Showing posts with label bubur ayam Mc Maryam. Show all posts
Showing posts with label bubur ayam Mc Maryam. Show all posts

Sunday, 8 April 2012

rasa dah lama gila tak masak

husband dah teringin nak makan masakan bini sebab dah beberapa hari dok makan air tangan mamak jer=P  so dia request nak makan 'gulai darat ayam kampung' ayam kampung beli kat pasar tani shah alam pagi tadi.

dah agak lama dah tak buat, jadi call MIl tanya nak buat camane sambil menggoogle jugak. guna resepi kat sini

gulai darat ayam kampung

i tempek resepi kat sini untuk tujuan rujukan dimasa akan datang. enat aish setiap kali nak masak kene google pastu nak kene call mil. hihi

1/2 ekor ayam
2/3 biji kelapa (ambik santan)
1 sudu makan ketumbar*
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
sehiris lengkuas *
sehiris halia2*
sehiris kunyit*
 sudu makan kelapa goreng (kerisik)
2 sudu besar cili giling
1 keping asam keping
gula melaka (gula) secukup rasa
garam secukup rasa
budu
2 sudu besar rempah gulai darat 

blend bahan bertanda*, campur dengan rempah gulai darat, cili giling, kerisik. gaul dengan ayam dengan sedikit santan pekat. masak sehingga rempah masak dan pecah minyak (orang german panggil matti awah). lepas tu masukkan santan, asam keping, gula melaka, garam, budu secukupnya. 

rasa dah sedap. cuma kaler kurang menarik. next time kene tambah cili giling. hehe. yang penting rupa kan? =P

sungguh sedap dimakan dengan acar jelatah dan sambal lada kering sahaja.

ni salah satu cara orang masak gulai darat lah. ade jugak orang masak macam masak kari. tumis rempah 4 beradik dulu. saya suka ini version lagi.

dah selamat dah ayam-ayam itu jadi baja. hihi

nak tempek gambar maryam masa malam sebelum discharge. dia dah sihat dah sebenarnya. cuma doc suruh stay nak monitor je lah. sebab dia demam panas bila malam.

awal-awal malam tido. kumpul energy nak berjaga malam.

peluk bebear aunty baiti ngan uncle roch kasi. thanks babe susah-suah melawat maryam. maryam cranky pulak tu masa tu. hehe. banyak hadiah maryam dapat dari uncle roch ngan aunty baiti tahun ni. hadia birthday jer dah dua=P

bila orang dah nak bersiap tido dia bangun

memang xde rupa orang sakit kan? =P

memang dah tak demam dah pon masa ni


happy main ngan walid. phone ngan walid macam irama dan lagu. =___=

lepas tu walid tdo sebab ngantuk malam sebelum ni walid tak tido. mula-mula dia main jer dalam bilik, pastu bosan agaknya, ambik tudung i, suruh pakai, ajak keluar. nak main kat playground. sampai kul 1 pon dok main kat playground tu lagi. haih. anak. anak.

lepas tu i pujuk balik. banyi susu sikit terus pingsan. letih main.

i love u bie! *tetiba*

Wednesday, 11 January 2012

bubur ayam mc maryam

masa maryam tak lalu makan adalah masa paling malas nak masak..huhu..sebab nanti bukan dia makan sangat pon..hehe..kejis tak ummi?

tapi terpikir-pikir..apakah yang sedap dimakan dikala demam tiada selera makan? bubur yang sangat lembut panas-panas sekali hirup terus masuk tekak tanpa perlu usaha lebih-lebih setap kan?

BUBUR AYAM MC D!!

tapi sori sayang. mcD tak bagus untuk awak. so ummi buat bubur simple mcM. ok?

bubur ayam mc maryam

bahan-bahan:

 3 sudu beras (campur beras prang dan beras wangi)
air sangat banyak(saya banyak kali tambah air sebab nak bagi semua nasi betul-betul hancur dan lembut)
3 oz homemade stock ayam (resepi sini)
1/2 ketul peha ayam
1 hiris labu dipotong dadu
bawang merah (goreng dengan minyak canola oil) 
hirisan daun sup

campak beras, stock ayam, peha ayam dan air dalam periuk, masak sampai betul-betul lembut. bila dah hampir masak campak labu. bila labu lembut tutp api. siap! 

senangkan?? hehe..stock ayam tu dah sedap..so tak tumis letak bawang pon tak ape..kalau nak tambah pon boleh.


hidang dengan daun bawang dan hirisan daun sup

ni bekal maryam kiteorang nak pergi scott garden. mahu ke tesco.

letak panas2..campur semua bahan..tutup..bila nak makan aroma daun sup ngan bawang goreng tu dah sebati ngan bubur..bau dia setap sangat..ummi yang teringin nak makan

masa ni dia tak demam pon..tapi cranky jer manjang. moody.huhu

makan tepi garden


 sambil tengok fish

 amuk nak turun jalan. dah la tak bawak shoes. haishhh


alhamdulillah..bubur panas-panas and lembutt begini sesuai ngan seler demam dia kut..nak nak pulak makan tepi kolam sambil tengok fish kan..lebih 12 suap dia makan tenghari tu..

 petangnya cekci girl pergi swim. sebab letih swim, banyak jugak dia makan petang tu. haha

esoknya ummi nak kene masak dengan cepat dan pantas sebab nak bawak maryam pegi jumpa paed dia.masak resepi sama cuma campak jer semua dalam rice cooker..cepat sikit lembut..kene selalu kacau and tambah air bila dah pekat...2 hari berturut-turut dia makan resepi sama..gagaga..mestang-mentang maryam suka kan.


 maryam kene cucuk sebab nak test darah

mengadu sakit ke sayang?

memang betl lah budak sakit bila nak belajar something kan? maryam nak belajar belebey kut demam..kuat sangat dia bercakap lepas demam. keluar pon suka tegur orang..

good job maryam!

*ehem* saya bukan malaikat. tapi kalau awak nice, maka saya pon akan jadi nice. kalau awak macam haremmm..xnak lah jadi macam harem jugak..terserlah kepandaian.*ehem*