Showing posts with label resepi oat. Show all posts
Showing posts with label resepi oat. Show all posts

Thursday, 18 October 2012

puding oat

 puding oat bersama pisang dan kismis

sejak maryam sangat lalu makan ni, dah lama jugak tak berpuding dengan oat ni. dah 5 bulan dia lalu makan ape sahaja! cepat jer masa berlalu kan. teringat dulu macamana hari-hari mak struggle masak macam-macam. end up, sendiri masak, sendiri makan. hahaha. 

resepi puding oat boleh rujuk kat sini PUDING OAT jugak.

kali ni i lebihkan air. untuk air boleh guna air ke susu. suka hati. kesedapan puding aot ni bergantung kepada buah. oat pulak, kalau nak rendam pon boleh semalaman. perah lemon sikit. selin membantu nutrient senang diserap oleh badan, boleh cepatkan process memasak jugak. tapi boleh kurangkan air

1/4 cawan rolled oat
3/4 cawan air
telur sebiji
pisang sebiji saiz besar
kismis

campur jer semua. kukus sehingga masak dalam remekin. dalam 15 minit gitu. nak bakar pon boleh. lama la sikit ambik masa. 

layan gambar maryam makan puding oat.






i buat dapat 2 remekin tu. dia dah habiskan satu bekas dia makan sorang-sorang. lepas dia makan, i ambik lagi satu bekas ingat nak makan, tapi offer dia jugak. pastu dia datang mengendeng cakap "nakkk". so i tak makan lagi, suap dia dulu. mak makan kang tak cukup anak plak kang. tengok-tengok habis jugak lagi sebekas. =O banyak nye makan. mak nye terpaksa la breakfast benda lain. akibat kekenyangan snek ngan lunch tak makan sangat. huhu

*resepi ni untuk 1y+ sebab guna sebiji telur. kalau bawah setahun, nak makan jugak bila dah 8 ++ and tak allergic boleh la guna kuning telur jer dan make sure masak sepenuhnya.

Thursday, 8 March 2012

mango lassi

walid. ummi. maryam

manggo lasii ni tak susah pon nak buat.

mangga +yogurt+ air sikit untuk maryam

untuk ummi ngan walid. mangga+susu+yogurt+ gula (jika perlu)

walid ngan ummi punya buat cair sikit.

maryam pekat-pekat

makan? semua excited budak ni

nyum nyum

ni 2 hari lepas punya food..hehe..semalam mak buzy (la sangat) so tak sempat nak update blog. buatkan maryam bubur oat+ quinoa+ lillet lambuk

resepi asal ambik from blog kak farah.

bubur oat millet quinoa  lambuk

bahan

1/2 cawan rolled oat
1 sudu besar miller
1 sudu besar quinoa

millet dan quinoa sangai, masak dulu sehingga kembang.

bahan tumis: 
1 ulas bawang merah, satu ulas bawang putih, sehiris halia, (semua i hiris)
serba sedikit rempah 4 beradik
1 sudu teh rempah sup adabi

santan pekat 1/4 cawan

sayur-sayuran (i letak labu, peas dan bayam)

tumis bahan tumis dengan pure olive oil sehingga naik bau. masukkan oat dengan 1 cawan air. masukkan millet dan quinoa yang dimasak sehingga kembang tadi. masukkan santan. kacau sehingga oat masak. masukkan lagi air jika perlu. bila oat hampir masak masukkan peas dan labu. kacau sehingga masak dan pekat. sebelum tutup api masukkan daun bayam yang dah diracik. siap~

*i masak millet dan quinoa dulu asing sebab dieorang ni amik mas nak masak.oat kejap jer.
*oat dan quinoa i masak dalm microwave jer..dalam 10 minit++ kut dah kembang. kalau rajin masak atas dapur pon boleh. tak pon lepas tumis masukkan quinoa+millet dulu, masak sampai kembang, lepas tu baru masukkan oat dan sayur mayur

banyak dia makan.=)


dinner pon ulang menu sama=P



masa nak makan la rajin nak membaca kan?


Sunday, 26 February 2012

hari APA PON TAK NAK!

sekarang ni tengah berjuang kat dapur. maryam susah sangat nak makan yaw. i rasa nak naik gigi kut. sebab suka main air liur sekarang. tapi xnampak pon ade gigi nak keluar

pisang+strawberry +yogurt dia tak nak you bila nak suap. geleng-geleng kepala tarikan muka.

hurmppphh..so masuk lah dapor balik. edit-edit kut-kut masak version lain dia nak

hasilnya

lempeng pisang yogurt makan dengan  fresh yogurt ngan strawberry jugak.

buah strawberi
sebiji pisang
2 sudu tepung atta
1sudu yogurt

kacau semua. masak atas pan letak sedikit minyak. hidang dengan buah2 potong dan fresh yogurt. yang ni dia makan pulok..strawberry fresh nga yogurt tu habis. lempeng habis separuh

ok bagus!

snek pon makan lempeng. lebihan breakfast. hihi. mak tak kuasa nyah nak makan. sebab dah kenyang.

tengahari konon tak nak susah-susah, masak jer benda yang dia komfem makan. biasa kalau masak ommelete macam ni dia tak pernah reject.

 ni untuk 2 hidangan

wholemeal pasta rebus 2 kali makan
2-3 oz lebihan inti bingka. resepi boleh tengok kat resepi bingka berlauk
telur sebiji
2 oz puree butternutsquash (labu pon molehhh )

ambik separuh dari adunan, masak atas pan.letak minyak sedikit sahaja. masak dengan api perlahan. 

 ommelete pasta

tak nak ummi~

makan 5-6 suap jer. pastu tak nak. 

sebab tak laju sangat dia makan, untuk dinner i tak buat ommelete yang lebih tu..i kacau-kacau buat ala-ala goreng jer...lagi laaa semulut pon tak nak masuk mulut.

nak masak puding oat. tapi rasa macam pagi petang siang malam makan telur ape celop kan? so buat puding tanpa telur. which is sebenanya jadi macam oat kukus ngan buah-buah jelah. tapi nak letak nama puding jugak. ade sape nak marah? haha

 eggless oat puding

1/8 cup rolled oat
1/8 yogurt
3/8 air
buah2..(saya guna kiwi+strawberry)

jadi lah eggless pudding

ummi..nak nak nak~ 

masa nak hidang tu tambah lagi satu sudu yogurt fresh. sebab yogurt yang di steam sekali ngan oat tu, bacteria baik dah innalillah dah.

walid yang suap makan kat beranda sebab dia tarik tangan walid dia pergi kat beranda pastu tepuk-tepuk kerusi nak makan kat situ. habis lah 3/4 mangkuk tu

dah lama sebenarnya dia tak nak makan oat. petang tu saja try jer kukus sambil masak dinner untuk walid. dah semua food tak nak kan. oat yang dah lama dipandang sebelah mata ni nak pulak. ape celop maryam. ape celop?

dan dinner walid

spaghetti goreng basah

walid request tak ank pedas. tapi terrrpedas jugak sikit. hik hik. sowi yer bie. tak pedas tak umphhh lah.

Thursday, 9 February 2012

puding oat

 puding oat

i suka pulak memuding dengan oat ni. sebab dengan cara ni oat senang nak masak. hehe..kalau dah alang-alang steamer kat luar tu. boleh la tumpang steam puding oat maryam sekejapan. bahan simple sajor.

 1 biji telur gred A
1/2 cawan susu (fresh milk kalau dah 1y+, or susu formula or ebm)
1/4 cawan rolled oat

buah-buah pilihan untuk rasa manis

pukul telur, campur semua bahan

 saya buat dua perasa
kiri: pear+blueberry
kanan: pear + puree kurma

 steam dalam 15 mint. cucuk ngan sudu/garpu nak cek dah masak sepenuhnya ke belum

ni blueberry +pear


 ni kurma+pear
 i tak blend rolled oat tu. so dia jatuh ke bawah. atas lembut bawah kental sikit

 ni sebab nak keluar..panas-panas tu saya cedok masuk thermos

 makan dengan yogurt.


ni resepi saya cuma i replace sus dengan yogurt dan i blend rolled oat nak texture lagi halus


bahan
1 biji telur gred A
1/4 cawan yogurt +1/2 cawan air masak (nak texture lagi lembut tambah lagi1/4 cup air/yogurt)
1/4 cawan rolled oat
kismis (up to you nak letak banyak mana. saya letak dalam 11 bijik rasanya)
cara: semua bahan di atas diblend pastu letak dalam acuan. tambah buah fresh pilihan


i buat dua perisa lagi..hehe..satu nanti takut dia bosan

lepas tu steam lah sampai masak

rupa lepas steam

kiri:kismis+ blueberry
kanan: kismiss +passion fruit/markisa

 versi blend ni texture dia lebih kental. makan ngan yogurt ok la dia cair sikit. if your baby still makan lembik-lembik nak tambah air sikit lagi pon boleh.

i lagi suka versi yang xblend kut...oat masak lembut jer. texture sama la ngan masak biasa untuk maryam. kalau baby dah xmakan blended food xyah blend. dia jadi macm 2 layer. bawah pekat sikit, atas lembik. i lagi suka macam tu..yang i blend ni texture dia sekata sebab dah blend kut.

campo buah blueberry adalah terbaik. nyum nyum

Sunday, 29 January 2012

menu 3 dalam 1

 yogurlicious banana pancake untuk breakfast. resepi sini. cuma hari tu hiris2..kali ni lenyek campur terus.

 happy masa breakfast=)

 ni resepi masa husband OS hari tu...hehe..masa ni mood masak menurun. buat yang senang-senang, campak-campak, siap~=)

salmon soup with pumpkin, peas, mushroom. makan dengan pasta


 bahan-bahan untuk soup

salmon (steam)
bawang holland (cincang)
bawang putih (hiris)
halia
celery stick
2 oz puree peas
2 oz puri labu
cendawan butang (cincang)

tumis bawang dengan olive oil sehingga lembut dan wangi. masukkan air, celery stick dan puree (peas dan labu) masak sehingga menggelegak dan pekat. masukkan salmon yang sudah disteam tadi. 
pecah-pecahkan isi salmon. gaul sebati. sedia untuk dihidangkan.

 makan dengan penne, hiris kecik-kecik. 


dinner, masak rolled oat, bila mengembang dengan jayanya masukkan sup.

nyummm~

pakai baju mok sa bagi. bali mali

tapi ade lebih lagi daaa..ummi frozen kan untuk breakfast esoknya

mashed potato and sweet potato with salmon+pumpkin+peas+mushroom gravy

mashed potato+ sweet potato dengan unsalted butter sikit masa panas2. nak tambah susu pon boleh. tapi i tak tambah pon.

kentang ngan keledek beli kat cameron itu hari. setapppp~

gravy pulak, blend hancur jer itu sup.

sudah siap breakfast



maryam dah boleh terima mashed potato dah. dulu dia tak nak. mesti luah balik kalau suap..huhu