Showing posts with label pantang. Show all posts
Showing posts with label pantang. Show all posts

Sunday, 30 January 2011

pelepas

semalam 41 hari, maknenya sudah merdeka lah saya. tapi sebelum bebas ada upacara 'pelepas'. cehh. upacara la sangat. pelepas tu dalam bahasa jerman orang sebut 'pelepah'. tapi dalam bahasa malaysia adalah melepaskan sesuatu. so i tanya la mak i. ape yang nak dilepaskan?

huhu..tapi sebab dia baca-baca doa ayat al-quran jer, i turut jelah. ada guna beras and kalin bentuk gelung jugak. sebelum tu i mandi, maryam pon mandi. mandi dengan air yang dibacakan doa, pastu mak bidan tu siram air tu kat badan i sampai rata. maryam pon dia mandikan.

lepas dah siap mandi, i dukung maryam (masa ni dah dalam bilik) mak bidan tu masukkan beras sikit dalam kain yang bentuk gelung, then baca-baca doa, i kene masuk dalam gelung tu 3 kali, masukkan dari kepala lurut sampai ke kaki. naseb abek muat. heheh. sambil dukung maryam la ni.

jangan tanya i apekah tujuan nya. sebab i pon macam blur. dah tanya mak pon ikit orang tua jer. redha je lah disitu.

maryam pon kene sunat semalam. tak sempat tengok pon ape yang disunatkan. beberapa saat jer. i sibuk pujuk maryam sebab die menangis, tengok-tengok dah siap.

mula-mula mak bidan sampai sunatkan maryam. dah isap susu kenyang-kenyang. tapi bila mak bidan amik dia nak bersihkan dia nangis. dia memang anti orang dok kelebet-kelebet dia. lepas sunat mummy bagi susu sebab nak bagi die senyap. pastu dia tertido.

bila dia tido mak tok dia jaga sebab i nak mengurut and tungku. dengar jugak die menangis sikit-sikit pastu senyap. maybe mak tok ambik dukung. pas mengurut bagi dia susu sebab nampak macam lapa bebeno, tapi tak sempat kenyang sebab kalau nak tunggu dia kenyang lama lah. masatu dah lewat, nak kene mandi nak pelepas ni kan.

so berenti bagi susu, i pergi mandi, maryam mak tok ngan mak bidan tu mandikan. pastu i siap mandi mak bidan jirus i dengan air dia bacakan doa. maryam masa tu memang menangis lah. kalau nak buat ape-ape kat dia boleh, kene kenyang. dah tengah lapar, melalak la saya.

lepas mandi, amik maryam dukung pujuk-pujuk tak jalan. memang kene bagi susu jugak. tapi mak bidan cakap kejap jer. so buat la dulu 'pelepas' tu baru bagi dia susu.


lama dia nangis nak susu. huhu. cian anak mummy nangis sampai teresak-esak.


ni muka lepas kenyang. still sedih lagi. tersedu-sedu lagi. amboihhh. ratu air mata betol~

malam pon dia manja yang amat. asyik nak meriba jer. mummy dia kesian sebab tadidah nangis banyak riba je lah.

lepas bangun isap susu kul 1030 dia tak tido sangat pon. tido kejap atas riba, pastu bila i letak dia sedar. sedar main-main pastu bila dah bosan dia nangis mintak riba. huhu. ku 3 tadi baru tido.

and now mummy dia pulak nak tido. gunite~

abaikan typo yer.menaip dlm gelap=p

Wednesday, 26 January 2011

jamu mak dara

sekarang ni kalau berjalan-jalan di dunia blog akan menimbulkan perasaan. 'owh. tua nya aku'. satu sebab sekarang ni anak-anak remaja memang hampir semua orang ade blog kut. dua, akan menimbulkan kata-kata seperti

"ya allah, baju ape la budak-budak sekarang pakai"

bunyi macam dialog mak cik-mak cik dalam drama melayu kan?

tua dah i. -___-"

sungguh mak cik tak berkenan. tudung ok lah. comei jer mak cik tengok. tapi baju? seluar? aish. nak kate korean stail awat mak cik rasa korean pakai comei jer hang pa pakai...erm...maybe mak cik bukan fashionista kut. tak paham fesyen-fesyen sekarang. pelik sangat.

tapi ade setengah tu comei jer mak cik tengok. sopan. cantik mata memandang. yang tak menjadi tuh yang pedih sikit mata memandang. tak pe anak-anak cuba lagi. tapi mak cik rasa baik berpegang kepada perinsip less is more lah. asalkan tutup benda yang nak kene tutup. tak perlu lah berlayer-layer di negara beriklim khatulistiwa ni. naik ruam baru tahu. hiks!

ok dah. jangan marah yer adik-adik. ahkak meluahkan isi hati jer. xtau lah kalau esok-esok ahkak pon terpengaruh ngan fesyen sedemikian rupa. tapi ahkak rasa kalau ahkak terpengaruh pon husband ahkak tak bagi pakai macam tu. nanti die tak nak bawak ahkak jalan-jalan. ataupon keluar jalan asing-asing. u jalan depan, i jalan belakang. haha!

ok dah. sekarang sesi meng-up kan diri.

weekend lepas mak ade panggil orang tebang pokok jambu and pokok mangga belakang rumah. upah kawan dia jer. kerja kat hospital jugak. tapi muda lah budak nya. lagi muda dari i pon. dia ngan geng-geng dia datang sehari sebelum tebang maybe nak tengok pokok-pokoktu besar mana nak bawak alat-alat yang sesuai kut. datang lah dengan 4 biji motor, terus ke belakang rumah.

i yang tak tahu ape-ape masa tuh keluar lah bertanya khabar kan. bagi salam tak, ape tak, masuk dalam pagar rumah orang terus pergi belakang rumah orang pulak tu. tak pernah dibuat dek orang. dieorang cakap 'kak nah' (panggilan untuk mak i) yang panggil dieorang suruh tebang pokok.owh. sila-sila.

esok nya i kat dapor, tengah makan nasi, mak ade ngan dieorang tunjuk-tunjuk mana nak kene tebang, berlaku lah perbualan.

ibunda: senang cari rumah kak nah?

jejaka bawah umur 1: kiteorang dah datang tengok-tengok dah semalam.

jejaka bawah umur 2: ha ah. semalam putar-putar jugak cari rumah. semalam kiteorang datang ANAK DARA kak nah ade.

ANAK DARA ok! ANAK DARA! hahahaha

naseb baek tak tersedak tercekik tulang belut.

sumpah bie, tak de cubaan untuk men-flirt kan diri pon sehari sebelum tu. memang selekeh natural beauty habis. pakai baju u yang besar gebas-gebas tu, ngan kain batik, siap berbekung and berstokin ok! owh spek nerd kesayangan i jangan lupa.

memang lah orang lelaki ni kurang peka. kalau pakai macam tu memang komfem-komfem lah orang dalam pantang. ANAK DARA kok celah mane entah.

tapi mak bangga lah jugak.

gahaha!

dengan pakai selekeh macam tu, dengan tengah ade masalah berat badan, orang masih cakap macam anak dara, kalau dah kurus nanti camano bie? rasa tergugat tak?

haha. sila muntah.=p

tak payah beli jamu mak dara dah.=p

Tuesday, 25 January 2011

37 hari: lagi 3 hari yaw~

ini cerita biskit jacob

aku start berpantang betul-betul bila kat rumah MIL. masa tu makan memang tak diet langsung. nasi 3 kali sehari yaw~ kadang-kadang 2 kali jer. lagi satu meal makan biskut ngan air susu or horlick or milo.

lepas balik rumah tanah merah, konon-konon semangat nih nak diet mengecikkan badan. aku amik 1 meal jer nasik, 2 meal herbalife shake + oat, dan waktu-waktu senggang tu kalau lapar aku makan biskut jacob, buah oren, or ladu (sejenis kuih rupa macam tepung gomak tapi bentuk cube, rasa pedas-pedas)

nampak macam diet kan?

kalau ditambah tolak bahagi, dah 3 minggu lah aku makan macam ni. dan aku dah habiskan 3 tin biskut jacob?

sekarang bunyi macam diet lagi?

hoih cik adik, setin seminggu? diet apeke benda? pastu orang cakap gemuk hang marah!!

sangat demm kan.

ni jadual makan saya:

bangun jer tido: 2-3 keping biskut. alas perut sebelum melayan maryam
breakfast: herbalife shake ngan susu+ oat(memang kene shake jer, kalau tak pagi memang tak sempat nak makan)
sementara nak lunch: kudapan (biskut lagi dan oren)
lunch: nasi 2 senduk, lauk, sayur
petang: kudapa(biskut lah, apelagi)
malam: herbalife shake ngan susu+oat
supper sebelum tido: kudapan (biskut and oren)
bangun tengah malam menyusu maryam (biskut lagi)

hah begitu!

banyak kali makan. lapar sokmo. dah 2-3 kali sakit perut sebab skip makan sebab maryam tak nak duduk. jadinye, kalau susah sangat nak makan, ngap jer biskut. cammano tak habis biskut 3 tin kan?

ouh. tu baru biskut jacob. ade jugak kadang-kadang makan biskut cap ping pong yang MIL suruh bawak balik tanah merah sebab kat sane banyak sangat cream creaker yang orang bagi. biskut cap ping pong ni best kalau cicah air, tapi masalah dia berminyak sangat. agak ngeri disitu.

air yang diminum adalah 2-3 liter sehari. siang minum sikit jer sebab siang pakai bengkung susah nak kencing. sekarang malam dah tak bakai bengkung, pakai girdle yang high waist sebab nya malam susah nak bangun susukan maryam. bila pakai bengkung jadi emo. sebab serabut. lagipon saya concern pasal keleperan buntut bila 24 hours pakai bengkung. dahla buntut tu memang dah leper, kene tekan lagi ngan bengkung nanti flat buntut, lebar jer lebih. pakai girdle biar dia up sikit. nak beli PB tak mampu. hik hik

so saya kurang berpuas hati ngan perjalanan diet saya. humph!

Wednesday, 5 January 2011

rutin harian

nak update pasal bersalin hari tu sebenarnya. tapi malas lagi nak pilih gambar nak upload dalam photobucket. dah basi dah pon kan. alang-alang dah basi tu kita peram je lah dulu.

hari ni hari last bertungku dan mengurut. sesi ke dua tunggu sebulan. sesi ke tiga lepas 40 hari kalau nak. kalau dah rasa sedap badan tak perlu. tapi i nak. best ape orang urut. heheh.

masa hari first mengurut sakit jer semua tempat dia urut. kat perut sampai terangkat-angkat badan. urat bersalin (kat pehe) pon sakit. tukang urut tu cakap lambat sangat mengurut. urat dah bengkak-bengkak. rahim pon bengkak lagi. ye lah 2 minggu awal buzy risaukan maryam jer. memang tak buat ape-ape pon kat badan sendiri. nak makan jamu or ubat-ubatan takut effect dia pulak sebab masa tu dia kuning lagi.

hari kedua pon sakit lagi. hari ke-3 and ke 4? i tido masa kene urut and masa bertungku. bangun-bangun badan fresh giler. rasa boleh meloncat-loncat dah. ngehehe. sekarang sakit-sakit badan dah hilang dah. esok nak kene bertungku sendiri dah. tak best lah. orang buat lagi sedap.

rutin harian sekarang same jer. bangun tido terus siapkan maryam. owh. maryam sekarang i punya alarm. dia bangun i bangun lah. bangun jer bagi dia susu. kene make sure dia betul-betul kenyang kalau tak dia nangis masa mandi. pas maryam kenyam mandikan maryam. mak tok tolong siram air, mummy peganng and gosok-gosok maryam. lepas dia mandi, pakai kan baju. dah comei-comei bagi susu lagi. bila dah setel maryam baru lah boleh uruskan diri sendiri.

kene mandi, pakai bekung, baru boleh breakfast. kadang-kadang kalau terbangun lambat tu pukul 12 baru boleh breakfast.


uniform hari-hari. kain batik. bengkung. tshirt.stokin.

masa seminggu awal kat kl i tak berpantang langsung pon. makanan hospital dah pilih-pilih amik menu orang berpantang. tapi sebab dia datang dengan dessert segala, cheese cake ke, puding ke, bubur ke, semua akan di try sikit. kalau sedap sampai habis.=p masa ramai-ramai kawan husband datang melawat i siap makan keropok lekor, goreng pisang, ngan donat. ngehehe.

dah tu. macammana urat-urat tak bengkak kan? awal-awal dah tak jaga. tapi kan, masa kat kl hari tu serius rasa macam sihat giler tak rasa macam beranak pon. bila balik kampung dah jaga makan segala baru lah rasa sakit situ sini. baru terasa mungkin. ataupon sebab dilayan macam orang sakit terus badan tak bermaya. sekarang lepas urut-urut, bertungku, makan ubat badan dah berpeluh-peluh balik. i loike. baru lah rasa sihat. nak jaga anak pon senang.

tapi ngantuk tu tak hilang-hilang. asyik ngatuk jer. sekarng pon ngantuk ni. macam best jer maryam tido. mau join sekaki. roger and out.

Saturday, 1 January 2011

masalah problem

masalah perut buncit?

perut ber-stretch mark?

perut hitam?

perut geleber?

masalah datang pakej dengan maryam. maryam i suka. ini masalah problem sangat la tak gemor.

dah la sudah terbelagak dengan husband sendiri. i cakap bila dia balik from korea nanti dia dah tak kenal bini sendiri. die cakap as long as hidung tak berubah, i kurus macam mana pon die still kenal i. deng!

susah la berpantang dalam musim hujan ni. asyik lapar jer. (alasan )ade jer benda nak mengunyah. biskut jacob pon sedap musim-musim hujan ni.

lagi satu sejak dari zaman mak berpantang melahirkan adik-adik i, i memang suka makanan berpantang. dulu siap join dia makan. makan nasi panas-panas dengan ikan bakar letak kunit banyak-banyak, halia banyak-banyak, black pepper banyak-banyak. setap! tak berkuah pon tak pe. petua orang tua nasi tak boleh bertambah kan? sebab takut tak cukup, letak nasi bertimbun dalam pinggan. habis!

tu baru ikan bakar. kiranya lauk berpantang paling mudah. belum lagi sup belut, belut bakar, ikan kukus, sup ikan. lauk berpantang memang best okeh! camane nak kurus ni?

Photobucket
salah satu menu berpantang: sayur air sawi pahit, belut bakar (terbaek!), sambal mejoh

sambal mejoh adalah campuran kunyit, halia merah, lada hitam, garam sikit. tumbuk-tumbuk kasar, siap~

orang selera kampung macam i tak merana susah nak makan masa berpantang ni. tapi merana berjuang menahan diri dari makan berlebih-lebihan.

haish. dugaan betul. mari kita menguruskan badan.