Showing posts with label resepi cucur. Show all posts
Showing posts with label resepi cucur. Show all posts

Tuesday, 11 September 2012

durian

 assalamualaikum dan selamat pagi~

semalam hujan, mak pulak menjemur di balkoni lupe nak angkat. petang semalam tak kering lagi sebenarnya. jadinya basah lah towel-towel dan selimut yang di basuh. kene buat kerja dua kali. >.<

ade orang teww yang keluar masuk ke balkoni tewww sepuluh kali sehari membakar paru-paru pong bukan nak tolong angkat pon kain tewww.. lagi suka kalau tengok kain-kain tewww mereput di balkoni tu tewww. -_____-"

i adalah emosi tak stabil dua tiga hari ni.

boleh emo ngan sekecil-kecil benda.
boleh sedih ngan benda-benda yang remeh.
merajuk ngan benda-benda tak penting.

i rasa sebab i penat. penat dengan semua benda. dah la duit tak dak. rasa macam nak kerja pon ade.

sampai lah pagi ni, sedar awal dari biasa. bangun awal dari husband. (mungkin allah nak tunjuk sesuatu) tengok maryam ngan husband tido dengan nyenyaknya. rasa tenang pulok. bersyukur allah bagi sehari lagi bangun dengan sihat dapat jaga anak-laki. ko nak merungut ape lagi maghfarah? bahnyak-bahnyak lah bersyukur.

vocab maryam dah makin banyak tambah 2-3 hari ni.

dah pandai mintak nasi. dah pandai cakap poopoo (baru semalam pandai). dan banyak lagi perkataan seketul-seketul yang kita faham tiba-tiba dia sebut. alhamdulillah. i memang selalu doakan, biarlah dia bercakap dengan bahasa yang i faham pon dah ok, sebelum adik dia keluar.

sebab dia sangat kuat tantrum sekarang. selain sebab dah nak dekat 2 tahun dah menghampir terrible 2 , dan emosi berubah nak ade adik, i rasa sebab dia frust bila ape yang dia nak kita tak faham. camane nak faham kalau maryam tak cakap. sekarang at least dah tahu cakap benda-benda basic. nak makan, nak milk, nak tido, nak tv, poopoo, nak bubble.

tapi kemanjaan melampau tu tak dapat nak tolong lah. kadang-kadang suka mak melayan, kadang-kadang bila penat tu. hurmmphhh... i dapat rasakan dia macam makin rapat ngan mak sekarang.

ramai jugak cakap, tak boleh bayangkan camane maryam nak jadi kakak nanti. memaaaaaaang. mak lagi lah tak boleh nak bayangkan. cuma boleh berdoa dan berharap, bila sampai masanya nanti allah permudahkan segala-galanya. amin. ade 3 bulan lagi. sempat lagi maryam nak berubah peranagi kut. mana tahu, bila keluar-keluar jer adik nanti terus jadi kakak penyayang. sekarang pon dah nampak dah sifat-sifat penyayang bila dia jaga baby-baby binatang peliharaan dia tu.

maryam sangat suka durian. (ape jer budak ni tak suka kan)=P

bila dia tengok gambar durian ni, dia cakap " sedap" hehe

tiger tu pulak dia cakap cat. siap buat bunyi lagi. miaammm. yer. kucing dia bunyi miamm. kucing mana entah dia dengar bunyi macam tu.

benda first dia tunjuk bila beli gambar-gambar ni adalah banana

memang kenal betul dia dengan banana. huhu

cucur "sedap" maryam

 buatkan maryam cucur durian

sedap kan cucur "sedap" ?

Tuesday, 4 September 2012

weekend lepas

cerita weekend masa hari merdeka tapi hari rabu baru nak update... i tak de lah buzy sangat pon. cuma tak de mood nak mengadap lappy. kita salah kan hormon lah. apalaga.=D

walid maryam ke pasar pagi-pagi hari lagi sebab peti sejuk betul-betul ketandusan bahan basah. baik lauk, mahu pon sayur.

sebab takde sayuran, tiada warna hijau dalam cucur maryam hari tu. 

cucur ikan bilis berkentang.

customer yang happy sokmo bila boleh makan=)


 menu tengahari maryam. sayur campur masak lemak dengan udang. 

campak jer semua benda. letak tempe jugak.

masak 3 rasa dengan sayur kailan ikan masin.

lama giler tak masak siakap 3 rasa sebab tak berani makan nenas. ni baru berani. huhu

masa beraya hari tu maryam sangat teliur tengok puding-puding or dadih-dadih yang dibuat dalam bekas ni. so try la buat kan dia agar-agar letak dalam bekas ni. memuaskan keinginan maryam.=P

agar-agar honeydew bermadu

i guna sukatan pot beras tu. sekali buat dapat la 3 bekas ni.

1 pot agar-agar strip 
1 pot air masak
2 pot honeydew di blend dengan sedikit air
sedikit madu

cairkan agar-agar dengan 1 pot air. bila dah agak sejuk sedikit tapi tak mengeras lagi tambahkan honeydew yang diblend dengan sedikit madu. 

tujuan tunggu sejuk tak masak sekali agar-agar tu nak mengurangkan nutrisi yang hilang. tak nak dia berubah rasa. pastu bila tuang dalam acuan pon tak panas sangat sebab bekas bukan bpa free pon.

 simpan dalam peti sampai mengeras, ready untuk dingap.

 dia sangat happy bila i hulur bekas ngan sudu bagi dia makan. sebab dah lama dah dia dok nak kan. dari masa raya lagi.




tapi tak habis pon sebekas kecik tu dia makan. kalau bagi buah betul or just blend honey dew dengan air tu lagi banyak kut dia makan. tak pelah. memuaskan nafsu maryam. or nanti kita try perisa lain pulak. walid, belikan air kelapa muda plisss. ummi nak buatkan kelapa jelly untuk maryam. hehe

p/s: agar-agar strip ni, budak 1 y ++ boleh la nak kenalkan kalau dia tak de allergic. ni first time maryam makan agar-agar, sebab ummi dia malas nak bagi. hehe

Wednesday, 29 August 2012

pisang lebam dibawa belayar

tengok pisang macam ni mesti dah tak laku akhirnya nanti terkorban jadi cekodok kan?

tapii..sila baca dibawah.

Health Tips: according to Japanese Scientific Research, full ripe banana with dark patches on yellow skin produces a substance called TNF (Tumor Necrosis Factor) which has the ability to combat abnormal cells. The more darker patches it has the higher will be its immunity enhancement quality; Hence, the riper the banana the better the anti-cancer quality.
Yellow skin banana with dark spots on it is 8x more effective in enhancing the property of white blood cells than green skin version.
Eating 1-2 banana/s a day increases immunity.


terus lepas ni beli pisang peram sampai berbintik hitam baru makan =P 

sumber sini

 breakfast maryam hari ni, cekodok kismis

dia bangun awal hari ni. sama awal ngan walid yang nak pergi kerja. akibatnya lapar pon awal lah. sebab dah biasa bangun tido makan. akibatnya, sementara nak tunggu cekodok ni masak buat drama lah. maryam. maryam.

makan pon ade sisa air mata lagi.

tapi makan tetap makan. berdrama pon sebab lapar.


 ade lagi air mata kat bulu mata


 habis sepinggan. jangan risau!

lepas makan, sambung berdrama lagi. tak tahu ape dia nak. air tak nak. susu tak nak. nak berdukung. tunjuk pintu nak jalan-jalan. tak habis lagi mood raya dia. haish. 

ni kes lama sangat bercuti lama sangat bermanja dengan walid ni. bila la mood nak ok balik.

pukul 1030 baru ummi boleh breakfast. tu pon sementara dia tido. cucur ikan bilis bersawi.

tak sempat makan, dah bangun balik, sambung buat drama. so berdrama lah dia hari ni. sampai tido tengahari. bangun tido, makan lunch ingat mood dah ok, lepas makan, sekarang dok menangis tak tahu nak ape lagi.


 keadaan semasa.

letak bawah lepas mak dah sakit pinggang dukung pujuk tanya nak ape. atas dukung nangis. letak bawah nangis. baik lah dok bawah. T___T
ya allah. sabar. sabar. *tarik nafas* hembus nafas*

jangan buat onar sangat la anok weh. mok mung bukenyo cekak sangak

cuti memang best. tapi asal lepas cuti jer camni mak penat la.

 

Sunday, 10 June 2012

cucur labu

 murah rezeki maryam. labu kegemaran dia, tapi ummi jarang pon beli sebab stock labu tak pernah putus kat rumah ni. kalau nenek dia datang, nenek dia belikan banyak-banyak. ni pulak jiran kasi. fresh dari ladang. tanam sendiri. tapi ayah dia tanam kat kampung la. hihi. mana nak tanam kat apartment niiiii

breakfast ummi ngan maryam.

puree labu (steam labu, lenyek dengan garpu sampai hancur)
air suam sikit
tepung atta
telur (optional)
sedikit soda bicarbonat (optional, kalau budak kicik lagi xyah letak pon tak pe)

gaul sebati, goreng mcm biasa.

fresh milk ngan cucur saiz besau-besau tu ummi punya. maryam saiz mini sekali suap ngan susu ummi jer. hihi

alhamdulillah. dah nak dekat 3 bulan dah baby dalam perut. masih ade rezeki maryam nak menyusu susu ummi. susu alhamdulillah masih cukup. lagipon direct feeding tak de masalah kut. insyaAllah.

 hooo..sedap jugak makhluk buruk rupa ni

tapi yang ummi macam lagi best jerr

tak pelah maryam makan yang maryam punya lah


 auuuummmm!

seluar ibu belikan

ish. ish. sipi nye duduk budok weii



 sumbat sampai penuh mulut. kalau benda dia suka dia ade masalah ketamakan sikit. kalau dibiarkan habis satu pinggan tu dia sumbat

marah sebab ummi amik pinggan

telan dulu!

Wednesday, 23 May 2012

cucur kurma

cucur kurma

breakfast maryam pagi ni

kurma cincang kasar
tepung atta
air
baking powder (optional)

buat mcm cucur bisalah. bancuh semua, the goreng.


untuk ummi ngan walid : cucur kurma dengan homemade air soya kurang manisssss

i bagi dia sepotong buah pear. boleh dia xnak yang sepotong kecik, nak yang sebijik. aishhh..lawan tokey ok budak ini.

makan sebijik gigih la sikit



 nom nom nom


Monday, 9 April 2012

cucur keledek

 cucur keledek. buat ni last week sebelum maryam demam haritu. dia reject semua food. ni jer yang dia nak makan untuk dinner.

sedap sangat. esoknya buat lagi untuk breakfast ummi. hehe

bahan-bahan:

1 ketul ubi keledek oren disagat
1 biji telur
1-2 sudu besar tepung jagung
1 sudu biji bunga matahari ditumbuk halus
bawang holland cincang
bawang putih cincang

gaul semua bahan sehingga sebati.
goreng dalam minyak yang sedikit (shallow fried) sehingga masak.

 sedia untuk dimakan


erm..nom nom nom..lama tak seksi kan. oppsss

Thursday, 23 February 2012

alhamdulillah~

 proud homemade /bf-ing momm..hehe

along dah dapat kerja. next week start kerja so semalam i paksa dia datang ronggeng buat kali terakhir sebelum dia start kerja. ronggeng mana? ronggeng giant jer..haha. tak kelas langsung~ xpelah..asalkan kan keluar..tu pon dah sibuk rayyan kejap-kejap nangis sebab bosan. hehe

first gaji u moleh la belanja i kan. i tok demang. wong solo jadi doh kalu tok sey make laksam kat berlauk pong...
 breakfast maryam: cucur bayam. tepung + bayam+bilis sangai+bawang holland. shallow fried. siap~

kalau tengok kat bawah tu, maryam sedang amuk nak makan. dia bukan bleh ummi usung pinggan kan.

for lunch ngan dinner sedikit special lah. bukan special ape. sebab tak pernah buat kan, kira special lah. hehe

bingka berlauk

resepi asal i ambik kat sini. tapi macam biasalah. convert untuk kesesuain perut comel maryam

untuk inti

seulas baeang merah hiris/cincang
seulas bawang putih
daging (dicincang)
1/2 sudu teh serbuk rempah sup adabi (resepi asal guna kari, maryam malas nak kenalkan kari lagi.hehehe)
celery (cincang)-kalau ade daun bawang lagi bagus
sayur-sayuran (saya guna zucchini, parsnip, butternutsquash, peas)
tumis bawang, masukkan daging dan rempah sup. masak sehingga masak, masukkan celery dan sayur-sayuran. 


 tepung pulak:

1/4 cawan tepung atta
3/4 cawan santan cair
1/2 biji telur
cheddar cheese (diparut)

satukan tepung, santan dan telur..kacau sebati, tapis kalau berketul. masuk dalam acuan, tabur cheese deatas.

bakar dalam over sushu 180 degree C, selama 10-15 minit (cek la ikut saiz acuan) keluarkan, tabur inti tadi kat atas. masak lagi 10-15 minit ikut saiz acuan. sedia untuk dihidangkan.

 dinasihatkan bakar guna acuan satu saiz seab bila banyak saiz, tempoh masak xsama. lecehhh
 saiz mini untuk sekali ngap. kalau ummilah. maryam tetap 2 kali ngap. hehe


 nom nom nomm. dia sangat suka. bukti nak tahu dia suka ke tak food tu?

 kalau food dia suka dia tak lari ke mana-mana. dok mengadap nganga mulut. hehe

ehhh..mommy curi makannnn..hehehe

i tak pernah makan bingka belauk ni. tapi versi maryam ni sudah tersangat sedap. semestinya i akan cuba buat versi orang tua pulak..

 bukan senang yer nak tengok dia diam masa makan ni kalau dia tak makan sendiri. huhu

 rayyan makan puree butternut squash jer...hehe

untuk lunch habis la seketul besar dan beberapa ketul saiz mini. sambil ummi curi semulut dua.haha

 2 ketul saiz besau untuk dinner

 habis 1 3/4 biji

macam biasa. gendang gendut tali kecapi. kenyang perut suka hati. hehe