laksam belauk bangi!
huhu...thanks along. jasamu dikenang. =)
nampaknye laksam masa tu bukan i yang teringin. maryam kut mintak. hehe
kuah (2 kali makan)
1/4 ketul isi ikan tenggiri
5-6 ekor ikan bilis putih saiz kecik-kecik
1/2 ulas bawang merah
sangat sikit halia
1/2 ulas bawang putih bawang putih
2 sudu santan santan
air secukup rasa
serbuk lada hitam
semua bahan diblend, dan dimasak sehingga menggelegak
laksam
3 sudu besar tepung beras
1/2 sudu besar gandum
5 sudu air suam
kacau, steam sehingga masak. (menggelembung)
ni adalah pertama kali perkenalkan lada hitam kepada maryam. tapi sikit jelah letak. kang pedas pulok. dan untuk bagi baby santan boleh baca kat sini
semalam i memang berniat nak buatkan dia laksam. since die tak berselera i batalkan niat buatkan dia sup. sebab kalau sup memang banyak dia makan. tapi untuk kiteorang i buat lah jugak laksam sebab semua bahan dah ade. plus weekend kan, boleh lah nak masak bende leceh-leceh sikit. weekdays tak kuasa. haha
sebab dia tak makan langsung dari pagi, sebagai ibu yang gigih, setiap sejam i try dia bagi makan macam-macam. tapi semua dia tak nak. tutup mulut rapat-rapat kalau i bagi ngan sudu, and kalau bagi buah die makan, tapi lepas tu dia luahkan balik. bersepah rumah i ngan makanan dia. membebel walid sebab semalam dia yang mop and vacuum rumah. haha
masa die tengah main-main kat dapo sebab walid tengah mop lantai yang dia sepahkan, dan i tengah steam laksam untuk kiteorang i try suapkan die laksam kosong. dia tak luahkan balik! telan. tapi takkan nak makan laksam kosongkan. nak buat kuah lemak malas lah pulok. so i bagi laksam dengan sup salmon yang i buatkan untuk dia.
my mom mesti bangga dengan i sekarang ni. haha. sebab buat laksam sendiri. i ingat buat laksam adalah susah. rupa-rupanya senang sangat~
kuah (sama jer resepi dengan kuah laksa lemak)
5 ekor ikan sardin saiz sederhana
6 ulas bawang besar
2 ulas bawang puti
1 labu bawang besr holland
1/2 inci halia
1 sudu teh serbuk lada hitam
250 g santan
1 keping asam keping
air, garam dan gula secukup rasa
1. rebus ikan, asing kan isi ngan tulang.
2. isi ikan blend dengan bawang, halia dan santan. masuk periuk.
3. blend tulang ikan dengan air rebusan ikan tadi. kemudian tapi ambik airnya sahaja, masukkan juga kedalam periuk.
4. tambah serbuk lada hitam dan asam keping kedalam periuk. dan air jika terlalu pekat. sentiasa kacau sehingga menggelegak. lepas tu masukkan perisakan dengan garam dan gula masak sehingga mengelegak, tutup. lepas tutp api pon kene kacau jugak sikit2 sampau die suam.
laksam
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 1/2-5 cawan air (berganting kepada kekerasan yang diingini. i suka lembut-lembut)
kacau sebati kemudia kukus nipis didalam loyang sehingga masak. kalau nampak gelembung-gelembung tu, masak lah tu.