bulan puasa ni sebab dia tak makan banyak sangat jadi malas nak masak. tapi hari ni try kembalikan balik selera dia. masak masakan berlainan sikit dari hari-hari biasa. mana tahu selera naik. (kalah maryam u ni bie)
so try masak udang masak lemak nenas. try resepi kat sini. tapi ubah-ubah sikit. dia tumis, i tak tumis
menu berbuka hari ni: udang masak lemak nenas, dadih mangga, ikan kering gelama sungai goreng, keropok lekor, tu jer.=)
akhirnya, habis jugak nasi harini. bukan setakat dia jer berselera. ngan aku-aku sekali makan banyak. haish. haish.
resepi udang masak lemak nenas
2 ulas bawang merah (saiz besar)
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi (tak pedas sangat, kalau nak pedas bedesing tambah lagi)
1 sudu teh lada kering kisar
belacan sebesar satu ruas ibu jari
1/2 sudu teh serbuk kunyit (kalau guna kunyit fresh mesti lagi best, kunyit kat dapo habis!)
1/2 biji buah keras
(semua bahan-bahan diatas ditumbuk lumat)
2 hiris lengkuas (ketuk)
1 batang serai (ketuk)
14 ekor udang sederhana besar
1/2 kotak santan kara
air
nenas dipotong cube
1/2 keping asam keping
1. panaskan periuk, masukkan bahan-bahan ditumbuk, serai, lengkuas dan udang. kacau sehingga udang separuh masak.
2. bila udang dah hampir masak, masukkan santan, air ikut kepekatan yang anda mahu, nenas, asam keping. (kalau nenas dah masam tak letak asam keping pon takpe). perisa kan garam gula. kacau sehingga menggelegak. done!