Showing posts with label rapuan. Show all posts
Showing posts with label rapuan. Show all posts

Tuesday, 28 September 2010

weeee~

rindu bangat ngan blog. mintak-mintak lepas ni dah boleh berblog secara rutin tanpa gangguan. semua zaman-zaman buzy dah berakhir. along dah selamat jadi isteri orang and urat-urat yang tegang akibat bekerja keras plus tido yang tak betul jugak dah kembali kendur.

semalam dah ade kat kl sebenarnya tapi ade seseorang yang terlalu tamak angkut dua-dua broadband pegi ofis so tak dapek lah nak online. tapi bagus jugak. kalau ade broadband pon maybe tak online lagi sebab badan masih penat.

malam semalam bila sampai rumah sangat kagum dengan keadaan rumah. kemas giler. lagi kemas dari i mengemas(agak tercabar di sini). cuma habuk-habuk sebab tinggal dua tiga hari jer yang ado. huhuhu. bagus juga tinggal husband sorang-sorang kat umah ni. dia boring tak de wife nak dikacau die kemas rumah. thanks bie. hehe

update pregnancy, masa kat kampung semua orang cakap perut i dah jatuh.(sebab baby memang dok kat bawah ke?) mak cik-mak cik cakap maybe i akan bersalin awal. adeh jangan lah masin mulut mak cik, i'm not ready yet.

barang-barang baby langsung tak beli. dah list kan senarai barang, tapi baru beli sehelai baju tido. tu pon daddy die saja-saja beli. ilmu-ilmu nak jadi ibu pon masih belum cukup. kene banyak buat reseach or pergi kelas.

ilmu-ilmu breast feed pon macam zero lagi. adakah SAHM memerlukan breast-pump? sure ke SAHM lepas ni? tu masalah jugak nak kene pikir..

ah. banyak lagi tak tahu. jom buat research sekarang~

Sunday, 19 September 2010

kembali bekerja

heheh..bukan i. sesiapa yang bekerja lah. i yang kat kampung ni walaupon tak kerja tapi mood raya dah tak de dah. semua orang dah balik ke negeri tempat mencari rezeki masing-masing. kereta-kereta pon dah kurang. kalau sebelum ni satu rumah ade 5-6 bijik kereta sekarang tinggal satu jer. huhu

jalan pon dah lengang. yeay! raya sangat menyampahkan. asal keluar rumah jer kene istighfar banyak-banyak. menguji kesabaran betul keluar raya. ikut hati rasa nak stay jer kat umah tengok tv. keluar raya nanti tensyen dengan jem. tapi kalau stay kat rumah macam lah ade cerita senonoh nak tengok. semua cerita tak pregnant friendly. satu rumah larang i tengok cerita hantu or cerita bodoh2 yang lain. nanti kenan anak. hahah. pisau cukur jer i tengok raya ni. habis la gedik anak aku.=p

hari ni mak dah start cuti. nak buat last preparation untuk along kahwin. pagi ni makan pulut ikan kering. heheh. best! tengahari pulak beli jer lauk. masak sayur jer. ngehehe. senang kerja i.

tak banyak sangat pon kerja yang boleh i tolong walaupon stay kat kampung ni. terbatas sungguh senarai kerja yang boleh i tolong walaupon banyak lagi benda tak setel.

kalut jugak nak buat majlis kawen ni ek. i dah tak ingat dah perasaan masa seminggu nak kawen dulu. ni dah bukan seminggu dah ni. lagi empat hari. tapi banyak sangat lagi benda nak buat. hopefully semua berjalan lancar.

semoga along buat pilihan yang tepat dan keputusan yang tepat dalam hidup dia.

semoga dia bahagia dengan lelaki yang dia pilih.

semoga lelaki yang pilih along untuk jadi teman hidup dia sedar akan tanggungjawab dia dan bersedia untuk menjadi suami terbaik untuk along.

semoga lelaki yang dipilih along tahu yang kahwin adalah bukan benda main-main.

alah. kita semua belajar tinggi. kita tahu lah mainkan peranan masing-masing. orang belajar tinggi pon kadang-kadang buat benda bodoh dari orang yang tak belajar tinggi.

bukan belajar tinggi menentukan kematangan tindak tanduk seseorang. kesedaran dalam diri. lagipon kalau setakat degree tu tidak lah tinggi pon kalau zaman sekarang. kalau 30 tahun lepas boleh la cakap tinggi.

adeh. semakin menaip semakin terserlah ke-bitter-an. sindrom sukar melepaskan seseorang?
sindrom ni biasa parents jer yang rasa kan? kenapa aku sebagai adik pon terasa.

aku rasa kalau aku betul-betul yakin 'he's the one' then mungkin aku akan tenang. tapi masalah sekarang tak. tak langsung. langsung tak. isk.

entry ni mengandungi emosi sebenar. bermula dengan happy berakhir dengan gusar. sesungguhnya kehappyan menutup hati yang gusar.

ya allah ya tuhan ku. berilah kami petunjuk.

hello daddy~

assalamualaikum..saya baby f.

petang tadi mommy saya rasa nak minum air kelapa. kalo daddy ade kat kelantan sure daddy dah carikan mommy air kelapa kan? (kalo daddy rajin)

semalam ayah ngah yang amik alih tugas daddy. amik buah kelapa mawar kat rumah tok ayoh long nun jauh di kampung (15 minit jauh la sangat). maklumlah rumah mommy ni tak de pohon kelapa. mana nak cari buah. kalau kampung belah daddy pokok kelapa belakang rumah jer.

gigih giler ayah ngah. huhu

4 biji kelapa dapat 2 liter air kelapa. tahu tak mommy habiskan sorang-sorang? dia cakap jangan bagitahu orang lain. ni rahsia. masa mommy tengah minum air kelapa sambil online petang tu mommy rasa saya menendang dengan kuat. mesti lah kan. sebab saya suka boleh minum air kelapa.

so mommy pergi kat mak long yang tengah tengok tv. mak long rasa saya menendang. then ayah ngah pon nak rasa jugak tapi saya malu. saya senyap. hehehe

saya malu dengan lelaki la. setakat ni daddy pon tak rasa lagi sebab bila daddy pegang masa saya tengah aktive pon saya senyap. saya nak ngan perempuan jer.

hai, saya ade dalam ni

mommy pakai selipar nenek. sebab nenek pakai selipar mommy pergi kerja. habis lah kembang semangkuk nanti selipar mommy sebab kaki nenek kembang. T_T

nanti mommy nak bagi je lah selipar raya mommy tu kat nenek. sebab mesti kembangnya. dah tak best nak pakai. mommy nak selipar raya ke dua boleh daddy?

akhir sekali tadi mommy cakap kat saya dia call daddy banyak kali tapi daddy tak angkat. takkan pukul 10 dah tidur kut. kata arbain bujang kembali. tak bujang la kul 10 malam dah tido. kalo daddy baca entry ni baik daddy call mommy balik cepat-cepat. kalau mommy merajuk saya tak tahu.

ok lah. saya mintak diri dulu. tak boleh online lama-lama sangat. babai semua.

miss u daddy

Wednesday, 1 September 2010

dalam kepala

saya boring. saya malas mengemas. saya malas semua. duduk depan lappy tenung screen tapi tak buat pape. plan hari ni nak melawat jiran tapi mandi pon blom lagi. hoho. mengemas ape tah lagi.

perbualan semalam dengan along. tentang seorang pak cik yang duduk di kampung, gaji rm 600 sebulan. isteri tak bekerja, anak 3 orang semua kecik masih bersekolah.

dulu hidup agak senang tapi dia telah buat keputusan yang salah dalah hidup dia. hidup jadi susah. keputusan tu salah siapa yang tentukan? kami ke? maybe walaupon hidup makin susah tapi hati makin senang. siapa tahu kan? maybe allah tak bagi dia rezeki dalam bentuk wang tapi dalam bentuk lain rezeki mencurah-curah. rezeki buka duit jer. kesenangan hati pon rezeki. ketenangan. kemudahan nak buat ibadat. permudahkan urusan harian. semua tuh rezeki kan?

duit berkepuk-kepuk. kereta melimpah ruah sampai tak cukup parking. cuba tanya diri. happy ke hidup? masa sentiasa di kejar. duit tak pernah cukup. anak-anak tak pernah nak menenangkan hati. hidup yang macam mana kita nak?

seorang lagi. asal bercakap diri lah yang hebat. asal bercakap orang lah yang salah. asal bercakap ade jer alasan nak tutup kesalahan diri. harus lah buat-buat cerita supaya nampak diri hebat. harus lah cerita kisah-kisah kejayaan. haruslah cerita mengapa orang lain gagal dia berjaya. hebat-hebat. sila lah buat selalu. semakin banyak bercakap semakin nampak kelemahan sebenarnya. maybe dia bercakap untuk menenangkan hati sendiri. sebab sebabnarnya dalam diri dia pon rasa diri tak sehebat mana. tapi dia harus kelihatan hebat supaya semua orang kagum.

suami-isteri.

si suami. seorang yang hebat. bijak pandai. gaji mestilah 5 angka sebulan. seorang suami yang romantik. sangat sayang kan anak-anak. rapat dengan anak macam kawan. kawan yang baik, sentiasa ade ketika memerlukan.

si isteri. bekerjdengan gaji juga 5 angka sebulan.zahirnya isteri kelihatan perfect sekali. muka yang manis pandai melayan. mesra dengan semua orang. pandai memasak pandai menjaga anak. anak semua terjaga terdidik dengan sempurna. di sebalik kesibukan menguruskan urusan-urusan pejabat semua anak-anak membesar dengan susu badan sendiri. diri sendiri yang melihat dia? KAGUM. memang SUPERWOMEN. kalau i bekerja tak tahu lah mampu ke tak jadi sehebat dia.

sebagai orang luar kita asyik jadikan mereka idola. bertapa kita nak duduk dalam situasi mereka. betapa kita nak jadi mereka. hebat giler. tapi bahagia ke mereka?

bila kita selami and kenali, masih ade ruang-ruang kosong yang tak sempurna bagi mereka. dan ruang ksong itu sangat besar. harta kekayaan tak menjanjikan ape-ape bagi mereka. mengapa?

dugaan allah kan? dia bagi rezeki kekayaan melimpah ruah, anak sihat, badan sihat. so dia tarik lah sikit rezeki lain. supaya kita tak lupa DIA. masih ingat kan DIA.

semua benda kita nak. semua benda ke kita dapat?

Tuesday, 31 August 2010

hari ni

hari akan menggunakan banyak energy. nak pergi shopping raya kat jalan TAR ngan pok we. mintak-mintak orang tak sesak sangat. huk huk. nak beli baju raya shahir jugak kat sogo. selipar raya jugak kalau ade yang berkenan. hand bag raya jugak. haha. macam kanak-kanak jer rasa. selipar raya perlu sebab sekarang satu-satu nya sandal yang melepasi piawaian dipakai untuk wanita pregnant dah ketat. kaki dah gemok.

semalam dah beli tudung raya kat pasar malam bangi. so baju raya i dah setel. cuma nak pergi cari baju melayu suami. tuan badan tak ade so kene bawak baju dia nak ukur. nak tunggu dia balik sure tak sempat.

mintak-mintak lah orang tak ramai dan cuaca tak panas. weekdays sesak jugak ke? sahur hari ni double meals. nasi makan dan jugak jugak shake. minum air pon bergelen-gelen. bahjet macam nak pergi berperang jer.

hari ni kejut husband bangun sahur amik masa hampir sejam. marah betul! dah agak. kejut depan mata pon liat nak bangun, ape lagi kejut dengan phone jer. naseb baek sempat jugak bangun walaupon makan kurma jer. dan isap rokok jugak. bagus giler bini kejut husband bangun bakar paru-paru kan?

i rasa baby f dah membesar dengan jaya nya. sebab nya semalam dia menendang dengan super hebat. biasa tendang manja-manja jer, macam ade something gerak-gerak dalam perut. tapi semalam memang dia menendang sampai i terkejut. kuat okeh kamu baby.

siang semalam dia tak menendang langsung. risau jugak. lagi pon semalam agak aktif ke sana ke mari dengan pok we, pastu pergi ukm amik along, nak pergi bukak puasa rumah mak sedara. maybe tak rasa die gerak sikit-sikit. lagi pon siang puasa baby tak de energy. heheh

tapi semalam masa tengah bergayut dengan husband dengan hebat nya dia menendang. heheh. happy dengar suara daddy?

we miss u.

Monday, 30 August 2010

hoh!

bukak fb suami. bukan page dia, account dia terus. biasalah. face book mu face book ku jua.

sekali ade orang pm

rusli lie?

muka sangat kenal

bapa mertua kuuu~

halamak!

bapa mertua pon dah ade dalam fb suami ke?

kene behave lah!

mode: budak baek

Tuesday, 17 August 2010

name sape?

masa: semalam

sekarang ni ramai student yang pergi semayang. saja meramahkan diri.

me: duduk block mane?

dia: block A. akak dok block mane?

me: A jugak. tingkat 3A. student ke?

dia: a ah. student dok tingkat 13.

me: name sape?

dia: siti aminah bla bla bla

me: ooouuuhhhhhh..kak farah. *senyum*

ok. sebenarnya aku tak dapat tangkap pon nama dia. siti tu betul. aminah tu aku rasa-rasa macam betul dah. bla bla bla tu memang tak dapat masuk dah.

sebab aku tak expect dia nak bagi nama panjang. aku ingat akan dengar nama Ina ke, lin ke, ida ke, nor ke. pendek-pendek lah. kalau panjang sikit pon seketul nama je lah. sekali amik kau nama penuh. terkejut mak sampai tak masuk dalam otak ape nama die. ingat ni sesi interview ke ape?

sori ahdik. ahkak pehkak bahdak sikit sehari dua ni.

plus, memori tak baik sangat.

nanti kalau jumpa ahkak tanya nama lagi ok? siap ngan binti lagi lain kali akak tanya.


nanti bawak notepad ngan pen pon ok.

Tuesday, 10 August 2010

hari ni

banyak cerita-cerita terkumpul sebenarnya. tapi kenapa malas sangat ni. aishhh..

MUNGKIN menu masakan saya untuk bukan puasa bertemakan masakan kelantan. akibat frust tak dapat balik kelantan. tapi tengah pikir, kalo masakan kelantan sayur ape nak masak? kerabu malas. hehe. ulam cicah budu letak durian, pastu letak cili padi. wahaha. meleleh!=p

mungkin caps lock sebab MUNGKIN juga akan berakhir di bazar ramadhan jer menu bukak puasa hari ni. hehe. ya ampunnn bie!!

semalam pergi semayang terawih kat surau kinraramas ni, tak ramai sangat pon orang. semasa semayang isyak saya jer perempuan, semayang terawih bertambah lagi sorang, habis semayang terawih 8 rakaat bertambah lagi sorang, habis witir datang lagi 2 orang. hehe..mesti frust kan sampai-sampai surau orang dah witir.

bertenaga sangat hari ni tak tahu kenapa. tak tido dari pagi. hebak. hebak.

bangun sahur pagi tadi baby menendang. pagi tadi masa tengok tv menendang lagi. dan lepas tu ade lagi sekali terasa. 3 kali! rekod setakat ni. sebelum ni nak rasa sekali sehari pon susah. excited yer dah masuk bulan puasa? =)

cerita-cerita bergambar akan menyusul mungkin bermula pada malam ini. rasa bersalah nak buat entry sebab macam biasalah mengandungi makanan. heheh.tapi korang kuat iman kan? setakat makanan dalam blog ni ape ade hal. bukan ade bau pon.=p

semalam sangat seronok. dinner ringkas sama-sama. berjalan g surau sama-sama. tido sama-sama . bangun sahor sama-sama. macam mana puasa next year yer? bila dah ade baby? huhuhu



sekian.

Sunday, 8 August 2010

wiken

wiken saya sangat penat. pagi ni pon bangun rasa lenguh-lenguh. masih fenat. dah la pagi ni sejuk angin sepoi-sepoi bahasa. ade harapan nak *ehem* sampai tengahari. erghh..tapi tak boleh, kena kemas rumah. memandangkan esok nak keluar lagi. aktiviti wiken:

sabtu:
pagi- pegi mid. membeli beberapa ketul barang dan groceries jugak. menunaikan hajat.=)
petang-pegi birthday party jiran. makan sampai jadi ikan buntal.
malam-keluar pegi shah alam

ahad:
pagi- sangat-sangat pagi dah keluar breakfast kat belauk pastu pegi kemas rumah lama kat country height
tengahari- birthday aqeel.
petang- pegi ikea ngan damansara damai jumpa kawan

ringkasan aktiviti untuk wiken. nanti lah cerita satu-satu malas lagi nak transfer gambar. huhu. kene tido kemas rumah ni.

akhir sekali........

kepada puan dokter yang baik hati,

saya mintak maaf. saya telah berjanji tapi nampak nya janji tu yang tak patuhi lagi. last week saya timbang berat, hanya naik tak sampai sekilo dalam masa 3 minggu. so saya rasa tak mungkin lah saya gain berkilo-kilo dalam masa seminggu. so saya lega, pegi check-up kali ni berat maybe tak naik banyak sangat. saya bersorak happy last week. yeay kata saya.

tapi hari ni dah tak boleh bersorak happy sangat. sebab terasa badan membesar. nak timbang malas. lagi pon penimbang dalam kereta. malas nak pegi ambik. timbang esok je lah kat hospital. kalau gain banyak nanti saya sengih je lah depan puan dokter.

hehe. lagi pon next month dah puasa. bulan puasa tak gain banyak sangat kut. kutttt.

erghhh. esok check up! excited nak intai baby. tapi tak excited nak timbang berat.hurrrmm.. tak excited jugak nak jumpa doctor daniel kat respiratory klinik. sebab this month selalu sangat skip makan ubat. musim durian kan. (alasan)

jumpa lagi tengahari ni insyaallah.

Tuesday, 3 August 2010

hari ni baru hari rabu..

1. sejuk sangat pagi ni angin sangat kuat macam nak hujan. nak mandi pon terketar-ketar. angin kat sini sangat kuat. (ke rumah tinggi angin memang kuat?) tapi tak de lah tinggi sangat. pintu kene letak stopper kalau nak bukak, kalau tak sakit jantung bunyi hempap pintu macam orang marah-marah. padahal angin jer.

2. hari ni rasa sangat lemau. bangun pagi pening-pening and loya-loya. mungkin jap lagi akan tido.

3. hari ni saya nak jumpa kawan kat area mid valley. buat rancangan bijak dalam kepala boleh singgah mid pergi belanga makan lompat tikam sekejap. pastu baru pergi jumpa kawan saya. sekali husband cakap dia balik lambat sikit. mana sempat nak menyinggah kalau mcam tu. rosak rancangan sorang-sorang.

4. call awoh cerita pasal lompat tikam dia cakap buat sendiri jer bukan nye susah. hoh? susah la awoh. kene kacau-kacau. beli kan senang. heheh. lagi pon tak pernah buat takut tak sedap.

5. maybe tak jadi balik kelantan bulan puasa ni. sebab kena jimat cuti. kalau balik weekend jer nanti masa habis atas jalan jer. kalau balik sorang-sorang aci? huhu. kesian pulak nak tinggal suami masa bulan puasa. lagipon nanti rindu. heh!

6. masa kat surau 3 hari lepas suami azan. dengar dia azan rasa ade satu perasaan aneh. adakah dengan mendengar die azan membuat saya ter-turn on?. macam lah tak pernah dengar suara dia kat rumah. tapi bila kat tempat lain rasa lain. haha.

7. kenapa hari ni rasa macam hari khamis?? frust nya bila tahu hari ni baru hari rabu. lambatnya minggu ni bergerak.

8. semalam lepas goreng lauk lupa nak tutup api. naseb baek suami perasan bila ajak makan. bila tutup minyak dah hangit tukar jadi kaler hitam. haih. jangan la buat penyakit nyanyuk macam tu lagi. sungguh bahaya. nak nyanyuk , nyanyuk benda lain.

9. busuk nye bau perut ikan petang semalam. jap lagi nak pergi buang sampah.

10. semalam rasa baby gerak masa sembahyang maghrib. hik. =)

terima kasih kerana sudi membaca saya merapu. haha

Sunday, 1 August 2010

pelik

semalam ade bacaan doa selamat kat surau kinrara mas. ade lah buat makan sikit-sikit and ni first time aku nak beramah mesra dengan owner melayu kat sini. kalau meeting biasa husband jer yang pergi. malas lah nak ikut.

dalam bayangan aku, penduduk kat sini adalah baya-baya husband. family yang baru. anak umur 2-3 tahun. anak ade sorang dua. hurm. at least i dah kenal dua orang yang macam tu. (kenal dalam blog dulu sebenarnya). jiran depan rumah dan jiran bawah rumah. hehe. bawah rumah sebab dia duduk floor bawah aku.

dieorang baya-baya kawan husband and beza umur ngan i pon tak de la jauh sangat. and i boleh lagi anggap macam sebaya jer. so first time jumpa dieorang pon tak rasa kekok boleh borak-borak.

semalam jumpa orang yang lebih luas. pelbagai ragam dan pelbagai peringkat umur. and rasa macam kekok sangat sebab yang datang ramai yang dah ade family besar, ade anak dara or anak bujang yang mungkin dah sekolah rendah. so i ade masalah nak berbual ape. i ade masalah nak memulakan perbualan dengan strangers dan akhirnya walaupon duduk sebelah tak berbual ape-ape pon hanya makan-makan-makan. heh!

naseb baek jiran saya gee dan aqeel ade. kalau tak dah nampak kera sumbang kat situ. sesunggunya susah la nak berbual bila aku rasa macam beza umur yang banyak. ke sebab baru first time jumpa? tapi iem ngan gee first time jumpa pon dah rasa selesa.

bila balik cakap kat husband, die gelak jer.

hurrrmm..maybe situasi ni i dah rasa kalau i kerja kut. mesti la kat tempat kerja banyak peringkat umur kan. tapi kalau i kerja pon sure i akan cari geng sebaya kan? entah lah.

maybe tu first tima jumpa kut. sebab tu lah janggal sangat.

tapi balik semalam perasaan tak best sangat. rasa macam budakbudakyangtakretinakbergauldantaknakmembesarcepatsangat.

tak nak tua cepat.

nak zaman remaja balik.

tak ready lagi nak bergaul dengan mak cik-mak cik bergossip tepi pool.

sekian luahan perasaan seorang perempuan yang rasa dia dah semkin tua tapi tak nak jadi tua.

Tuesday, 27 July 2010

i tak nak...

semalam masa keluar dating i makan sangat banyak (macam lah sebelom ni makan sikit) sampai keluar urat biru kat perut. ok tipu. sampai perut membesar dua kali ganda. dan husband dok sibuk gelakkan i. or lebih tepat gelakkan perut i.

"A (bukan nama sebenar) tak nampak pon lagi perut dia. dia lambat 2,3 minggu jer dari u"

"haha. dah tu nak buat camane perut i besar? vangga ape perut besar. nak masuk toilet pon tak payah beratur tau. semua orang bagi jalan. nak guna kain sembahyang kat surau semua orang berebut-berebut nak bagi kat i. tak payah i nak tunggu lama-lama"

lagi pon bagus lah kan, ingat u je ke nak tido atas tilam best-best. baby ni i bagi support baik punya memang macam dok atas tilam riban-riban lah dok dalam perut i. kalah tilam eric leong.

hehe. u bernaseb baek jer mood i ok semalam tau. ade ke kutuk perut i then nak compare ngan perempuan lain pulak. itu mencari nahas nama nya. i perempuan pregnant yang emo remember? boleh meletup bila-bila masa tanpa sebab yang kukuh. semalam mood i ok. nak gurau bewok pon i terima. heheh

memang sifat compare-mengompare ni tak akan habis. dan disitu lah ia bermula. mula-mula kita compare saiz perut. lepas tu kita akan compare bila anak kita start merangkak, berjalan, pandai membaca, nombor dalam kelas, berapa A dalam periksa, masuk U mana. dan seterusnya. nanti semua kita akan compare dengan orang lain.

sebagai ingatan untuk diri sendiri. saya tak akan benarkan ini berlaku kepada anak saya. dia boleh merangkak bila-bila masa dia suka, berjalan bila-bila masa, boleh pilih jalan hidup dia sendiri. dan semesti nya di bawah kawalan kami. tapi tak memaksa.

faham tak maksud saya di sini?

saya tak nak bila dia lambat merangkak saya sedih dia lambat merangkak.

bila tengok orang baya dia dah pandai berjalan saya sedih anak saya tak berjalan lagi.

bila anak orang lain 3 tahun dah boleh membaca saya marah anak saya masih tak boleh membaca, so saya paksa-paksa dia belajar, tak boleh main pon.

bila anak saya dapat 4A 1B dalam peperiksaan dan anak kawan saya dapat 5A, saya marah dia sebab dapat 1B. padahal dia dah bawak balik 4A sebagai kejayaan. tapi saya still nak pandang 1B tu.

bila anak saya masuk university tempatan saya dok sibuk bercerita kawan saya bangga anak dia masuk universiti luar negara amik jurusan perubatan.

bila anak saya beli kereta Vios sebagai first car bila start kerja, saya cakap anak kawan saya beli civic type R masa mula-mula kerja.

bila anak saya beli apartment, saya cakap apartment borhan anak mak siti lagi besar dari apartment anak saya.

bila anak saya beli beli condo, saya cakap anak mak cik leha dah beli rumah landed.

bila anak saya beli rumah landed, saya cakap anak datin sally beli rumah jota-jota bayar cash.

woh! sampai bila pon cerita ni tak habis sebenarnya. pokok nya, saya nak appreciate usaha anak saya nanti. dan semestinya saya akan buat dia berusaha lagi, and cuba yang terbaik, tapi bukan dengan compare dengan anak orang lain. ia memberi kesan yang tak bagus kepada anak kita.

saya pernah dengar ceramah pasal ni. tak sure kat MHI ke kat mana. (banyak sangat tengok tv. ampun) topic ni sangat menarik perhatian saya sebab ade banyak contoh depan mata.

antara kesan bila kita asyik compare anak kita dengan orang lain sampai lupa nak hargai usaha dia;

1. low self esteem - sebab dia tak selalu dapat pujian, dia selalu rasa dia tak hebat. saya kenal seseorang yang ade ibu perangai macam ni. bagi saya anak dia hebat. kerja ok. gaji. dalam usia muda dah pikir pasal depan. beli rumah dan start mengumpul harta. taat pada agama dan dia tahu ape yang dia buat. tapi bila dengan dia saya rasa die tak yakin dengan diri sendiri. saya yang tak hebat ni pon kadang-kadang terlebih yakin dengan diri sendiri. dan bila kita low self esteem memang banyak lah sifat-sifat lain akan menyusul.

2. selalu rasa tak cukup. dia selalu kejar sesuatu dalam hidup dia. tak pernah rasa cukup. masa gaji 4 ribu merungut gaji sikit. gaji dah naik 6 ribu masih merungut tak cukup. gaji dah 10 ribu pon still rasa tak cukup. memang lah semakin besar periuk lagi banyak kerak. tapi sifat macam ni akan buat kita rasa kurang bersyukur. kita akan merungut kenapa orang lain boleh beli kereta mahal tapi kita masih tak mampu? best nya orang lain gaji dah 15 k. tapi gaji kita masih lagi 8k. padahal start kerja sama-sama.

3. kedekut. hehe. nak tak anak kita kedekut ngan kita? huhuhu. sebab dia sentiasa rasa tak cukup dia jadi kedekut. duit belambak-belambak pon still rasa tak cukup.

hehe. maaf la yer puan-puan. 3 jer yang saya ingat. tapi benda-benda lain saling berkait lah. i tak nak anak i jadi macam tu. kalau boleh saya nak dia rasa sentiasa di hargai, di sayangi, dan nak dia tahu walau ape pon dia buat parents dia tetap menyokong dia and berbangga dengan dia. kalau benda baik lah yer anok. insyaAllah benda yang baik. kami akan didik kamu. =)

heheh. tak de anak senang cakap kan. bila keluar nanti tahu lah macamana. tapi ni sebagai peringatan untuk diri sendiri jer. bie, sila tegur i kalau i dah mula nak compare anak i ngan anak orang lain.



muka stim kekenyangan

ok baby? jangan risau. sila membesar dengan tenang. dedi memang suka gurau bewok macam tu. kamu akan biasakan diri. gihihi tapi dia akan jadi dedi yang hebat. sebab dia lelaki hebat yang pernah mami kenal. ye lah. kalau tak takkan lah mami kawen ngan dia. heheh. dan mungkin bila besar nanti kamu lagi suka dedi dari mami. hahaha. mami ade instinct yang kuat.

love u baby and dedi baby

Monday, 26 July 2010

hanya sebab dia pregnant

dia tahu wanita pregnant sensitif. dan sebab kenyataan itu dia anggap semua orang perlu faham dan perlu jaga hati dia. dia tak peduli orang lain sebab orang lain tak pregnant. ha-ha

dia boleh emo sesuka hati dan marah orang sesuka hati even meja yang hari-hari berabuk dan hari-hari kena lap pon dia marah. dia tak peduli perasaan orang yang dia marah sebab orang yang dia marah tu tak pregnant. sekali lagi. ha-ha

dia teringin semua benda yang dia nampak. sekarang senarai makanan dia teringin adalah sangat banyak dan semakin hari semakin bertambah. dan semakin cepat bertambah kalau dia ber-blog hopping ke blog-blog makanan. durian, cempedak, ikan pekasam, adalah dalam senarai teratas. ho-ho

makan banyak sampai lupa janji kepada mak and doctor. benci tengok cermin besar dalam bilik. mula-mula macam tak kisah dengan berat yang bertambah. (dia pregnant, mestilah berat akan bertambah kan? ) tapi orang sekeliling asyik membandingkan berat masing-masing dan asyik bermegah-megah dengan semakin pregnant semakin kurus buat dia rasa tercabar. i know, orang pregnant jangan pikir sangat pasal berat badan. tapi kene jaga jugak. tapisayaadalahorangyangsentiasamemantauberatbadan,sonaikberatbadanadalahbukanperkarayangsenangsayanakterima.jadijangantambahlagitekanansaya.so satu benda jer yang saya nak cakap. 'ORANG YANG SEBELUM PREGNANT MEMANG DAH OVERWEIGHT TAK GAIN WEIGHT SANGAT MASA PREGNANT'. ha-ha-ha-ha

boleh menangis bila-bila masa tanpa sebab yang kukuh. duduk sorang-sorang lalu bosan juga boleh menyebabkan dia menangis. owh. tak cukup makan juga boleh menyebabkan rasa nak menangis. boleh?

boleh tertekan dengan semua benda termasuk nyamuk ataupon sekali lagi, meja yang hari-hari berabuk.

mengalami sindrom malas bercakap dan mengaharapkan semua orang ade psychic power boleh baca semua yang saya fikir

dengan kata lain. bila dia pregnant dia bertukar jadi si selfish yang malas nak pikir orang lain dan sungguh ngada-ngada.

owh. dia juga tak update pasal 17 minggu pregnancy sebab dia rasa tada berubahan melainkan berat badan dan emosi yang makin menjadi-jadi.

hei pempuan mengandung, i cabar u tak emosi 2 minggu. ade berani?

dah raya malam ni!

yeah. akhirnya berjaya ganti puasa! 15 hari ok..sebenarnya kan i tak ingat berape hari i tinggal. but die sangat benyak lebih dari 10 hari. sebab masa tu asyik period jer sampai tak reti nak kira. tapi tak sampai la 15 hari. campur-tolak-bahagi-darab, ganti je lah 15 hari.

hazabnya nak ganti 15 hari.

no celebration eh? jelesnya kat along. sebab kak indah belanja dia makan masa dia raya puasa ganti. dan gambar food itu sangat lah mengiurkan. ape yang saya makan untuk meraikan raya puasa ganti saya?

homemade bihun goreng yang saya tak tahu pon rasa ape. i puasa remember?

kalau masin yang tak boleh tolerate akan masuk tong sampah. if tawar boleh campo sos cili.

sedih sungguh. tapi terlalu malas nak masak. and terlalu malas nak suruh ajak husband makan luar. i lagi suka kalau die offer. bukan i yang mintak (BUNYI MACAM HINT KAT SINI)

ok lah. mahu bukan puasa dengan bihun yang tak sure rasa ape.

selamat beramal malam ni.

love u

Tuesday, 20 July 2010

dear husband,

jiwa i tak tenang.

i rasa i perlukan percutian la. cuba u ingat balik bila last i keluar kl?

masa i pregnant 6 minggu. dah lama i stuck dalam tempat yang buzy bergerak tapi i tak bergerak pon.

ape kata kita bercuti tenangkan fikiran. boleh?


*mungkin ni jawapan dia*

dear wife,

ape kata u masuk bilik, pastu u masuk lagi bilik kecik dalam bilik tu. u nampak sink kan? ape kata u bukak paip amik air semayang, pergi semayang pastu mengaji sikit. mungkin u akan tenang lepas tu.

Sunday, 18 July 2010

kejap-kejap

baru bangun tido. bangun-bangun ade 8 new messages. ingatkan ade emergency ke ape. sekali semua message request upload gambar. sabor-sabor. mak cik puasa ari tok. mun bangun awal, awal la deria lapar berfungsi.

untuk tatapan kawan-kawan, i bagi seketul gambar. nanti cerita panjang-panjang.
sekarang mahu mengupload gambar, mengemail gambar kepada yang berkenaan.

hei, saya salah tentang umur 24 yang tiada ong itu. saya suka!

Wednesday, 14 July 2010

beberapa jam lagi

ingat nak bukak jer puasa tadi. sebab lemau dari pagi. tapi sayang. tadi siap nekad dah keluarkan barang nak masak. pastu tak jadi. huhu.

aku malam kena makan berat lah baru boleh puasa siang dengan cemerlang. kalo tak lemau semacam. lapar nye tidak. penat jer.

sebab kene saiko nagn doctor, aku tak makan nasi semalam. sebab tengahari dah makan nasi ngan husband lepas jumpa doctor. akibatnya malam semalam tak de selera nak makan nasi. akibat nye sekarang tak de energy nak teruskan hidup (ok. melampau)

bila dah macam ni mula lah terbayang-bayang kfc. baik lah i makan nasi 2 pinggan dari makan kfc.

tengok lah selama mana i boleh bertahan tak makan nasi malam. rasa nya malam ni dah makan dah. hahaa.

siang malas la nak masak nasi segala. i makan jer apo yang ado. malam jer masak nasi makan ngan husband. so malam la makan nasi. maybe i kene kurangkan kuantiti. tapi masalah nya i dah try kurangkan kuantiti. akibat kurangkan kuantiti makan nasi, malam dok mengunyah biskut pulak. sebab lapar tak boleh tido.

saya orang yang diet sepanjang zaman. masa pregnant bagi lah can i nak makan macam-macam. tak boleh eh?=(

Sunday, 11 July 2010

berakhir dengan baik!

lepas ni isteri-isteri dah boleh tidor dengan lena di samping suami tercinta. tiada lagi bunyi-bunyi luar biasa di pagi-pagi buta.

tiada lagi bunyi vuvuzela pagi petang siang malam. game live tengok. highlight pon walaupon dah siar 10 kali sehari tetap nak tengok.

isteri juga tak perlu lagi nak menjerit pagi-pagi buta sebab suami liat nak bangun tido.

bos-bos happy anak buah masuk ofis on time dah lepas ni. tak ada sudah muka terlebih caffein lemau sebab malam tak cukup tido.

isteri-isteri dah boleh heret suami berjalan malam-malam tanpa perlurisaukan kena balik sebelum pukul 10.

hehe. jumpa lagi yer 4 tahun lagi =). mungkin 4 tahun depan saya dah suka awak. sebab akhir-akhir ni saya dah suka awak sikit. mungkin lah. mungkin juga suka dah luntur balik.

*semalam i tengok bola tak tengok sangat pon game, tengok mata pemain. cantik-cantik. mana tahu kenan keluar anak nanti mata kelabu or biru. gahaha

*berkat bangun 'tengok' bola, baju dah siap unpack. hehe

Wednesday, 7 July 2010

rajin mak cik hari ni

membasuh cadar selimut and sarung bantal bilik tetamu..konon-konon nak start packing dah start dengan benda-benda tak guna dulu. lepas membasuh dan jemur, macam biasalah sambung tido.

bangun-bangun hujan ribut petir segala. best nya. sambung tido lagi lah barang sesejam dua.

tiba-tiba teringat...

cadar ngan selimut!!

ceh. habis dah lencun sarung bantal beterbangan. sia-sia usaha.

kalo tahu tido jer dari pagi.

Tuesday, 22 June 2010

lagu menyimpan memori

selalu kadang-kadang kalau travel, dah bosan dengar radio kami akan pasang lagu rock kapak, rock leleh or apa-apa saja lagu yang ade dalam pendrive. sambil-sambil dengar lagu mesti ade cerita yang keluar sampai kadang-kadang setiap kali keluar lagu mesti kena dengar cerita sama -____-"

kalau dengar lagu rock kapak yang jiwang-jiwang(suami lah, saya masa kecik tak layan rock kapak, bukan zaman saya. bila besar baru kenal rock kapak/ rock kangkang ni), mesti dia akan cakap,

"lagu ni i layan masa jiwang frust ngan awek"

or dengar lagu black out, mesti akan keluar cerita

"i dengar lagu ni masa kat MRSM, tiba-tiba blackout bila dengar lagu ni"

ade jugak lagu yang aku suka mesti aku teringat masa tu aku umur berapa sebab ade peristiwa yang aku ingat.

"lagu ni i suka giler dulu. masa i form 2"

"masa lagu ni tengah naik i dah kat UTP kut"

owh. serius??tua nya u!! hahaha. mesti kalau masa aku form 2 couple ngan abang dah masuk U rasa macam hebat jer sebab kapel ngan orang tua. tapi bila dua-dua dah tua macam sekarang tak de lah rasa berbeza sangat.

ade lagu yang bila kita dengar kita akan ingat kat seseorang sebab dia suka sangat lagu tu.bila dengar,

"owh, ni lagu awoh ni, ni lagu along, syahir masa kecik-kecik dia suka nyanyi lagu ni"

banyak lah lagu yang menyimpan memori, kalau westlife ngan bsb zaman sekolah. kalau blink zaman baru masuk UTP duduk village 5 tak de hiburan jadi kami ramai-ramai karok dalam bilik. rindu-rindu.

dan baru-baru ni i jumpa balik best friend sekolah menengah kat facebook. lepas aku masuk MRSM lost contact sebab kalo masa cuti balik rumah aku bukan kaki jalan nak pergi jumpa kawan-kawan. abah tak bagi.

bila jumpa balik rasa nak download lagu New Boyz yang lama giler dah aku tinggalkan. dulu aku ngan dia minat giler ngan tomok. bila dah besar malu nak mengaku. haha

bila dengar balik lagu-lagu tomok teringat zama tingkatan 1,2,3. kiteorang sangat baik sampai kat sekolah minat orang sama. hehe. taste kiteorang sama. tak suka abang-abang sukan yang macho muka macam samseng. bisanya kami minat abang pandai-pandai muka baik-baik, pengawas or ketua kelas. (kecik-kecik dah pandai pikir masa depan yang cerah)

kalau kat sekolah kiteorang minat abang A, tua setahun dari kiteorang, g kelas taekwondo suka abang M, tua banyak tahun sebab dia jurulatih. dan ramai lagi kalau nak list kan. adeh. gatal dari zaman kecik.

layan jugak dengar lagu new boyz ni balik.hahaha. tapi kena guna earphones. sebab husband saya allergic lagu tomok.

eh. apesal tibe-tibe buat pengakuan minat tomok ni? sebab die dah jutawan. so tak malu dah. hahaha

ape lagu yang mengimbau memori bagi korang?