Showing posts with label keramaian. Show all posts
Showing posts with label keramaian. Show all posts

Sunday, 26 August 2012

menceceh raya 2012

assalamualaikum~

tak terlewat lagi kalau nak wish selamat hari raya untuk semua. maaf zahir batin kalau ade tersalah terkasa bahasa tersentap baca blog ni kan. sebelum balik raya hari tu tak sempat nak buat entry. bila dah balik raya lagi lah tak sempat.
persiapan raya

persiapan raya tahun ni sangat lah bersederhana. baju yang betul-betul matching hanyalah pagi raya jer kut.  baju mak mix and match jer beli asing-asing. tudung pulak, punyalah lama mencari akhirnya beli jer pashmina harga rm 18 2 ketul. tawar mintak rm 15 pak cik tu tak kasik. hehehe. baju maryam jelah yang lengkap kut semua baru sampai baju tido pon baru. yelahkan. kalau beraya mesti lah sampai ke malam biasanya. haruslah pakai baju baru. tapi tahun ni tak over spend baru raya untuk dia. tak macam tahun lepas. sampai lebih baju raya. tak terpakai. tahun ni raya ke 4-5 dah recycle baru dah..hehe..bukan retis pon kan tak boleh nak recycle baju. takde baju kurung pon untuk mak tahun ni. raya 2,3,4,5 pakai jer baju nursing kain tshirt senang nak breast feed maryam di mana-mana sahaja. naseb baek pregnant kan. takde lah nampak pelik sangat. no selipar and handbag raya for me ini tahun. memang tak merancang nak beli pon. bajet raya tahun ni adalah sangat terhad. dah lebur kat kitchen kabinet, lampu, kipas, ekon rumah baru. so beraya lah seadanya. =P

turn raya di rumah mak.

tahun ni semua adik beradik ada dipagi raya. memang dah berpakat. tahun ni memang semua turn beraya ditanah merah. temanya adalah hijau. family mak jer purple. sape suruh cakap tema lambat kan. orang dah beli baju raya awal-awal.

family che manshor

*ehem* pendeknye u long =P


 depan dari kiri: abe cik, mok, shahir, abah, mi.
belakang: abe helmi, rayyan, along, si gemuk, maryam, bie, pok we, faiza

insyaAllah. tahun depan bertambah ahli lagi.

menu pagi raya. menu biasa dipagi raya. rendang ayam ngan daging, kuah kacang, kuah lodeh, sambal ikan bilis, nasi himpit, ketupat palas, lemang. semua buat kecuali lemang. hehehe

memang menu tu jer dipagi raya biasanya. bila entah nak ubah. =p kalau nak ubah tak tahu mana nak reject. macam semua penting jer dipagi  raya. haha 

petang raya dah bergerak ke rumah husband. 2nd raya, balik terengganu beraya dengan keluarga husband belah mak mertua pulak. balik hari. dapat lah makan keropok lekor ngan sotong celup tepung. raya ke 3 rumah mak pulak. begitu lah raya-raya ni kang. haruslah gilir-gilir rumah dekat ni. cuti lama pon bila bagi dua sikit sangat jadi sebenarnya.

jem raya

raya di kelantan. tak jam tak sah! sabri yunus kata jangan jadi kan jem masalah dihari raya. jadikan ia sebahagian daripada raya. tapi bejam-jam dok dalam kereta boleh keras bontot hoih. kiteorang kalau raya memang bertolak awal dari orang la sebelum raya. sejak kawen tak pernah lagi merasa jem balik raya. tapi tahun lepas kiteorang merasa jem masa beraya. gerak 1-2 km sampai 2-3 jam. serik makkkk...dah tak lalu jalan tu dah. tahun ni paling teruk pon perjalanan yang sepatutnya ambik masa 45 minit jadi 2 jam setengah. boleh sabar lagi lah. dah kereta banyak nak buat camane. kat kelantan masalah besar selain daripada jalan kecik, kereta melimpah ruah adalah masalah orang kelantan hidup takde stress bawak kereta sambil makan angin korek hidung bawak kereta 60km/jam. memang belambak-lambak orang macam ni. masa tak de orang ramai boleh la dia nak makan angin bawak kereta, tapi bila dah musim kereta banyak ni, beratur panjang lah kereta nak melayan dia makan angin. nak melintas kereta dari depan pon banyak. haishhhh.

maryam

raya tahun ni ya ampunnnn. kene banyak bersabar sangat ngan dia. tak boleh nak beraya rumah orang pon. cuaca kelantan adalah super panas. rumah sedara pulak banyak rumah kayu, so siang dia panas. ade sesetengah rumah tu sempat beraya salam-salam, minum air jer. tak sempat nak berbual panjang bertanya khabar pon. rumah yang ade binatang lama la dia nak duduk. raya tahun ni dia baru kenal kucing. baru pandai main ngan kucing sambil sentuh-sentuh kucing sambil takut-takut. rumah yang ade ayam, kucing, burung, lama la sikit boleh pujuk dia duduk. rumah yang ade buai pon dia suka. sampai tak nak balik. -____-"

food maryam

ni yang nak bebel panjang. masa raya first ngan 2nd buatkan dia nasi goreng. letak dalam thermos. sebab malas nak berkuah lauk asing bagai. tapi dia tak makan banyak sangat nasi goreng. bosan ke ape entah lah. so pergi beraya mana-mana bagi lah dia makan nasi himpit. dia suka sangat nasi himpit. pagi raya buatkan dia nasi himpit goreng, habis satu pinggan dia makan. so lepas-lepas tu tak buatkan dia nasi goreng dah. just bawak lauk jer. pergi mana-mana makan dengan nasi kosong or nasi himpit. lauk dia kat kampung hari tu udang, telur ngan ikan. benda-benda yang cepat lah. banyak nye telur. ikan bakar bila masa makan ade kat rumah. masa raya ke 3 stuck dalam jam so tersilap bajet masa makan maryam mintak nak goreng telur hancur rumah sedara. makan ngan nasi kosong. heheh. terpaksa la buat muka tak malu kan. kalau tak anak lapar nanti. tapi yang kiteorang pergi tu pon sedara rapat. 

snek pulak, biasanya dalam beg maryam kiteorang sediakan kismis, buah-buah, ngan 'kuih raya maryam'. kuih raya ingat nak buatkan cookies untuk maryam. dah beli bahan, tapi dok mengemas kat kl ni tak sempat nak buatkan dia cookies. so pilihan terakhir adalah bakar roti buat roti kering. buat batch pertama sikit jer dulu. testing dia makan ke tak since dah lama tak buat. buat bentuk comel-comel macam biskut raya. selamat licin dia ngan rayyan makan. raya pertama biskut batch pertama tu dah habis. so malam raya ke dua sebelum pergi terengganu tu i bakar 2nd batch buat banyak terus. malam ni sebenarnya i adalah penaaaattttt giler. tapi gagahkan diri jugak membakar cookies tersenang untuk anakanda tersayang. takut orang sumbat benda bukan-bukan kat anak mak. husband pon kene paksa tido kat dapo sekejap sebab teman bakar biskut maryam sambil basuh kain jugak. biskut letak dalam bekas so kebanyakan kes maryam tertipu la. kalau nampak dia macam terliur tengok biskut raya, or ade orang offer biskut raya, ganti jer dengan 'kuih raya maryam' tu.

tapiiii, terlepas jugak lah benda yang tak diingini. maryam sempat la merasa popia 2 ketul. agar-agar kering manis leting. popia tu tak dapat diselamatkan. agar-agar kering dia baru jilat. mak rampas sebab terkejut. yang sempat tengok tak sempat masuk mulut macam puding, agar-agar, kek jangan cerita lah. stress mak. stressss! mak dah la kekenyangan dan kepenatan dan kepanasan kan. maryam pulak. tak leh orang offer food. -____-"

walaupon perangai buruk, tapi biasanya mak masih ingat nak berbudi bahasa ngan orang tua. walaupon control food maryam biasanya cakap baik-baik lah maryam tak makan lagi. tapi bila maryam dah besar ni, ramai orang macam tak boleh nak terima maryam still di control makan nya walaupon dah besar. i pon tak faham kenapa lah dieorang nak bagi sangat junk foood ni kat budak-budak. tapi raya kali ni sebab kepenatan kut, keterlupaan kadang-kadang tu nak berbudi bahasa. ade sorang mak cik tu dia bagi maryam makan kek. i terus ambik kek kat tangan maryam then cakap maryam tak leh makan. kek tu manis. tak tahu lah nada camane. tapi nampak lah muka dia berubah berasa hati lah kut. 

anak kurus, mak gemuk.

kesinambungan dari cerita food kat atas. disebabkan i merampas kek dari maryam and letak balik dia cakap maryam ni sure tak makan pape kan. kurus kering jer. haish. memang menguji kesabaran tau panas-panas ni. dia dah la tetamu. ade aku perambat balik kang. masa tu duduk rumah nenek i. mak redha je lah. layan lah perangai orang tua ambil suap maryam dengan food yang dibekalkan. penat-penat mak prepare food, nak sumbat ngan bukan-bukan pulak.

tak cukup dengan mak cik tu sorang, moyang maryam pon nak tambah temperature ummi maryam jugak. dok bercerita anak dotdot tu, makan catu. semua benda tak boleh. anak semua kurus kering jer. anak dotdotdot pulak, semua 'sihat-sihat'. makan semua. tak memilih. yelahhhh. baik lah. baiklah. raya ni telan jer semua. tak baik nak melawan orang tua. mak telan semua. T______T

tak cukup dengan tu. mak cik yang sama dengan mak cik bagi kek kat maryam tegur i semakin menggemuk. dulu kurus. anak dia menyampuk, "mengandung kan tu mok, nyo berisi lah" tapi dia still nak tambah, " ngandung pong, kiro gemuk la besar lagutumo"

kannnnnnnnnnnnnnnnn...mak gemuk kecoh. anak kurus pong kecoh. tahun depan nak pakai tag besar-besar or buat banner kat tangga.

 "JANGAN BERCAKAP KALAU TAKDE BENDA YANG SEDAP DIDENGAR NAK DICAKAPKAN"

kan dah emo cerita pasal raya. muehehehe

keseluruhannya. my raya adalah menggembirakan hati dan mengenyangkan perut. dihidangkan dengan food yang super sedap. orang sekelililing yang rapat pon faham jer tak de isu pon pasal maryam sikurus sebab dia tak reti dok dia, mak maryam si gemuk sebab dia semua food belasah. dan mak maryam si gemuk yang masih cuba nak menjaga makan minum maryam. orang yang jumpa setahun sekali jer tu pon kadang-kadang tak jumpa jer yang susah nak faham. mak pasrah. T____T

emas murah

balik kelantan musim-musim raya ni sibuk lah orang bercakap pasal emas. balik hari tu kebetulan lagi sekali emas turun. nak beli emas baru matik la kene jelingan maut ngan walid maryam kan. setiap kali balik kampung nak beli emas. tokei balok pong bankrup. tapi nakkk jugak tambah kesibukan orang kt kedai emas tu. pergi lah tukar gelang lama yang tak sedap pakai ambik cicin ngan subang. ade jugak emas baru kan walaupon tak keluarkan duit. hehehe

berat naik berapa kilo?

biarlah rahsia dulu. yang pasti, ade harapan la nak kene minum air gula ni. petang ni ade check up. doalan mak tak kene minum air gula yer u ols. nanti malam kang. mak bercerita pasal check up petang ni pulok. dan berat semasa T_T


Wednesday, 21 September 2011

postmortem openhouse

alhamdulillah berjaya jugak buat openhouse buat kali pertama. raya haji tahun lepas ade jugak buat makan-makan tapi tu secara tak sengaja sebab kebetulan ade orang nak datang beraya so alang-alang masak lebih panggil rakan-rakan datang makan.

maaflah kalu ade yang tak terjemput insyaAllah next time buat besar sikit kali ni first time ajak orang tak ramai pon dah kalut and rumah dah penuh. rumah kecik ni tak boleh lah nak ajak orang ramai-ramai. next time kalau nak ajak orang ramai sikit kene buat jadual. tetamu berperingkat mengikut kategori masing-masing. huhu

setelah dikira-kira tetamu haritu seratus lebih jugak lah termasuk baby. tu pon ramai jugak lah jemput tapi tak hadir. makanan alhamdulillah cukup-cukup. tak banyak sangat pon lebih lauk pauk. tak lah membazir. mula-mula tengok food risau jer tak habis sebab ramai jugak tak bagi respond nak datang ke tak.

Photobucket

tak sempat nak ambik gambar awal-awal. so bila tetamu dah sampai and makan baru ambik gambar. hehe

menu hari tu main dish nye adalah nasi kukus ayam berempah. yang di tempah jer. husband mintak 7 ekor jer mula-mula. pastu takut tak cukup tambah lagi sekor. nasib baik tambah, sebab ayam ngam-ngam habis.

menu yang i masak rendang ayam, rendang daging, kuah lodeh, kuah kacang, angel hair ngan sos bolognese sos and carbonara, sambal bilis, bubur pulut hitam and agar-agar lumut. dan goreng nugget jugak untuk kanak-kanak.

jiran ade datang bawak agar-agar bandung dengan masak lemak sardin dengan batang keladi. setap!

Photobucket

nampak tak agar-gar hijau kat meja bawah tu?

pandan tu malam-malam baru pergi mintak daun pandan ngan jiran. haha. dan pukul 3 baru dok mengacau agar-agar. sebenanrnya dah malas nak masak, tapi husband yang nak sangat makan so buatlah jugak. sekali dia tak sempat rasa pon agar-agar tuh.

Photobucket
tetamu paling jauh datang paling awal.hihi. comel aqeel gambar ni



Photobucket
"walid saya la, "kata maryam

Photobucket
tengok cik hani mung maryam!

Photobucket
maryam mengamuk

Photobucket
maryam ngan tok mama

Photobucket
kawan sekolah rendah. (baju basah basuh periuk-___-")

ade yang dah 13 tahun tak jumpa okeh! ade yang dulu masa sekolah rendah die lagi tinggi dari i, sekarang i dah lintas semua orang. dari segi tinggi dah gemuk of cos. muehehehe. i lambat matured, so tinggi pon lambat.

tu jelah gambar yang ade, tak sempat nak ambik gambar pon. sedih

maryam mood tak ok hari tu. nak berdukung jer. so i tak boleh nak tinggal dia. jadi husband lah dok kalut sorang-sorang cek ape food yang kene topup, nak layan tetamu lagi. sampai bila orang ramai sangat tuh terputus bekalan air manis. heheh. tak sangka la pulak air satu tong tu boleh habis. dan spaghetti pon terputus bekalan. i dah rebus 3 bungkus, separuh hidang, separuh topup. husband topup dia tak cakap, i ingat ade lagi kat dapur. nasi baik spaghetti cepat jer masak.

agak kelakar jugak lah buat makan-makan sambil kalut ribut ni. tambah kelakar lagi maryam mood tak ok. hurrmmphhh!

tapi seronok sangat bila tetamu datang ramai-ramai makan food kita masak. penat lelah letak ketepi. food licin memberi kepuasan berganda.

husband lah kut orang yang paling happy haritu. sebab kawan-kawan die jelah pon yang datang ramai. kawan ofis dia. sampai boss pon datang.

thanks kepada yang datang, harap berpuas hati dengan food yang dihidangkan dan mintak maaf lah kalau ade yang terkurang.

insyaAllah kalau ade rezeki bulan 12 ni buat makan-makan lagi.

Tuesday, 6 September 2011

family kecik first raya

himpunan gambar-gambar raya 2011

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

hehe..semua gambar bapak saudara maryam, ayoh mang yang ambik. i rase semua cantik, semua nampak happy and semua ade cerita tak tahu nak pilih yang mana so i tempek semua. haha

gambar last sekali gambar kesukaan.

agak-agak next year masih bertiga ke, 3.5 ke, dah 4 ke?

=p

Monday, 5 September 2011

selamat hari raya~~

hai~


lama giler raya kali ni. pagi tadi baru sampai. sikalang mau membersihkan habuk-habuk rumah kene tinggal 2 minggu.


tempek gambar pagi raya seketul

Wednesday, 17 November 2010

hari ni raya lagi~

hari ni raya lagi tapi ramai dah kerja kan. huhu. semalam sangat best duduk kat rumah. hari ni macam tak nak bagi husband pergi kerja.

duduk la sehari lagi kat rumah bercanda dengan i. takyah lah pergi kerja~
*kalau lah company itu bapak mertua i yang punya*

semalam ade sesi makan-makan sikit. bukan dirancang pon. hanya lah sesi makan yang diberi nama

'biniakumasaklebihsikitharinikalaukofreedatanglahrumahakubolehkenalkenalrumah'

Photobucket
kata nak sedondong. ngan sofa-sofa sekali sedondong

Photobucket
perut hilang. ting!

Photobucket
suka gambar ni



Sunday, 19 September 2010

setahun setengah

dah setahun setengah dan saya lupa tarikh 13 haribulan tuh. heheh. maklumlah sibuk beraya kan. sibuk makan jem jugak kat kelantan. asal keluar rumah jer jem. menyampahkan betul.

husband yang ingatkan kali ni tu pon lambat dah lambat. i? tak ingat langsung. ngehehe

kawen setahun setengah, baby setengah tahun. ermmm..nampaknya baby ni dihasilkan sekitar masa anniversary yang ke setahun. gaha

i love you bie. miss u so much!

Tuesday, 20 July 2010

pot luck + surprise birhday partey

ni cerita ahad lepas. aisha ngan zac call cakap nak datang lepak dan juga nak swim. so i assume dieorang memang datang macam biasalah, datang makan-makan golek-golek depan tv. biasanya makan jer ape yang ado. tapi kali ni aisha request nak mee goreng tapi i terlalu malas sebenarnya nak masak so i buat spaghetti jer. pastu dia pesan masak lebih-lebih sikit sebab maybe lagi 2-3 orang lagi join sekali. bila i tanya sape. dia cakap 'budak-budak ni jer'. and tak nak cakap siapa. huhuhu. tapi i kene lah tahu laki ke perempuan sebab kalo lelaki kene lah berpakaian sopan. tapi sebab seme perempuan jadi nak pakai costume kat rumah pon tak dak hal.

janji pagi yer. tapi i dah agak dah budak-budak ni kalo pagi tu pukul berapa. so i tak start masak lagi pagi tu. breakfast goreng-goreng jer dengan husband. pukul 1030 hazirah sampai. bawak nasi lemak. sejam lebih lepas twins sampai. bawak air. then dieorang sebut pasal pot luck. owh. aku tengah buat pot luck party ke ni. APEHAL TUAN RUMAH TAK TAHU DIE SEDANG BUAT POT LUCK PARTY KAT RUMAH SENDIRI??!. bertuah punya kawan-kawan.

tak sampai sejam lepas tu azhani, aisha ngan ieyza call dieorang cakap lambat. kene tunggu pizza 15 minit. haha. lewat nye berjam-jam, tapi pizza yang kene tunggu 15 minit tu jugak yang salah.=p

dengar kecoh-kecoh kat luar rumah dah tahu dieorang dah sampai.

"magh, surprise! we ol bawak birthday cake u"

=) sweet tak kawan-kawan i? haha

lepas 24 tahun, ni first time i tiup lilin birthday cake tau. kesian kan? haha

owh. sebab ade sesi tiup lilin dan potong kek segala terpaksa lah salin pakai baju senonoh sikit.

foods: pizza, nasi lemak, spaghetti, air orange ngan mango

naseb baek kerusi nya lapan, so cukup-cukup campo ngan husband. ni tak cukup korum. kalo cukup kene ade yang bersila jugak nampaknye. gambar husband tiada sebab dia cameraman berjaya. haha

percahayaan lebih tanpa kena pergi beli langsir cepat-cepat.

sebenarnya ni first time i celebrate birthday ngan kawan-kawan. sebab birthday i selalu masa cuti sem. huhu. masa belajar celebrate birthday adalah aktiviti wajib. main simbah-simpah, buih-buih, tepung-tepung, bising-bising sampai orang jeling adalah perkara biasa.

kepada yang tak datang, korang memang sentiasa dirindui.huhu

saya sayang kamu-kamu bukan sebab birthday cake ni tau. tapi memang dah lama sayang. haha

bila boleh jumpa lagi agak-agak? masa aliah nak fly gamoknye.

Saturday, 19 June 2010

pesta makan-makan sambil berhibur

last year semasa pergi pesta makan-makan ni, i pregnant 2 bulan. this year pregnant 3 bulan. ape kesimpulan yang boleh dibuat disini? adakah..

1) dah setahun masa berlalu tapi baby baru membesar sebulan? oh. tak kelakar dan tak logik.

2) dia ni tiap-tiap tahun pregnant, anok mano? anak tunggu i kat syorga.

3) masa mengawan lebih kurang. ngehehe. itu paling tepat. gahaha

masa husband nak ajak datang event ni dia email,

" u nak pergi tak? ade nabil"

nabil yang disebut nya, pastu dia hantar poster tengok ade ella. kenapa nabil? kenapa tak umpan i ngan ella. nabil boleh tengok 10 kali sehari kat astro. dialog dia pon i dah hafal.hehe


tapi akhirnya perut yang kenyang penuh dengan food hampir terburai gelak dengan lawak die. macam selalu. die memang best.

gambar di atas husband yang ambik, sebab dia datang nak tengok nabil, so dia amik gambar masa nabil jer. ella tak.

ella macam biasalah. aku memang suka ella. dia melentok gedik-gedik macam ulat bulu pon layan kan ajor.

dan dia suka saya jugak jadi dia amik gambar saya jugak

dan suka jugak bergedik di khalayak ramai

ni jer gambar yang clear. maklumlah, kemere canggih. amik masa tengah beratur amik food.

banyak food. tapi malas nak snap. kalo snap semua nanti semua orang tahu aku makan banyak.hehe


sori bie, nie jer gambar u senonoh sikit. yang lain semua tengah mengunyah or nganga mulut nak makan (erm. ni pon tengah kunyah kan?) hahaha. biasalah. namapon pesta makan. harus lah semua gambar tengah makan.

semalam jumpa blogger jugak sorang. jumpa mimy. dia cakap perut dah nampak. haha. perut memang lama dah nampak mimy. tapi semalam sebab kenyang, semakin menyerlah lah beliau.

jumpa kawan-kawan satu course dan satu batch jugak tapi sempat hai-hai bye-bye jer.

food ok lah. ramai tapau buat balik. haha

tapi aku rasa pelik, rasa sorang-sorang gaji dah mahal, educated la kut kalau tak camne nak kerjo kan, tapi makan berebut-rebut macam tak cukup food. padehal nya berlambak.

mentang-mentang free sorang-sorang amik banyak sampai tak habis makan pastu buang dalam tong sampah sebab tak habis. ape salah nya amik cukup-cukup kalo nak lagi tambah. bukan nya habis pon food tu. pembaziran.

benda lain saya enjoy sajo.

belom habis event pon kiteorang dah balik. sebab kenyang dan sangat penat. padahal aku banyak duduk jer pon. tak jalan sangat.

Sunday, 13 June 2010

15 bulan


semalam anniversary yang ke 15 bulan. dua-dua lupa. bagus-bagus. baru 15 bulan. bukan 15 tahun. tapi dah lupa. haha~!

sempena musim gersang ni, tak boleh nak dedicate kata-kata romantik.

layan lagu jiwang i layan masa bercinta dengan u. yes. i memang tak romantik, lagu jiwang pon pilih sheila on 7. tapi i suka.



seberapa pantas by sheila on 7



seberapa pantaskah kau untuk kau tunggu. cukup indahkah dirimu untuk slalu kunantikan. mampukah kau hadir dalam setiap mimpi burukku. mampukah kita bertahan disaat kita jauh. seberapa hebat kau untuk kubanggakan. cukup tangguhkah dirimu untuk slalu kuandalkan. mampukah kau bertahan dengan hidupku yang malang. sanggupkah kau meyakinkan disaat aku bimbang. oh sayang nya hanya kaulah yang benar benar aku tunggu. hanya kaulah yang benar benar memahamiku. kau pergi dan hilang kemanapun kau suka. oh sayang nya hanya kaulah yang pantas untuk kubanggakan. hanya kaulah yang sanggup untuk aku andalkan. diantara pedih aku slalu menantimu. mungkin kini kau tlah menghilang tanpa jejak. mengubur semua indah kenangan... tapi aku slalu menunggumu disini. bila saja kau berubah pikiran.




menjawab semua persoalan dalam lagu tu, u memang pantas untuk dimiliki. hopefully sampai akhir hayat. i love u.

Wednesday, 9 June 2010

birthday along


selamat hari tua along. walaupon 25 tu muda lagi. hahaha.. tapi tahun depan dah kena pakai product anti penuaan. walaupon muka i lagi tua dari u, tapi dari segi umo terima lah hakikat u lagi tua. hehe. lagi pon u kakak i.=p

aku ngan along beza 13 bulan sajor. tolak 9 bulan mak aku pregnant, jadinya masa kak aku umo 4-5 bulan mak dah pregnant. olololo. cian nya tak cukup kasih sayang. hahaha

tapi aku pon ape kurang nya. beza aku ngan adik aku syazwan pon tak banyak. 15 bulan jer. umor aku 6 bulan macam tu dah dapat berita nak ade adik. huhuhu. produktif nya mak i. setahun sorang beranak. lepas tu berehat 6 tahun. haha

tapi best lah kalo ade ade adik beradik umor dekat ni. sangat best. aku pon kalo ade rezeki cakap kat husband awal-awal ni nak anak umo dekat-dekat. tapi tak delah gap 13 bulan. jauh lah siket. hehe. sebab kalo boleh nak breast feed. tapi husband cakap biar anak sulung lahir dulu baru merancang. hak hak hak. tak pelah kan. berangan la dulu.

tapi risiko umur dekat-dekat ni, kesian kalo si adik ni jenis yang terlebih makan or muka cepat matured. macam i. semua cakap i yang kakak. dari kecik semua cakap aku yang kawin dulu. berkat doa dan kata-kata semua orang, memang aku yang kawin dulu pon. tu lah. sapa suruh berkata-kata. kata-kata itu doa. hehe. cubaan nak salah kan orang padahal diri sendiri yang gatal.

papepon, along dah nak kahwin dah pon tahun ni. happy birthday and semoga semua hajat tercapai. i tahu setakat ni hajat u semua dalam ketegori kahwin-kahwin.

ore sayang dio.

Sunday, 6 June 2010

happy birthday

to my paling disayangi-baik hati-bekeng-behi belebey-masak sardin sedap-suka kecoh husband

u dah 28 tahun. dah nak menghampiri 3-series. boleh dah kalau agak-agak nak bertaubat berenti rokok tuh. (harapan je lah ni)

erm. hadiah tunggu i sihat baru kita pegi beli. i pon banyak benda nak kena beli ni. hahaha



i love you so much.

*malam ni boleh keluar tak?? jom g keluar dating. rasa macam orang giler jer tak keluar rumah seminggu. dah lah gersang. eh*

Sunday, 16 May 2010

selamat hari guru


comel giler google hari ni kan?

selamat hari guru saya ucapkan kepada guru-guru. bakal guru sila sabar dulu. nanti bila dah jadi guru saya wish yer. hehe. =p

semasa saya membesar saya di kelilingi guru-guru. abah dan ramai mak cik dan pak cik saya adalah guru.

jadi masa orang bercakap pasal tugas guru yang ringan dan banyak berehat. saya tidak setuju. saya tahu hal sebenar. benda ada depan mata.

kata cuti banyak. sebanarnya masa cuti pon di panggil mengajar, khusus, program sekolah, ko-kurikulum, dan menjaga peperiksaan.

dah la nak amik cuti masa hari biasa pon sangat susah. cuti sekolah yang konon nya menjadi cuti kepada cikgu-cikgu pon di ganggu. di mana ringan nya tugas mereka?

mungkin ade lah cikgu yang boleh berehat banyak sedikit. kalau pandai mengelat. hehe.

walaubagaimanapun cita-cita saya dari kecik nak jadi cikgu. nak mengajar kat kelantan, nak buat rumah sebelah rumah mak ngan abah. (padahal kawasan rumah dah takde kawasan kosong dah)

tapi bila besar kenpa entah amik engineering. sebab nak suruh jadi suri rumah kut.haha

selamat hari guru kepada guru-guru.

Wednesday, 12 May 2010

14 bulan



dah 14 bulan kahwin. setahun 2 bulan.

sejak bila pandai buat muka cute macam neh???

(perkembangan positive ni.boleh di asah lagi)

haha

walaupon u lupa nak wish
walaupon u pergi kerja tak kiss i hari ni
walaupon alasan u tak logik
tak sempat sebab lambat kata u. i bukan mintak romen. mintak kiss jer. 1 saat pon dah cukup.
naseb baek u mintak maaf secara berhemah

kalau tak habis lah u

dah la malam ni malam jumaat kan


kalau rajuk i panjang






tak boleh lah kita nak baca yasin sama-sama malam ni.

Tuesday, 13 April 2010

dah 13 bulan

nombor manyak ong woo..

hehe..hari ni dah 13 bulan kahwin..

happy anniversary yang ke 13 bulan bie

die dah wish dah masa aku pening dalam kereta tadi.

tak mampu nak wish balik gosok-gosok tangan dia menandakan wish.

apakah?

Friday, 12 March 2010

dear bie

dah setahun kita berkasih sayang sebagai suami isteri. cepatnya! rasa macam tak puas lagi honeymoon. yeahh..honeymoon memang tak kan puas.

i suka setiap saat setahun ni.

i suka masam manis setahun ni.

i suka rasa pahit setahun ni.

i suka semua benda pasal setahun ni.

i suka bila u kejut i bangun tido. bila u bangun awal untuk tengok bola. walaupon real kalah. mood u tetap baek kejut i. buat i happy sepanjang hari.

i suka bila u main-main rambut i. sebab nak main rambut sendiri tak boleh. bila u usap kepala i. i rasa sungguh disayangi.

i suka bila shampoo rambut i. u buat dengan lembut. mesti kepala i sangat suka. sebab tuan kepala sendiri pon tak pernah lembut macam tu.

i suka bila u makan makanan yang i masak. walaupon kadang-kadang ade rasa yang kurang, u tetap habiskan tak tinggal setitik pon.

i suka bila sebaik sahaja i tido atas riba u, u akan kentut. kononnya tak sengaja. walaupon u sungguh tak senonoh. tapi tak senonoh itu adalah u. jadi i tetap suka.

i suka urut u malam-malam. sebab bila i urut u akan tertido. bila u tido boleh la i main internet.

i suka tengok u tido. sungguh tenang. naseb baek u tak pernah berdengkur. tapi u selalu cakap masa tido. haha. sungguh kelakar.

i suka u sanggup melayan i yang tidak matured ini. sudi bermain kejar-kejar ngan i keliling meja. sudi main batal-batal air sembahyangngan i. walaupon i yang start mainan tu tapi kadang-kadang i menyampah. dah pakai telekung pon nak batalkan air semyang i jugak. penat tau!

i suka tengok two and a half man dengan u. sebab i suka tengok u gelak. haha. tengok sorang-sorang tak best.

i suka tengok ape-ape cerita kelakar ngan u. sebab i baru perasan, sense of humor i ni lambat bertindak. selagi u tak gelak i tak rasa benda tu kelakar. macam kita tengok adnan sempit haritu. dan cerita gameplay malam ni.

i suka u tekan loceng banyak-banyak kali bila u balik kerja. menyebabkan i berlari-lari bukak pintu sebab bunyi bising. sabar je lah! tapi i tetap suka, tu maknanya u dah balik kerja. bila u ade kat rumah ni baru lah hidup i ceria. bila u ade maka latop ade. hehe

i suka spend masa dengan u sebab u suka buat i gelak. u suka kacau i. i selalu cakap u neh sungguh menyampahkan sebab selalu kacau i. tapi sebanarnya dalam hati suka sangat.

i suka u bila u balik kerja mulut u bau mentos. u saja makan mentos nak tutup bau rokok kan? asalkan tak bau rokok, i masih suka.

i suka bila u ajar i mengaji. walaupon u selalu merungut susah betul i nak lekat ape yang u ajar.

i suka bila u imamkan i semayang. masa tu i tahu. i dah tak salah pilih suami.

i suka bila u tegur i bab-bab agama. walaupon bukan selalu i ikut. tapi i tahu akan ade orang yang selalu ingatkan i bila i tersongsang.

i suka bila u cerewet. sebab sikap cerewet tu akan buat i lebih perfect.

i suka bila u suka tenangkan i bila i nangis.

i suka bila u selalu sokong i walau ape jua sitasi.

i suka bila u tak pernah merungut bila kene bantu i.

i suka bila u tak pernah cakap 'no' bila i mintak pape.

i suka u. i suka u. i suka u.

i suka semua benda pasal u. kecuali rokok.

happy 1st anniversary bie. i sayang u sampai mati.

Wednesday, 30 December 2009

2009

aku sayang sangat 2009. banyak sangat perkara yang berubah 2009 ni. banyak sangat aku belajar. banyak sangat aku paham.

1.tahun ni aku jadi bibik sepenuh masa bila habes belajar dan tengah prepare nak kawen. best sangat masa ni. hari-hari layan syahir. rindunya. syahir sangat rapat ngan aku masa ni. huhu.

2. aku sah jadi isteri Mohd Faizal tahun ni. 13.3.09. i ingat kahwin ngan tak kahwin sama je perasaan dia. sayang jugak kan. tapi sayang bf laen ngan sayang suami. dan dulu aku selalu merungut en.suami tak romantik. tapi die ni sungguh manis sebenarnya. banyak aku belajar pasal 'perkahwinan'. adalah pahit manisnya. banyak jugak belajar pasal agama dengan dia. ilmu aku amatla cetek. mungkin sebab itu aku dan dia di jodohkan. dan banyak aku kene berkorban. banyak yang aku kene beralah. tapi berbaloi-baloi. tapi kalau pahit komfem en.suami ade disisi menyokong aku. thanks! =)

3. aku mengandung. seronot giler okeh masa ni. walaupon sekejap saja dapat rasa. tapi serius i tak sabar nak pregnant balik.

4. miscarriaged. satu jer yang saya ingat. sangat sakit. fizikal dan mental.

5. tahun ni jugak aku konvo. dari dulu lagi kalau sebut pasal konvo mesti kawan-kawan aku buat ramalan saya akan datang dengan perut memboyot. ramalan korang salah ok~ ngahaha tapi ramalan korang yang dalam ramai-ramai i kawen dulu betul la.

6. kakak aku dah merancang untuk ke arah itu setelah saya kahwin. dah tunang dah pon. huhuhu. berjaya jugak aku jadi pemangkin. kawan-kawan bile lagi? =D

7. aku dah ade bisnes dan aku suka sangat dengan bisnes aku ni. aku jumpa orang. tolong orang. tapi skill kene improve lagi. aku masih belajar.

8. tahun ni adalah tahun paling tenang aku. sejak dari darjah 1, asyik belajar, exam, blajar, exam. masa orang tengah tunggu result SPM aku dah masuk UTP. aku takde masa yang sangat lama untuk berehat. so tahun ni amek kau. aku berehat habes. dan saya rasa tahun ni la tahun yang paling tenang takde tekanan. kalau ade tekanan pon bukan pasal belajar, assignment, project, exam, lecturer, FYP. NEYHIHEY!!! mak suke nyah~

dan banyak lagi. i love 2009. and i hope 2010 lebih baek dari 2009.

babai 2009 T_T

Sunday, 20 December 2009

bilo mak cik masuk club

i hampir tak jadi g event ni. sebabnya dia buat kat Mist Club Bangsar. tapi pergi jugak lepas kak ila call naffnang and die sah kan event ni selamat untuk kami-kami pergi. walaupon tempat tak sesuai dengan orang bertudung segala kan. ade mak kesah? mak pon nak enjoy jugek.

event tu start kul 630 petang. tapi biaso la makcik ni. g kelas pon lewat setengah jam, takkan nak g beronggeng punctual pulak kan. harus la tempek-tempek bedak solat dulu sebelum g beronggeng. supaya seimbang orang kata. huhu. so kul 8 baru i sampai. =D

yeah!! pakai misai terbalik dah la senget.haha..saya dengan the sporting husband of the year (bodek supaya boleh pergi beronggeng lagi lain kali)


dengan kak ila. yang ramah tamah

baju i pakai ni beli disaat-saat akhir. kembang giler-giler! belt and heels kesayangan memang sentiasa menjadi penyelamat~

kawan kak ila, Kat

aimi yang lucky

lemak, minyak, dan kolestrol

sekitar majlis

=p

hujan penghibur en.suami

en.suami yang diawal event bosan akhirnya buat Noh hujan macam orang kampung dia. derang berbual-bual sebab sama-sama bosan kut.

gambar last sebelum balik


tak tahu la camano orang boleh berjoget-joget pakai killer heels. lenguh bangat. tak sabar nak balik sebab nak g pakai selipar jepun. dalam kereta terus tukar selipar.

gambar kat depan umah. udah tukar selipar.

mak seronot. mak seronot.

Thursday, 26 November 2009

hari raya

saya dirumah PIL.sepatutnya raya ni turn rumah saya. tapi sebab rumah ni banyak benda nk prepare, saya mengalah. kesian en. suami tersepit antara kehendak isteri dan ibu sendiri. ok saya mengalah.

tak perlu puji cakap saya baek

sebab saya tahu saya memang baek!

wahahaha

tapi sedih

T_T

dah kawen macam ni la kan

ikut cakap suami

suami pulak kene utama kan ibu die

family kita?

yang pasti tahun depan dua-dua raya rumah saya. tak kire~

Tuesday, 24 November 2009

aturcara raya

saya kene packing baju untuk 3 orang ni. baju sendiri, en.suami, baju pok we.

petang ni g amik en.suami kat office die (semestinya bukan i yang drive), lepas tu zasssssss balik kampung. camana aturcara raya kali ni ni. masih belum bincang. rumah PIL ade kenduri adik ipar kawin.

hari raya first, malam tu akad nikah

raya second umah pengantin perempuan. nanti i ade lagi sorang adik ipar yang tua lagi i..awww..terasa sedikit janggal sebenarnya. terasa tua pon ade jugek. tapi belasah je lah. sape soh ko kawen ngan orang yang ade adik lagi tua dr ko!

raya ke-3 ni harusla masih berada di umah PIL. prepare untuk majlis esok

raya ke-4 komfem la kat masih di rumah PIL kan!

raya ke 5 dah balik kl.

bila nak balik p beraya umah cek??T_T

adik ipar i ni buat keputusan nak kawen last minit giler. sepatutnya raya ni dia bertunang. jadinya, sebulan yang lepas family en.suami g la merisik. sekali derang cakap kahwin je la terus!

so, dalam masa sebulan derang prepare semua. kad pon tak buat weh!

ajak orang kampung ngan sedara mara jer. haih. mad.mad. kawin hanya sekali tau! jangan nanti kamu buat alasan nak kawen lagi sebab kawin 1st ni macam tak cukup prepare. tak rasa raja sehari.=p hehe

so, dia memang bz giler macam bisnes man sebulan ni. naseb baek ade herbalife bagi energy (haha..sempat taruk iklan kat sini) =p

biasanya i dapat bilik yang cantek setiap kali balik umah PIL. almaklum la kan. pengantin baru la konon-konon nya. lepas ni mesti dah downgrade sket.hehe

bilik i tak kesah. camno kalo nanti wife mad yang pregnant dulu dari i. idok ke menambahkan lagi pressure i? tapi kalau rezeki die dulu i tumpang happy.huhu.

eh. lupe. i dah tak nak cerita pasal pressure pregnant segala kat blog ni. tak pe. ni last. i nak pakai makan macam orang biasa balik. tak perlu la berpantang sangat takut kononnya susah nak ''lekat'' kalau makan tak jaga. akan ku pakai balik kasut-kasut tinggi melangit i yang sudah berhabuk dalam almari.

sebab. kalau ade rezeki tak kemane. kalu dah komfem baru jaga.hehe

bunyi macam orang frust je kan? tak lah. redha.

dan lepas ni i dah bukan the only menantu dalam rumah tu. bukan lagi the only cucu menantu. bukan the only anak sedara menantu segala bagai. dah ade pesaing.kah kah. pesaing ke? kawan lah! tak la rasa janggal kut. ke caner ye kakak-kakak yang dah lama berkahwin?

saya tak ade adik perempuan. so macam susah nak layan orang macam adik. adik ipar i dulu pon mengambil masa la nak baik macam sekarang. saya tak ade tokoh jadi kakak!

kepada jun, kalau la jun baca blog kak farah suatu hari nanti, kalau nak anggap kak farah ni sebagai adik pon ok jugak. haha. takde lah. kak farah mengalu-alukan jun dalam family ni. lagi meriah! idok la kak farah bosan melayan bibik.

udah-udah la merapik. peking!!!


chow cin caw~

Sunday, 27 September 2009

along bertuneng

*di atas pemintaan ramai saya dahulukan cerita along* (hazirah je sebenarnya)

ari tu saya tak bertuney. tak dapat merasa ade tuneng.hoho. tapi enggak mengapa. sudah ada suami~ hehe

kalau ikut family saya yang tidak beradat malas nak mengikut adat ni, mahu saja terus dinikahkan. tidak perlu bertunag segala. perabih boreh. tapi di sebab kan bakal abang ipar saya orang johor, maka bertunenglah mereka.

tapi idok la berpelamin segala. sebab ianya berlaku di dalam family kami. sederhana sajor. tetamu yang datang adalah family-family sajor.

masak pon family-family sajor. siap i pon masak satu hidangan kecik tau. di panggil 'masak tocu'.
selalu tengok awoh buat, tapi ni first time buat sendiri. hidangan yang paling cepat habis tau~! (sila biarkan tuan blog perasan di blognya sendiri)


sedikit gamba di hari berkenaan. mau banyak sila ke facebook tuan empunya diri. (masih belum di upload rasanya)kepada along yang mengharap gamba santek di upload, sila berhenti mengaharap. saya rasa kandid adalah terbaek (abang helmey asyik lap peluh bukti hari bi panas giler)

setelah bertukar

hantaran pihak perampuan, 9 berbalas 9..boleh ke? seperti yang ditekankan di atas, kami malas nak ikut adat. =p

hantaran dari pihak lelaki

bukti suami isteri bekerja keras. tambahan lagi si isteri yang berminyak-minyak mukanya. boleh diperah buat menumis

inilah saya yang sebenar. monster makan

salam aidilfitri dari tuan blog, selamat puasa 6 dan puasa ganti pulek di kl. dan kepada diri sendiri selamat menyambung kembali program shake yang telah ditinggalkan 2 minggu.