hari ni nak tempek gambar-gambar breakfast maryam ngan dinner semalam jer. kene membanting tulang kemas rumah.
budak baru bangun tido makan. sila abaikan rambut dia..haha
macaroni dengan sup ayam. dengan buah honey dew dan secebis anggur. =P
macam biasa. serang buah dulu. huhu
lepas tu baru makan makanan ruji. ikut sunnah nabi katanya =)
breakfast pagi ni, lebihan sup semalam, lenye jer isi ayam dah sayur mayur dalam sup, tanpa kuah sup..buat chicken sandwich
buat 7 ketul sebelum sesibergambar dah habis dua ketul sebab budak baru bangun tido lapar sangat. tak menyempat
buat sandwich mcm ni senang dia nak ngap. tak berterabur. caranya sama dengan buat sandwich bentuk love hari tu. acuan jer bentuk lain. kali ni tema bunga-bunga. boleh tengok kat SINI
makan honeydew jugak pagi ni
ade jer tangan tak sabar kan (-______-")
jadi lah walaupon buah dah berlubang satu
habis cerita~