Showing posts with label resepi kidney beans. Show all posts
Showing posts with label resepi kidney beans. Show all posts

Tuesday, 21 February 2012

cekodok ngan red kidney bean?

 hari ni buatkan maryam cekodok...cekodok maryam lain ngan cekodok ummi sebab ummi tambah telur dan red kidney bean jugak dalam cekodok maryam..hehe


2 biji pisang montel +1/2 biji telur+ 2 sudu tepung atta+ kidney bean yang direbus sampai lembut

goreng guna cara shallow frying. 

 ready to ngap!

maryam habis 2 ketoi jer breakfast. seketoi untuk snek.

hurrrmmm..nak makan yang mana satu dulu yer?

adoi..pening la nampak sama jer

ok. ambik yang ni dulu lah

 makan sambil tengok tv

nom..nom..nom

Monday, 20 February 2012

menu lunch 2 beranak

semalam buatkan maryam sup ikan simple jer. makan dengan pasta.

 masa ambik gambar ni dah tumis bawang halia and dah masukkan cendawan dah pon..hehe. mak lupo. jarang lupo nak snap pic ni

bahan-bahan
ikan dory
1 ulas garlic hiris
bawang hollang dadukan
halia hiris
1 kaki candawan tiram carik-carik
1oz parsnip*
2 oz butternut squash* (ganti labu pon sama je)
zucchini didadukan*
celery stick
tomato
kidney bean (direbus)

*semua sayur bertanda (*) i dah steam dan frozenkan. so masak kejap jer campur akhir sekali

tumis bawang, halia sampai wangi. masukkan cendawa. masak sehingga masak, masukkan air , tomato, celery, ikan. masak sehingga gelegak, masukkan sayur dah disteam dan kidney bean tadi. tunggu gelegak. sedia untuk dihidangkan

sup ikan simple with mushroom, butternut squash, parsnip , kidney bean and zucchini


makan dengan pasta

ready to ngap~

lunch ummi. nasi goreng cendawan

nasi nampak kering semacam sebab bawang ditumis dengan minyak yang sangat minimum..hehe..kopok masak guna microwave

Sunday, 19 February 2012

couscous with fruit salad and kidney bean

budak cantik (cantik kee?) masih menolak oat!

tak kan nak bagi makan buah SAHAJA sokmo pagi-pagi kan. nak buat pancake, cucur, lempeng, french toast malas *ehem*  so i rendam cous-cous makan ngan buah.

couscous with fruit salad and kidney bean

betik
grape
kiwi
avocado
kidney bean
couscous

digaul bersama.

kalau ikut buah-buah tu, 10 bulan dah boleh makan dah..kalau baby xmakan chunky-chunky boleh lah lenyek. tapi maryam ummi  tambah perahan oren sikit. baru lah yummehhh..perahan oren untuk yang dah bukan baby macam maryam. satu tahun ke atas. hehe

 budak ni dah jadi anti carbo ke ape? dah macam kene sembunyikan carbo pulak sekarang

yummmehhh

Thursday, 9 February 2012

swedish meat ball with cheesy sauce

meat ball with cheesy sauce,kidney beans paste, steamed brocoli and potato

ala-ala ikea giteewww..tapi versi baby..hehe

lama jugak ummi tak makan ni *hint*

bahan-bahan: resepi asal boleh refer kat sini

resepi meat ball

  • 3 sudu breadcrumb (saya bakar roti sampai keras, pastu blend kasar)
  • 1/8 cwan yogurt (resepi asal guna susu)
  • 2 ulas bawang merah cincang halus
  • 1 ulas kecik bawang putih cincang halus (yang ni saya tambah)
  • 200 g daging cincang
  • 1/2 biji telur
  • a dash of serbuk lada sulah (kalau baby xmakan pedas xpayah letak..resepi asal guna allspice tapi saya xde)
  • 1/8 teaspoon ground nutmeg(tak de tak payah letak)
  • 1/2 cawan carrot (tambah sayur bantu meatball kekal bentu. tambah nutrisi jugak)
1)rendam breadcrumb dalam yogurt lepas tu campur semua bahan..bentukkan bulat-bulat. simpan dalam freezer untuk kekalkan bentuk dia

bahan untuk kuah:
  • 2 sudu besar minyak (saya campur olive oil 1 sudu, unsalted butter 1 sudu)
  • 1 sudu besar tepung atta
  • 2 oz homemade stock (bagus kalau ade daging, tapi saya guna ayam jer sebab ayam jer ade) 
  • cheddar cheese
panaskan non stick pan masukkan minyak. masak meat ball sehungga perang. golek-golekkan supaya masak sekata. bila dah masak, keluarkan meat ball dan buang sedikit minya sehingga tinggal satu sudu jer. dalam oan yang sama, masukkan tepung attar dan kacau sehingga menjadi paste macam peanut butter. masukkan stock ayam sedikit demi sedikit dan sentiasa kalau supaya tak berketul..masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang kita mahu..masukkancheddar cheese, kacau sehingga semua cair

hidang dengan brokoli dan potato steam dan kidney bean paste

susun dalam pinggan bukan main kan..ni jer rupa sebelum masuk perut maryam..haha

menu dinner. jadi pasta with cheesy pumkin sauce and baked meatball pulak

cheesy sauce ade banyak lebih. so i panaskan petang, campur puree butternutsquash. pastu bakar meatball tu dalam oven.

saya tak guna daging cincang ramly untuk food maryam. kebetulan walid beli daging so i cincang sendiri jer. biasanya i guna daging batang pinang. sebab i tak de food processor *hint lagi yo!* i hiris daging nipis-nipis pastu i chop chop chop dengan pisau besar macam orang jual ayam guna tuh..agak gigih lah jugak. kalau ade food processor senang la kerja *hint lagi  dan lagi* haha..tapi fun la jugak. sampai maryam yang tengah tengok tv pergi jenguk kat dapo ape la ummi buat bising sangat. dia ingat i berjoget so dia ikut berjoget sekali. apa daaa...

meatball lebih saya simpan dalam tupperware. lapis2 dengan palstik wrapper tak nak kasi melekat. boleh guna dalam masa 4-5 hari..so hari-hari maryam bermeatball..haha