido

lepas maryam makan, main-main kejap, mintak susu..dia pon tido sekali.

 lepas tu i pon join tido sekali. kah kah kah. bahagia jadi baby sitter macam ni

tapi maryam tdo sekejapan sajor..tu pon hari tu dah kira lama sikit dari biasa. petang tu masa maryam makan snek baru afeef bangun
 maryam snek pisang grilled cheese

pisang grilled dengan sikit butter tabur cheese

afeef nak dekat 4 jam tido baru bangun. bangun semestinya lah lapar. so panaskan bubur dia. homaigod..sedap nyelah menyuap afeef ni. ngangaaa jer xbanyak ragam. habis semangkuk penuh dia makan.

lepas tu afeef pon balik ke rumah dia (melompat dari pintu ke pintu pon sampai kalau kaki panjang. hahaha)

begitu lah cerita seorang baby sitter. ok jer bagi i. afeef tak banyak ragam pon. sebab dah besau. maryam lagi manyak songeh..ekekek..

ayam kampung goreng berempah dan sayur air untuk walid

menu simple sebab penat jaga budak.

konooooonnn..padahal hari-hari pon masak simple. haha!

kalau semua anak macam afeef beranak 10 pong xpe okeh!

eh..baru sekali jaga dah belagak..insyaAllah lepas2 pong afeef behave jadi good boy main baik2 ngan maryam okeh. boleh aunty join tdo gak petang. hihi

Wednesday, 11 January 2012

bubur ayam mc maryam

masa maryam tak lalu makan adalah masa paling malas nak masak..huhu..sebab nanti bukan dia makan sangat pon..hehe..kejis tak ummi?

tapi terpikir-pikir..apakah yang sedap dimakan dikala demam tiada selera makan? bubur yang sangat lembut panas-panas sekali hirup terus masuk tekak tanpa perlu usaha lebih-lebih setap kan?

BUBUR AYAM MC D!!

tapi sori sayang. mcD tak bagus untuk awak. so ummi buat bubur simple mcM. ok?

bubur ayam mc maryam

bahan-bahan:

 3 sudu beras (campur beras prang dan beras wangi)
air sangat banyak(saya banyak kali tambah air sebab nak bagi semua nasi betul-betul hancur dan lembut)
3 oz homemade stock ayam (resepi sini)
1/2 ketul peha ayam
1 hiris labu dipotong dadu
bawang merah (goreng dengan minyak canola oil) 
hirisan daun sup

campak beras, stock ayam, peha ayam dan air dalam periuk, masak sampai betul-betul lembut. bila dah hampir masak campak labu. bila labu lembut tutp api. siap! 

senangkan?? hehe..stock ayam tu dah sedap..so tak tumis letak bawang pon tak ape..kalau nak tambah pon boleh.


hidang dengan daun bawang dan hirisan daun sup

ni bekal maryam kiteorang nak pergi scott garden. mahu ke tesco.

letak panas2..campur semua bahan..tutup..bila nak makan aroma daun sup ngan bawang goreng tu dah sebati ngan bubur..bau dia setap sangat..ummi yang teringin nak makan

masa ni dia tak demam pon..tapi cranky jer manjang. moody.huhu

makan tepi garden


 sambil tengok fish

 amuk nak turun jalan. dah la tak bawak shoes. haishhh


alhamdulillah..bubur panas-panas and lembutt begini sesuai ngan seler demam dia kut..nak nak pulak makan tepi kolam sambil tengok fish kan..lebih 12 suap dia makan tenghari tu..

 petangnya cekci girl pergi swim. sebab letih swim, banyak jugak dia makan petang tu. haha

esoknya ummi nak kene masak dengan cepat dan pantas sebab nak bawak maryam pegi jumpa paed dia.masak resepi sama cuma campak jer semua dalam rice cooker..cepat sikit lembut..kene selalu kacau and tambah air bila dah pekat...2 hari berturut-turut dia makan resepi sama..gagaga..mestang-mentang maryam suka kan.


 maryam kene cucuk sebab nak test darah

mengadu sakit ke sayang?

memang betl lah budak sakit bila nak belajar something kan? maryam nak belajar belebey kut demam..kuat sangat dia bercakap lepas demam. keluar pon suka tegur orang..

good job maryam!

*ehem* saya bukan malaikat. tapi kalau awak nice, maka saya pon akan jadi nice. kalau awak macam haremmm..xnak lah jadi macam harem jugak..terserlah kepandaian.*ehem*

Friday, 6 January 2012

bubur lemak bayam

bubur lemak bayam maryam

bahan-bahan:

daun bayam merah (ambik daun jer..hiris halus)
1 sudu teh ikan bilis sangai blend (ikan bilis halus, xbuang pape, rendam 2-3 jam..keringkan, sangai tanpa minyak sampai garing. pastu blend)
1 ulas bawang merah(hiris)
1 ulas bawang putih(hiris)
2 biji lada hitam ketuk (kalau baby tak makan lagi jangan letak)
2-3 sudu besar santan
4 sudu besar beras (beras wangi+beras perang)

cara dia sangat senang. hehe..campak jer semua bahan dengan 2-3 cawan air (ikut nak lembik mana bubur tu) kecuali daub bayam. bila nasi dah bertukar jadi bubur, masukkan bayam, kacau-kacau sikit. tutup api.

 bubur lemak bayam is ready to ngap~

 boleh makan ummi? ke nak ambik gambar dulu? (ayat walid setiap kali nak makan. gagaga)

 uiii..susahnye nak makan guna sudu ni

 sedap la ummi..nyummmm~

 alamak..saya melayu lah...makan guna tangan jugak yang syiok

 kene makan ngan sudu jugak ke ummi???
 haha! ingat cute ah buat muka camni???

yes..saya rasa saya cute~

sebenarnya ni menu sama ngan menu ummi ngan walid. jimat masa dan tenaga kan..bahan sama jer ngan masak lemak bayam ummi ngan walid makan. tapi ummi ngan walid ade.....

 ikan rebus ngan ikan kering goreng

eh..tapi macam kurang sesuatu je kan???












semestinya sambal belacan! nyum nyum

Monday, 2 January 2012

zucchini and millet

first time maryam makan zucchini. err..ummi jugak sebanarnya. walid pon rasanya. kan bie?=P

organic hulled millet

sebelum ni, yang yang i tahu millet ni high protein, vitamin B, folic acid, calsium, iron. pottasium dan juga no gluten so dia sesuai untuk orang yang allergic kat gluten.bijiran yang baik untuk perkenalkan kat baby kan? tapi sebenarnya i pon bagus jugak nak amalkan makan millet ni, sebab millet good source of magnesium. magnesim boleh kurangkan kesan asthma, migraine, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. semua penyakit tersebut ada dalam darah-darah i ni..so i kene masak lebih sikit tumpang makan sekali ni. hehe


hari tu buatkan maryam bubur campur millet, zucchini , corn dan daging.

2 sudu millet + 2 sudu beras wangi
stock daging
daging
1 ulas bawang putih
sedikit bawang besar
hirisan zucchini
1 oz puree jagung

tumis bawang dengan pure olive oil, masukkan stock daging, daging, 2-3 cawan air, millet dan beras. masak sehingga betul-betul kembang. tambah lagi air jika perlu. bila hampir masak masukkan zucchini dan jagung

i sangai dulu millet. lepas tu baru masak.

memang sedap millet ni. wangi.

masak sehingga millet tu pecah dan lembut


bubur daging with millet, zucchini and corn is ready to ngap~

for ummi nga walid, ikan siakap sweet sour.=)

guna zucchini dan sayur-sayur segar dari cameron.

Sunday, 27 November 2011

bubur ala nasi goreng kampung

lama maryam tak makan ikan bilis, mentang-mentang dah banyak lauk dia boleh makan. lagi pon ikan bilis putih dah habis. balik kampung hari tu tak sempat nak beli. nak beli kat sini melampau-lampau harganya. jadi kali ni guna ikan bilis biasa jer. beli yang dah belah. (tanda-tanda orang pemalas lipas)

bubur ala nasi goreng kampung

 
bahan-bahan:
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih 
5-6 ekor ikan bilis (direndam nak hilangkan masin)-di cincang halus
2 pokok kangkung
sedikit hirisan carrot
4 sudu besar beras (campo 2 sudu beras perang, 2 sudu beras wangi)
2 mug air (lebih kurang. kalau nak lagi cair tambah lagi air)

cara:

1. tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis dengan olive oil sehingga wangi.
2. masukkan 4 sudu beras dan 2 mug air.
3. bila beras hampir masak, masukkan carrot dan akhir sekali baru masukkan kangkung.

siap~

i perasan, kebanyakan food yang maryam suka makan adalah food yang i suka. macam pasta, yogurt, pisang, labu,oat, tomato (tu yang palin obvious lah). maybe sebab sejak dalam perut dok makan food tu jer. kangkung pon i suka. (sebenarnya semua benda i suka. *ehem*) dan pernah jugak masakkan maryam kangkung dia makan. sejak demam haritu dia tak lalu sangat makan, tadi beli kangkung kat pasar tani, buatkan dia bubur kut-kut dia suka. alhamdulillah, banyak lah jugak dia makan masa lunch tadi. walid yang suapkan sebab ummi tengah masak lunch. bila ade kangkung teringat nasi goreng kangkung, tapi untuk maryam, buat bubur 'goreng' kampung dah lah. hehe

ni untuk breakfast maryam pagi tadi

banana+ acocado+apple sauce+ yogurt

Sunday, 20 November 2011

bubur beras perang bersama tofu, labu dan sawi: 8 bulan ke atas

saya bukan in mood mengupdate blog. pelik bin ajaib. orang kampung saya cakap 'unbelievable'. dah tuuuu, tak de benda menarik pon berlaku. melainkan hint saya hari tu diperkenankan. hikss..seronot. lain-lain takde lah menarik. so balik-balik i boleh update menu maryam je lah. haha

bubur breas perang bersama tofu, labu dan sawi

3 sudu besar beras perang
olive oil
1/2 ulas bawangmerah
seulas bawang putih
labu
sawi (saya ambik daun jer)
tofu

tumis bawang, masukkan beras dan air (dalam 2 cawan air). bila dah hampir masak masukkan labu. bila nak tutup api masukkan sawi dan tofu. boleh bagi kasi baby 8 bulan keatas bila dia dah makan tofu. SINI



siap~

ni food yang i masak hari ahad. ahad kiteorang tak kemana-mana. ade jempautan makan-makan jer kat rumah jiran. rumah kak nor. bila dah kenyang pergi rumah baiti ngan gee. jiran depan rumah. masa kat situ boleh la maryam main-main ngan afeef and aqeel.

masa kat rumah baiti, dia tengok afeef dah berjalan dengan lajunya dia tercabar kut. balik rumah terus boleh berjalan sampai 6 langkah. huhu.

sama jugak masa dia belajar berdiri and melangkah. dia tengok adik i yang bongsu tu berjalan baru dia tiru.

6 langkah lah maksimum dia boleh melangkah sekarang. tu pon takut-takut lagi. tapi dia excited sangat lepas boleh melangkah 6 langkah tu. macam bangga dengan diri sendiri. haha