Wednesday 30 September 2009

ikut kata zac............


aksi lucah bersama zac

heee~

kalau anda gembira tepuk tangan~

masa makan, tak suka dok tepi kemremen, nanti takde gamba =P

saya suka gamba ni walaupon saya tiada disitu

ain yang telah dirisik oleh tuan kemre ini

ok, buat gaya bimbo

chop~!

ok, buat muka senyum terpaksa~

buat macam coach tengah marah anak murid sebab tak shake

belagak model-modelan


tamak kemre

join geng mekar bukak puasa arituh

...............jangan beli DSLR nanti takde dalam gamba

hehe..gamba di cilok dr fb abrak..
masih menunggu gamba kerel ngan aizat

heh..gaya macam orang takde laki kan?

saya memerlukan pertolongan

saya adalah masalah besar. saya tak boleh mengawal diri ketika marah. rasa nak lepaskan marah time tu jugak.

bila dah lepas rasa lega

tapi

berbaloi ke kalau tu boleh melukakan hati orang yang kita sayang

berbaloi ke kalau boleh merosakkan hubungan dengan orang yang kita sayang

berbaloi ke kalau lepas tu kita rasa menyesal walaupon dah mintak maaf


saya akan cuba melindungi orang yang saya sayang supaya orang tak menyakiti dia

tapi saya menyakiti dia kalau saya marah


kepada orang yang sayang saya, dan kamu tahu saya sayang kamu,

kalau saya gagal mengawal diri cepat-cepat sedarkan saya. kadang-kadang bila marah saya lupa saya sayang kamu

TOLONG ingatkan saya.

kalau saya marah TOLONG cakap

'kamu kata kamu sayang saya'

'u cakap u sayang i'

'dio oyat dio saye ore'

saya memerlukan pertolongan kamu. melukakan hati orang yang sangat menyakitkan.

mintak maaf tak boleh menenangkan hati i..

Monday 28 September 2009

nostalgia

masa balik rumah mertua hari tu mengemas sakan. sebab nak kosongkan bilik nak bawak balik tok dari terengganu yang lumpuh sudah hampir 6 tahun sebab stroke.

bila dah mengemas jumpalah harta karun en. suami di zaman-zaman belajar sekolah, utp, dan sebelum kerja. terbongkar lah segala rahsia bersama kekasih lama. hoho

dalam kotak tu hanya ada satu je barang dari i. kad raya yang ditulis zaman kanak-kanak. sungguh kanak-kanak sampai malu nak baca balik. awal-awal dah amik simpan tak nak bagi en.suami baca balik. nanti jadi modal dia nak gelakkan saya.

yang laen-laen semua kenangan dengan skendel-skendel. ade lilin berwarna warni, keychain love, bubble, notepad dan pelbagai barang wtf lain.

kerja saya hanya gelakkan dia sebab tak sangka en.suami juga terjebak dengan benda jiwang-jiwang ini macam. semua dia buang kecuali satu notebook yang depan tertulis 'note dari faizal'. dia cakap ni barang rare. susah nak jumpa.


en. suami dah la suka buat note seperti di atas. (sila maafkan tulisan buruk itu. tetap santek dimata i) dimana saya rasa ianya benda paling sweet yang dia buat. bangun tengahari pagi tengok-tengok ade note itu membuatkan saya senyum sepanjang hari sambil buat keje rumah. senangkan nak bahagiakan i??

tapi kalau en. suami guna kertas dari note book skendel dia bagi ilanglah satu-satunya sweetan yang dia rajen nak buat!

oleh itu i sengaja tinggal note book tu bawah katil dalam bilik kat kampung. puas hati!muaahahahahahahahaah

bukan saya jeles. saya tahu skendel dah tak ade ape-ape makna. saya dah isteri dia kut. tapi masih ade rasa pedih sikit-sikit.hehe

bila jumpa mengemas barang nostalgia pon keluar lah kan. kadang-kadang bila nak simpan barang terpikir, mula-mula simpan, lama-lama buang jugak. naseb baek masa saya dan en. suami bercinta dulu en. suami kurang kesweetan. takde maknanya dia nak bagi kad-kad comel kecik dengan kata-kata sweet. kad raya je setiap tahun sampai. tu pon free cop company. heh!

bunga baru dapat dua kali. yang paling baru mase konvo hari tu. warna pink.

first bunga dapat dari en. suami yang masa dulu masih bercintancintun masa dia datang ke utp sebab dia konvo. dia dari kelantan datang perak lalu ikut cameron highland. so dia singgah beli bunga kat makcik tepi jalan. fresh dari ladang siap balut ngan paper lagi. bunga warna pepel. orang lelaki ni mesti tak amik tahu sangat maksud kaler-kale bunga ni.hahaha

bila naek bilik, saya singgah bilik twin kalau tak silap. hazirah orang pertama gelakkan saya dapat bunga balut ngan paper.

haha!

hei..itu dah cukup sweet okei. dah sangat bersyukur dia ingat nak belikan bunga masa jumpa i. balut ngan paper pon kire ok la~

sebenarnya hari itu dia surprise kan saya. dia cakap tak datang konvo sebab tak dapat cuti. tapi kirim kan saya barang melalui kawan dia. dia suruh turun amik barang, sangat terkejut tengok dia ade. dapat bunga, strawberi, coklat. suke!

en. suami ni unpredictable orangnya. apa yang i harap dia buat dia tak buat biasanya. tapi dia buat benda yang buat i lagi cair meleleh-leleh mengalir masuk longkang!



huhu..kenangan~~ mahu kembali ke zaman muda mudi bercanda ria~

Sunday 27 September 2009

along bertuneng

*di atas pemintaan ramai saya dahulukan cerita along* (hazirah je sebenarnya)

ari tu saya tak bertuney. tak dapat merasa ade tuneng.hoho. tapi enggak mengapa. sudah ada suami~ hehe

kalau ikut family saya yang tidak beradat malas nak mengikut adat ni, mahu saja terus dinikahkan. tidak perlu bertunag segala. perabih boreh. tapi di sebab kan bakal abang ipar saya orang johor, maka bertunenglah mereka.

tapi idok la berpelamin segala. sebab ianya berlaku di dalam family kami. sederhana sajor. tetamu yang datang adalah family-family sajor.

masak pon family-family sajor. siap i pon masak satu hidangan kecik tau. di panggil 'masak tocu'.
selalu tengok awoh buat, tapi ni first time buat sendiri. hidangan yang paling cepat habis tau~! (sila biarkan tuan blog perasan di blognya sendiri)


sedikit gamba di hari berkenaan. mau banyak sila ke facebook tuan empunya diri. (masih belum di upload rasanya)kepada along yang mengharap gamba santek di upload, sila berhenti mengaharap. saya rasa kandid adalah terbaek (abang helmey asyik lap peluh bukti hari bi panas giler)

setelah bertukar

hantaran pihak perampuan, 9 berbalas 9..boleh ke? seperti yang ditekankan di atas, kami malas nak ikut adat. =p

hantaran dari pihak lelaki

bukti suami isteri bekerja keras. tambahan lagi si isteri yang berminyak-minyak mukanya. boleh diperah buat menumis

inilah saya yang sebenar. monster makan

salam aidilfitri dari tuan blog, selamat puasa 6 dan puasa ganti pulek di kl. dan kepada diri sendiri selamat menyambung kembali program shake yang telah ditinggalkan 2 minggu.

lalok di pagi raya

malam raya pulang lambat ke rumah mertua. sebab nak siapkan rendang di rumah ibunda. tido sangat siket. dalam kul 2. pastu bangun kul 4 tolong tengok ibumertuaku masak nasi dagang. hasilnya. seharian saya mengantuk. masa dengar khutbah raya pon tersengguk-sengguk.

ni sebelum gerak pergi beraya. tengah menahan diri. mengantuk nak mati

ni rumah pakcik en. suami, dah la mengantuk, masuk rumah ber ekon pulek. (mok, sori gamba buruk)hehe

haih, cepat la bergerak ke rumah laen......

yeah..saya dah berjaya tido di rumah orang..(tq en.suami kerana mengambil gamba)

sangat mengantuk mungkin kerana pukul 6 pagi dah jadi perasmi nasi dagang, try sahaja dah sepinggan, lepas mandi bersiap segala, makan lagi, teman en. suami. sudah semayang try lagi sikit, sebab sebelum ni makan lupe nak amik udang. dan lepas tu pergi rumah pak cik en. suami sebelah rumah makan nasi lemak.


haih. fatut la lemak i bertambah.itu baru pagi raya!

Saturday 26 September 2009

beraya sakan

wah..rindu internet!

tadi along tunang.dah sangat kehabisan energy. tapi mau menjenguk blog rakan-rakan.

blog sendiri?

malas!

Thursday 17 September 2009

hari-hari terakhir di rumah serba putih

saya bz gilerrrrrrrrrrrrrr! suke~

bersiaran dari rumah ibu mertuaku. semua orang tido. i bajet gagah tak nak tido. sebab nak update blog. hehe. lagi pon rumah ibu mertuaku saya bajet behave la kan. kalo tido kang terbangun kul 3 petang, tercalar imej menantu baek.bapa mertuaku baru masukkan internet. laju giler nak compare ngan broadband murah ku. walaupon streamix ni lagi murah.

owh..cerita yang harus diceritakan. semalam saya balik kelantan, perjalanan selama 9 jam okeh! selame ni 5-6 jam dah bergolek-golek kat umah. jem giler walaupon orang anggap kami ni antara makhluk terawal balik raya. camano la bila dah dekat sangat ngan raya. komfem berbelas-belas jam!

cerita kedua yang harus diceritakan adalah saya tak tido pon sepanjang perjalanan. ok tipu. total waktu tidur sepanjang perjalanan tak sampai sejam. di consider tak tidur la kan. sebab biasa i tidur sepanjang perjalanan. tau ape saya buat? karokk~

saya sudah pulang beraya u ol~ sila jangan jeles...

semalam sampai, balik rumah saya dulu lepas terawih baru balik umah en. suami. malam ni nak balik rumah saya lagi. hehe..berulang-alik. kalau tak buat begini, sia-sia la kawen senegeri kan?

sebelum bali kelantan hari tu pergi jemput along awal sebab nak buat biskut same-same. kul 12++ baru strat operasi mengadun, makanya kami tidak tidur la malam tu. sebab mengerjakan biskut kami ni.


biskut ni kami panggil 'biskut choc chip sesuka hati bila malas menjelma'. dan hasil nya? marveles~!


sebenarnya rancangan asal kami nak buat dua jenis biskut. tapi bila dah malas, kami gabungkan je resepi dua biskut. menjadi satu. hahaha. pastu kami letak gajus, choc chip dan corn flake sesuka hati. sampai bersepah-sepah. tamak betul kami.


ni gambar bajet DSLR walaupon guna kemre henset cap ayam jer

ni la biskut yang digembar gemburkan. tapi rasanya nak tukar nama ke 'biskut sepah-sepah'. rangup krup kerap u ol~

nanti ade orang cakap upload gamba biskut beli, pastu claim buat sendiri. hahaha. i siap amik gamba buat bukti lagi. saiz konsisten adalah kerana pembentuk nya seorang sahaja. iaitu along si kakak yang nak bertunang.

hari tu i ade cerita i ni seorang yang pemalas bila-bila masa pon bila bab-bab nak basuh blender kan? tapi sebab nak balik raya ni, terpaksa la menghabiskan stock buah.


ni blend untuk buka puasa. yang 3 layer tu saya punya. tembikai + f1+f3 (perisa vanila) sedap~. yang nampak merah terang benderang tu en. suami yang punya. dia tak shake pon berbuka, tapi saya nak letak dalam shaker cup.

ini pula blend untuk sahur. blend untuk 3 orang. ni nak habeskan stock epal hijau dan epal merah. campor sekali. yang nampak merah-merah sikit tu i punya. campor dengan f1 strawberi. en. suami dan along campor dengan f1 tropika. ternyata strawberi adalah pilihan yang kurang tepat. derang punya lagi sedap.

i nak g dapo buat popia~

Monday 14 September 2009

saya dah bersedia

dah lebih 2 bulan. dan dah 3 kali period. maknanya saya dah bersedia fizikal.

tapi mentalnya belom.

takut pisang berbuah dua kali.

takut bila berlaku orang tanya mcam-macam dan macam salah kita.

kita tahu kita tak salah. tapi susah nak terangkan supaya orang faham.

tapi tadi pergi berbuka puasa bersama rakan-rakan en. suami teras la pulak kedengkian.

terasa mahu jugak.

tapi takut camno?

kita berusaha jer dan biar Allah yang tentukan apa yang terbaek untuk kita??


nak sangat.nak sangat.nak sangat

dah setengah tahun

rasa macam semalam baru saya bergumbira dengan rakan-rakan semasa majlis akad nikah dijalankan. dah setengah tahun masa berlalu.

kami merancang keluar berdeting sambil-sambil pergi beli baju raya en.suami (kali ni memang tak beli baju i). en suami merancang mahu berbuka di restoran kegemaran saya. tapi buffet. saya tak mahu. belajar dari pengalaman lepas, bila buffet kita akan makan melebihi jumlah makanan yang badan kita perlukan. kerana tak nak rugi bayar mahal-mahal. akibatnya, lepas makan bila perut dah kembung, menyesal!

akhirnya, tempat makan dipilih oleh en. suami.

en. suami yang puas hati baju raya dia sudah lengkap

si isteri puas hati bila si suami dah jumpa baju yang sedondon


kalau ikut kan nafsu serakah orang berpuasa, en. suami asyik nak tambah macam-macam. tapi sebab isterinya perihatin dah tahu en. sumai sekarang sudah tidak mampu menghabiskan makanan. ni jer yang kami order. dan percaya tak, food ini tak habes terpaksa di tapau? kalau dulu, tak habes mungkin nasik jer. dan siap tambah lagi cendawan goreng dan sup. bagus kan?


hasil setiap hari pada pukul satu mengadap oprah yang mantop, dan kalau ada ulangan pon siap tengok jugak, saya dapat tips dari rancangan talk show kegemaran saya. (owh..jangan dilupakan, saya juga suka jozan)

tips nya, kalau kita diet, dan kita nak melakukan dosa terhadap diri sendiri. (makan makanan menggemukkan) kita fikir je makanan tu tak menggemukkan. dan happy ketika makan. dengan itu, kita dapat menipu badan sendiri. berjaya ke i lakukan?

i cuba bayangkan brownies itu salad, dan saya cuba makan dengan penuh nikmat.


hahaha..tapinya, bila makan rasa lemak berkrim disukai ramai, tak mampu menipu diri sendiri.

muka dah macam orang kene paksa makan. dan akhirnya en. suami yang habeskan~!

huhuhu..itu sahaja aktiviti kami pada hari ahad, di hari ulangtahun perkahwinan yang ke 6 bulan. tak sangka dah 6 bulan. saya rasa masih belum kenal en. suami sepenuhnya. dan masih berharap dapat berkepit 24 jam ngan dia macam pengantin baru tengah honeymoon walaupon dah pengantin buruk.

saya suka bila dia ada di rumah, sebab bila dia ada dirumah saya boleh online sebab saya akan dihiburkan dengan lawak jozan nya. sila jangan tertipu dengan muka nya yang nampak nerd, dia mampu buat pelbagai aksi tak senonoh.

terima kasih kerana bimbing i selama 6 bulan ni.

Wednesday 9 September 2009

en. suami

sekarang dah pandai tau..tahap kesedaran sudah meningkat. tadi macam tak tahu nak masak ape. dah sangat bosan masak benda sama. jadi saya masak nasi goreng dan masak lauk jer.

dan dia pesan.

'nasi goreng takde minyak tau'

'kenape, biasa nasi goreng i berminyak ke?'

'tade lah. tak minyak pon. tapi saje nak pesan, kurangkan lemak. jaga kesihatan'

heeee~

selagi i jadi isteri u selagi tu i jage makan minum u. i akan pastikan yang torrrrbaek sahaja.

Monday 7 September 2009

buke puasa dengan EFCM

ingatkan bulan puasa ni boleh la diet beria kan. tetapi salah. bulan puasa ni banyak ikut program untuk maintain jer. ada jer halangan-halangan.

ni bukak puasa dengan 'awok-awok racing' en. suami. dekat kinrara golf club. takde gamba makanan yer. sebab semua orang sibuk makan. layan~


pssttt..ni la seluar yang digembar gemburkan.

entoh la ape yang dibincangkan lakibini (camere man ni sabotaj i, dah la ni jer gamba kami berdua yang dekat.blur pulek)

rakan semeje yang masih bujang dan dara

lepas tu konvoi g putra jaya. jalan dah la tak bz..sorang sorang merempit macam ape jer.

sumpah tak tipu, kawan en. suami ni bukan orang yang kepit. tapi saya tak tahu kenapa dia posing ala-ala gay sebelah en. suami.risau i~

muke orang yang kepingin anak.curi anak orang pon jadilah.huhu

saya nak amik gamba budak ni, sangat comel. tapi pemalu orangnya.

sumber gambar adalah disini

saya suke join geng racing en. suami ni. kerana semua orang sempoi sajor


Friday 4 September 2009

kehidupan

nama blog saya. yer. hampir semua hidup saya ada kat sini. tapi bukan semua. cerita saya masak ikan rebus tapi bertukar jadi ikan hangus kerana saya sibuk berblog tidak akan di ceritakan di sini. dengan kata laen. kehidupan dalam blog ni yang enak-enak sahaja.

tadi saya berchatting dengan seorang rakan. yang risau akan jadi andartu. yang suka hidup saya yang sudah nampak sempurna. apabila saya sudah bergelar seorang isteri. saya suka bergelar isteri. tidak dinafikan.

tapi hidup saya bukan sempurna. cuma sudah naek satu tahap tranformasi. status sudah berubah. belum sempurna. masih banyak yang perlu di kejar. kehidupan tak akan sempurna. lepas kawen nak mengandung. lepas mengandung nak anak. lepas ada anak nak ada menantu. bla bla bla.

heh. tu baru dari sudut status diri. dari segi harta benda pulak? mestilah lagi tak pernah cukup. saya yang tidak bekerja rasa orang yang ada kerja patut bersyukur. at least ada sumber pendapatan sendiri. dan orang berkerja pulak walaupon duit gaji bertambah saban tahun, duit tak pernah cukup. masih mengimpikan gaji-gaji orang lain yang lagi banyak.

ok. stop mengarut.

saya ingin bercerita transformasi seorang anak dara cikgu manshor kepada isteri en. faizal.

bila dah jadi isteri en. faizal, banyak benda kesukaan kesayangan kegemaran masa zaman jadi anak dara cikgu mansor terpaksa dilepaskan.

kita mulakan dengan pemilihan tema raya. dulu excitednye bila nak raya. pujuk-pujuk ibunda pilih warna yang saya suka. tahun ni, saya dah tak ikut tema family saya. saya dah ada family kecik sendiri.

dulu kuih raya acara tahunan kami. saya adalah penguli adunan. ibunda pemerap/pembentuk. along penghias biskut juga pembakar biskut. jawatan tetap. bila agaknya saya boleh ulang balik zaman anak dara ni? bila sorang dah menarik diri. terus tahun ni biskut kami tempah jer.

malam raya aktiviti gosok baju semua orang. rela tidur lambat ngan along. asalkan semua orang kelihatan cantik dan kemas keesokan harinya. raya tahun ni saya dah tak boleh. mungkin semua baju akan di gosok oleh along. diteman oleh adik-adik lelaki. dan saya pula berada dirumah mertua masa tu. tak boleh join adik beradik saya bergossip pasal keluarga.

ape lagi benda yang saya mungkin dah tak dapat rasa?

bermaafan di pagi raya. walaupon boleh je bermaaf bila-bila pon. tapi feel pagi raya sangat syahdu. tahun ni juga saya dah tak boleh dengar ibunda beleter kerana saya tak nak pakai barang kemas. dia dah tak sarungkan gelang-gelang emas yang saya akan pakai raya jer. kerana saya tidak suka gold.

berkonvoi dari rumah ke rumah. di kampung. tapi sekejap sahaja konvoi beramai-ramai ni bertahan. kerana selepas itu, golongan anak dara dan teruna akan naek kereta berasingan dan beraya di tempat yang kami suka jer.

apehal asyik ingat benda semasa raya jer? sebab tadi dengar lagu raya. mood raya ter'on'. dan teringat raya saya tahun ni dah laen. bukan saya tak suka. tapi saya sayang nak lepas kegembiraan masa lalu. adalah kegembiraan family saya laen bila saya tak ada?

perluke saya cakap kepada kamu-kamu sila nikmati dan hargai masa dengan family sendiri? saya rasa saya dah makin jauh dengan family. semakin sedikit masa spend di rumah. rindu zaman anak dara. rindu syahir


haish..kenapa la kita ni perlu membesar. dan perlu melalui semua transformasi ni. nanti kita sedih anak tak beraya dengan kita pulak. bila banyak-banyak pikir macam ni saya teringatkan mati. hidup berubah-ubah. dan akhirnya mati. semua benda terpaksa kita tinggal.

Thursday 3 September 2009

tahun ni bulan puasa paling cepat dalam sejarah

masa macam cepat sangat bergerak. banyak benda yang di niatkan nak buat. tapi tak buat pon lagi.pejam celik dah setengah bulan puasa.

malam ni nur kasih.nur kasih episode minggu lepas pon masih belum tengok. tak sempat(ceh! macam bz jer bunyinye)
saya tak tahu bz buat ape. saya rasa separuh masa saya di bulan puasa ni saya tidur. aish..membazir usia muda kan. nanti bila cucu tanya,

'nek, umur 23 nenek buat ape'

'nenek tidur jer, kalau lapa nenek makan'

saya tak ngantuk. tapi takde kerja nak buat. akhirnya tertidur.

saya nak jadi orang yang berfungsi. sila buat saya bz!