Showing posts with label resepi ikan. Show all posts
Showing posts with label resepi ikan. Show all posts

Monday, 15 October 2012

sardine roll maryam


 cheesy sardine roll

roti
cheese
telur

serbuk roti (i bakar roti selama 10-15 minit sampai garing pada suhu 180 degree C. pastu blend kering/ tumbuk)

inti sardin.

2 ekor ikan sardin yang direbus dengan sedikit asam keping (nak abaikan asam keping pon boleh)
bawang merah
bawang putih
sedikit halia
carrot
daun sawi

tumbuk bawang merah, bawang putih dengan halia. tumis sehingga wangi. masukkan isi sardin, carrot. akhir sekali masukkan daun sawi dihiris halus.

cara buat:

leperkan roti. tabur cheese atas sekeping roti, kemudian ratakan inti. gulung kemas-kemas. celup telur, salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak sedikit. (shallow fried) balik-balikkan supaya masak sekata.

 rupa bentuk lepas digoreng

 hiris-hiris untuk senang makan. hehe

comot anak mak dipagi hari >..<

hari tu ade yang bertanya guna ikan sardin ape untuk maryam, guna yang dalam tin kah. takkk..jangan. kalau boleh, food budak-budak ni jangan lah yang datang dari dalam tin, dalam botol. guna yang fresh-fresh sahajo. kalau dalam tin tu sure banyak dah bahan-bahan tambahan. preservative, pewarna tiruan, perisa tambahan. not good. not good. orang sini panggil sardin. mak dulu kejutan budaya jugak. masa dok german dulu, panggil ike selaye jah.

Monday, 16 July 2012

creamy orange sauce dan arjuna




fynn jamal bukan siapa-siapa pon dalam hidup mak. suka dengar lagu dia jer. syahdu bila dengar lagu ni. lagu jiwa mak-mak. bila tahu pasal anak dia lagi la sedih.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuhu.

nama saya fynn jamal, dan saya meminta jasa baik sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu saya mencari dana untuk anakanda saya Bakti Arjuna Fitri untuk pembedahan jantung.

kami perlu mencari rm 35 ribu dalam masa terdekat ini sebelum jantung anakanda saya bengkak. anakanda saya berumur 1 bulan 2 minggu dan besarlah harapan saya kalau2 ada sesiapa yang sudi menderma walau sekecil mana. jenis pembedahannya adalah seolah bypass di mana dadanya akan dibuka utk memperbetul lubang di jantungnya.

kalau mahu diganti, berilah nama dan jumlah. saya berjanji akan memulangkan wang tuan / puan bila saya ada wangnya. insyaAllah sebelum hujung tahun ini.

panjang2kanlah rayuan saya ini. moga2 ada yang dapat membantu kami anak beranak.

nur affina yanti binti jamalludin
maybank
16481000899 terima kasih.
tapi buat masa sekarang tak boleh buat sebarang transaction ke account bank dia sebab bank dah bersihkan takut fraud account. so tak tahulah nak bagi bantuan camano.kene bagi direct kut. or nanti-nanti boleh. untuk maklumat lanjut boleh ke account fb dia sendiri. http://www.facebook.com/FynnJamalMusic

 grilled salmon with creamy orange sauce

basic bechamel sauce jer. cuma biasa tambah cheese. ni boh perahan orange. 

1 ulas bawang putih (cincang)
sedikit bawang holland (cincang)
1 sudu teh unsalted butter
fresh milk 
1 sudu teh tepung atta
perahan oren
mix herb

tumis bawang2 dengan unsalted butter sampai wangi. masukkan tepung. kacau sebati. masukkan susu. bila dah agak pekat masukkan perahan oren dan mix her. perahan oren ikut suka nak letak banyak mana. rasa sesedap rasa.

grilled salmon:

basuh salmon dengan perahan limau. perap dengan mix herb dan serbuk lada hitam. grilled diatas pan dengan sedikit unsalted butter sehingga masak.

makan dengan brown rice dan stir fried spinach

bayam tu tumis bawang merah sikit pastu masukkan bayam. simple zas zas siap~ =P


 with love from ummi

kekenyangan tido lepas makan sepinggan dan menyusu


" ngeri tak terbayang mata
  bonda takkan ada sentiasa
  nanti moga kau tak lupa
  bonda memujukmu, anakanda

  hiduplah arjuna beta
  biarkan jasad yang luka
  selama tuhanmu ada
  takkan engkau tercela"

-fynn jamal, arjuna.
 

Thursday, 28 June 2012

breakfast keadaan terkawal

 sekarang ni, masa makan yang dia paling banyak makan adalah breakfast. kalau breakfast buat lah ape saja, dia makan insyaAllah. dengan syarat jangan asyik makanan sama lah. kita pon boring kalau mengadap food sama. ye dok?

breakfast pagi ni: fruit salad (honey dew, oren, anggur), fish fillet open sandwich

fish fillet ni sonang jer buat. fillet ikan dori, golek dalam tepung, celup telur, golek breadcrumb

warna dia hitam-hitam sitompok manggis sebab i guna homemade breadcrumb. guna kulit roti wholegrain tu pastu guna yang atas bawah..memang hitam gelap lah kalu breadcrumb mak..

hiris roti, tabur cheese parut atas roti, pastu letak fish fillet tu..bakar sekejapan jer sebab nak bagi cheese tu cair..


 muka serius tengok tv

serius lagi

tiba-tiba senyum

serius balik

 ok, dah kenyang dah!

Monday, 25 June 2012

keropok ikan dori

i adalah sangat sihat hari ni. weeheeeheee

well, kalau cukup tido dan cukup kasih sayang insyaAllah sihat =P

pagi tadi i breakfast keropok lekor yang adik beli kat kuala kemamang hari tu, maryam i buatkan oat+ buah

dia kutip makan buah jer, pastu dia buat buat muka " blerghhh.. ape ni ummi. breakfast benda yang sama dua hari berturut-turut. tak nakkkk" *sambil tengok tv. dipendek kan cerita, lepas habis buah dia tak nak dah. hurmm

tapi dok sibuk nak keropok lekor mak. manaboleyhhhh!!!

so i pon defrost lah itu kepingan ikan dori. nak buat keropok express. masuk kepingan ikan dori, seketul ais, tepung ubi dalam food processor sampai dia membentuh doh. pastu gentel2. masa gentel tu xnak melekat guna tepung jugak. rebus sampai masak adunan terapung. pastu goreng. memang express. terima kasih kepada food processor.


sebab nak express, bentuk pon macam-macam.

 my first keropok



guna ikan isi hitam lagi cantik la kut result dia. huhu. tapi malas la pulok nak perisi ikan. ikan dori senang sebab dah xde tulang. lalala~

emang dasar pemalas.

Tuesday, 1 May 2012

cheesy salmon nugget

 ini adalahresepi agak-agak. tak pandai agak? kene agak juga. haha

bahan-bahan

*kentang
*labu
*peas
*salmon steam
*bawang besar
*daun sup
tepung jagung
cheese

semua bahan bertanda (*) masuk dalam food processor. xde food processor? g beli!

hew hew hew. 

ok berlagak lah pulok kan. tipu jer. dulu saya blend jer semua. blend kering jadi jer. kalau nak lagi bagus lenyek jer semua. tu terbaik. lepas semua dah hancur campur tepung sikit, cheese sikit. agak-agak jer. sampai bleh bentuk, tapi still lembik la..kalau keras banyak tepung makan xsedap. nanti lembik-lembik tu, golek atas breadcrumb keras la sikit. 

pastu goreng. nak bakar pon boleh

resepi ni xcelup telur la. sebab dia dah lembik, breadcrumb tu melekat

 makan ngan avocado dip. (avocado+yogurt)


selamat mencuba!

Monday, 30 April 2012

ber-couscos pula kita

couscous rendam dengan air panas sampai kembang
labu bakar- gaul dengan olive oil, garlic dan italian mixherb.
salmon bakar-tabur halia, bungkus ngan aluminium foil, lalu bakar dalam oven

lenyek-lenyek jer semua. tapi kulit labu buang lah. eheheh

siap lah couscous with baked salmon and pumpkin

Tuesday, 24 April 2012

ikan kukus kunyit

 menu weekend hari tu sebenarnya. demam-demam pon konon gigih masakkan untuk walid yang pergi main badminton. sekali bila dah siap semua dia call dia makan kedai jer ngan jiran-jiran main badminton sama-sama. grrrr

ok. kembali kepada menu maryam. first time maryam makan kerapu. dah setahun ni dah boleh la maryam nak makan ikan ape pon. cara steam sama jer ngan biasa cuma kali ni tambah kunit jer

sebelum steam

bahan-bahan
* sebatang serai
*seulas bawang putih
*halia sikit
*kunyit sikit
bawang besar hiris
tomato
carrot
daun bawang, daun sup
limau nipis

tumbuk semua bahan bertanda (*), lumur pada ikan, letak dalam mangku tahan steam, tabur bawang besar, tomato, carrot, daun sup, daun bawang, akhir sekali perah asam limau

*bawah setahun xyah letak air limau pon xpe

done!

Friday, 20 April 2012

demam selesema


 streeettttt~

mintak-mintak xjangkit la kat maryam. maryam antibody kuat kan? plis jangan ambik virus ummi.

xlarat hari ni masak simple jer. guna nasi lebih semalam


nasi goreng

tumbung bawang merah sikit, bawang putih sikit, ikan bilis 2-3 ekor. timis ngan pure olive oil, masukkan telur, kacau sehingga masak, campak nasi (beras perang campur beras biasa) akhir sekali campak bayam.

alhamdulillah. masakan campak-campak pon makan banyak.

ni menu semalam

masak lemak salmon


 bahan-bahan

bawang merah*
bawang putih*
kunyit*
lengkuas*
sayur mayur (timun, carrot, tomato)
santan fresh
salmon

tumbuk bahan * campurkan kedalam santan, masak bersama santan. masukkan sayur dan salmon. masak sehingga masak,

salmon gulai kuning siap~

boleh makan dengan nasi. nyum nyum.

bau memang bau gulai kuning ikan orang besau. hihi. cuma xletak cili giling, asam keping jer. tomato nak bagi dia masam ganti asam keping. garam gula pon semestinya tak dak lagi.

setap kan maryam?

hehe..santan-santan ni dia jarang nak tolak. ok lah. saya perlu berehat. selamat berhujung minggu~

Monday, 26 March 2012

monday blues

 perangai maryam kalau hari isnin. asyik nak nangis jer. sebab dah 2 hari dok bermanja ngan walid jer kut. hari isnin tak boleh tinggal, nak suruh orang mengadap layan dia jer.

 nangis, tapi mata tengok tv

 ratu air mata sangat kan

see.mata tengok tv lagi

ummi tak layan sebab tengah jemur baju..tertido sorang-sorang atas sofa. sungguh mengkesiankan.

sebab labu sangat banyak kat rumah ni, so sekarang adalah perjuangan menghabiskan labu. tengahri, maryam makan salmon stew labu

salmon
satu ulas bawang merah, 
sedikit bawang holland
sedikit halia
1/4 batang celery
labu dipotong dadu
1/2 biji tomato
sedikit bunga kubis
italian mixherb

tumis bawang dan halia dengan sedikit pure olive oil. masukkan air. masukkan celery, ikan, tomato, labu. masak sehingga labu lembut, akir sekali masukkan herb dan bunga kubis.

fish stew dengan labu

mula-mula suap dia atas pinggan dia, tapi dia tak nak. satu suap pon tak masuk dia geleng-geleng. so i berlakon makan dalam pinggan yang biasa i guna. makan sambil tengok tv, dia yang datang bukak mulut. hihi. kene tipu. padahal food sama jer. so semalam, lunch ummi ngan maryam sama jer. ummi pon makan fish stew takde garam gula jugak. setap dah. dah rasa manis labu tu.

sebab ummi dah habiskan salmon maryam, petang kene masak lain lah. untuk dinner maryam makan masak lemak kuning udang dengan labu dan bayam.


1 cawan santan
1/2 ulas bawang merah, 1/2 ulas bawang putih, sedikit halia, sedikit kunyit (ditumbuk)
labu
bayam
2 ekor udang

masak santan ngan bahan tumbuk sehingga gelegak, masukkan labu. bila labu sudah lembut masukkan udang. akhir sekali masukkan bayam.


untuk ummi ngan walid. ikan cencaru sumbat dengan bayam masak lomak

Sunday, 11 March 2012

sik mok

 sik mok junior. dah pernah buat dulu, resepi yang dulu untuk baby makan lembik-lembik kat SINI

ni nasi lemak i masak sekali harung ngan breakfast walid maryam. 

untuk nasi:

beras+santan+daun pandan+ halia+bawang merah+ halba.

tak dak garam. saya sangat yakin walid maryam tak perasan pon nasi lemak dia tak dak garam=P


untuk sambal:

sesudu besar bawang merah, bawang putih, halia blend (pon blend sekali ngan sambal walid)

*1 biji tomato
*sehiris labu
*celery stick
*sedikit capsicum

serbik ikan bilis sangai

bahan * diblend

tumis bawang, halis, bawang putih blend tadi sehingga awangi..masukkan bahan * yang sudah di blend.masak sehingga masak. akhir sekali masukkan ikan bilis sangai dah diblend hingga jadi serbuk

makan dengan telur dadar letak brokoli floret sikit

timun.

salmon grilled. salmon dibasuh dengan perahan asam limau, perap dengan halis dan bawang putih sikit. grilled atas pan letak unsalted butter sikit.

sedia untuk dimakan





breakfast walid: nasi lemak ikan aye

Tuesday, 6 March 2012

jumaat lepas punya food

ni makanan jumaat lepas. hihi. dah basi tapi still nak up date jugak sebab sekarang sangat susah nak jumpa mood dia makan beria-ria. sekarang boleh dikatakan buah-buah jer dia beria makan. tu pon kalau blend. mangga tak kira. mangga bentuk apa pon dia makan sebab tu buah feveret dia.

ade lebihan white sauce masa buat lasagna hari tu. ingat nak buat mac and cheese. tapi terbayang-bayang muka dia menolak mac and cheese tersebut so tukar plan lah.

masak ni,

fried dory fish with cheesy sauce. 

ikan dori lumur bawang putih ngan halia..masa nak goreng salut tepung jagung. kalau nak grilled pon boleh. xyah salut tepung. next time i grilled jer kut. fried2 ni keras la pulok. maryam nak makan isi yang tengah yang lembut jer.

kukus brokoli

nasi beras putih+ beras perang. masak sekali arung ngan walid jer.

cheesy sauce lebihan wat lasagna, resepi cheesy sauce kat sini

super senang menu hari tu. kalau maryam reject pon tak de lah frust sangat. (keji tak fikir macam tu?=P)

buat makanan  malas-malas macam ni laju pulak makan!