Showing posts with label mango lassi. Show all posts
Showing posts with label mango lassi. Show all posts

Monday, 10 September 2012

smoothies

assalamualaikum dan selamat pagi. 

cuaca hari ini sangat best untuk buat kerja rumah. mood maryam pon elok jer. bangun-bangun jer terus jenguk ummi tengah goreng cekodok kat dapor. sambil sengih-sengih pegang botol air masak dia. jarang macam ni. 

 banana berries smoothies

2 biji pisang berangan
6 biji strawberry
segenggam blueberry
6 sudu yogurt
air secukupnya
ais (saja tambah. optional, kalau budak tak minum sejuk jangan tambah)

blend semua


 sedang menikmati minum petang. 

sedap hingga menjilat bibir

mango smoothies. yang ni dah biasa sangat dah =)

satu untuk maryam satu untuk ummi

2 biji mangga
secawan yogurt plain
 sedikit air. 

itu sahaja. blend semua.

maryam punya pekat. yang i punya i tambah fresh milk dan sedikit lagi air untuk cair kan. asing dulu siap-siap maryam punya sebab dia tak minum fresh milk lagi. 

rambut tak sikat lagi baru lepas mandi parti buih lapor kekdah nya. >.<


bukti sedap no?

Wednesday, 1 August 2012

minum petang

 baked potato chip dengan mango lassi.

mango lassi memang dah sedia maklum,

mangga sebiji
2-3 sudu besar yogurt
sedikit air/ fresh milk kalau dah 1y++

blend semua. done!

baked potato chip tu sebenarnya tak jadi pon sebab dia adalah tak sekata. ade part lembut, ade part lemau. tapi homemade tak perlu perfect kan? asal anak makan tu ok ler teww. heheheh

2nd time sebenarnya buat. first time buat buat ngan keledek. result dia agak mengecewakan sebab maryam tak makan. instead of rangup dia jadi keras. mungkin masa tu kurang minyak. yang i buat untuk walid dia, goreng jer deep fried dia makan la jugak sikit-sikit. so kali ni i gaul dengan banyak minyak. tapi i adalah pemalas kali ni potong tak sekata la pulak tu yang kerangupan tak sekata tu kut. step2nya

1) potong kentang
2)basuh dan tos-kan
3) lap dengan tisu dapor
4) gaul dengan minyak. masa ni nak tambah herb pon boleh. tapi i tak tambah ape-ape pon. memang dah sedap.
5) susun atas baking sheet selapis jer
6) bakar suhu 180 degree C 9next time nak try dengan suhu yang lagi tinggi)
7) balik sekali sekata
8) bila dah keperangan angkat lah


 sedap tak maryam?

sekali sekala kalau mood ummi merajin boleh lahhhh =P

 epal + manggo smoothies

blend  sebiji epal (buang kulit) dengan setengah biji mangga dengan yogurt dengan sedikit air / susu. 

setakat ni kalau buat smoothies/ lassi kat maryam i tambah air masak jer. mayam mak tak intro lagi fresh milk untuk minum. yer lah. kata minum susu ummi jer. tapi untuk masak tu dah letak dah sikit-sikit.




 sedap menjilat bibir =P

gulp gulp gulp


muka happy!