Showing posts with label Awana. Show all posts
Showing posts with label Awana. Show all posts

Sunday, 2 May 2010

di awana

heelouuuu~

(ikut nada pocoyo)

selamat bekerja di hari isnin..saya sedang bercuti dari bekerja. hehe

bantal empuk yang di rindui

semalam jem teruk giler. dari rumah ke petronas bentong 2 jam! isk. memang kesilapan besar bertolak petang.

semalam aku buat teori baru. orang gemuk masak sedap. hoho. sebab nya semalam macam biasa pergi beli waffle kat petronas bentong. pembuat waffle dah bertukar orang. dulu adik yang agak berisi, semalam adik yang kecik selim melim. waffle itu tak sedap. kurang segala-galanya. frust di situ. mana adik waffle yang lama? waffle kamu sedap.

pastu malam sebab mengejar masa nak tengok AIM, ajak suami tapau burger malaysia jer dekat dengan mesra mall. kedai burger tu memang burger dia terbaik lah. sebab yang masak adalah abang berbadan sasa. burger dia lemak bercream. lemak pada burger? jangan cakap pasal lemak kalau dah masuk perut. hehe

roti john saya. burger double special suami. tapi i sebelum dia makan i dah try. macam biasa lah. rupa buruk sememeh. tapi sumpah sedap.

hari ni mahu buat ape yer?

sekarang saya sedang tengok pocoyo kat tv3. tak pernah tahu tv3 dah ade pocoyo.

dan sekarang juga saya sedang marah saya termakan roti toastem yang bersemut. duh. awana. susah sangat ke nak membanteras semut ni? balik-balik masalah semut ni.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Wednesday, 14 April 2010

mari mengemas dapo

terabai sudah dapo saya. sebab nya malas nak tempek resepi di situ. lagi pon asyik masak benda sama jer. hehe

tetapi memandangkan hari ni saya sangat free. bosan duduk di lobby awana ni tunggu suami balik kerja mahu cekedout 'balik selangor' saya update beberapa resepi yang berkurun sudah dimasak tapi malas nak upload resepi. sebelum saya lupa baik upload.

*eh. tipu lah saya bosan. ade baby mane boleh bosan*

untuk sabrina, ikan sweet sour. resepi kat sini

daging masak black paper kering version. resepi kat sini

kambing masak black paper and mushroom berkuah version. resepi kat sini

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

zara's lagis


dinding hijau lagi

suami sama lagi. eh

tuan blog yang sama lagi

wadehek am i duing?


kenapa lindungi kejelitaan saya dengan straw? =p

cukup lah dengan gambar bahjet. semalam suami balik kerja lambat. jadi aku dah lapar giler sebab dah melepasi waktu makan. aku biasa makan sebelum pukul 8 kalau takde aral melintang. semalam kul 9 baru keluar makan. perut dah berdondang sayang.

aku cakap kat suami aku nak makan banyak. definasi banyak bagi aku adalah lauk dan sayur banyak. nasi tetap sama. aku order ikan. ikan kukus. mahu ikan kukus.

'ikan kukus lambat sikit kak. banyak order'

'masak ape yang cepat siap?' *memang lapar ini lady*

'sweet sour ngan tiga rasa cepat sikit'

'okeh. saya nak ikan siakap sweet sour'

'ikan takde saiz kecik, ade untuk saiz 3-4 orang makan'

adeh. budak ni. buat je lah. aku lapar ni. nanti suami aku bayar lah. bukan nak makan free.

*dah berjangkit perangai suami. emo di kala lapar. tapi emosi dalam hati jer. muka masih tersenyum manis*

ikan kami

tomyam kami

licin ok! budak itu memandang rendah keupayaan kami merantah lauk. owh. ikan tu tak sempat nak rantah pon. habis sekali ngan nasi. maknanya cukup-cukup lah untuk kami 2 orang makan. kecoh saja itu budak.

balik hotel dengan perut membuntal terlebih makan. ni bahaya makan dalam keadaan sangat lapar.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Tuesday, 13 April 2010

pemandangan baru.i loike~

kali ni dok awana kat tingkat 6. first time naik tinggi begini. huhu..biasa tingkat 3 jer. pastu naik 4, sekarang naik lagi 6. dah la kali ni dok kat north wing. first time dok di wing ni. boleh la menikmati pemandangan yang berbeza kan.

dok sini dah tak nampak pool. nampak tasik=p

alam semula jadi la sangat

walaupon tempat berbeza, semut tetap banyak.haha. dok kat tengah jer takde semut rasanya. south pon ade semut. aku rasa awana kena buat sesuatu nak kekalkan status berbintang-bintang dia ni. bilik pon dah tak menarik. sebab hotel lama kut. kenalah upgrade kan. baru lah boleh kekal berbintang-bintang. dah la service makin sucks. naseb baek ade katil besar. ade orang awana yang baca blog aku? sila la buat sesuatu. sah-sah la takde kan.hehe

dan ade cermin besar. mak suka~

*tips nak keluar bilik dengan aman: amik gambar dulu*

semalam lakan kat Zara (lagi!)

minum adalah sama hari-hari

sup pon sama. lauk jer lain.

rajen ahkak ni membaca


kita minum dulu! =)

hehehe..kali ni i berazam nak makan cara berhemah..dah tak nak makan benda lemak-lemak walaupon nasi dagang memanggil mendayu-dayu. oh dugaan!

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Monday, 12 April 2010

az-zahrah sucks

*maafkan bahasa saya*

tapi aku hampir nak mati sebab az-zahrah hari ni. kalau aku mati suami aku saman ko berjuta-juta. jadi duda kaya suami aku nanti.

tengok gambar entry di bawah bak kata kakak aku, hari ni aku sungguh sememeh(macam hari-hari lain tak sememeh jer).muka pucat lesi muka pon tak sure basuh ke tak. gagaga. mengapa mata macam juling? hurrmm..

pukul 2 pagi semalam tersedar sebab athma. dah berbulan-bulan tak athma, ingatkan dah hilang dari dunia. rupanya wujud lagi. hampes. tapi tahan jer sebab ingat boleh hilang sendiri, pagi tadi bila tak tahan sangat terpaksa jugak pergi klinik.

sampai kat az-zahrah masuk emergency room. lama giler dowh aku tunggu dalam tuh. aku ni nak bernafas pon dah tak boleh. rasa macam nak tulis surat wasiat time-time tu jugak. suami dah resah gelisah dok panggil doktor sorang pon tak datang. hampes. sorang dok sibuk nak balik. shift dah habis. sorang dok mekap dalam bilik. giler kau. ade pesakit nak mati ni dalam emergency room. ikhlas ke tak nak jadi doktor??

suami aku punyalah dia bekejar-kejar bawak kereta sampai traffic light merah pon die menyumpah, sampai hospital kene tunggu doktor mekap la pulak kan!

pastu suami aku dah hilang sabar, keluar dari az-zahrah pergi an-nur. naseb baek dekat! kalo tak mahu aku mati tengah jalan sebab aku memang bernafas hujung-hujung jer. nak tarik nafas pon dah boleh.

sampai an-nur sebab nurse tengok aku tinggal nyawa-nyawa ikan dia cek aku punya oksigen. die cakap,

'isk..oksigen tak ok ni..tak cukup oksigen'

aku dalam hati..' cik..sayo ni nok nnaffas pong xleh ni. nk ado oksigen kok celoh mano?'

hoho, emosi dalam hati jer. nak bercakap pon tak mampu.

lepas kene nebulizer sedas ok lah sikit. tapi belum hilang sepenuhnya. tunggu luar, nak jumpa doktor.

haaa..bila aku dah boleh bernafas macam ni. ko nak suruh aku tunggu sejam pon tak pelah. lepas jumpa doktor amik sedas lagi sebab athma kuat lagi. amik dua das pon tak hilang lagi athma. doctor suruh datang lagi kul 12 tengahari. semestinya tak bolehlah sebab kiteorang dah nak pergi kerteh ni. doktor bekalkan ubat jer. balik rumah amik-amik barang terus cekedout ke kerteh. habis dua ratus macam tu jer hari ni. dah la an-nur bukan panel. idok lah tahu boleh claim ke tak.

sebab tu lah muka aku sememeh macam tu. muka tak tido dari pukul 2 pagi. dan muka overdose amik ubat.

dalam kereta aku pening giler. muntah dalam kereta dua tiga kali. terus pengsan.tu aku amik gambar masa 2,3 minit sebelum muntah. masa muntah 'baby' ade atas riba. cepat-cepat aku suruh husband yang tengah drive selamat kan 'baby' aku. baby tu penting.

bila sakit macam ni aku rasa macam hopeless giler. kerja aku ni reti menyusahkan suami jer. aku sedih sebenarnya bila kene menyusahkan dia macam ni. haih. syahdu sekejap.

i'm sorry b..

haih. sudah lah. aku dah dah kat awana ni. doakan aku cepat sembuh. aku tak suka kalau aku athma. sebab aku kalau athma bukan jenis manja-manja tuh. terus yang teruk.

aku benci

sabar maghfarah. dugaan allah tu. semalam kan dia dah bagi ko baby seketul. hari ni dia nak ko susah sikit jer.

suami tinggal aku kat awana terus dia pergi ofis.tinggallah aku terkontang kanting di sini.

kata-kata jari,

fabulous.Farah

Friday, 9 April 2010

mari melihat matahari terbit

kami selalu merancang nak tengok nak tengok sunrise. tapi ade jer halangan. contohnye malas bangun pagi. dah bangun tapi malas nak bersiap turun bawah. dan macam-macam alasan.

masa hari last kat kerteh aku belum tido lagi pagi tuh dan suami bagun sangat awal sebab dia tido awal. dia ajak aku turun pantai dulu baru pergi breakfast.

lambat betul matahari ni terbit bila kita tunggu. dekat sejam jugak aku asyik intai-intai dari bilik. bila la matahari ni nak keluar. gelap gulita.

nak dekat kul 7 baru matahari keluar malu-malu.

tayang perut vuncit

*berkat 3 minggu makan dan tidur sahaja*

suka ini gambar

dia saya sayang

*tiba-tiba*

kan betul saya sayang

*motif nak tunjuk bulu mata jer*

dah cerah. jom breakfast!

kata-kata jari,

Fabulous. Farah

Tuesday, 6 April 2010

wuhhhuuu~

masa untuk packing lagi -_-"

esok dah mau 'balik selangor'

pulang awal dari jangkaan

kerja siap awal

mak suka nyah

dapur farah, diet farah, mesin basuh farah, vacuum farah , here i come!!!!!!

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Friday, 26 March 2010

a day of detoxing



aku beli buku ni masa pregnant tahun lepas. 2 minggu lepas beli aku miscarriaged. haha..baru sempat baca dua tiga helai masa tu.

so lepas miscarriaged aku decide untuk simpan buku ni dalam kotak sampai lah aku pregnant balik. aku sampai dah lupa aku pernah beli buku ni sampai lah masa kiteorang pindah hari tu aku jumpa balik.

dan memandangkan masa tu aku dah kehabisan bahan bacaan aku pon start lah baca. apa salahnya tambah pengetahuan kan. lagi pon buku ni bukan pasal pregnancy jer, banyak jugak pasal natural fertility dan aku dah try sikit-sikit. pasal pemakanan, dan preparation nak pregnant. banyak lah!

program a day of detox ni pon aku amik dari buku ni.

program ni sangat flexible. kita boleh ubah ikut kesesuain dan keselesaan kita. yang penting:
-minum at least 2 liter
-amik makanan kuantiti kecik setiap 2-3 jam. amik makanan high fibre, buah, sayur mentah/stim, whole grain cereal.
-ingat ni masa untuk relax, bukan tengok tv, blogging ataupon main facebook. so kurangkan terlibat ngan benda ni.


1. sebaik sahaja kita bangun, kita minum segelas air suam yang diperah sehiris lemon. (lemon memang membantu proses detox)
-makan 1 hiris buat atau wholemeal bread jangan letak butter atau spread. (untuk membantu sistem penghadaman start bekerja)
*husband minum tea-mix dan shake



2. buat stretching, brisk exercise selama 30 minit. (exercise macam jogging or brisk-walk yang buat kita rasa sedikit breathless tapi masih lagi boleh bercakap)
*kiteorang swim
-brisk exercise bagus untuk circulation system membawa oxygen dan nutrien ke semua bahagian badan kita
-lepas tu minum banyak air kosong dan segelas juice ataupon buah atau sayur.

3. lepas tu, dry-brush seluruh badan untuk buang sel-sel mati at least 5 minit. mandi ngan air suam dan scrub seluruh badan.
*urut-urut sikit sambil scrub


4. lepas mandi deep-cleanse muka. letak air panas dalam bowl. buat ala-ala stim muka dengan tutup kepala kita dengan towel untuk beberapa minit. keringkan. then basuh muka dengan air sejuk untuk tutup balik liang roma yang terbuka.
-boleh tambah minyak chamomile, lavender, lemongrass dalam air panas
*skip. scrub muka jer

5. buat full body massage. untuk boost circulation dan mempercepatkan lagi proses pembuangan toxin. tumpukan pada bahagian kaki di mana tempat toxin banyak berkumpul.

6. berehat at least 30 minit ke satu jam lepas di urut. lepas tu buat stretching untuk membantu blood circulation.

7. amik small lunch makan buah dan cereal. duduk dengan tegak selama 15 minit selepas makan untuk membantu penghadaman. lepas tu keluar berjalan-jalan sekejap.


8. lepas tu biarkan badan berehat selama dua jam. breath deeply untuk membantu banyak oxygen ke otot dan organ. lepas tu bersedia untuk satu lagi sesi exercise.
*keluar semayang jumaat kira exercise la tuh. haha

9. buat salt rub. untuk bersihkan pores. boleh guna ape saja jenis garam tambah dengan sikit olive oil. gosok secara membulat (ala..macam kita masuh muka), menjauhi jantung. ini juga membantu circulation dan proses detox.

10. mandi dengan lama. guna aromatherapy oil jika ade. lepas tu sapu lotion ke seluruh badan sambil urut.

11. malam berehat dan tidur awal.

*petang kami makan nasi.haha

my husband sangat happy hari ni dan dia nampak sangat relax. no more stressed-face yang dia selalu tayang. senyum jer for the whole day.

proses nak buat senang jer. boleh buat aktiviti suami isteri di kala wiken.

boleh dijadikan sebagai hadiah anniversary ni. monthly annniversary. ataupun sebagai hukuman. sapa buat salah kena jadi orang yang men-detox.sebab nya husband memang relax habis hari ni. and i macam penat habis. ye lah. i kene exercise sama dengan dia plus kene buat 3 session mengurut.

but it's worth it. hahaha. i dapat banyak duit upah!

hahaha..tayah pergi spa nak buat buat sauna, scrub badan urut-urut segala. tapi kalau kat spa beberapa jam jer kan. tak puas. i ni sepanjang hari ok. dan layanan of course terbaik dari ladang. bila pikir-pikir balik murah la pulak upah i charge. hahaha.

eh ko ni maghfarah. tak. tak. i buat dengan ikhlas. tetapi sebagai cutomer yang puas hati dia bagi tip. hahaha

happy customer =)

muka sepet aku dikala bangun dari terbongkang kepenatan

detox

hari ni aku men-detox husband. senang jer program nye..nanti lain kali aku cakap. sangat senang nak buat.

sesuai di jadikan aktiviti hari minggu setelah penat hari-hari bekerja. kadang-kadang badan kita terlalu penat. hari-hari guna. manjakan badan sekali sekala.



orang lain dok sibuk upload gambar anak aku sibuk upload gambar suami. haha

na buat camno. dia je lah 'baby' yang ado. layan~

Thursday, 25 March 2010

zara sajor

semalam kami dah tak nak pening-pening pasal makan. pergi jer zara depan hotel, pastu biar pening kat situ jer. pening pilih menu. kalau pening pilih kedai memang mengambil masa yang lama.

khusyuk

bukan baca menu

kami berdua makan bihun hailam

best jugak..suami cakap malam ni makan bihun hailam lagi

dia kalau dah suka habis lahhhhhh

vainggg

marah la kat perokok yang hisap rokok tak pikir orang lain. dah lah dia tuh sedang membakar paru-paru sendiri pastu nak bakar jugak paru-paru orang di sekeliling dia. dah effect orang sekeliling ni lagi teruk.

dia hembus asap rokok tu jauh-jauh dari bini dia. konon-konon tak nak bagi bini dia kene la asap rokok tu. dia tak sedar orang lain pon bukan suka pon asap rokok kau tuh..

aku suruh laki aku isap rokok hembus betul-betul depan muka bini ko baru tahu. haih!

tak jadi balik kampung

berehat-rehat

jalan-jalan

detox

Wednesday, 24 March 2010

buntu

semalam kiteorang dua-dua tak tahu nak makan kat mana. sebetulnya kami dah bosan dok makan kedai yang sama. tapi tak tahu kedai mana yang kat tepi-tepi jalan tuh yang mungkin best sebab semuanya tak menarik.

bab makan i suka kuantan lagi. pilihan luas terbentang.

kata suami,

'i kenyang hari ni. u decide mana nak makan'

'i ok jer mana-mana asalkan bukan roti tempayan or zara'

'ok. u kata nak makan beriani kfc tu. kita g kfc la.'

'pagi tadi i makan nasi minyak, takkan malam nak makan kfc.'

'mcd?'

'ok. bukan zara, bukan roti tempayan, bukan kfc, bukan mcd, bukan burger king' *nada hemo*

' pizza?' *kenapa asyik fastfood yang dicadangkan?*

'hurm..boleh dipertimbangkan. kita g jalan-jalan mesra mall la amik mood makan'

jumpa abrak, dia cadangkan nasi ayam. hurm..bukan mood nasi ayam walaupon nasi ayam macam menarik.

tawaf food court dua tiga round, masih jugak tak boleh decide nak makan ape. sebelum husband aku naik panas melayan aku, baik aku alihkan perhatian dia dari memilih makanan.

masuk guardian habiskan duit dengan beli benda mengarut. (tak pernah fail menghabiskan duit kat watson dan guardian) pastu masuk giant beli buah.

'u kata pizza boleh dipertimbangkan?'

'balik je lah hotel. kalau ade kedai menarik tepi jalan kita stop. kalo tak de kita makan kat zara la. tak pon tapau burger malaysia ni best jugak.'

on the way kiteorang balik ade satu restaurant yang jual burger malaysia. kedai tu sebenarnya sungguh tak menarik. kami berhenti sebab nak makan burger malaysia jer. mungkin rezeki kedai tu malam ni.

ingat nak tapau jer. tapi kami makan sebab husband mengidam air epal.

burger double special

order burger paling mahal kat kedai tu baru berbaloi-baloi usaha mencari makanan malam ni. paling mahal pon baru RM 3.60.

menang mengarut lah makanan aku semalam. burger + air halia susu bersoya. jangan la cirit hari ni.

dia tak lapar, tapi akhirnya dia makan half dari burger ni. haha

mak memang cepat kenyang. nafsu jer besar. naseb ah!

burger tu sedap lah. entah mimpi ape tiba-tiba hari ni terlintas burger malaysia. memang rezeki brother tu gamaknye.

aku tak suka lah makanan kedai sekarang ni. sekarang ni dah jadi masalah kiteorang kalau ke kedai tak tahu nak makan ape. last-last makan makanan merapu macam ni. ni yang buat aku rasa nak angkut dapo masuk hotel ni. kan best kalau husband aku nak dok Rumbia. boleh main masak-masak sebab situ ade dapor.

lama tak tempek gambar vain kan?

ni vain sambil pikir ' haih. nak makan ape ni? nak makan ape ni?'

resultnya, muka vain yang sungguh confuse.

Tuesday, 23 March 2010

haish

antara salah satu sebab mengapa awana ni aku suka sebab mak cik housekeeping dia orang tempatan dan perempuan. so aku tayah bersiap bagai bila dieorang datang kemas bilik.

tapi idok la aku berbojel dalam bilik masa dia datang kemas, kalo time pakai kurang sopan tu (ade ke orang pakai sopan kalau dok ngan husben je or dok sorang-sorang?) aku pakai lah bathrobe.

tadi aku makcik datang, aku pakai bathrobe, tapi sebab aku sopan sikit harini sebab dah brakfast bagai, aku tak ikat. tapi masih tak lulus untuk piawaian pandangan lelaki bukan muhrim.

tiba-tiba mak cik datang bawak seorang budak lelaki. terkejut beruk aku cepat-cepat tarik bathrobe. eh. selamba jer mak cik ni. kalo yer pon cakap la dulu. biasanye dia sorang jer. dia perempuan, so xpe lah.

budak tu trainee kut. mak cik tu dok ajar-ajar kemas katil vacuum lantai, cuci toilet bagai.

die lupe ke kehadiran aku?

tak boleh ke dia cari bilik kosong jer kalau pon nak training.

pastu tolong la cakap, ade lelaki nak masuk.

dia pon pakai tudung. takkan dia tak tahu..

aku tak tahu nak buat ape..nak pergi amik tudung ke dalam alamari? budak tu dah nampak dah pon. nak suruh laki tu keluar ke? last-last aku dok jer atas sofa main latop sambil sebenarnya malu giler +marah giler+ rasa nak sepak jer dieorang bising-bisng sebab makcik tu tengah mengajar budak lelaki tuh

bising sebenarnya ok jer. tapi sebab aku panas hati.

bab-bab aurat ni memang lah aku bukan tutup semua. tapi at least rambut aku tak tayang.

husband selalu bising dulu-dulu (sekarang dah fed-up kut)

'buat ape pakai tudung kalau nak pakai lengan pendek?'

'at least i pakai tudung. kalau tak pakai tudung pastu pakai lengan pendek bukan ke dah jadi dosa kuasa dua?'

pandai-pandai jer aku buat formula di situ..

tapi tak puas hati gak kat makcikkkkk!!! eeeeeeee

breakfast saya berlemak

semalam kami berdua tak pergi dinner. sebab dua-dua tertido bangun kul 9 lebih. pastu dua-dua sayang nak keluar sebab semalam ade cerita best kat 8tv. cerita wajib tengok ghost whisperer dan desperate housewife.

*eh.julie mati ke eh?siannye..*

tapi sang suami terpaksa jugak keluar beli roti kat stesen minyak sebab roti dah habis. so dinner kami roti jer 2 keping. pastu sambil-sambil tengok tv makan kacang.

so pagi ni rasa macam malas nak shake sebab sehari tak jumpa nasi. alasan saya cun tak? hehe. padahalnye dulu bertahun-tahun tak makan nasi ade aku kesah?

saya 'teman' suami breakfast. teman kena lah join sekali kan.

dia makan nasi lemak ikan tongkol

kalau ke terengganu memang wajib makan nasi lemak ikan tongkol ni. aku suke.

tapi aku nak makan nasi minyak hari ni

hehe..unik nye terengganu. kat negeri lain mana nak jumpa nasi minyak masa breakfast?

gambar adalah di google. malas lah nak amik gambar sebelum makan.

ok masa untuk kira-kira kalori..hehe..makan pulut panggang jugak..nyum.nyum.

diet oh diet



semestilah breakfast aku hari ni tak leh lawan shake-shake aku pada hari biasa.

korang breakfast ape hari ni?

perjuangan mendapatkan password

semalam i merayu-rayu, memujuk-mujuk, merengek-rengek mintak password dengan suami. i cakap balik kl nanti tukar la balik. kat hotel ni aku takde masalah tido. antara langkah-langkah perjuangan

1. mintak cara baik
-tak dilayan

2. mogok tengok rancangan tv yang dia tak suka
-aku tengok dairi af pastu tengok disney channel.


'yang, tolong la tukar channel'
'ok u bagi pw dulu'
'ok. takpe lah. u tengok la kartun tu'

heh. misi gagal

3. mintak password sebelum service harian

' u nak suruh i urut u?'
'boleh gak'
'nak password dulu'
'u urut pastu i cakap'

bila aku siap urut..

'i tak tukar pon password tu sebenarnye, i tak tahu kenapa u takleh masuk.i boleh jer tapi'

cess.sia-sia usaha. memang dia tak tukar pon. T_T

tapi kenapa aku tak leh masuk semalam?

Monday, 22 March 2010

tak boleh tolak kambing

semalam suami ade bbq dinner. aku tak tahu bbq, kalau aku tahu bbq mesti aku ikut. sebab kalau bbq mesti lah ade kambing kan. ape aku kisah tak diinvite pon.haha. giler muka tak malu.

being me yang tak suka menyusahkan suami, sebab dia dinner malas la nak susahkan dia bawak saya pergi makan walaupon dia offer. so saya shake jer semalam.

kul 9.00 malam dia call dah nak balik katanya. saja buat-buat tanya makan ape.

'bbq stended la. kambing, seafood, makan bihun goreng sikit'

'ala...nak kambing~~~'

'eh? ade banyok ni..betul ke nak?'

'nak!'

hehe..aku shake sebenarnya. baru lepas setengah jam shake.adei..

dia bawak balik banyak..aku makan sikit je lah..yang lain terpaksa dibazirkan. kalo mak tak shake sumpah mak makan lagi.tapi sebab shake perut dah penuh. kalo makan banyak lagi sure muntah.

jangan terpedaya dengan pinggan yang penuh. ni piring jer. sos black paper tuh dalam cawan jer..


nyum.nyum.

otak-otak ikan ni sedap.

sotong tak makan sebab keras.

' u kata nak shake?'

'hee..baru jer shake..ala takpe..makan sikit jer'

'isk..suke suki jer. pastu berat tak turun merungut'

sebab suami bising. ok lah i buat tea pekat-pekat. minum sepanjang malam. 2 scoops. konon-konon exercise 40 minit la ni...

penat togok air malam-malam

ni berat petang semalam. di hari yang ke-22 berat aku masih lagi stagnant. ke sebab nak period.

untuk pengetahuan yang tidak tahu, semasa kita period berat kita akan naik lebih kurang sekilo. sebab masa tu badan kita memerlukan banyak air untuk bekerja. so badan simpan lagi banyak air masa period.




tak. i tak merungut.tak.

baby bob?

tadi tido maghrib petang di kejutkan oleh panggilan dari seorang kawan yang bekerja kat terengganu tapi sedang outstation kat kl. sedangkan aku kat sini! takde jodoh betul kita berdua.

lepas gossip-gossip, semalam birthday dia, so dapat panggilan percuma gossip panjang la sikit. mungkin suami bosan dengar sang isteri bergossip dia berlalu ke toilet. buat urusan sendiri. urusan ape aku tak tahu. mandi mungkin. sebab malam ni dia ade dinner. kene bersiap awal.

bila siap bergossip (gossip dalam selimut ok! tapi tiada kene mengena dengan hal-hal dalam selimut) bangun nak ke toilet ade nampak binatang ni kat atas beg.

baby bob

untuk yang tidak tahu: baby bob ni kawan barney si dinosaur ungu tuh. pastu yang kaler kuning tuh nama dia BJ.

jangan kagum dengan saya tahu character barney, bukan sebab saya ade anak kecik. sebab saya ada adik yang conquer tv 24 jam kalau selagi dia tak tido jangan harap orang lain boleh tengok tv lain.

ok. kembali kepada cerita. bila angkat anak patung ni belek-belek.

'eh.husband aku buat surprise ke ape ni?'

dia kan unpredictable. tapi agak-agak la kan. kalau dia bagi patung ni kat aku memang aku 'surprise' la kan.

belek-belek lagi..

'ish..ni macam dah guna. macam bantal busuk sape-sape ni, yang kaler pink tu dah ade tukar kaler kelabu-kelabu sikit'

lalu sang isteri menjerit

'bie, wadehek anak patung ni ade atas beg i?ke housekeeping tertinggal'

'tu anak patung anak A(bukan nama sebenar). dia tertinggal last week hotel simpan. dia suruh i ambik'

owh...ciss. sia-sia aku bermonolog dalaman sorang-sorang.

Sunday, 21 March 2010

hari ahad penat

untuk pertama kali OurCastle masuk blog. sebab tuan blog ragu. pikiran orang ni kita tak boleh control. lain nak disampai kan lain yang dia faham.

nanti ade suara-suara halus cakap,

'heleh, orang beli bungalow pon tak kecoh macam ko'

sape suruh tak kecoh. ngahaha. kalau tak kecoh maknanya tak berupdate la blog ni kan?

peringatan terakhir. bukan nak menunjuk dengan perasaan riak dan bangga yer. tahu korang lagi hebat.

tapi nak menunjuk dengan niat saya rasa bersyukur dengan rezeki yang allah bagi dan sangat excited nak duduk rumah sendiri (*ehem* rumah suami). dan sangat berterimakasih kepada husband yang menyediakan rumah ni.

olos.olos. blog sendiri pon nak kene explain panjang-panjang kan? lemoh.lemoh. sejak bila aku pikir pasal orang ni!

setelah bermukaddimah panjang..presenting~



OurCastle

ni breakfast. tak shake sebab nak duduk lama kat OurCastle. takdak air lagi. nanti terkepit-kepit nak kencing.

Aglio Olio with prawns.

ni second time masak. so rasa dia sudah disesuaian dengan tekak sendiri. first time guna cendawan butang. kali ni guna shiitake. guna shiitake adalah 100 kali ganda sedap. suka sangat!

nanti cekedout la kat blog main masak-masak i untuk resepi.

sini


kami keluar rumah awal giler sebab nak jumpa customer. hari ni hari last nak meround timbang tengok progress.

lepas tu pergi jumpa contractor lagi. kami dah pilih contractor. dia dah nak start pasang dah. mungkin bila kami balik dari kerteh semua dah siap. mungkin lah.

lepas tu balik rumah amik-amik barang terus bertolak ke kerteh. otw singgah kat ampang. jumpa last customer. alhamdulillah. tapi masa tuh aku dah hidup segan mati tak mahu. lalok giler. tapi nak tido kesian kan suami kene drive sorang-sorang. last-last tertido jugak. hehe

singgah kat petronas bentong nak beli wafer sedap. tapi takde T_T

malam nya sebelum check in perlu cari makanan isi perut dulu.

makanan dirindui

'mari secawan'

untuk tenaga malam ni. kahahahak

ROTI TEMPAYAN DENGAN KUAH KAMBING

*saja caps lock nak tunjuk memang excited sebab rindu*

walaupon kecewa sikit sebab kuah cair. kenapa mak cik?? kenapa cair?? frust sungguh saya

saya akan berada di Awana kijal sehingga diberitahu. no more entry masak-masak lepas ni.

tadi suami call MIL, cakap pasal renovate rumah. dia cakap.

'buat ape renovate dapo cantik-cantik . masak kadang-kadang jer'

hehe. kalau lah dia tahu menantu dia ni rajen jer kalau kat rumah sendiri. hahaha. walaupon mungkin bukan selalu dok kat rumah tapi kalau skali dok kat umah try jugak masak. kalau penat sangat masak telur goreng pon jadi lah!

so pada saya, dapor adalah benda yang paling penting selepas katil dan cermin besar. hahahah

sekian dulu. bak kata kak nita, i love u ol~