Showing posts with label saya. Show all posts
Showing posts with label saya. Show all posts

Thursday, 2 February 2012

adoi maryam


biskut ini tengah bertaburan diatas sofa....grrrrr

nanti lah update resepi..ni bukan entry resepi..ni entry bangga diri. ehhh

hari ni berjaya naik 4 tingkat turun naik guna tanngga uolsss..dukung anak lagi. bawak maryam g playground kat bawah. gigih tak? dah tu nak g gym malam-malam haram pemalas kan..tu initiative sebelum semangat gym datang kembali. esok nak gesel2 husband pergi picnic kat taman bukit jalil lah..dia jaga maryam daku jogging

berat naik 4 kilos ok balik kampung. deng deng deng betul..pergi bukit merah hari tu naik 2 kilo..baru berjaya turun sekilo pergi ternak lemak kat kampung pulak seminggu. naik 3 kilo lagi. makanya total 4 kilo..bangga jadi penternak berjaya T____T

hari tu balik dari kampung terus naik penimbang.

"aaaaaghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!"

 "ape masalah u yang?"  *muka malas nak layan sambil main fon*

"cer u teka berapa berat i?"

"hurmmm..59 kilo" *masih lagi mengadap fon muka malas nak layan*


hahaha..naseb baek dia dia cakap bert 59 kilo...kalau cakap 69 sambil buat muka malas nak layan sambil mengadap fon mulak tu ade lah nanti orang meletup..walaupon tahuuuuuuuuuuuuu u main angin. tapi thanks!

i tahu i selalu kelihatan kurus dimata u. *deng*

salam jumaat~ selamat berweekend *sambil lari setempat*

Wednesday, 11 January 2012

false alarm

 i selalu pening-pening sekarang bila petang. mengingatkan i masa pregnantkan maryam dulu..tak dak morning sickness tapi evening sickness..hehe..kawan baik pon lewat 2 minggu. tapi last weekend dah check. negative. tapi masa maryam dulu pon macam tu jugak..mula2 negative..2 minggu baru +ve...gundah gulana ok..tapi lega sangat semalam kawan baik dah datang..

petang tadi pening..dah jangkit ngan izah ombak rindu kut. nak period tanda kalah orang mengandung..hehe

so masak simple simple jer.

paprik seafood for walid

for ummi

sikit jer nasi macam orang diet daaa..sebab dah kenyang makan karipap aqeel bagi..husband balik kerja lambat sangat...lapo so i ngap semua karipap

makan ber fork and spoon dah kelas dah..tapi makan bersila lapik surat khabar makan depan tv..

gagagaga

maryam tido boleh la buat perangai macam ni...

punca pening lagi satu adalah sebab buah hati pengarang jantung i ni..sikalang asyik bangun malam jer..asyik nangis jer..kene dukung senyap lah..xpon keluar tengok tv..sekarang pon dia dok tengok baby tv ni..pukul 3 ni sayang oi..

Thursday, 24 November 2011

pak arab sebelah rumah saya handsome!

tadi ade orang tweet kat twitter, "im not lonely, i am alone"

buat i terpikir. kadang-kadang i terbalik...

"im not alone, but im lonely"

haha..sadis tak? jangan salah faham maryam..awak adalah orang yang paling ummi suka layan, but kadang-kadang ummi perlukan orang dewasa.

sorang kawan husband, kalau jumpa i mesti dia tanya,

"ko tak bosan ke dok rumah sorang-sorang?"

"tak delah..banyak kerja kut kat rumah. tak sempat nak rasa bosan. plus kawan aku selalu jer datang rumah. so takdelah bosan"

kawan datang rumah? along datang rumah? sebulan adelah 2,3 kali...selebihnya??

huhu..sebenarnya memang betul pon. dok rumah memang tak akan pernah bosan. banyakkkk kerja nak buat, lagi pon internet ade kut. bosan mengadap lah lappy.

tapi..

i selalu rasa tak sabar nak tunggu weekend..i bukan nye hadap sangat nak jalan-jalan masa weekend. i hanya suka bila ade orang lain kat rumah selain maryam. bila husband ade kat rumah masa rasa pendek jer.

i selalu tertunggu-tunggu aktiviti bersama jiran-jiran, kawan-kawan, gathering kawan-kawan husband pon! sebab masa tu i jumpa orang dewasa.

haha..bila baca ape yang i tulis ni rasa sadis sangatlah pulok hidup. bukan i tak boleh jumpa orang kat rumah ni, i boleh jer pergi rumah jiran kan. tapi malas la pulok. hahaha

kenalan i pernah jumpa i and cakap,

"aku selalu bukak blog kau, 4-5 kali update blog sehari. boleh aku baca kalau masa bosan-bosan. tapi mana kau ade idea nak update sampai 4-5 kali eh?

eh..tapi tu zaman takde anak lah. now dapat sekali sehari tu pon kira bagus. huhu

mane dapat idea? sebenarnya blog ni macam tempat aku becakap. i tak boleh bercakap sebab i takde orang nak bercakap. cakap sorang-sorang kang orang kata giler. korang sehari berapa patah perkataan bercakap? ade tak orang kira? hahaha

malam jumpa husband berapa jam sangat..dia pulak kalau aku bercerita bukan nak dengar sangat. kalau die dengar pon riaksi tak seperti yang diharapkan. aku pon mungkin tak reti nak bercerita kalau secara lisa. selalu tak sampai ape yang nak disampaikan. so daripada i mecok-mecok tak puas hati tak dapat reaksi sepatutnya, baik i tulis kat blog. bercerita kat korang. kadang-kadang i nak cerita kat my husband pon i tulis kat blog jer. i tahu dia baca, so senang. hihi

tapi sekarangkan i ade masalah dengan masa dan tenaga. masa selalu mencemburui i. tenaga pon faham-faham lah bila dah tua dan gemuk ni.--_____--"

dan ape yang i nak cerita biasanya bermain di kepala . sekarang ni ape pon yang sedang i buat, i macam tengah bercakap sorang-sorang guna ayat dalam blog tapi dalam hati jer. konon-konon buat draft entry dalam hati. macam tengah mandi teringat nak  buat entry pasal maryam so buat lah ayat dalam hati koya sorang-sorang. bila nak buat entry betul tak keluar pon benda i terpikir dalam toilet tadi. dok basuh pinggan pon macam tu, dok jemur kain pon.

plis cakap memang normal begitu. korang pon selalu cakap sorang-sorang dalam hati. plis.plis.plis.kalau tak i kene buat sesuatu sebelum parah. haha..bela kucing cakap ngan kucing ke. -_____-"

kembali kepada title, saya ade jiran hot! nyum nyum...ehhhh

Monday, 24 October 2011

berbaloi-baloi

stress ade di mana-mana. orang bekerja stress nya begitu, orang dok kat rumah ni stress nya begini. lagi menyakitkan orang kat rumah ni stress dia dengan orang terdekat dan tersayang. lagi parahkan.

semalam saya telah sedar saya selalu menambah unnecessary stress di dalam badan. itu stress tak patut wujud pon sebenarnya, saya perlu menguatkan diri and mengentalkan hati. dan kene belajar buat 'donno' jer biar ape pon orang nak kata.

macam susah nak buat. tapi perlu belajar buat. kalau tak nanti benda sama berulang-ulang akan berlaku padahal takde benda pon yang berubah. kau tetap dengan keputusan kau, biar ape pon orang nak kata. so stress sebelum ni adalah tak perlu. buat tambah kedut kat muka jer.

orang putih kata, five simple rules to be happy:

1. free your heart from hatred
2. free your mind from worries
3. live simply
4. give more
5. expect less

tu cara dia. cara kita? kepada-Mu ku berserah.

Photobucket

Photobucket

boleh tempis-tempis unnecessary stress. sambil tengok muka macam ni...

ummi takde beg LV pon takpe maryam

berbaloi-baloi

*ehem*

upload jugak guna blogspot sebab tak nak bagi orang yang kat ofis yang tak boleh tengok photobucket stress. haha!


Tuesday, 18 October 2011

yang, mee ni terlebih kicap ke?


orang prop bunga, aku prop buah-buah ambik kat kampung hari tu. haha. kau ado?

pada zaman duhulu, saya adalah seorang pelajar kelas bestari agama. dimana semua pelajar didalam kelas itu diwajibkan mengambil bahasa arab dalam peperiksaan PMR walaupon pelajar itu tidak berminat.

disebabkan tidak berminat dengan kelas bahasa arab, saya banyak kali skip kelas tambahan bahasa arab kerana saya rasa kalau saya pergi pon saya bermain sahaja didalam kelas. yang anehnya ustaz bahasa arab sangat tahu pelajarnya kalau kelas petang bukan belajar sangat, tapi dia masih maintain mengajar sorang-sorang didepan walaupon mungkin pelajar yang mendengan hanya 2,3 orang. ustaz shauri nama ustaz itu.

apakah aktiviti saya dan rakan-rakan bila skip (ponteng lah tu) kelas tambahan bahasa arab? saya pergi berjalan-jalan kat bandar tanah merah belakang sekolah saya. jalan kaki jer lintas landasan kereta api. antara aktiviti yang selalu saya buat dibandar adalah makan mee goreng atas pasar. sungguh sedap mee goreng itu kerana dia letak air rebusan tulang, dengan kaler hitam legam, mee goreng basah dan og cos setimbun ajinamoto. nikmatnye makan mee goreng itu pada zaman itu.

pada zaman sekarang selalu jugak saya pergi ke pasar bila balik ke kampung. tapi nak makan makanan kat pasar tu dah tak lalu. tambah-tambah bila melihat keadaan sekeliling yang agak kotor dan bau yang macam menghilangkan selera. macammana lah dulu saya boleh makan kat situ? haha. pengaruh rakan sebaya.

tapi rasa mee goreng basah hitam legam tu selalu saya teringat-ringat. saya memang tak jumpa lagi mee goreng yang sesedap itu kat tempat lain. saya selalu bercita-cita nak masak mee yang rasa macam tu. kalau tak dapat rasa macam tu, ade rupa pon dah cukup lah.

tapi rumah saya tak pernah ade kicap pekat. lalu bulan lepas semasa membeli barang dapur di giant saya pon ambil lah satu botol kicap pekat jenama jalen kalau tak silap. (yes..bulan lepas beli, bulan ni baru berkelapangan nak buat. biasolah tu, i suka tangguh-tangguh menu, kadang-kadang sampai expired pon bahan yang dibeli tuh)

lauk mee goreng atas pasar itu adalah lauk daging, tapi saya malas nak defrost daging. semalam saya dalam mood pemalash. jadi guna udang cepat sikit lembut. di goreng macam biasa tapi manis mahu lebih barulah rasa macam mee goreng atas pasar tuh.

saya berpuas hati dengan hasilnya. beri husband makan. riaksinya husband sebelum makan?

riaksi husband adalah title entry ini.

mmotong!

Monday, 26 September 2011

rahsia kita berdua

last week masa semangat berkobar-kobar i kata i nak pergi gym hari-hari sampai berat turun 60 kg. 5 kilo jer lagi. tak susah sangat pon.

tapi dah 3 hari tak pergi gym ni. 2 hari mase weekend adalah kerana jemputan openhouse sampai ke malam. dah la tak pergi gym, melantak tak hingat pulak tuh.

semalam tak pergi gym sebab takde mood. voleh?

malam ni semangat rasa nak pergi gym. tapi husband cakap tadi, jiran ajak makan-makan. rejeki tak boleh tolak kan? lagi pon orang ajak kita kene pergi kan?

miahaha

nasib baiklah lah breastfeed ni buruk lantak pon berat menten. tapi nak turun tu idoklah.

Tuesday, 20 September 2011

nak bini kuruihh tak??

Photobucket
keadaan dua beranak masa i balik gym tadi. hehe

hai..best kan mengadap lappy sambil minum milo panas malam-malam yang tenang. kali ni saya ditemani husband yang tak tido lagi sebab tengah siapkan kerja. muka stress jer kalau buat kerja. cer senyum sikit bie. baru lah hilang sikit stress tuh. heheh

cakap banyak kan, sekali kalau die cakap,

"u la pulak kerja yang, i jadi surirumah. kalau i yang jadi suri rumah sure rumah kita lagi bersinar-sinar i kemas"

heheh

tadi berjaya bergi gym jugak. badan dah rase sakit sikit bahana lama tak exercise. jom ah jiran-jiran sape nak join pergi gym. aku turun pukul 830-9.00 malam bergantung kepada keadaan maryam. harini dia dah kenyang-kenyang minum susu masih jugak tidak mahu tido tinggal macam tu jer kat walid dia. walid dia yang tido kan. tu yang balik-balik macam tu.

bila dah start pergi gym ni makan tu haruslah kawal sikit kan. tapi mak aihh susahnye. agak-agak boleh tak nak kembali diet macam zaman muda-muda? zaman-zaman sebelum kahwin...payah.payah. berpuasa jelah. aci dok? heheh

Photobucket

Photobucket

kawan-kawan i pergi bercuti ke kk semalam baru balik. hazirah cuti so die datang lepak rumah i bawak udang dari kk jugak. guna udang tu buat mee hailam.

Monday, 12 September 2011

stamina tu ape?

dukung anak yang berat 8kg lebih tak guna carrier dari blok a ke blog b, turun naik tangga 1 tingkat jer.

pergi blok b orang yang nak jumpa takde kat rumah. heheh. salah sendiri tak call dulu. so balik lah.

sampai rumah semput!

orang gems gems memang begitu.

Wednesday, 7 September 2011

jongkong emas

i pernah bace kat mane entah, kalau urut husband tanpa dia suruh kita dapat ganjaran macam dapat jongkong emas. kalau dia suruh kita dapat jongkong perak jer.

zaman-zaman dulu selalu selalu la jugak dapat jongkong emas. almost everyday kut. sekarang? dah la jongkong perak. kadang-kadang jer pulak tu. jongkong emas tu kadang-kadang jer bila ade nak bodek nak mitak something or ade terbuat salah. eh.

kesian husband. huhu

dulu i suka mengurut. sebelum kahwin pon lagi. suka urut mak malam-malam. mak cakap kalau i urut 'berasa'. jari i kuatlah boleh la nak urut-urut. tapi secara sesuka hati tanpa ilmu la tapi. risiko sakit lepas urut tanggung sendiri. ala bukan urut sangat pon, picit-picit.

sekarang rasamacam takde energy jer nak mengurut. i pon rasa macam cengkaman tu dah tak berapa nak kuat. plus bila i tekan sangat rasa macam sakit belakang.

orang cakap kesan epidural ni sakit belakang kan?

kalau duduk saja-saja memang tak rase sakit belakang ni. i sti;; boleh angkat berat tanpa sakit belakang. still boleh dukung maryam sebelah tangan jer sambil buat kerja.

tapi sangat terasa sakitnya bila mengurut. dan duduk lama tak gerak-gerak.

sehari sebelum raya haritu i dengan nenek, dengan mak saudara husband pakat-pakat buat ketupat palas. sikit jer buatnye. i buat ngan mak ngan alaong ngan nenek i dulu lagi banyak. tapi mak aihhh..nak habiskan membungkus tu rase cramp pinggang. lepas habis membungkus rasa masa-masa tu jugak nak baring betulkan urat-urat. tapi rumah nenek husband. kene jaga saham lah sikit.heheh

memangdah tua dah i ni

-_____-"

Monday, 5 September 2011

bukan cerita raya

cerita raya nanti-nantilah. rasanya sama jer kut cerita raya sape-sape pon. makan pagi raya, pergi sembahyang raya, bermaaf-maafan, melawat sanak saudara, kubur, makan, makan, dan makan. owh, bercakap pasal makan, berat i naik sekilos jer. wahaha. gembira naik penimbang pagi tadi sebab ingatkan naiklah sampai 4-5 kilo. sebab start melantak sebelum raya lagi. maklumlah balik raya awal. nak diet kat kampung? tak dapek lah...

tahun ni beraya rumah husband. meriah sangat raya kali ni dengan kehadiran maryam. best mengumpul duit raya anak pulak. dah tua-tua ni manalah nak dapat duit raya kan. husband jer lah yang bagi duit raya. eh bie, mane duit raya i tahun ni?

kalau belah husband memang terasa ketuaan melanda. sebab sapa-sapa pon akan panggil i kak farah. tak kira lah dia lagi tua dari i pon. sebab husband anak sulung, cucu sulung.

i sebanarnya dah biasa dengan situasi jadi sulung ni, sebab i dari kecik dikurniakan muka matured. zaman-zaman dulu lagi pon orang akan kata i kakak sebab along tu baby faced sangat. menyampah.

tu kalau ngan along. ngan orang lain pon same jer. kalau cakap i umur 25 mesti orang buat muka tak sangka lah. bukan sebab orang ingat umur i baru 21 tapi sebab ingatkan baya husband. -___-"

so macam dah tak kisah dah orang buat muka terkejut tu. lagipon sekarang lepas kahwin ni, i pon macam dah rasa umur baya husband dah. kawan-kawan semua baya ni. kawan yang baya 25 adalah kawan sekolah dan kawan utp sahaja. so kalau nak rasa balik perasaan muda tu boleh lah sekali sekala masa jumpa dieorang. huhuhu. masa-masa lain memang sekarang ni dah terasa tua. lagilah dengan berat badan berlebihan ni, memang tak membantu nak nak nampak muda belia. -___-"

walaupon begitu, i masih lagi perasan muda and selalu kutuk husband tua. (sebab die suka mengata i macam-macam). dan walaupon orang panggil i 'kak farah' kat rumah husband, tapi i ingat orang tahulah i muda dari husband. panggilan tu hanya nak tunjuk pangkat je lah kut. lagipon i kahwin sebaik sahaja habis belajar. tak kan umur 27-28 baru habis belajar kalau buat degree kan. hover. tapi hari tu sentap.

sedara husband : Anas (adik dia), nak kahwin dah hujung tahun ni.

husband : anas yang mana eh? yang sama umur ngan Mey (adik husband) tu kan?

si tua : sama ngan mey? sama umur ngan i lah.

husband : a ah. lupa u sama umur ngan mey

si tua : heyyyyyyyyyyyy (muka tak puas hati)

sedara husband : laaa... farah sama umur ngan mey ke? ingat sama ngan abe ja

si tua : T_________T

husband : dia sama umur lah ngan mey, ngan simah isteri mey tuh.

sedara husband : la, yeke...ingat sama ngan ja. kata same batch kan kat utp

si tua : (dalam hati: mana ade satu batch...muka i muda belia ni. tak nampak ke?) T_T

muda kan? kan?

(satu-satu nye gambar yang muka nampak muda sikit)


gee, nak petua awet muda plisssssssssssss. T___T

Monday, 8 August 2011

Dia tahu kita mampu

semua orang ade masalah.bezanya samaada masalah tu kecil ataupon besar. kadang-kadang kita rasa sangat besarnya masalah kita. sudah tak termampu nak menanggung tekanan masalah. tapi orang lain tengok akan cakap,



"alahai. bende kecik saje ni. sudah mau pening-pening ka?"



kadang-kadang kita tengok orang, bertubi-tubi masalah dia. kita tengok sesak nafas. tapi dia rileks sahaja menjalani kehidupan macam biasa. memanglah dalam hati siapa yang tahu. tapi keupayaan dia menahan tekanan supaya hidup tenang tu sungguh mengagumkan.



allah tahu dia mampu.

Saturday, 6 August 2011

sesungguhnya. aku malas

bila lah pulak kau rajin maghfarah. -___-"

sebenarnyakan tengah frust. walaupon hsuband cakap balik hari rabu dan kali ni walaupon i dapat rasakan dia tak menipu since memang dia selalu merungut banyak kerja and tak siap nak habiskan tapi jauuuuhhhhh di sudut hati ade jugak terpikir,

'bestnya kalau husband buat surprise petang ni tiba-tiba sampai depan pintu'

tapi tak lah kan.ni tengah chatting ngan dia. haih bie. rindu.

along dah balik bangi. tinggallah i dengan maryam. lagilah malas berganda. takdak mood.

tadi i tengok cerita hindustan kat tv3 kut. ke tv berapa eh. karisma kapoor yang berlakon. i sangat sangat sangat sangat lama tak tengok cerita-cerita hindustan ni. dah bertahun-tahun kut. tak dapat menarik perhatian i. tadi sebab bosan layan kan saja.

cerita dia? boleh lah. pelakon dia? perempuan makin seksi. aksi dia? wah wah. macam tengok porn dah. nasib baik tak puasa. cerita macam tu bukan untuk umum dah i rase. banyak sangat scene-scene yang kanak-kanak tak boleh tengok. bagi aku lah. sebab aksi menghairahkan macam lagi banyak dari bercakap. ke sebab kene tinggal ngan laki jadi gersang semacam tak tahulah. tak sesuai dah cerita hindustan ni siar siang2 hari. siang lah malam-malam hari mak bapak jer tengok. tak pon bagus jugak anak bukak kartun jer.

padan lah budak-budak sekarang kecik-kecik dah sibuk nak romen. dah bukak tv jer tengok ade perangsang pemangkin segala. belasan tahun lagi. luka sunat entah sembuh entak tidak. dah sibuk nak bereksperimentasi. takut tau. sedih.

ya allah ya tuhan ku. jadikanlah maryam anak yang molek akhlaknya. jadikan dia anak yang solehah yang patuh dengan suruhan mu. jadikanlah dia hambamu yang berguna di dunia dan akhirat.

amin.

Wednesday, 3 August 2011

lama tidak ketemu!

miss P sudah kembali menunjukkan belang. padan lah rase nak mengamuk jer semalam. anak keling sidai kain perah merata-merata menjadi mangsa. PMS rupanya.

hoyeah.tak payah bangun sahur. dah la husband takde. dah la sekarang ni husband pergi outstation bangun sendiri tak payah kejut. makanya i tidolah sampai pagi. so bulan puasa i bersambung next week. husband dah balik.

dan nampaknye kene guna extra protection kalau taknak bagi maryam adik lagi.

Monday, 1 August 2011

alhamdulillah

ingatkan bila husband takde banyak la masa sebab boleh abaikan aktiviti mengemas. tapi kene isi masa dengan melayan budak kecik kekurangan kasih sayang pulak. nak bertempek jer. mood dia ok as long as ummi dukung tak pon kalau tido nak tido atas ummi dan kalau ummi nak mengadap lappy pon tak apa. asalkan ummi dudukkan saya sebelah ummi. tapi saya bagi ummi 10 minit saja. nanti saya menangis mintak perhatian.-____-"

Photobucket
ummi nak blend bubur pon kene bawak sya sekali ke dapor.

Photobucket
tersepit bawah bouncer. hahahahaha

alhamdulillah hari ni berjaya mengharungi first day puasa tanpa mengeringkan air susu. rezeki maryam ade lagi. cukup sampai ke petang walauon dah rasa sakit petang tu tapi susu masih banyak. risau pasal nak puasa masa tengah breastfeed ni dah berbulan-bulan. kebanyakan yang saya baca cakap puasa tak menjejaskan orang bf. tapi yang buat i risau nye kalau hari-hari biasa kalau i kurang minum air (kalau keluar berjalan masa weekend) mesti susu kurang. so agak risau bila tak minum air sepanjang hari ni. tapi ok jer takde masalah. cukup lah untuk maryam. kuasa allah kan.

tapi semestinya kita kene bersedia dan buat ape yang patut. semalam dinner i shake. sebab bagi i herbalife shake ni memangmembantu i banyakkan susu. so bulan puasa ni i nak banyak ambik shake. bukan lah nat nak kurus. sebab walaupon shake i makan benda lain jugak. tapi kalau krus tu kira bonus la kan. sape tak suka.

untuk dinner semalam i campur 2 sudu f1+2 sudu f3+ oat 2 sudu+kurma 3-4 biji+ badam (sebab kurma tu memang ade badam kat dalam)+ 1 sudu susu anmum. memang pekat giler jadi shake. huhu. bagi i lagi pekat lagi yummy. pastu malam sambil berbual-bual ngan along sambil makan keropok segera, habis satu plastik makan sorang-sorang.-___-" air semalam minum seliter jer sebab dah tak larat. kenyang. abang helmi belikan satey pon tarak boleh masuk dah.

untuk sahur tadi shake jugak 4 sudu f1 + susu+ nestum+ kurma. dengan 1.5 liter air. tu pon nak termuntah-muntah minum air.
Photobucket
teman ummi kat dapur. ummi tengah buat shake

Photobucket
tengok ape la kat atas sampai macam tu sekali

Photobucket
muka serius dengar azan

Photobucket
bulan puasa murah rezeki. dok goyang-goyang kaki kat rumah pon rezeki datang bergolek-golek. thanks jiran-jiran. terima kasih daun keladi. kalau masak lebih saya sudi menerimanya lagi.=p


huhu. this year tak tahu lah berpeluang ke tak nak berterawih kat bawah. kalau husband ada and mood maryam baik rase nak try jugak turun semayang kat bawah. rindu last year. bulan puasa yang paling best.

bukak puasa tadi makan kuih muih kat atas, kurma 3 biji. pastu shake. kali ni capur air soya+air masak biasa+ oat+ susu anmum+2 sudu f2+ 2 sudu f3. pastu tadi dalam pukul sepulu membaham spaghetti 2 mangkuk. spaghetti nye sikit tapi sibuk dok merantah kuah. sekarang sudah kenyang. tapi masih dalam misi meminum air dengan banyak untuk kesejahteraan hari esok. mintak-minta esok pon susu mencukupi.

oklah. i need my beauty sleep now. charge energy nak jaga budak baik kesayangan ni. maryam please be nice to ummi. ummi pon rindu walid jugak. bukan maryam jer. tak terurus ummi hari ni mahu urusin kamu. esok kita baik-baik yer. nanti ummi upah jalan-jalan kat pool.

*gambar guna phone camera, so ni jer yang terbaik.huhu. kemera gamabr dah terbang pergi bintulu*

Saturday, 30 July 2011

sentap buat kali ke 2 juta!

tadi pergi gardens sebab nak pergi digi center. mahu membuat sim card barulah. sebabnya iphong tak jumpa-jumpa. i takde hal takde fon sebenarnya. bukan ade orang nak call pon. tapi susah jugak untuk tujuan kecemasan. makanya sekarang i sebagai pewaris tunggal dia memang sejak zaman berzaman mewarisi enset dia. dah memang ditakdirkan begitu kut. ngam-ngam dia tukar phone, phone i pon hilang. -___-"

alang-alang dah sampai gardens tu kan baiklah kita memanjangkan langkah ke kedai berhampiran. ramai giler-giler-giler orang. gardens dah jadi midvalley dah. penuh orang.

so alang-alang berjalan takde tujuan tuh i gesel-gesel lah husband. dapat seluar sehelai pon ok dah. jeans i sekarang semua kembang-kembang. (jeans yang beli selepas beranak lah. seluar zaman tak de anak tak muat pon lagi). berat tak turun pon tapi seluar semua longggar. secara logiknya memanglah sebab seluar boleh mengembang, tapi i nak pikir sebab i kurus dah sikit tapi berat jer tak nak turun. boleh? -____-"

masa dok kirai-kirai seluar half price salenye, i angkatlah jeans saiz 8. gulp. besarnye. tapi i agak yakin i mampu masuk dalam seluar tu. mungkin ketat. tiba-tiba ade orang menyampuk,

"kecik la tuh. mesti tak boleh nak masuk pon"

*kembang kempis hidung menahan kemarahan sambil menjeling tajam*

"suke hati u jer. boleh lah!"

"ok, cuba try. kalau muat i bayar"

"ok!"

*masuk fitting room*

"see.muat ok! ingat bini u ni gemuk sangat keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"

I MUAT OK SAIZ 8.

marah betul. tapi i beli yang one saiz bigger la. saiz 8 tu memang la muat tapi ketat gelemat orang german kata. tak kisah la kan. boleh jugak masuk. orang tu cakap tak boleh masuk pon. emo tau. emo!

saiz 10? omg!

Thursday, 28 July 2011

ubat stress

saya stress sebab:

1. semangat nak shopping tiba-tiba membuak-buak tapi nak request tac no tak boleh sebab iphong tak jumpa lagi.

2. orang asyik promote pb jer suruh kurus. saya rela gemuk dari mengayakan bos-bos kamu tahu?

3. orang dari planet mana tiba-tiba datang bagi tazkirah? awak tak kenal saya so jangan kata apa-apa.

4. hujan lebat kat luar rasa nak tido tapi mata tak ngantuk. rugi!

5. kain banyak tak lipat. maryam mood tak ok sangat. tapi gigih jugak nak buat macaron. tapi tak jadi. kalau tahu lipat kain je sambil main ngan maryam.

6. saya kekurangan kasih sayang.

jadi ubatnya ialah

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Dengan hanya membayar RM8 seorang,
orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada ''Pesta Jom Makan Durian'' di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Khamis ini.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Expressways Berhad (PLUS) Khalilah Datuk Mohd Talha berkata pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang sepanjang tiga hari itu (selagi stok masih ada).
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata sebanyak 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta berkenaan bagi tujuan
mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya


jom.jom.jom!

sebelum berpuasa kita melantak durian jom.

kiteorang pergi sabtu pagi. pergi dengan jiran tetangga. jumpa anda disana~

Wednesday, 27 July 2011

ipong ilang

dah dua hari takde fon ni..kalau nak berhubung dengan saya fb ngan gtalk jelah yer. tweeter jugak.tak tahu letak kat mana. call masuk voicemail. isk.

3 hari lepas kunci rumah xjumpa. terkurung dua beranak dalam rumah tunggu husband balik.

i tak cari pon sebenarnya. kalau aku cari barang hilang aku stress. nanti-nanti jumpa lah tu.

dengan ini saya mengumumkan hari ni hari malas giler tak de mood sebab kekurangan kasih sayang.

bai

Sunday, 17 July 2011

tq husband

hari sabtu lepas birthday i!

(happy birthday to maya jugak. i tak pernah jumpa orang yang sama birthday dengan i. seperti yang dijangka, orang yang sama bithday ngan i adalah orang yang hebat macam i. hahaha. nama pon sama pelik.=p)

masa hari birthday i tak rasa birthday i langsung pon. sebab hari tu i sangat penat. penat makan kut. 2,3 hari in laws ade kat rumah asyik makan, makan dan makan. husband ajak celebrate lepas kenduri and semua orang balik i cakap lain kali lah. i penat nak balik tido. haha. tak excited langsung birthday sendiri. -_____-"

semalam siang kiteorang menghabiskan masa mengemas rumah. lepas tu petang birthday tengku zara yasmeen(nanti cerita entry lain. kene cerita birthday budak kesukaan i neh) . lepas birthday zara kiteorang balik. husband ajak makan jugak kat IOI mall tu sebab alang-alang dia datang nak jumpa kawan dia. i tak nak, sebab dah kenyang membuntal makan kat birthday zara. tapi i boleh smell something fishy sebab my husband kalut semacam asyik sms jer pastu i nak pinjam phone dia tak bagi macam-macam alasan.

pastu dia cakap nak jumpa kawan dia kejap kat little pantry kat IOImall tu so i bajet dalam tu ade kawan-kawan die yang kiteorang selalu lepak sama-sama sebab kat birthday zara tak ramai kawan-kawan die datang. hahaha. boleh pulak i terpikir die nak ajak kawan-kawan die celebrate birthday i. sebab i tak terfikir pon die boleh berpakat ngan kawan-kawan i.

tapi bila masuk little pantry takde orang pon. (agak frust disitu =p) dan my husband pon berjalan ke arah jalan keluar dah so memang dah frust sangat dah. huhuhu. pastu nampak zac ngan my rumet dok disebalik dinding.

auwww..my friends!

hehe. thanks husband. thanks zac ngan aisha jugak sebab melayan request my hsuband and pergi survey tempat segala. huhu. korang memang the best! since buat plan pon last minute, so tak ramai boleh join. tapi tak pe, i boleh rase dah semangat-semangat orang lain ade jugak semalam. haha. 2 orang ni pon dah buat waiter-waiter kat little pantry jeling-jeling. bising amat. haha

Photobucket
i adalah sangat happy plus tak sangka plus malu so tak tahu nak buat muka macamana -___-"

Photobucket
2 tahun berturut-turut ade surprise masa birthday mati lah next year mesti frust kalau tak de pape (hint. haha)

Photobucket
besties

how lor nak cakap thanks kat korang, tak terungkap. tq very much. i tahu i sangat lah tak independent (bukti nya adalah semalam =p) sebab nye i tahu kalau husband i takde, u ol ade. huhu

Photobucket
the best husband in the world

i'm sorry sebab i sedikit garang semenjak dua menjak ni maybe sebab penat and tak cukup tido. dan selalu jugak merungut. aish. bila lah i nak join kelab isteri taat ni.

i love u bie!

Photobucket
muka excited adalah muka buruk giler so plis jangan over excited lain kali

Photobucket
maryam baru bangun tido muka blur jer. nanti awak setahun kita tiup lilin ok.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

foods adalah biasa-biasa jer. takpe food tak sedap pon. yang penting i happy hari tuh food biaser-biaser pon jadi sedap dengan kehadiran kesayangans. kalau lagi ramai kesayangans yang datang lagi best. tapi kedai adalah sangat comel.

Photobucket

25 tahun. greatest husband. cutest maryam. bestest besties. 2 family besar yang supportive. what else do you want?

tq allah~!

owh. kebetulan pakai baju sama tema semua orang. memang terbaik~

Sunday, 3 July 2011

perkara menggembirakan housewife

sabtu lepas pergi prince court, checkup and jab untuk 6 bulan. saya tak pernah menghafal nama-nama injection ni. sebab semua yang tersenarai samaada yang wajib ataupon optional, atas nasihat doctor semua kami ambik. heheh. yang tak cover insurans pon ambik jer. sebab rasa bersalah jer kalau tak ambik. rotavirus 2 bulan lepas kut ambik (saya ibu pelupa!). tapi tengok bila dia bagi nampak banyak keluar dari yang masuk. huhu

Photobucket

Photobucket

Photobucket



dia dah boleh duduk untuk beberapa saat. pinggang dah kuat. tapi dia yang tak nak. kejap jer ni. nanti dia sendiri akan jatuh kan badan dia ke belakang. so kena lah tahan

doktor maryam dari awal-awal dulu lagi tak bagi lelak maryam dalam ape-ape yang membataskan pergerakan dia. biar jer dia bergolek-golek. jangan belikan dia walker, jangan belikan bumbo chair, jangan letak tempat sempit. biar jer dia bebas. dengan kata lain beli tikar je kat maryam ni. biar dia bergolek-golek main toys atas tikar.

sekarang maryam dah boleh bergerak heret dada ke arah benda and grab benda tu sendiri. dengan syarat benda tu jarak dia kurang dari 2 kaki. kalau jauh sangat dia malas. hehe

Photobucket
sekarang doctor suruh latih dia duduk. biar jer dia duduk posisi ni. kalau dia support badan dia ngan tangan pon tak pe. lama-lama dia confident lah.

Photobucket
maryam kalau dok ngan ummi nampak kecik jer. heheh. ke ummi yang besar



Photobucketmemanjang dengan jaya nya budak ni. cepat jer.

Photobucket
berat dia turun 200g, tapi tinggi bertambah banyak. padan lah ummi rase maryam ni mengurus.

doctor cakap normal berat turun awal-awal belajar makan.

Photobucket



Photobucket
ni memang dah hobby dia.

perkembangan maryam sangat bagus kata doctor. dia baby yang happy. berat bagus tinggi bagus. kulit bagus. aktif. minat nak belajar yang tinggi. doctor belek-belek dia punya lampin, kulit maryam sangat cantik. doctor pon tanya,

" sapa jaga maryam ni? mama kerja tinggal ngan siapa?"

" saya tak kerja. so saya jaga sendiri jer"

"owh padan lah. kita boleh nampak beza. perkembangan dia sangat positif"

(kalau dia puji bab kulit sebenarnya bukan sebab i pandai jaga pon. maryam memang tak sensitif kulit dia. huhu) kalau pasal perkembangan lain alhamdulillah.

sebenarnya setiap kali check up pon dia tanya siapa yang jaga maryam. setiap kali tu jugak i jawab tak kerja. and setiap kali tu jugak dia kan cakap macam tu.

huhu.

walaupon setiap kali check up dengar benda sama, ianya amat menggembirakan hati i.

nak bodek pon tak pe. tak kisah.

sangat memuaskan hati.

sangat melegakan hati.

dan boleh buat penyedap hati bila masa-masa down.

sometimes bila husband kita tak layan kita sebagaimana kita harapkan, bila kawan-kawan kita bergurau yang menusuk kalbu, bila orang sekeliling kita memandang rendah sebab kita tak kerja, bila family kita tak menyokong apa yang kita buat, atau apa-apa saja yang menjatuhkan semangat i, benda-benda kecik macam ni sangat membantu.

bila doktor cakap macam tu dah cukup buat i happy dan puas hati.

biarlah i susah, biarlah tak bagus untuk masa depan i, biarlah i membazir masa sendiri, asalkan benda ni bagus untuk maryam.

susah, sentap, sedih, rasa tak dihargai, rasa tak penting, rasa rendah diri, rasa ketinggalan, rasa ditinggalkan tuh tak pe. MOJ!

Thursday, 30 June 2011

owh tidak!

*tarik nafas*hembus nafas*

saya tak boleh mengadap lappy sambil usha-usha tudung.

ampun kan i bie.

u kate beli tudung takpe kan? (malam ni i urut u. full body massage!)

10 helai dalam masa seminggu?

melampau maghfarah! melampau. ko nak g mana pakai tudung banyak-banyak ni?

esok i nak mop lantai pakai tudung ngan baju tido.

-___________________________________-"

padan lah aku ni tak bekerja. cepat lupa diri rupanya