Showing posts with label resepi telur. Show all posts
Showing posts with label resepi telur. Show all posts

Wednesday, 19 September 2012

saya. saya. dan saya

 hari ni saya nak memenuhkan blog ummi saya ngan muka saya. sempena saya dah 1 tahun 9 bulan hari ni. dah big girl yeww. tapi awat perangai saya makin baby ah? why why why??

lu langsi lu mati!

susah aih pakai sudu. tangan senang

tapi ummi suruh pakai sudu jugakkkkk 

redha kene makan pakai sudu







 saya lagi suka makan pakai tangan sebenarnya. sebab saya melayu. pakai sudu kejap-kejap boleh lah. hari ni saya makan cheesy steamed banana bread pudding. gitewwww. panjang giler nama. =D

cheesy steamed banana bread pudding

air sikit sampai semua roti terendam.
 (susu pon boleh. tapi rumah saya kehabisan susu. walid tak beli lagi)
sekeping roti
sebii telur
2 biji pisang emas
kismis
cheddar cheese parut

masa saya tak bangun lagi, ummi rendam roti dalam air, campur telur, pisang hiris-hiris, tabur kismis, pastu cheedar cheese secukup rasa. ummi gaul2 jer sebati jer semua bahan. pastu ummi biarkan sekejap. bila saya dah bangun, baru lah ummi kukus selama 5 minit. kejap jer. pastu saya makan panas-panas. sedapppp. ade cheese meleleh-leleh.

eheh. nama melayu nya puding roti pisang kukus bercheese =)

sekarang saya memang memanfaatkan sepenuhnya masa  dan tenaga ummi saya. sehingga ke titisan terakhir. -____-"

kedua-dua ummi ngan walid saya sekarang sangat risau camane ummi nak survive dalam pantang kalau saya masih begini sampai adik keluar. 

dont worry lah ummi ngan walid. sampai masa nya nanti insyaAllah maryam akan jadi kak yang terbaik. siap boleh tolong jaga adik lagi. cuma sekarang bagi lah can kat maryam nak manja-manja ngan walid puas-puas. janji!

Tuesday, 24 July 2012

french toast rajin dan malas

buat food cantik-cantik kat maryam ni adalah macam satu terapi (cantik ke?) . kepuasan disitu. tapi kerajinan bukan ade sokmo. heheh

ni masa rajin. 123 broccoli french toast

sila telengkan kepala. dengki blogspot ni. sukahati dia nak rotate.

 maryam pon nampak happy bila bentuk cantik macam ni. 

senang sangat nak buat brokoli french toast ni. hanya perlukan.

2 keping roti
sebiji telur (pukul)
brokoli floret

cara nak buat dia. tekap roti keping guna acuan. celup roti dalam telur. goreng atas pan yang diletak sedikit minyak, tabur brokoli foret atas dia. balikkan biar dua-dua permukaan masak.

kalau malas jadi macam ni jer

hehehe. pukul telur, campak sekeping roti, goreng atas pan, tabur brokoli floret, setel!

pastu potong kecik-kecik sekali ngap.

habis jugak makan. cuma kurang laju je lah. huhu

kalau malas lagi jadi lah macam ni. cheesy raisin toast. hihi

tabur cheese ngan raisin atas roti, bakar dalam sandwich maker. done!



Thursday, 19 July 2012

hari bermalas-malasan

semalam bangun tido jer cuaca sesedap rasa untuk bermalas-malasan bergolek-golekan dengan maryam. redup, sejuk. ya allah.memang tak membangkitkan mood rajin langsung. cakap kat husband.

" i sangat malas hari ni"

"bila u rajin?"

muahahah. tapi semalam betul-betul malas. sedar-sedar dah tengahari and i tak masak pon lagi untuk si maryam.

 telur dadar cheese

campakkan bawang, carrot, cendawan butang dan cheese dalam telur. goreng. siap!

mak cik ni pon tengahari tak mandi lagi. muehehe. sejuk kita mandi lambat la sikit kan? =P

semua benda bertali yang boleh sangkut kat bahu adalah handbag dia. biarlah dia,

lauk tengahari semalam

sayur tumis kubis dengan tomato dan fucuk, telur dadar, nasi beras perang. (nasi perang?)

 ready untuk dingap

 ummi ngan maryam. sayur adlah sama, cuma ummi goreng sotong kunyit untuk menambah perisa since sayur adalah bebas bahan perisa

 aummmmm~


selalu kalau join group mak-mak-tak-kerja-goyang-vontot-kat-rumah ni akan mendengar rungutan-rungutan, kepenatan, dan ketidakpuasan hati mereka dengan orang sekeliling yang tak suka mereka goyang vontot kat rumah. kenapa nak pikir benda tak tak best. kenapa? kenapa?

cuba kita berkata-kata benda yang positive dan indah. contohnya betapa heaven nya saya bermalas-malasan di rumah bergoleks-golekan dengan anakanda seharian dihari hujan. tanpa bigboss marah pon. *sebab dah cakap awal-awal* hehehe

pregnancy kali kali ni *ehem* tak tahu lah sebab pregnant ke sebab memang dasar pemalas. tapi rasanya biasanya takdelah sepemalas ini...hehehe

malas nak layan semua benda. malas nak gaduh benda tak penting. malas nak tengok fb, nak baca orang merungut pasal benda tak penting. nak baca orang mengeadu domba benda tak penting. bertikam lidah pasal benda yang sama. nak terasa benda sama. ayoyoyo. if kita tahu kita buat benda betul, teruskan jelah. biarlah orang sekeliling nak kata ape pon. husband sekali pon! eh. bunyi macam derhaka pulok. tapi kalau mengutuk belakang pong berdosa jugak. so pleaseeeeee...kurangkan benda tak penting pleaseeee

bulan puasa ni. jm lah berubah menjadi lebih baik.

*peringatan untuk diri sendiri jugok*

benda ni tak tujukan kepada sapa-sapa pon. hanyalah benda umum yang banyak kita jumpa kat fb. saya mintak ampun dan maaf kalau penulisan saya selama ni pernah mengguris hati mana2 piha. kawan diluar dunia blog, pernah mengguris dengan kata, dengan perbuatan. halalkan semua makan minum mak.

selamat menunaikan ibadah puasa. nak g terawih tapi agak-agak boleh dok ngan maryam ni?

Monday, 2 July 2012

egg benedict kukus


egg benedict ni drama betul. biasa kalau buat egg benedict ni memang bakar, tapi telur separuh masak jer, kalau nak tunggu masak sepenuhnya untuk maryam takut roti keras kejung pulak. so mak try la kukus. kukus bila nak masak, gas habis la pulak. grrrrrr

nak masuk dalam oven malas dah nak tunggu panas segala. so sumbat dalam microwave. ting! masak. hihi

egg benedict kukus for maryam

bahan-bahan:
sekeping roti
sebiji telur
carrot diparut
cheese diparut
serbuk lada hitam *optional*
 
sapu sedikit unsalted butter dalam remekin, sumbat sekeping roti adalam remekin.  biar membentuk mangkuk, parut carrot sikit atas roti, tabur sedikit serbuk lada hitam, dan tabur sedikit cheddar cheese yang diparut. akhir sekali. pecahkan sebiji telur. kukus sehingga betul betul masak

check masak ke dok. yeay. masak

ok now boleh makan

 haha! gambar ni wajib ade dalam slide show maryam kawen nanti =P



nom nom

untuk ummi pon masak sepenuhnya jugak. terpaksalah sebab ibu merandung. tak nikmat betul makan egg benedict telur tak meleleh-leleh T_T

Monday, 9 April 2012

cucur keledek

 cucur keledek. buat ni last week sebelum maryam demam haritu. dia reject semua food. ni jer yang dia nak makan untuk dinner.

sedap sangat. esoknya buat lagi untuk breakfast ummi. hehe

bahan-bahan:

1 ketul ubi keledek oren disagat
1 biji telur
1-2 sudu besar tepung jagung
1 sudu biji bunga matahari ditumbuk halus
bawang holland cincang
bawang putih cincang

gaul semua bahan sehingga sebati.
goreng dalam minyak yang sedikit (shallow fried) sehingga masak.

 sedia untuk dimakan


erm..nom nom nom..lama tak seksi kan. oppsss

Tuesday, 21 February 2012

cekodok ngan red kidney bean?

 hari ni buatkan maryam cekodok...cekodok maryam lain ngan cekodok ummi sebab ummi tambah telur dan red kidney bean jugak dalam cekodok maryam..hehe


2 biji pisang montel +1/2 biji telur+ 2 sudu tepung atta+ kidney bean yang direbus sampai lembut

goreng guna cara shallow frying. 

 ready to ngap!

maryam habis 2 ketoi jer breakfast. seketoi untuk snek.

hurrrmmm..nak makan yang mana satu dulu yer?

adoi..pening la nampak sama jer

ok. ambik yang ni dulu lah

 makan sambil tengok tv

nom..nom..nom

Saturday, 18 February 2012

makanan malas weekend..

 i terasa sungguh kemalasan lah dua tiga hari ni (eh..bukan memang selalu malas ke?)

ni penyakit extra malas menyerang.


bihun goreng singapore campak-campak untuk breakfast
 for maryam+ for walid

 pearcado+perahan limau sikit

lenyek2..letak kat roti dia tak nak...makan gitu jer

puding oat lagi for lunch. siyes malas nak masak. ni resepi kacau2 steam jer, haha

siaran ulangan ni sebenarnya..resepi boleh ambik kat sini

i lagi suka oat tak blend..campur sekali jer sebiji telur, setengah cawan susu, 1/4 cawan oat..buah2..pastu setam.sungguh easy kan? hehe

 kali ni i guna buah pear+pisang +passion fruit aka markisa. setap! masam manis


for walid

ikan masak kicap dan sayur kailan ikan masin

juga menu campak-campak

seriously malas ni...