Showing posts with label resepi santan. Show all posts
Showing posts with label resepi santan. Show all posts

Sunday, 29 July 2012

sik mok tetek


teringin nak makan nasi lemak tetek sebelum puasa lagi. tahu nasi lemak tetek? ala nasi lemak bungkus murah-murah bentuk piramid. ade daun pisang segala tu. daun pisang yang mahal. nak buat sendiri tak kuasa nak beli daun pisang dan pembungkus semata-mata nak dapat aroma daun pisang tu

nasi lemak ayam berempah

wangi. tapi bukan bau daun pisang lah. bau halba, bawang dan halia. dan daun pandan. daun pandan tu wajib. dan masak sendiri mestilah kene dengan citarasa sendiri. nikmat giler bukak puasa makan sik mok! heheheh. tapi buat cukup-cukup jer laki bini tak boleh menambah. kang lepas berbuka jadi dugong terdampar. terawih entah kemana.


 nasi lemak maryam. dengan 'sambal udang'


untuk nasi kali ni masak sekali arung jer. cuma tak letak garam la sebab maryam nak makan sekali. 

untuk sambal udang:

4 ekor udang saiz kecik-kecik
1 biji tomato
1/2 biji kurma
1 sudu besar bawang merah, bawang putih, halia blend. (juga sekali arung, dah blend bahan-bahan untuk sambal orang tua punya, ambik satu sudu jer untuk kegunaan maryam)

tumis bawang, halia sehingga naik bau. masukkan tomato dan kurma yang telah diblend. masak sehingga masak. masukkan udang. done!

resepi ni boleh dah baby 10++ nak makan, tapi jangan lah guna udang. guna lah protein yang dia dah boleh makan. hehehe

lebihan sambal buat flat bread pizza untuk breakfast

huduh giler rupa dia sebab bangun pagi tadi mata tak leh bukak lagi dah ade budak amukan kelaparan. kantuksss.








dah boleh bayangkan muka anak mak kalau boy? hahahaha. budak ni suka sangat pakai kopiah. walid dia adalah idola dia. ade walid jangan harap la nak layan ummi. kalau walid ade, makan nasi pon tak nak ummi. kalau elok-elok ummi tengah suap, tiba-tiba walid dia balik boleh pulak dia tunjuk walid dia pulak suap dia. huh! diskriminasi.. tapiiii ummi lagi suka lah maryam~ hahaha

kalau ikut kiteorang sembahyang pon nak pakaikan telekung tak nak sekarang. dia nak pakai kopiah. yappada maryam~

Friday, 20 April 2012

demam selesema


 streeettttt~

mintak-mintak xjangkit la kat maryam. maryam antibody kuat kan? plis jangan ambik virus ummi.

xlarat hari ni masak simple jer. guna nasi lebih semalam


nasi goreng

tumbung bawang merah sikit, bawang putih sikit, ikan bilis 2-3 ekor. timis ngan pure olive oil, masukkan telur, kacau sehingga masak, campak nasi (beras perang campur beras biasa) akhir sekali campak bayam.

alhamdulillah. masakan campak-campak pon makan banyak.

ni menu semalam

masak lemak salmon


 bahan-bahan

bawang merah*
bawang putih*
kunyit*
lengkuas*
sayur mayur (timun, carrot, tomato)
santan fresh
salmon

tumbuk bahan * campurkan kedalam santan, masak bersama santan. masukkan sayur dan salmon. masak sehingga masak,

salmon gulai kuning siap~

boleh makan dengan nasi. nyum nyum.

bau memang bau gulai kuning ikan orang besau. hihi. cuma xletak cili giling, asam keping jer. tomato nak bagi dia masam ganti asam keping. garam gula pon semestinya tak dak lagi.

setap kan maryam?

hehe..santan-santan ni dia jarang nak tolak. ok lah. saya perlu berehat. selamat berhujung minggu~

Monday, 26 March 2012

monday blues

 perangai maryam kalau hari isnin. asyik nak nangis jer. sebab dah 2 hari dok bermanja ngan walid jer kut. hari isnin tak boleh tinggal, nak suruh orang mengadap layan dia jer.

 nangis, tapi mata tengok tv

 ratu air mata sangat kan

see.mata tengok tv lagi

ummi tak layan sebab tengah jemur baju..tertido sorang-sorang atas sofa. sungguh mengkesiankan.

sebab labu sangat banyak kat rumah ni, so sekarang adalah perjuangan menghabiskan labu. tengahri, maryam makan salmon stew labu

salmon
satu ulas bawang merah, 
sedikit bawang holland
sedikit halia
1/4 batang celery
labu dipotong dadu
1/2 biji tomato
sedikit bunga kubis
italian mixherb

tumis bawang dan halia dengan sedikit pure olive oil. masukkan air. masukkan celery, ikan, tomato, labu. masak sehingga labu lembut, akir sekali masukkan herb dan bunga kubis.

fish stew dengan labu

mula-mula suap dia atas pinggan dia, tapi dia tak nak. satu suap pon tak masuk dia geleng-geleng. so i berlakon makan dalam pinggan yang biasa i guna. makan sambil tengok tv, dia yang datang bukak mulut. hihi. kene tipu. padahal food sama jer. so semalam, lunch ummi ngan maryam sama jer. ummi pon makan fish stew takde garam gula jugak. setap dah. dah rasa manis labu tu.

sebab ummi dah habiskan salmon maryam, petang kene masak lain lah. untuk dinner maryam makan masak lemak kuning udang dengan labu dan bayam.


1 cawan santan
1/2 ulas bawang merah, 1/2 ulas bawang putih, sedikit halia, sedikit kunyit (ditumbuk)
labu
bayam
2 ekor udang

masak santan ngan bahan tumbuk sehingga gelegak, masukkan labu. bila labu sudah lembut masukkan udang. akhir sekali masukkan bayam.


untuk ummi ngan walid. ikan cencaru sumbat dengan bayam masak lomak

Sunday, 11 March 2012

sik mok

 sik mok junior. dah pernah buat dulu, resepi yang dulu untuk baby makan lembik-lembik kat SINI

ni nasi lemak i masak sekali harung ngan breakfast walid maryam. 

untuk nasi:

beras+santan+daun pandan+ halia+bawang merah+ halba.

tak dak garam. saya sangat yakin walid maryam tak perasan pon nasi lemak dia tak dak garam=P


untuk sambal:

sesudu besar bawang merah, bawang putih, halia blend (pon blend sekali ngan sambal walid)

*1 biji tomato
*sehiris labu
*celery stick
*sedikit capsicum

serbik ikan bilis sangai

bahan * diblend

tumis bawang, halis, bawang putih blend tadi sehingga awangi..masukkan bahan * yang sudah di blend.masak sehingga masak. akhir sekali masukkan ikan bilis sangai dah diblend hingga jadi serbuk

makan dengan telur dadar letak brokoli floret sikit

timun.

salmon grilled. salmon dibasuh dengan perahan asam limau, perap dengan halis dan bawang putih sikit. grilled atas pan letak unsalted butter sikit.

sedia untuk dimakan





breakfast walid: nasi lemak ikan aye

Thursday, 8 March 2012

mango lassi

walid. ummi. maryam

manggo lasii ni tak susah pon nak buat.

mangga +yogurt+ air sikit untuk maryam

untuk ummi ngan walid. mangga+susu+yogurt+ gula (jika perlu)

walid ngan ummi punya buat cair sikit.

maryam pekat-pekat

makan? semua excited budak ni

nyum nyum

ni 2 hari lepas punya food..hehe..semalam mak buzy (la sangat) so tak sempat nak update blog. buatkan maryam bubur oat+ quinoa+ lillet lambuk

resepi asal ambik from blog kak farah.

bubur oat millet quinoa  lambuk

bahan

1/2 cawan rolled oat
1 sudu besar miller
1 sudu besar quinoa

millet dan quinoa sangai, masak dulu sehingga kembang.

bahan tumis: 
1 ulas bawang merah, satu ulas bawang putih, sehiris halia, (semua i hiris)
serba sedikit rempah 4 beradik
1 sudu teh rempah sup adabi

santan pekat 1/4 cawan

sayur-sayuran (i letak labu, peas dan bayam)

tumis bahan tumis dengan pure olive oil sehingga naik bau. masukkan oat dengan 1 cawan air. masukkan millet dan quinoa yang dimasak sehingga kembang tadi. masukkan santan. kacau sehingga oat masak. masukkan lagi air jika perlu. bila oat hampir masak masukkan peas dan labu. kacau sehingga masak dan pekat. sebelum tutup api masukkan daun bayam yang dah diracik. siap~

*i masak millet dan quinoa dulu asing sebab dieorang ni amik mas nak masak.oat kejap jer.
*oat dan quinoa i masak dalm microwave jer..dalam 10 minit++ kut dah kembang. kalau rajin masak atas dapur pon boleh. tak pon lepas tumis masukkan quinoa+millet dulu, masak sampai kembang, lepas tu baru masukkan oat dan sayur mayur

banyak dia makan.=)


dinner pon ulang menu sama=P



masa nak makan la rajin nak membaca kan?


Thursday, 2 February 2012

sayur lemak labu dengan grilled salmon

 sayur lemak labu, grilled salmon, beras siam+ beras perang

dah macam menu orang besau kan..hehe..memang menu ummi ngan walid sekali pon.

untuk masak lemak labu, tumbuk bawang merah, bawang putih sangat sikit, ikan bilis ngan ladahitam. campur sekali ngan santan, pastu campak labu. masak sehingga lembut. pastu asingkan untuk maryam. letak dalam bekas lain. sebab nak tambah garam untuk ummi ngan walid. dan tambah sedikit serbuk lada hitam. maryam punya xpedas sangat. hehehe

siap sayur lemak labu maryam

sonang kan. masak sekali harung. ummi suka kerja senang.

grilled salmon maryam lagi la sonang. sebab grilled kosong. wahahaha. kalau nak bagi perisa lagi moleh perap ngan halia and bawang putih. tapi kosong pon setap jugak makan ngan kuah lemak dah ade rasa.


 menu lunch satu family. for ummi ngan walid tambah lagi ikan kerisi sumbat dan belut goreng lebihan dinner semalam...warna hitam sebab dalam sambal letak gula. (beria-ria explain takut orang kata dia goreng ikan hangit)gagaga. ikan kerisi sumbat ni letah bawang merah banyak, bawang putih sikit, halia, kunit, serai, dan asam jawa. seimbangkan rasa masin dan manis. kalau masak ikan kerisi, pesen ni jelah walid maryam suka. hehe. makan dengan sambal memang selalu ade. wajib. sebab tu buat secara pukal jer senang.

haha. menu simple jer dihari rabu lepas. walid cuti tak pergi mana pon. berpeleseran dirumah.=)


dah pecah dah pelampung cik ain kasi ni. *sobs*

Friday, 6 January 2012

bubur lemak bayam

bubur lemak bayam maryam

bahan-bahan:

daun bayam merah (ambik daun jer..hiris halus)
1 sudu teh ikan bilis sangai blend (ikan bilis halus, xbuang pape, rendam 2-3 jam..keringkan, sangai tanpa minyak sampai garing. pastu blend)
1 ulas bawang merah(hiris)
1 ulas bawang putih(hiris)
2 biji lada hitam ketuk (kalau baby tak makan lagi jangan letak)
2-3 sudu besar santan
4 sudu besar beras (beras wangi+beras perang)

cara dia sangat senang. hehe..campak jer semua bahan dengan 2-3 cawan air (ikut nak lembik mana bubur tu) kecuali daub bayam. bila nasi dah bertukar jadi bubur, masukkan bayam, kacau-kacau sikit. tutup api.

 bubur lemak bayam is ready to ngap~

 boleh makan ummi? ke nak ambik gambar dulu? (ayat walid setiap kali nak makan. gagaga)

 uiii..susahnye nak makan guna sudu ni

 sedap la ummi..nyummmm~

 alamak..saya melayu lah...makan guna tangan jugak yang syiok

 kene makan ngan sudu jugak ke ummi???
 haha! ingat cute ah buat muka camni???

yes..saya rasa saya cute~

sebenarnya ni menu sama ngan menu ummi ngan walid. jimat masa dan tenaga kan..bahan sama jer ngan masak lemak bayam ummi ngan walid makan. tapi ummi ngan walid ade.....

 ikan rebus ngan ikan kering goreng

eh..tapi macam kurang sesuatu je kan???












semestinya sambal belacan! nyum nyum