Showing posts with label flat bread pizza. Show all posts
Showing posts with label flat bread pizza. Show all posts

Sunday, 29 July 2012

sik mok tetek


teringin nak makan nasi lemak tetek sebelum puasa lagi. tahu nasi lemak tetek? ala nasi lemak bungkus murah-murah bentuk piramid. ade daun pisang segala tu. daun pisang yang mahal. nak buat sendiri tak kuasa nak beli daun pisang dan pembungkus semata-mata nak dapat aroma daun pisang tu

nasi lemak ayam berempah

wangi. tapi bukan bau daun pisang lah. bau halba, bawang dan halia. dan daun pandan. daun pandan tu wajib. dan masak sendiri mestilah kene dengan citarasa sendiri. nikmat giler bukak puasa makan sik mok! heheheh. tapi buat cukup-cukup jer laki bini tak boleh menambah. kang lepas berbuka jadi dugong terdampar. terawih entah kemana.


 nasi lemak maryam. dengan 'sambal udang'


untuk nasi kali ni masak sekali arung jer. cuma tak letak garam la sebab maryam nak makan sekali. 

untuk sambal udang:

4 ekor udang saiz kecik-kecik
1 biji tomato
1/2 biji kurma
1 sudu besar bawang merah, bawang putih, halia blend. (juga sekali arung, dah blend bahan-bahan untuk sambal orang tua punya, ambik satu sudu jer untuk kegunaan maryam)

tumis bawang, halia sehingga naik bau. masukkan tomato dan kurma yang telah diblend. masak sehingga masak. masukkan udang. done!

resepi ni boleh dah baby 10++ nak makan, tapi jangan lah guna udang. guna lah protein yang dia dah boleh makan. hehehe

lebihan sambal buat flat bread pizza untuk breakfast

huduh giler rupa dia sebab bangun pagi tadi mata tak leh bukak lagi dah ade budak amukan kelaparan. kantuksss.








dah boleh bayangkan muka anak mak kalau boy? hahahaha. budak ni suka sangat pakai kopiah. walid dia adalah idola dia. ade walid jangan harap la nak layan ummi. kalau walid ade, makan nasi pon tak nak ummi. kalau elok-elok ummi tengah suap, tiba-tiba walid dia balik boleh pulak dia tunjuk walid dia pulak suap dia. huh! diskriminasi.. tapiiii ummi lagi suka lah maryam~ hahaha

kalau ikut kiteorang sembahyang pon nak pakaikan telekung tak nak sekarang. dia nak pakai kopiah. yappada maryam~

Saturday, 5 May 2012

isteri 'mithali'

 saya masih lagi dalam mood honeymoon. masih belum berpijak ke dunia yang nyata. bangn pagi masih kepinginkan nasi kerabu daging bakar dengan kopi manis leting. haih. indahnya dunia. hakikatnya, bangun pagi kene mengadap food masak sendiri. tu satu hal. nak heret bontot keluar dari kawasan katildan tilam empuk dan melangkah ke dapo tu malasnya! kenapakah begitu malas semenjak dua menjak ni. 

tapi hari khamis lepas sebab dah lama tak makan masakan sendiri terajin la sikit nak masak. masak gulai darat daging. daging fresh dari kampung u ols. lembut manis sedap. macam makan daging korban jer rasanya.

gulai darat daging panaskan makan sampai breakfast kesokannya

kalau gulai darat lagi banyak kali panaskan lagi sedap sebab dia makin pekat kaw-kaw. makan ngan acar timun dan sambal lada kering dah cukup.

ni menu paling mithali. telur mata kerbau masak kicap.

 lama tak makan sedap jugak kan?

breakfast pagi ni. dah berzaman beli whole meal paratha ni, peram dalam deep freezer. biasalah tu. untuk bekalan perang dunia ke 3. buat seafood pizza paratha. jenama kawan ni paratha dia nipis jer. kalau dah bosan makan tortilla boleh la tukar2 ngan paratha. tapi paratha lemak lebih la sikit kut..hihi

 saute udang ngan sotong dengan bawang besar, lada hita sikit garam sikit. base guna mayonis/ thausand island, campak nenas, campak tomato tabur mozarella. bakar kejap done! paratha dah masak kejap atas pan sebelum letak semua bahan.masak paratha tanpa minyak memandangkan beliau dah penuh dengan minyak


siap simple breakfast sambil malas-malas

for my husband pizza kapit.=P guna dua keping roti. ketua keluarga kene makan lebih

mine, pizza lipat. lepas tengok gambar ni teringat hot and roll. confius identiti kejap. ni pizza ke. hot and roll ke, sandwich?

belasahla labu. asalkan husband mak kata sedap sudah. 

jomat tenaga dari kene masak kari cicah paratha kan? haha

nun dikejauhan flat bread pizza anakanda. buat 2 keping terus. breakfast ngan lunch makan benda sama. haha. sori sayang, ummi sungguh malas nak masak. 

wholemeal bread lebihan bolognese sauce, tabur mozzarella cheese



Thursday, 26 April 2012

flat bread pizza





saya adalah mengantuk sebab semalam anak dara amukan, nak tido tapi tahan mata. kul 2 baru tido dengan aman. ngan mak-mak nye sekali rasa nak amukan bila mata ngantuk tapi anak amukan. haishh.

menu breakfast semalam

flat bread pizza 

guna lebihan sos nasi lemak tapi asingkan awal-awal sebelum letak ikan bilis



Flat bread pizza

Bahan-bahan:
Sekeping roti wheat meal
2 sudu besar  homemade tomato sauce (resepi sambal nasi lemak tapi tak letak ikan bilis)
Seulas bawang merah (cincang)
Seulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar isi ayam  (dikisar halus)
Capsicum (hiris halus)
Brokoli floret
Cheese yang disagat halus

Cara-caranya:
1)      Tumis bawang dengan sedikit minyak olive oil sehingga wangi. 

2)      Masukkan capsicum dan isi ayam. Masak sehingga masak

3)      Sapu homemade tomato sauce pada roti.

4)      Tabur isi ayam, bawang, capsicum yang sudah dimasak tadi dan brokoli floret.

6)      Akhir sekali tabur cheese. 

7)      Bakar didalam oven beberapa minit sehingga cheese cair. Sedia untuk dihidangkan






ni pizza ummi guna sambal sotong pedas berdesing dan cheese minumum.

pizza maryam lagi menarik uh? maryam xpelah makan cheese banyok..sobs sobs

Wednesday, 28 March 2012

breakfast: flat bread pizza


bahan-bahan:

seekor ikan bawal putih (perap denga halia yang ditumbuk)
 halia (hiris halus)
1 ulas bawang putih
sedikit bawang holland hiris
daun sup
tomato
bunga kubis
lobak merah
capsicum

letak semua bahan didalam pinggan, kukus dalam pengukus selama 10-15 minit. siap untuk dihidangkan. 
* kalau untk baby 1 tahun ke atas boleh tambah perahan limau sikit.
 dah sedia untuk dingap!

 makan ngan nasi beras putih+ beras merah

 ni masa tengah masak food walid semalam. ngamuk-ngamuk kat dapo tak tahu nak apa. bagi tomato sebijik dia makan pastu nangis luah-luah balik sambil sapu2 lidah. haha. tak sedap ke?=P

dinner walid. daging masak black pepper, telur dadar, sayur campur, sambal pedas berdesing T_T


Sunday, 26 February 2012

breakfast di hari ahad~

 kalau weekend memang selalu buntu nak masak breakfast. sebab asyik- asyik makan benda sama jer kan. husband mak bukan pencinta mamak. makan mamak kalau terpaksa je kut. dia pencinta homemade. masak cucur jadi dah. asalkan wife dia yang masak. senang jer nak handle husband mak. hehe

pagi-pagi memang sesimple yang boleh jer menu. tak kisah la menu tempatan ke obersi kan *wink*

yang penting berkhasiat!

menu kesukaan kami. i suka masak sebab senang. husband suka makan sebab ada udang.

prawn olio

bawang putih 4-5 ulas hiris
bawang besar 1/2 bijik cincang dadu
udang 14 ekor saiz sederhana
cendawan shitake fresh
cendawan tiram (kalau nak tambah, xde pon takpe)
chili flake
olive oil
mix herb (kalau tak letak pon tersangat sedap dah)
perahan limau sikit

tumis bawang dengan olive oil, campak chili flakes, campak udang, campak cendawan, bila semua dah masak, campak spaghetti 2 orang makn, perisakan dengan garam gula, peram asamlimau sikit. done!

senang kannnn.. tak payah tambah kicap sos segala pon dah sedap.


maryam flat bread pizza. walid prawn olio

 kiteorang nak keluar sebenarnya. i kalau weekend pagi memang ni lah kerja nya. sebab weekend biasanya kiteorang keluar. so makanan maryam haruslah disediakan kan..so memang pagi tu ketung ketang masak breakfast sambil masak lunch ngan dinner maryam. tapi kalau nak menyenangkan kerja i masak benda yang boleh makan sekali 3 meal sekali harung la kan? so lunch ngan dinner maryam makan spaghetti ngan marinara sauce. resepi marinara sauce for baby boleh ambik sini. pastu saya ambik sikit sauce tu, sapu kat roti, tabur cheese. masuk microwave. jadilah flat bread pizza. senang jugak kan?

fresh orange juice for kami-kami...mak perah sendiri yer. haha

budak makan breakfast

ni snek maryam. bungkus. kalau keluar snek kene sentiasa ada. 


mak bapak minum juice, anak bagi makan buah jelah. dia isap-isap jer oren tu..habis comot!

menu tempatan vs menu omputih. ape kata anda?

for mak, as long as berkhasiat and senang nak prepare mak layan jerrr...

budu, ikan singgang, daging singgang, tempoyak tetap pujaan hati mak..tapi 365 hari nak makan tuuuuu jer ape celop kan? 

renung-renungkan dan selamat beramal~

Thursday, 19 January 2012

mode: kekurangan kasih sayang

 breakfast maryam semalam: flat bread pizza

lebihan sos bolognese semalam, tabur cheese..bakar 180 degree c benerapa minit smapai cheese cair..done! senang kerja ummi..ngehehehe



 nyum..sekeping jer dia makan..sekeping lagi ummi makan

sekarang kalau masakkan nasi lembik untuk maryam suka tambah millet dengan quinoa ni jugak..so sekarang bukan lagi beras perang + beras wangi...dah jadi beras perang+beras wangi+millet+quinoa. setappp..manis2 dan wangi jer..

 millet dan quinoa

dua-dua sebelum masak i sangai dulu..lagi wangi bau dia

 lepas snek dan menyusu dia tido..boleh lah ummi masak campak-campak kejap. hari ni masak bening or orang german panggil sayur air..

 bahan-bahan:
1 ulas bawang merah, sat ulas bawang putih (hiris)
2 biji lada hitam (diketuk kalau baby xmakan jangan letak)
bayam
salmon kukus (kukus ngan halia sikit)
tofu

masak bawang, lada hitam dengan air sehingga menggelegak. bila dah gelegak masukkan salmon, bayam, dan tofu..siap~

hehe..sebab salmon dah kukus awal-awal, bayam masak kejap jer, tofu pon masak kejap. so campak kacau siap lah..hehe..kalau salmon xsteam lagi moleh masukkan awal sebelum menggelegak.

 ummi nk ambik gambar pon tak menyempat. lapar sangat ke?

sup bening/sayur air bayam dengan salmon dan tofu

memang betul campak kan? haha..siap semua lauk ngan sayur dalam satu sup..macam ni mak suka..tak payah bersusah payah

 ini lah ropa 1 sudu besar beras perang, 1 sudu besar beras wangi, satu sudu besar millet, 1 sudu besar quinoa

lepas sangai millet ngan quinoa sampai melompat-lompat dalam pan tu tapi jangan sampai jadi macam popcorn. campak jer dalam rice cooker bersama beras yang telah dibasuh..masak sehingga lembut..1 letak air 2 cawan lebih.

 lunch maryam sudah ready untuk di ngap

dia makan tak banyak sangat. biasa-biasa jer...8 suap..lepas tu terus mencari nenen. dengan kuasa tetek tido. ngan mak-mak nye sekali tido..sebab tido dipeluk maka lama lah dia tido..terkejut i bangun-bangun dah petang. akibatnya malam ni tido lewatlah..pukul 10 baru tido tadi


 untuk petang ummi tambah labu. lagi setap rasa manis-manis

lapar tido lama kut...banyak jugak dia makan petang..hehe

esok walid maryam dah balik. agak pelik la dia os kali ni...dah jadi macam pasangan 10 tahun kawen. sentap mak nokk..biasa kalau dia os malam siap lah bergayut. pagi dikejut..kali ni tanya makan apa pon tak. malas nak mecok-mecok. takkan setiap kali os nak mecok kut. daku biarkan jelah. bila biar begitulah sepanjang dia os ni. takde good night-good night..good morning kul 9 pagi kalau rasa nak tegur kat gtalk. kalau mecok pon sudah tahu jawapannya. baru 3 tahun kawin neh. ke sebab ni daku stress lalu kekurangan susu? kekurangan susu sebab kekurangan kasih sayang. cari kasih sayang lain kangggg~!

drama sangat ummi maryam kan..harus lahhhh..grrrrrrr