Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

Wednesday, 14 March 2012

tak sempat

maryam meragam lepas demam. sangat sedikit masa yang ada, sangat banyak kerja rumah nak kene buat.

taufufa baby

organic soft tofu
kurma

rebus kurma dengan air sampai sangat lembut dan kuah memekat, ambik air rebusan kurma. makan ngan taufufa yang sudah di steam sekejap

sangat sedap ummi pon suka.

selamat mencuba~

Tuesday, 3 January 2012

maryam dan jagung

gambar arkib negara=P

ni himpunan gambar minggu lepas kut..daripada dok perap dalam latop baik kita perap dalam blog kan. first time maryam makan bubur jagung (feveret walid ni) dan first time maryam makan jagung ketoi. bukan makan sangat pon. saja ummi kasi nak soh maryam exercise mulut. 

 santan fresh, puree jagung cameron yang lembut lagi manis, daun pandan aunty gee yang baik hati=P

 masak sehingga menggelegak, hidangkan..eh, tunggu sejuk sikit baru maryam bleh makan

bubur jagung junior is ready to ngap~


 setap kan?=)

 ni pulak jagung steam jer..jagung dah cukup manis tayah berusaha lebih..letak planta or buter jer (kalau ummi ngan walid la, for maryam makan kosong pon dah setap)

 qc dulu sebelum makan

 i rasa maryam teliti orangnya. ikut perangai walid dia. (immi xsemengah=p) ni dia buang bulu jagung tu sebelum makan. kecik cenoet jer bulunya.

 ok, lepas tu baru boleh makan




 hasil first time makan jagung ketol..boleh la~=)



Friday, 28 May 2010

most embarrassing moment in my life!

tajuk tokse kaloh. ikut mat salleh hanyar. tp ambo nok tulis entry ni kuk bahaso klate. dulik la dop?huhuhu

nok cerito pasa pagi takdi. lepah smaye subuh tu duk kecek2 nga mek parah. "yang, kito nok make gapo eh pagi ni? takdop bendo nok masok dop?" mek parah pon jawab "u g beli roti cana la. i nok roti kosong 2".

amboi2. sedak nyo la dio oda. tak dop aroh la mugo dio ibu mengandung. keno la ambo g beli. pahtu pulok adik ambo tdo umoh ambo smale. br sapa dr kuching. so transit la dlu di umoh ambo ni.

pahtu g amik oda nga adik ambo pulok. "aku nok g beli roti cana ni. mu nok make roti gapo?" dio pon jawab "nok roti telor la 2 butir. kuoh kari deh" okkkkk. mugo dio tetamu tu gak. bereh blako.

lepah 2 ore tu oda, ambo pon masuk la bilik paka baju denga tukar seluar pakai seluar pendek poket byk tuh. pahtu ambo pon amik la hp kot2 la mek parah nok tamboh oda ko gapo blh dio tepon ambo. pahtu ambo pon tubik la. start enjin keto pahtu broommmmmm g lah ko keda.

sapa di keda tu ambo pon oda la roti kosong 3 butir ngan roti telor 3 butir. mugo nyo ambo nok make roti telo so, roti kosong so. capo nga hok demo ni oda takdi jd la 3kosong 3 telor. beley2 tunggu roti siap ambo pon tgk la tv. dale 15 minit gtu budok buat roti tu pon panggil "bang, roti dah siap". ambo pon kelih dale supik tu dio bubuh kuoh dal nga sambal jah. ambo pon oyat la ko budok takdi "dik, nak kuah kari sket blh?" dio pon bubuh la kuoh kari 3 senduk ko ambo.

pah doh siap blako tu gak ambo pon bwk la roti tu g kaunter. nok bayar la key. tokkey nok wak kelik sajo. buke keda tu pok ambo jd tokey nok ambik pree key? ambo pon oyat la ko bdk jago kaunter tu "bape ringgit eh? roti kosong 3, roti telur 3". dio pon tok tek tok tek tekey kalkleter. "8 hinggit sposen bang". pahtu ambo pon gaga la dale poket. duk gaga2 tu tiba2 dale ati ambo "sudooohhhhhhhhhhhh dohh la. tok igt nok bawok wallettttttttt" nyupoh banga ambo dale hati. bakpo la ya tebolah molek arini. buleh pulok tetinggal walet.

ambo pon bui ayat cover la ko bdk jago kaunter tu. "jap eh dik, wallet tetinggal dlm kete la". ambo pon nyok nyok g jale ko keto. meme tau doh dale keto pon tadop wallet sbb ambo takdop igt pon ambik wallet before tubik takdi. habih ambo kubey cari pitih dale keto tu. skalo byk jgk pitih ado dale tu. tp gak mugo 2 3 ari lepah tubik tok igt bwk touch n go, abih doh la duit dale keto tu wak byr tol. cari cari cari, ado la jgk pat riyal 55sen. demmmmmmm!! tok cukup jgk ni. takpo la pado tadop sen kurap.

g la ambo smula ke kaunter tu. oyat ko bdk tu "kalo roti telor 2 roti kosong 2 brapa dik? dio pon tek tek tek tekey kalkleter. "5 hinggit pat posen bang". ayyyaakkkkkk. xcukup nih pitih aku. pah ambo oyat smula "hhmmmm.. kalo roti kosong 3 roti telor 1 brapa? dio pon kiro pulok. "pat hinggit setengah bang" fuuuhhhhhhhhhhhhhh. lego tu gak ambo sero. ambo pon oyat pulok "ok buang la roti telor 2. saya nk 1 jer roti telor". so bdk hok jaga kaunter tu pon bawok la roti hok bukuh doh tu g tpt buat roti tu suruh bdk buat roti tu buang 2 roti telor. (bellit la plop sero ayat ni). lepah tu dio pon bui la ko ambo.

lepah bui pitih tu gak ambo pon cepat2 la lari g ko keto. start enjin cepat2 pahtu brrrooooommmmmmmmmm balik. malu nyo la adik kakok wehh. supo ore mitok sedekoh pon ado sero. doh la ore tgh rama kt keda tu. pahtu malu jgk ko bdk hok jo tebar roti tu. takdi demand nok kuoh kari la apo la. last2 siap keno bue lagi. malu2. sero po tokse g doh keda tu pahh2 ni.

pesanan utk mek parah: yang, u bo la oda roti cana pahni deh. i malah nok g doh keda tu. nok g keda lain malah mugo jauh. hahhahaha..

jadi pagi takdi ambo pon tokleh la nok make roti cana ko, roti telor ko. mek parah bakar roti jah la ko ambo. tu pon kulit jah ado. sedih molek sero. doh la nya tok tawar lasung ko kito. kelik pah kelik pah kito duk tengok dio make :~(

soooo moral of the story, please check everything that necessary before you left your house.

Thursday, 22 April 2010

sudah jumaat~

*dah edit tempek link resepi sikit*

selamat pagi semua~

hari ni bangun pagi dengan dengan perasaan malas kerana semalam tak boleh tidur. lepas tu tersedar pulak pukul 4 pagi dengan mata rasa segar macam dah pukul 6 pagi. tapi paksa jugak tido sebab sangat awal nak bangun. bangun-bangun rasa ngantuk tak puas tidur.

lepas mandi, prepare breakfast shake dulu sementara tunggu suami bersiap nak sembahyang subuh sama-sama. sebab 'terbolas' dan terkhayal di pagi hari, telah berjaya siram kitchen cabinet berserta lantai dapur dengan 300 ml air soya.

grrrr. kene mop lantai pagi-pagi.

dan akhirnya kene sembahyang subuh sorang-sorang jugak sebabnya kalau dia tunggu aku mop lantai berjanggut lah suami ku. tak pasal-pasal kene shave balik janggut. eh. merapu.

harapnya hari semakin baik hari ni.

mari melayan gambar-gambar dinner kiteorang semalam. semalam suami balik kerja awal. dia siap singgah kedai runcit dekat ngan rumah kiteorang pastu dia beli udang sebab nampak fresh. memang fresh udang itu.

sebab dia balik awal, aku tak sempat masak lauk pon lagi. tapi nasi dah tanak. takpe simpan dalam peti hari ni masak nasi goreng. yeay. senang. haha. nampak udang fresh itu terus cancel menu nak masak semalam. masak mee hailam guna udang fresh pon sodap. sonang pon sonang.

bihun hailam sebenarnya. bukan mee =p

bersama telur rebush~

RESEPI DISINI

mengiurkan bukan. hehe?

rindu pulak mee udang kat penang hari tu.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Wednesday, 21 April 2010

tukar link

*saya ade sepupu baru. lelaki lagi. family saya kebanjiran lelaki. sepupu baru anak cik yah. satu-satunya mak sedara belah abah. anak tunggal perempuan ade 8 orang adik beradik adalah sangat best*

http://makanan.blogspot.com/

ok. jangan klik. aku tipu jer. hahaha

hari-hari update pasal food je kan. kalo update pasal basuh kain or lipat kain korang nak baca ke? hahahaha..

so, baiklah update pasal food. =p

kalau saya tak happy, bila saya masak mood happy datang balik.

*tapi kalau menjadi lah. kalau fail rasa macam nak jadi hulk*


tapi dalam dok update food hari-hari. ade jugak yang tertinggal. ni menu hari buat cream puff. kenapa entah aku tak update. sebab takde mood kut.


suka sayur begini. tumis dengan bawang putih jer. pastu taruk garam. rasa manis-manis sayur tu sendiri. takde perisa lain. kalau ade lauk letak lauk sikit. tambah perisa.

ikan ni rancangan nya nak kukus. tapi kalau dah simpan 2 hari dalam peti tak best. tak manis dah. masak sweet sour lah jawapnya

balik-balik makanan jugak jadi modal.

ok. ni bukan cerita pasal food. semalam masa aku keluar, on the way balik rumah aku nampak kereta sebelah aku co-driver nya rambut panjang warna putih , ade jambang sangat panjang serabut semua kaler putih. baju pon putih. aku suruh suami tengok. dia cakap tak de pon. tak nampak.

adekah aku sorang je nampak?

ke dia saja nak takut kan aku?

masa kereta aku lintas kereta tu pon orang tu masih wujud dalam kereta tu. tapi aku dah tak rasa takut sangat dah. sebab nampak kening dia warna hitam. haha. pelik betul. tapi kenapa suami aku tak nampak.

sama ada mata die ade problem ataupon dia tipu aku.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

bukan semua cuba jaya berhasil~


kacang buncis celur dan timun cicah budu adalah terbaik=p

ape yang gagal nye?

ikan cencaru masak asam pedas.

*ni tak tumis punya resepi. kalau kat kelantan asam pedas orang tak tumis dan guna asam keping. tak guna asam jawa.*

semalam masa nak masak ikan ni terpikir nak masak ape. bosan lah asyik masak sumbat. so i ade idea nak buat asam pedas memandangkan bahan cukup.

tak pernah jumpa ikan cencaru masak asam pedas kan? yeah.ade kat dapo i jer.=p

nak potong dua ikan ni dah satu hal. 'jaket besi' dia tuh keras sangat. nak masak sekor-sekor tak potong panjang sangat pulak. sakit tangan aku nak potong ikan ni.

bila suami balik dia tengok aku hidangkan ikan ni dia buat muka.

"kata nak bakar?"

"bosan la bakar"

"mana ade orang masak ikan ni asam pedas"

'ade. i lah"

sebab isteri dah masak dia redha je lah makan. memang susah makan ikan ni bila buat ade kuah macam ni. rasa macam tulang bersepah-sepah plus dengan jaket besi dia lagi. menyampah rasa bila makan. nasib baik masa makan ade budu. so bila makan budu ni mood baik sikit.

*makan asam pedas dengan ulam cicah budu terbaik lah. hampir nak bertambah semalam. nasib baik tanak nasi cukup-cukup. kalau tak overdose dah semalam*

lepas makan. biasalah. ade sesi postmortem untuk nak improve makanan di hari lain.

"asam pedas ok. ikan yang tak ok"

haha. i pon rasa tak ok. lain kali jangan memandai-mandai.

kacang buncis dalam dalam asam pedas pon jarang jumpa kan. nasib baik aku tak letak carrot jer. hahaha

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

puding caramel

puding caramel paling gebus yang pernah di hasilkan. resepi yang baik haruslah di kongsi bersama.

resepi ni di google. lepas tu di modifikasi mengikut keperluan dan ke-availability bahan . macam biasa. modifikasi resepi adalah hobi saya.

lembut dan tidak berlubang-lubang ciri-ciri puding caramel pujaan hati saya.

cara tak nak bagi pudding ni berlubang-lubang senang sahaja. letak tepung kastard sikit dalam mana-mana resepi yang kamu google. memang terbukti berkesan. tapi kalau suka pudding berlubang-lubang tu tak payah la letak. tapi bagi aku kalo berlubang tak cantik. rasa sama saja. yang penting rupa. hehe lagi pon tambah tepung custard dia makin gebus.

puding 2 orang makan siap~

aku terus type resepi kat dapur sebab takut lupa resepi. resepi ni dah perfect bagi aku. tak payah di modifikasi dah. resepi di dapur saya.

buat sikit jer. muat-muat puding ni terbalikkan dalam piring. rasa comel pulak buat pudding kecik-kecik ni. lagi pon kalau buat banyak nanti makan pon banyak. hehe.

suami mintak cream puff sebenarnya. tapi cream puff tu leceh la. kene timbang-timbang segala. yang ni takpo. campak-campak, then blend sajor. tak perlu nak timbang-timbang. part yang agak leceh adalah buat gula hangus jer. semalam aku buat dua kali dua hangus. cubaan pertama keterlaluan pulak hangusnya. sampai bau pon dah pahit. tu belum rasa. hehe. membazir gula dua sudu.=p

kata-kata jari,

Fabulous.Farah


Tuesday, 20 April 2010

suami, izin kan saya...

mengahabiskan makanan mu~

*dah selamat masuk perut baru mintak kebenaran*


ni yogurt dia. yogurt aku dah selamat di dalam perut. yogurt ini pon juga selamat di perutku.

hehe. selalu macam tu. makanan aku,aku lah yang makan. makanan dia pon aku jugak yang makan. kat rumah ni kalau beli kene berpasangan. kalau beli 3 untuk aku. makanya 3 lagi untuk dia. tapi biasanya ape yang berlaku dia akan sempat makan satu jer. 5 lagi masuk perut i. tu pon kalau 1 tu dia makan sebaik sahaja beli. kalau simpan lama-lama dalam peti alamat nya 6 tu semua masuk perut ku.

tahu mengapa? sebab nye yang duduk rumah 24 jam adalah aku. aku lah dok menengok food tu. dia balik malam jer. petang kalau balik awal sebelum makan sempat lah makan benda lain sikit. tapi kalau dah lambat terus aku hidang nasi sepinggan kenyang sampai malam.

sebab tu lah aku selalu marah dia beli kerepek. jajan. coklat. dan sewaktu dengan nya. sebab nya nanti benda-benda tu berakhir dalam perut ku jugak. mana ku tahan hari-hari dok tengok berbulan-bulan kan. bila dah tak tahan, zass akan ku makan lah kerepek ubi yang pedas berminyak-minyak tu sampai habis.

"i beli bukan suruh u makan. kalau tak nak simpan lah. kalau rasa nak makan i makan."

hallo. bila u nak makan tu? tunggu expired?

haa. tak sempat expired. wife u dah selamat telan.

aku tengok orang yang kurus-kurus ni kebanyakan memang kurang lah makan. tapi sekali makan hamik kau. penuh sepinggan. sebab tu dia nampak makan banyak tapi kurus. sebenarnya tu jer meal yang dia amik. lepas tu dia tunggu masa makan lain pulak. dah tak de makanan sampingan dah.

aku pernah jugak try buat macam tu. tapi aku ni jenis yang cepat lapar. makan lah kenyang sepinggan nasi penuh pon, lepas makan sure nak makan lagi. jadi baik aku amik kuantiti yang kecik. tapi acap kali.

aku bukan gifted macam hanis zalikha. jadi aku kene berusaha keras sikit. kadang-kadang rasa menyampah wujud juga di dalam diri. baik tak payah bagi tips kurus macam tu. hehe. tapi ade jugak yang berguna. macam makan buah sebelum makan. tu memang sunnah nabi kan. tapi nya jangan lah makan PISANG!!!

KALORI dah berapa kan. kalau aku makan pisang jawab nya tak bernasi lah aku. cari lah buah-buah bercalori rendah sikit. tapi macam dia aku ajar badan aku makan macam-macam. aku diet pon tetap makan coklat. ais cream aku tak suka jadi jarang makan. kek-kek juga kurang suka. tapi masih makan. tapi aku suka benda lembik-lembik manis-manis macam puding. tapi kuantiti yang sedikit. sebab dalam islam pon kita dituntut untuk bersederhana kan. so aku makan jer semua. tapi sikit je lah. untuk kepuasan diri.

pastu sebab aku masak sendiri aku aku boleh pilih minyak yang aku guna. kalau western aku suka guna olive oil. kalau masakan melayu guna olive oil rasa pelik. adakah ini mind set sahaja? so aku tumis pakai canola oil. kalau menumis pulak cukup-cukup jer bagi bawang tu naik bau. tak delah melebih-lebih. tapi aku tak delah guna tips the biggest loser. spray saja minyak. yang penting bagi aku sederhana.

butter pulak memang aku haramkan wujud dalam peti aku. bialah orang cakap butter tuh bagi lemak-lemak sedap makanan pon. margarine pon lemak jugak. hehe. so, semua benda berkaitan butter aku ganti margerine. sebab bagi aku dia lagi ok. lemak sayur. butter lemak haiwan. hehe. dan aku kurangkan penggunaan santan dalam makanan. bukan tak makan terus. kalau teringin tu masak la jugak tapi jarang lah.

semua sederhana. sebab tu lah badan i pon sederhana jer. idok ler gemuk bebeno. idok lah kurus bebeno. gihihihi.

lepas tu breakfast wajib lah aku amik. sebab nya deria pertama yang berfungsi bila aku bangun tido adalah lapar. jadi lepas semayang subuh or lepas hai-hai bye-bye suami. terus shake. kalau tak perut berdondang sayang. untuk suami pon aku akan pasti kan dia shake. tapi kalau lambat bangun minum milo pon jadi lah. buat dia alas perut. shake tak memerlukan masa yang lama sebenarnya. nak minum shake tu yang lama sikit. milo senang la sikit.

ya allah..panjang pulak aku merapu. nak mintak kebenaran makan yogurt je pon~

tapi i tahu jawapan standard u,

' i dengan bini dok kiro mano"

kan??

guna yogurt buat breafast sebab macam nak makan benda pekat masam manis berbuah.=p

sonang jer, shake macam biasa. pastu tuang yogurt. tak blend yogurt ni, sebab tak nak bagi beri-beri ni hancur. sedap di kunyah. guna perasa vanilla.

*adeh. tak sedar serbuk lada ade di situ*

walaupon suka rasa-rasa spicy, dalam minuman manis masam bercream dan beryogurt idok lah rase nak tambah serbuk lada. sila jangan salah faham dengan gambar. itu hanya kesalahan seorang suri rumah yang lepas masak tak reti nak simpan balik di tempat asal.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah


meraikan sesuatu

aku pernah baca kat mana-mana or tengok tv (ni memori yang tak berapa penting suka bertenggek dalam otak. yang penting tuh senang pulak lupa), bercerita pasal budak-budak overweight. antara sebab yang aku ingat sebabnya parents suka reward-kan anak dengan makanan(apakah bahasa). anak dapat nombor satu belanja kfc (aku masa kecik-kecik dulu) birthday anak tentu-tentu lah parents belanja makan kan. parents rasa mereka buzy sangat tak dapat ganti masa-masa tuh, jadi dia ganti dengan food. weekend jer bawak anak jalan-jalan makan fastfood kegemaran. dieorang cakap ape salah nya weekend bawak anak jogging. abah saya bawak saya g jogging dulu. anak-anak memang di ajar jogging dari kecik. balik jogging makan nasi lemak bertambah-tambah sebab penat. gahaha

aku lah salah seorang yang dari kecik terdidik begitu. moto familiy saya, di mana ade family, di situ ade foodssss. hehe. sebab tu la saya sukaaaa food. sebab saya suka family =p

dan sampai sekarang kalau aku happy or meraikan sesuatu memang raikan dengan makanan

ape yang aku raikan?

*bukan baby ye. sabar yer aunty-aunty. ingat senang ke nak menghasilkan product berkualiti.ngehehehe*

meraikan aku berjaya sabar. tidak meroyan di kala dugaan datang mendatang. walaupon sedikit gagal. tapi satu peningkatan yang boleh dibanggakan!
dan sesuatu yang positive harus lah di raikan ok~

suami. lamb chop

isteri. ade percanggahan pendapat pada menu itu.

isteri gatal nak letak nama ' fettuccine aglio e olio with grilled chicken breast' . suami cakap letak jer nama 'pasta salad' sebab nya pastanya kurang. sayur jer lebih. tak nak. pendek.

tapi dalam gambar sangat jelas lah itu memang salad. ok i kalah!

saya letak 10 batang fettuccine. kalau tengok dalam the biggest loser, dia syorkan untuk orang jaga makan, jangan makan lebih dari 32 batang spaghetti. (ni aku tak ingat sangat. lebih kurang lah. see. memori aku kalau benda penting tak nak pulak dia save lelama.)bagi aku portion itu adalah sangat besar. husband aku pon sangat kenyang kalau makan 32 batang. lagi pon dieorang mat saleh. badan dieorang lagi besar. aku kurangkan jadi 16 pon sangat banyak bagi aku. tambah-tambah kalau dah letak sos or sayur segala.

he asked for more sayur. dia dah jadi penggemar sayur macam i. =)

tomato ngan shitakke mushroom tu aku grill sekali ngan kambing. sedap. sebab jadi ade rasa kambing. sebab sedap jadi masa tunggu suami pulang makan lepas satu-satu cendawan hilang dari pinggan. gahahaha

sayur-sayur lain ngan kentang aku masak dengan microwave jer. jangan menyusahkan diri kalo teknologi ade. haha. side effect teknologi kite pikir kemudian. =p

nota tambahan: aku tipu jer part meraikan tuh. melampau berjaya sabar pon nak meraikan. banyak lah aku kene rai macam ni. saja masak sebab nak habiskan stock ayam beli masa pok we datang hari tu. tapi suami tak makan ayam. terpaksa lah buat macam ni. masak asing-asing.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Monday, 19 April 2010

mari main masak-masak:cream puff

seperti yang dijanjikan semalam, di persembahkan~~ cream puff tak di rancang aku.

alasan: nak guna ini penimbang yang sudah berbulan di beli satu product pon tidak terhasil

ini adalah hint: oleh sebab tidak dirancang. dan dapur saya masih bujang. masih tidak cukup kelengkapan

noozle di atas tiada. tapi masih jugak nak buat. jadi apakah bentuk yang mampu di buat?

ini yang sudah siap dibentuk sebelum dibakar . cam tak bentuk ape?

gihihi,

kalau tak cam silalah melawat entry INI

*sila pastikan anda sudah menikmati makanan lunch*

sudah siap dibakar

sudah siap sudukan sos custard

saya bangga dengan bentuk saya. kata cream puff

resepi nanti update kat sini. cukup-cukup untuk 6 bijik.


satu untuk suami. satu untuk isteri. gemuk pendek isteri. gemuk panjang suami

ape pendapat anda? kreatif ke tak senonoh? =p

*kata tak dak mood. lepas satu-satu entry baru keluar. sangat lah aku*

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Sunday, 18 April 2010

ahad yang malas

macam lah hari-hari lain tak malas.

macam mane dengan wiken korang? weekend kami macam biasa. takde ape yang berlaku. haha. nampak nye aktiviti dating every weekend semakin di lupakan.

pagi ahad aku ingat nak goreng cucur jer kat suami. aku shake. senang. tapi nasi lebih banyak dalam peti. dan kangkung pon ade. so aku goreng nasi goreng kampung. kali ni aku try letak sos ikan aka sos nampla. menarik jugak!

nasi goreng kampung breakfast *kalau ade sambal belacan best ni*

keropok tu tak goreng. masuk dalam microwave jer 2 minit. dulu kalau nak makan untuk diri sendiri jer aku buat macam tu. untuk suami aku goreng. takut dia tak suka. sebab nya kalau masak guna microwave rasa dia tak sesedap goreng ngan minyak. tapi sejak aku bagi try dia makan yang 'microwave version' ni dia dah tak nak keropok di goreng. kurang kan kolestrol katanya. bagus suami i. =p

tengahari nak siap-siap jumpa customer jadi masak ringkas. (alasan malas) . takde mood lah nak masak kalau aku tengah dalam program shake ni. rasa macam nak shake 3 kali sehari jer. tak payah masak.

daging goreng kunyit

sup sayur

hohoho. ni lah makanan di kala malas. suami redha saja makan. sebab isteri janji nak masak ikan kukus tapi sampai semalam tak buat-buat pon. ikan dah tak fresh. dah tak 'manis' kalau nak buat ikan kukus. so terpaksa cancel la itu menu.

selamat hari isnin~

Saturday, 17 April 2010

lagi cerita jumaat

lambat betul nak update pasal ni. sebab nya gambar yang banyak. tapi pose lebih kurang. haha. al-maklumlah dua-dua pon giler bergambar kan.

hari jumaat tu semasa sedang merancang ape aktiviti hari tu sambil update blog dan bukak facebook tanpa dirancang ajak along keluar pergi Alamanda. sambil-sambil test kereta baghu~

kalau keluar dengan along, benda first yang kitaorang buat sebelum memulakan aktiviti adalah makan. sebabnya bila kenyang boleh mengurangkan nafsu mata. dan bila jalan-jalan shopping makanan yang kami makan tu dah bertukar menjadi energy.

tayang jehrahwat

ini bukan candid

model pencuci muka. gahaha!

kesalahan memilih air 1

kesalahan memilih air 2

*pahit lah tea dia*

makanan sedap 1: tomyam dia kaw king kaw

makanan sedap 2: spaghetti kicap=p

ngetes makanan orang adalah perlu

licin: tong sampahnya adalah aku -_-"

okeh bila kenyang baru lah boleh jalan-jalan membakar lemak.

activiti biasa dalam fitting room

hasil keluar? yeay! benda yang dicari-cari jumpa jua akhirnya. terimas kepada along yang jumpa. sangat suka~

lepas menghabis kan duit menurutkan nafsu baru lah boleh pergi beli barang dapor.hehe

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

hantu kek cawan. tv3


kelakar pulak rasa aku 'tertengok' cerita ni malam ni. adeh. cerita paling takde motif yang pernah aku tengok.

pelakon-pelakon dah ok. semua yang sedap mata memandang. jalan cerita hancus.

tapi tergoda tengok cupcake.