Showing posts with label resepi cheese. Show all posts
Showing posts with label resepi cheese. Show all posts

Monday, 15 October 2012

sardine roll maryam


 cheesy sardine roll

roti
cheese
telur

serbuk roti (i bakar roti selama 10-15 minit sampai garing pada suhu 180 degree C. pastu blend kering/ tumbuk)

inti sardin.

2 ekor ikan sardin yang direbus dengan sedikit asam keping (nak abaikan asam keping pon boleh)
bawang merah
bawang putih
sedikit halia
carrot
daun sawi

tumbuk bawang merah, bawang putih dengan halia. tumis sehingga wangi. masukkan isi sardin, carrot. akhir sekali masukkan daun sawi dihiris halus.

cara buat:

leperkan roti. tabur cheese atas sekeping roti, kemudian ratakan inti. gulung kemas-kemas. celup telur, salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak sedikit. (shallow fried) balik-balikkan supaya masak sekata.

 rupa bentuk lepas digoreng

 hiris-hiris untuk senang makan. hehe

comot anak mak dipagi hari >..<

hari tu ade yang bertanya guna ikan sardin ape untuk maryam, guna yang dalam tin kah. takkk..jangan. kalau boleh, food budak-budak ni jangan lah yang datang dari dalam tin, dalam botol. guna yang fresh-fresh sahajo. kalau dalam tin tu sure banyak dah bahan-bahan tambahan. preservative, pewarna tiruan, perisa tambahan. not good. not good. orang sini panggil sardin. mak dulu kejutan budaya jugak. masa dok german dulu, panggil ike selaye jah.

Monday, 7 May 2012

step by step: lasagna alfredo

 ni food kegermaran maryam buat masa ni ni. kalau buat ni mesti laju jer tadah mulut, cepat jer habis. hari tu buat 2 hari berturut-turutpon laju makan..heeee. suka mak sebab senang.
 
Lasagna alfredo



Bahan-bahan white sauce:
1 ulas bawang putih
¼ labu bawang besar
1 sudu unsalted butter
1 sudu tepung atta
Cheese cheddar parut
Cheese parmesan parut
Serbuk buah pala
Air/susu

Cara membuat  sos putih:

1)      Cairkan unsalted butter.

2)      tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.


3)      Masukkan tepung atta, kacau sehingga membentuk paste


4)      Apabila sudah membentuk paste, masukkan air /susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan dikehendaki.

5)      Masukkan cheese  dan serbuk buah pala(tinggal kan sedikit untuk topping sebelum dibakar)

6)      Kacau sehingga semua cheese cair.





 

Bahan-bahan lain:
Lasagna sheet segera (direndam 1 jam sehingga lembut)
Bayam cincang
Isi ayam diperap dengan lada hitam

Cara membuat lasagna:

1) preheat oven pada suhu 180 degree C

2) masukkan sedikit white sauce kedalam ramekin. Lapis dengan kepingan lasagna. 

3) tabur bayam dan isi ayam. Kemudia curahkan sedikit lagi sos putih.

4) kemudian lapis lagi dengan lasagna sheet. Ulang langkah sehingga 2 lapis lasagna sheet.
5)atas sekali, curahkan sedikit sos putih dan tabur lebihan cheese parut tadi.
 
6) bakar selama 30- 40 minit.



done! 

selamat mencuba

*pssstttt: badan busuk bau bawang lepas penat-penat masak meh ler beli perfium dengan mak. click sini untuk dapatkan perfium original dengan harga yang murah

Monday, 16 April 2012

simple carbonara

 last week, masa tengah masak pasta gas habis. plan nak buat mee udang untuk walid ganti mee ngan pasta, so rebus keledek jugak. sebab gas habis, kene masak guna rice cooker, xkuasa lah nak bermeeudang bagai, akhirnya pasta tu jadi pasta goreng rice cooker. maryam pon masak dalam rice cooker jugak. keledek tu akhirnya ummi yang makan, letak dalam food maryam sikit.  buat cabonara simple. carbonara ni bukan resepi asli lah. takde telur bagai. tapi caro apo dih? nak letok namo carbonara jugok. =P

bahan-bahan:
leek
garlic
keledek
tomatoisi ayam,
peas
pasta
sedikit serbuk lada hitam
cheddar cheese (dalam sesudu besar jer)

tumis bawang, masukkan leek ngan ayam, masukkan tomato, keledek, peas, air sikit, cheese. masak sehingga lembut. masukkan pasta. serbuk lada hitam sikit. done!


 budak dah tak sabar nak makan

 simple carbonara kalau tak letak tomato, baby 8 bulan dah boleh makan dah. lada hitam tu kalau baby xmakan lagi tak yah letak..




 kenyang. landing baek punya. 

menu ulangan weeekend hari tu, masak yang simple jer sebab nak cepat mauk keluar jenjalan. lebihkan air supaya ade kuah sikit. ganti ayam ngan udang. pastu sayur letak peas jer sebab malas nak potong sayur. haha

Monday, 19 March 2012

roti bakar cheese

setaaaap!

 roti 2 keping, pisang sebiji, strawberry 2 biji, creamcheese 1 sudu besar (ikut kelemakan yang anda mahu)

 lenyek jer semua..mashing..mashing..mashhing!(sambil joget)

sapu pada roti. kapit dua

letak unsalted butter atas pan..bakar dua-dua belah

done!

untuk breakfast maryam makan 1/4.selebihnya ummi makan.  soooo goood~