Showing posts with label resepi barli. Show all posts
Showing posts with label resepi barli. Show all posts

Tuesday, 13 March 2012

3rd anni kami

 maryam demam. tiba-tiba jer demam. tak tahu lah demam sebab nak naik gigi ke sebab penat g jalan-jalan kat johor hari tu. dia tak pernah demam pon nak naik gigi selama ni tapi. and tak nampak pon ade gigi nak naik. cuma air liur berjejes-jejes. demam teruk jugak la kali ni sebab kene makan ubat baru temperature turun. lepas abih kesan ubat naik balik temperature. malam-malam sampai 39. 5 semalam. bagi makan ubat, basahkan badan ngan air kejap jer turun. tinggi kan *risau =(*. siang 38 ++ jer. malam ni kalau demam dok tinggi lagi haruslah bawak dia ke hospital.

 breakfast pagi semalam: garlic, carrot french toast 

whole grain bread  kaya dengan zinc yang memainkan pernan penting dalam menyokong immune system dan membantu dalam penghasilan antibodi dan melawan infection.

carrot kaya ngan beta carotene nanti akan diconvert ke vit A juga membantu regulate immune system.

garlic jugak powerful booster untuk immune system. 

dia makan seketul jer untuk breakfast. T_T

pastu cranky nangis-nangis sampai muntah keluar semua susu and roti yang dimakan.

snek bagi kiwi + yogurt

kiwi good source of vit C, membantu badan menghasilkan lebih banyak sel darah putih untuk lawan infection.

yogurt selain kaya dengan zinc dia juga ade bacteria baik yang mampu melawan bacteria jahat dalam usus. kesihatan yang baik bermula dari usus yang sihat. eh

saya juga rebus air barli sampai pekat. sebab air barli boleh menyejukkan badan. so lunch maryam pon berasaskan barli.

bubur barli ayam Mc Maryam. guna resepi bubur ayam Mc Maryam kat SINI 

barli tu i blend kasar

banyak dia makan. alhamdulillah selera masih ada walaupon tak sihat.melasak pon macam orang tak demam jer semalam-___-"


\cik hazi datang semalam. masa lunch cik hani pon join sekali. kalau ade orang ok la sikit mood dia.

petang nya walid soh siap-siap sebab walid balik kerja terus nak keluar makan.

hug bebear?

tak nak orang nak ikatkan belt. ado orang demam berdiri dalam stroller? ado?

tolong walid pilih hadia anniversary. *ehem* yang kene bayar sendiri *ehem*

 tunggu walid semayang kita menyusu dulu. lepas menysu kita main dalam nursing room. best jugak sunway piramid ni. lepas ni boleh la bertukar arah from midvalley ke sunway piramid pulok

my husband menyerahkan tugas pilih mana tempat nak makan kepada i, so i ajak dia pergi ole-ole bali. masuk-masuk jer dah nampak lebel hijau carlsberg dari kejauhan. berdoa dalam hati agar husband tak nampak tanda hijau itu sebab dia sangat pantang. biar dia nampak lepas makanan sampai ke..ok sikit.

i suka sangat suasana kat ole-ole bali tu. romantika habis siap bercandle segala sesuai sangat lah untuk meraikan anniversary (walaupon suasana tak akan menjadi seromantika yang dibayangkan sebab adanya maryam yang tak tido lagi ni). tapi, benda tu jugak yang dia nampak dulu.T_T

hancur hati kuuuu..

ke kedai lain 2,3 biji berhampiran semua serve bendalah itu. why oh why...teringat kak ila ada buat entry pasal tarbush hari tu. moh kita ke tarbush la~

bila-bila masa dimana saja~

aramak! suka suki dia jer selak-selak kan~~!

ok meh i nak buktikan sesuatu. sila perhatikan gambar-gambar dengan teliti yer. (tak perhati betul-betul pon  tak pe sebab obvious)

pilih menu

tunggu food sampai. MAIN FON

"u ni asyik main foooonn jer..u nak spend time ngan family ke nak main phone?"

ok amik gambar beberapa ketul tu pon kualiti hurmmphhh!!

maryam buat macam rumah dia jer

appetizer sampai. makan kibbeh. Deep-fried minced lamb coated with cracked wheat shell katanya

maryam mengganas besar-besaran. cubaan walid nak tidokan maryam. GAGAL

i dah cuba tapi gagal. so SAMBUNG BALIK MAIN FON LA KAN?

 food sampai lagi. tarbush mix grill. A mouth-watering medley of Shish Tawook, Shish Kebab, Lamb Cubes, Grilled Prawns & Grilled Arayes. setap! roti tu setap. udang tu fresh. daging lembut. err..dengan kata lain. setap.

kalau perhatikan gambar kat atas. fon masih menyala. baru letak. letak tu pon masih tekan-tekan fon. susahnya nak berpisah dengan fon walaupon sekejap sahaja. untuk MAKAN jer SEKEJAP

kalau makan pon pegang fon memang akan ade amukan la kat tarbush ni! naseb baek letak

dessert. baklawa. A must-have traditional Middle Eastern finger pastries filled with nuts. 

 mango lassi

lepas makan. tanpa tunggu-tunggu dah! kembali kepada FON. -____-"

kesimpulan disini, next time tapau jer makan kat rumah. kalau maryam tak tido memang susah nak menikmati food. semalam dia terhantuk kat bucu meja. menangis tak ingat la kan. i makan sambil peluk dia tido. bila letak jer sedar nangis. dia tak sihat kan. camane nak menikmati makanan?

and yes. i suka makan sambil berbual mesra sambil menikmati food. maryam mengganas tu satu hal kan. dah memang begitu sifatnya budak nak membesar. kita dulu pon begitu jugak. haruslah mak redha jer. si bapak nya tak habis-habis ngan phone phone ape cellop?. mak malas lah nak merosak kan mood romantik yang tak romantika langsung. 

naseb baek lepas dia tengo mak makan bersusah payah..baklawa tu dia yang tolong suapkan. udang pon dia yang tolong hiris and suapkan (mak yang suruh). so tu jelah sisa-sisa romantika kami di usia perkahwinan BARU  3 tahun. i tak dapat bayang kan bila 5 tahun. 10 tahun? T_T

walaubagaimanapon. thanks bie. belanja makan.

tapi bab phone tu plis lahhhh *menyampah*

sekian.

-wife mu yang sangat menyayangi mu-

*husband cakap sekarang i boleh pengang title 'mak cik emo'. asyik nak emo jerr. *

Friday, 3 February 2012

ummi, maryam hungry~

 kesahnya ummi terleka sangat sebab sibuk dok main fb *matik la kalau walid tahu ni* sampai sup maryam hangit kat dapor. maryam kalau bab makan dia sangat lah mengikut masa. pukul 12 biasanya dia akan menunjukkan tanda-tanda lapar. so ummi kene make sure kul 12 tu food dah memng ready untuk disuap..suhu sesuai. bukan masih menggelegak berasap-asap.

bila sup hangit, and kene masak buat kali ke 2, kul 12 tu sup masih lagi panas. xboleh nak suap lagi...kesian maryam. haha..lambat makan 2-3 minit xkurusnya maryam..hehe

sedang asyik tengok tv

maryam sebenarnya baru jer dapat mulut. dulu dia baby senyap bunyi kadang-kadang jer. sekarang bunyi bising tapi sepatah pon tak faham. yang i faham "mek" kalau dia nak milk, mama/ammeh kalau panggil ummi, abah kalau walid. tu jer..sekarang dok sibuk sebut "pak pak pak" ape entah...

lambat la sikit maryam kalau bab bercakap. it's ok my dear darling. take your time. sedap jugak dengar awak membebel dalam bahasa tak difahami. kadang2 buat ummi ngan walid ketawa. sungguh lawak bunyinya. so kalau nak ape-ape dia banyak guna bahasa syarat lah..macam baby-baby lagi..hehe mak dia kene lah pandai2 faham body language anak yer.

 bila lapar start lah menggigit macam-macam. meja pon dia g gigit.

 or, membebel-bebel kat kita sambil sumbat jari dalam mulut

 atoiii..lambat pulak sup tofu  ni sejuk, kata maryam

 bahan-bahan:

bawang putih, bawang merah (hiris)
sayur mayur (labu, tomato, brokoli)
daun sup
tofu
stock ayam

tumis bawang dengan sedikit olive oil, masukkan stock ayam, labu dan tomato. masak sehingga lembut. bila dah lembut masukkan brokoli, tofu dan daun sup. kacau kejap. sedia untuk dihidangkan.


 makan dengan barli

barli i rebus sampai kembang pastu blend kasar..kalau sebiji2 maryam kurang makan

petangnya, masa panaskan tambah seekor udang. hehe..budak tu kan dah makan udang

petang makan dengan bihun pulak. barli  ngan bihun lagi laju dia makan bihun kut.

walid dan ummi makan bihun tomyam.hehehe