Showing posts with label paka residence. Show all posts
Showing posts with label paka residence. Show all posts

Monday, 23 August 2010

cerita di terengganu

petang masa kat paka residence ajak husband pergi bazar beli kuih muih jalan kaki. dekat jer sebenarnya, biasa kalau kiteorang pergi pasar malam, tempat yang sama jalan kaki jer. bila jalan kaki beriringan sambil berpegangan tangan boleh lah ambik mood honeymoon balik. tapi suami penat.

"holoh, i puasa gak. tak penat pon"

"i drive dari kl pagi tadi, pastu sampai-sampai tengahari kene masuk site. u tak pe masuk kereta tido, sampai hotel tido. bangun memang la ade energy lagi"

hehe. baik lah. baik lah.

orang minyak?

petang nya lepas balik beli kuih-muih berjalan-jalan tepi pantai (juga naik kereta). saja nak membunuh masa. balik bilik bosan jugak. bulan-bulan puasa tak boleh duduk sangat dalam bilik berdua-duaan. kurus puasa. =p

kat tepi pantai kiteorang tengok ade orang tak puasa sedang bercanda-candaan di tepi pantai. agak ramai lah lah jugak orang lepak-lepak tepi pantai, tapi dia boleh selamba kodok minum air. masa tu dah pukul 6 30 petang. ape salah nya tahan jer nafsu tu sejam jer lagi. kalau yer pon tak puasa respect lah lah orang puasa ni!

menu bukak puasa

keropok lekor, tepung gomak sedap, roti paun goreng liat, air nira kelapa, air kelapa

makan kuih pon dah kenyang

2 minit sebelum berbuka. masih mengadap facebook=p

dan waktu yang ditunggu-tunggu tiba. malam nya lepas solat pergi makan roti tempayan kambing. nyum!

dia dah tak de perut!

haha. tu sebelum makan tu.=p

ini yang kita cari~

haih. tolong lah jangan senyum macam tu. dan tolong lah jangan ambik gambar dari tepi. menyerlahkan tumbesaran badan~

makanan sahur (sangat gelap maaf)

dan sahur pulak kiteorang sahur kat hotel jer. malas nak keluar. malas jugak nak shake. walaupon dah boleh agak dah makanan kat sini macammana tapi bayar lah jugak sebab malas nak keluar. dan seperti yang disangka food memang mematikan selera. ade jer yang terkurang terlebih. kalau complimentary idok lah rasa nak merungut. tapi ni kene bayar.

last year sahur kat rumbia memang puas hati. walaupon complimentary jer. makanan lebih kurang jer, masa sahur tak de lah banyak pilihan sangat, tapi rasa cukup rasa. puas hati makan.

Tuesday, 17 August 2010

dah selamat sampai


haha. muka macam haram

*pakai bawal untuk mengembalikan efek muka runcing*

=D

tadi belum kul 12 perut dah berdondang sayang. sebab hari ni tak shake. makan nasi. tak tahan lah i kalo tak shake. laporrr.

lalu depan kedai nasi lemak ikan tongkol sedap lagi lah rancak dia berdondang sayang.

dugaan. dugaan.

pastu sampai hotel bau gulai daging ke ape entah. sedap nye bauuuu.

sekarang saya dikelilingi bau-bau food yang sedap sebab tak leh masuk bilik lagi.

dugaaaannnn!

dekat hotel ni ade bazar ramadhan. bukak puasa ni nak beli kuih-muih ngan air jer.

kuih yang ade dalam kepala adalah roti paun goreng. inti ikan.

nanti malam sikit nak g makan roti tempayan kambing.

isk. baru kul 12 lebih ke...

babai kl~

halluuu~

saya sedang dalam perjalanan ke terengganu. ikut husband outstation.

akan stay kat paka residence kut. sape kat kerteh-paka? meh-meh jumpa saya

babai

Wednesday, 31 March 2010

packing

packing! packing! packing!

*sambil hempas-hempas baju, sumbat-sumbat dalam beg*

antara benda yang paling aku tak suka kalau travel adalah packing dan nak unpack balik..

arghhhh..rasa nak nangis T_T

tambah-tambah kalau tengah kenyang baru lepas makan.

makanan pasar malam. i love makanan pasar malam

dan baru start nak menerjah blog rakan-rakan.

lalu suami menggunakan kuasa veto nak merampas latop dari gue.

'yang g lah packing. esok nak nak check out'

terpaksa lah start packing sebab kalau nak packing esok memang terkial-kial lah saya. tak sempat. barang bersepah-sepah. hehe.

esok saya dah nak balik kelantan.

rasa excited kali ni. rindukan syahir.

tapi balik rumah PIL dulu. saya teringin nak minum air kelapa pandan yang manis. kalo ade rezeki nanti tok ayoh datang dengan moto bawak durian. hehe

balik rumah nak gomol syahir sampai lenyek.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah


Tuesday, 30 March 2010

ikan bakar

perbualan petang yang biasa,

'dinner nak makan ape?'

'uh? i teman jer lah. i nak shake'

'i nak makan ikan bakar'

'ok tak jadi lah shake. nak makan ikan bakar jugak'

gahaha.

aku baru perasan kat area-area paka-kerteh ni susah nak cari kedai ikan bakar. ke kami yang tak jumpa tempat? sapa yang tahu tempat angkat tangan! (yang dekat-dekat je lah)

kami tahu kat keteh satu kedai kat jeti tu jer. tu pon ikan bakar dia idok lah 'wow sedap nye kena datang makan lagi ni!' punya kelas. dia berada dalam kelas, 'ok lah. kalau kemaruk sangat nak makan ikan bakar boleh lah datang sini lagi' sahaja.

kat tepi paka residence ni ade satu kedai makan betul-betul tepi pagar hotel. jual ikan bakar. tapi tak pernah nak try. sebab kedai macam tak ramai orang sangat. so tak menggamit perasaan nak try ikan bakar. tapi kami pernah la makan keropok lekor dan makanan panas kedai tuh.ok lah. ikan bakar jer tak try.

jadi semalam kami terbukak hati.

ikan bakar kami

rasanya?

'wow sedap nye kena datang makan lagi ni!'

punya kelas.

kena dengan selera kami.

sup sayur

sangat kena dengan selera i, tapi fail dengan selera suami sebab dia letak ayam

merenung masa depan

boleh tak lain kali u try amik gambar biar hidung i nampak kecik?


hummmpphh

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Monday, 29 March 2010

heyyy,orang sakit pon nak deting tau~

*updated tambah seketul pic. nak sambung cerita dah tak ingat nak cerita ape*

(sila baca title ikut nada elly mazlin dalam cerita puteri bunian)

semalam awal-awal dah sms suami cakap tak nak dinner. suruh dia tapau untuk diri sendiri jer ataupon makan jer luar ngan kawan-kawan die.

tapi dia balik jugak bilik dulu sebab risau kat isteri dia.

sweet tak husband saya?

oh please jangan percaya kata-kata manis dia.

dia siap dah pergi jalan-jalan ngan kawan dia belikan aku goggle nga roti.

naseb baek belikan barang untuk i. kire sweet la jugak sikit. kalau die balik terus lagi sweet.kalau die merendek-rendek yang takde kene mengene dengan aku terus masam!

ok. sambung cerita.

dia tanya aku 42 kali betul ke aku tak nak pegi dinner. dia cukup tak senang hati kalau aku tak nak makan. camano aku tak gemok.

aku tak dak selera lagi nak makan. nak shake jer.

bila dah give-up memujuk aku makan, dia cakap,

'takpe lah, i makan kedai tepi hotel ni je lah'

aku bajet dia tak nak pergi lagi, (khusyuk ngadap latop, tak perasan suami dah kat kat pintu)skali aku dengar bunyi dia bukak pintu bilik.

'bie, u dah nak pergi ke?'

'ye lah. lapar ni'

'jap..jap..i nak ikut..nak amik angin segar'

'ish.tadi orang ajak tak nak.bla bla bla bla (panjang berjela-jela sampai aku siap salin baju)'



mood berblogging hilang sebab tak boleh upload gambar ni boley?


makanan

*mood bercerita terputus bila blogger tak leh upload gambar*

Saturday, 27 March 2010

penghijrahan

perpindahan dari benda baik kepada benda yang kurang baek orang panggil hijrah ke?

hahah

ade la jugak baeknye..dekat sikit husband ulang-alik pergi kerja
*awana jauh sangat katanya*

so cepat la sikit aku boleh jumpa dia petang-petang

pastu sini dekat dengan keropok dan air jagung sedap..

hari ni kami check out awana datang sini..sini mana?


sini lah!

paka residence


aku suka environment sini. lebih kampung

yang tidak di sukai adalah..

katil king hanya wujud di suite sahaja katanya

kat awana deluxe pon dah dapat katil king

seperti biasa, aku memang mementingkan katil

dengan saiz dua-dua orang yang 'sasa' ini

queen adalah muat-muat


tengok lah gambar di atas. space yang tinggal untuk aku golek-golek. nak gerak lebih-lebih takut tertendang suami. aku ni dok dalam kategori makhluk 'buas'. jadi aku memang sentiasa memerlukan space yang luas. kalau sempit begini terpaksa lah statik.

bilik ni besar jer. aku rasa lebih kurang jer ngan awana. awat la kedekut sangat nak letak katil king.

pool die lebih kecik dan orang tak ramai sangat. last time aku datang takde orang pon swim pagi-pagi. bukan ke kalau orang tak ramai sangat itu sesuatu yang bagus?

bagi aku tak..kalau dah pool kecik pastu kalau aku sorang jer dok swim situ bukan ke aku dah jadi center of attention?

pastu restaurant adalah betul-betul mengadap pool tersebut. kalau aku nak swim memang akan macam dolphin tengah buat persembahan.

bukan ke maghfarah attention whore ke? *wah..pengakuan*

yes memang kalau aku berenang memang macam dolphin. ni banyak tenggelam dari berenang. umur 24 baru terhegeh-hegeh nak belajar. kene lah sorok-sorok sikit. malulah orang tengok. kalau dah terer nanti baru show off. ahaha

jadinye aku tak mungkin akan swim di sini. T_T

faktor terakhir adalah air-cond. mak ni kampung jer noks. memang allergic lah dengan ekon ni. kat rumah pon pasang ekon bila nak tido jer. tu pon set kul dua dah off. takde nye nak hidup 24 jam dengan ekon. kat awana ade kipas. kalau dok sorang siang-siang takde maknanye aku nak pasang ekon. kipas dah cukup. tu pon sejuk siap berselimut. balik husband aku nanti kang dia merungut lah.

'bilik macam oven!'

katannya. jadi bila husband aku balik baru lah ekon terpasang. pastu bila dia dah tido malam mak off lah. bukan dia sedar. hehehe. keji.

kat sini takde kipas kalau tak on ekon memang betul-betul macam oven lah. nak tak nak terpaksa lah on.

dah habis merungut?

dah. yang lain yang kecik-kecik jer boleh tolerate. macam bantal bau kepam. haha. nanti esok mintak tukar..

jadi start semalam sampai khamis di sini lah saya terdampar. insyaAllah wiken ni balik kampung.