Showing posts with label fateemah. Show all posts
Showing posts with label fateemah. Show all posts

Wednesday, 19 June 2013

teeeeeemmmmmm






assalamualaikum. fateemah maisarah. puteri ke dua ummi. sorry la sayang kekurangan bercerita perkembangan adik. tapi adik memang berkembang dengan jayanya. kikiki

fateemah dah mula belajar meniarap masa umur 4 bulan. sekarang memang berpusing like a pro. nak maju ke depan tu belum lagi. tapi berputar-putar tu boleh.

esok dah nak 6 bulan. tanda-tanda nak makan tu memang ade sangat. tak sabar-sabar dah gayanya. maryam pon gitu jugak dulu. pastu bila bagi tak nak. kite tengok esok yer fateemah. betul ke tak nak makan niiii

kaki katang-katang dia ni boleh tahan kuat. kalau tendang sakitttt. suka tarik rambut kakak dia. haha. kakaknya pon suka bertempek-tempek kat adik. pastu bila adik tarik rambut,

"helppp! help mee! help me!"

sangat mengagumi kakak dia. kakak dia buat la ape pon depan dia. berjoget, melompat, menangis, bergolek. dia akan gelak. memandang dengan penuh minat. nak belajar ke?

dia masih lagi tersangat baby. ketiak bau best, poopoo bau best (i paling suka bau taik baby. haha) , masam-masam baby, suara baby, nangis baby, tido baby, so selagi ciri baby-baby ni ade memang tak de harapan la nak berbaby lain yer. kalau ter-rezeki tu xleh nak kata kan. tapi sekarang takde niat lagi. hehehe

yang cakap tahniah pasal third pregnancy tuuuuu..terima kasih. =) tapiiii jangan salah faham. fateemah memang anak ke 2 hasil dari pregnancy ke 3. 1st pregnancy mak keguguran. tak dak rezeki. bukan rezeki baru yerrr. hihi

doakan gap kali ni lama sikit, and doakan lepas ni buleh anak kembar. kikiki. nak kembarrrr pishhh

ummi suka tau buli kitewww

Thursday, 31 January 2013

tido berirama

Masa anak tido lah masa mak-mak nak tarik nafas kan. Nak baca buku barang sehelai dua, nak belek blog, nak tenung muka anak. I suka ambik gamba anak tido. Rasa tenang je. Time ni la kalau nak rasa bersalaj kalau ade termarah anak ke kan.Anak tengah feeding pon i suka jugak ambik gamba. Tengok mata dieorang tengok kita kan. Rasa kasih sayang disitu.

Sekarang masa feeding wpon tenang, tak la setenang dulu. Dah kiri kanan kan. Masa tido malam, or nap petang je tinggal ketenangan hakiki. Dieorang boleh dikatakan selalu tido serentak la. Sebab fateemah asyik tido je kan. Hehehe

Ni gambar yang sempat ambik masa dieorang tido berirama. Dua-dua tido bukan nye statik. Kejap jer tu. Nanti gerak ke position lain plop. So cepat-cepat ambik gambar.

Published with Blogger-droid v2.0.9

mariye, fatimoh

Maryam dan fateemah adalah nama yang orang tak akan letak kalau dok kelantan. Nama cantik, tapi kalau dah dok kelantan dah tak berapa nak cantil dah. Bah tok dieorang selalu sangat panggil dieorang ni 'mariye' dan 'fatimoh'. Bah tok dieorang muda lagi, bukan nye tak boleh sebut betul. Tapi dah memang giti lidah orang kelantan. sindrom lidah malas nak berusaha lebih sikit. Kalau moyang dieorang memang tak boleh tolong la. Memang mariye, mariye. Mak redhaaa.

Naseb korang dok key ell nak, kalau tak orang panggil korang mek ye ngan timoh jer nanti kat sekolah. Huhu.

Maryam dah 25 bulan ++, fateemah pon dah lebih 40 hari.

Maryam makin lasak hari demi hari mak berpantang ni. Makin banyak akal dia. Dia nak bermain jer sokmo. Sampai kadang -kadang mak naik angin sebab tak larat nak melayan.

Banyak dah cakap. Tapi still xboleh buat ayat la. Tapi dah boleh mengadu, mintak sesuatu denfan baik. Kalau mengadu kat i mesti ade 'mi' belakang

'ucu mi'
'sakit mi'
'baby mi'
'cantik mi'

Suka dengar dia sebut mi kat belakang tu. Tapi kalau panggil ummi masih lagi panggil 'abah'. Apakah anak? Bila nak betul2 panggil ummi?

Suka nyanyi and joget. Ade vid i recod first time dia menyanyi. Kat kl tak de lagi skill menyanyi ni. Belajar kat kampung. Kuat sangat tengok tv kat kampung ni kut. Vid nanti kat kl i.syaallah upload. siap berdikir dimalam hari.

Sayang adik. Selalu kecoh kalau adik nangis. I memang selalu libatkan dia dalam aktiviti adik. Mandikan adik dia akan tengok *ehem* kacau. Basuh poopoo adik dia akan tolong ambik kan pampers. Sambil cakap 'eee dirty' bila tengok poopoo adik. Muka bangga senyum cheeky tepuk tangan kalau orang puji dia pandai bila tolong ambikkan barang. Dia susah nk diurut sebab pakai baju pon berperang. Sekarang, kadang-ladang datang mood baik dia, nak diurut lepas mandi. Sebab tengok adik dia selali kene urut kut. Suka jugak kiss baby, tepuk baby. Tapi tak boleh dibiarkan sangat sebab kadang2 kasar.

Tahu orang marah dia. Bila tau orang marah terus buat muka cheeky datang peluk and kiss kiss.

Suka sangat baju baby. Bukan baju jelah. Semua barang baby dia suka. Ade satu baju nenek saudara dia kasi fateemah dia suka sangat sebab pink and besar. Saiz dia pon. Sebab dia dok ambik nak pakai, i bagi jelah baju tu kat dia. Bila tanya,

'ni baju sape ni?'
'baju baby'
'ouhh..tau pon baju baby. Pastu kenapa maryam pakai'
'pink..pink'

Nak cakap cantik sebab kaler pink kut. Huhu. I jemur baju tu dalam bilik hari tu. Dia suruh ambik baju tu, sambil sebut pink.pink.

Susah sangat nak nap. Sebab dok main ngan ucu dia. Tak boleh ucu tak de. Kalau ucu pegi sekolah kecoh la dia dok cari ucu.

Manja sangat ngan mak tok. Marah if mak tok pegang baby. Jeles kut. Huhu

Kalau nak menyusu masa i susukan fateemah. Dia datang kat kita sambil heret bantal. Sebab kalau tandem i memang lapik2 bantal. Dah la bantal lagi besar dari dia. dua plak tu. Nampak la dia heret dengan susah payah. Ummi xkan boleh kata no. Terharu ke sedih entahlah. Sensitip mak ni. Mesti rasa macam alahai kesian. Dulu ummi saya sorang jer punya. Nak menyusu anytime. Now, nak nyusu kene heret bantal. Kalau dia.tgh nyusu. Tiba2 fateemah nagis. Dengan sendirinya dia lepas. Kalau hampir bak tdo tu, dia berpaling arah lain, sambung tido sendiri. Pandai anak ummi. Ummi sayang maryam sangat-sangat.

Masih lagi menyusu susu ummi sepenuhnya. Dia hanya nak fresh milk kalau campur ngan oat ngan buah2. I bagi lah masa breakfast ke, snek ke kadang-kadang. Air masak pon susah nak minum sekarang. Kalau dia dahaga memang dia cari ummi je.

Kat kampung berat dia bertambah. Dah 10 kg + + dah sekarang. Berkat lelemak susu ummi yang dishare dengan fateemah. Makan oon banyak masa awal-awal balik kampung dulu. Sekarang dah kurang makan sikit. Sebab tengah naik gigi geraham.

Fateemah pulak. Tidoooo je. Alhamdulillah lah. setakat ni anak-anak memang senang nak jaga masa dalam pantang. Lepas pantang tu lain kira la kan. ;p lagipon lepas pantang kita dah larat. Masa maryam dulu, rasa senang dah nak jaga. Tak banyak perangai pon. Fateemah ni lagiiiii super senang. Sampai mak risau. sampai sekarang dia.memngahabiskan hampir 20 jam sehari masa dia adalah dengan tido kut.

So perkembangan dia memang mahal la. Dah pandai senyum kadang2 masa tak tido. Suka tengur orang. Time tak tido dah banyak keluarkan bunyi mcm nak cakap mulut muncung-muncung. Tapi mahal la kan. Jarang-jarang berlaku.sebab asyik tido jer. Hehe

Cepat bambam. mungkin mewAwisi ke-michelin-an kak maryam dia. Takpelah.kecik-kecik ni kumpul lemak. Buat bekal bila besar macam kak maryam mengurus pulak. Masa timbang guna penimbang buah rumah pil haritu 5 kilos masa hari yang ke 39. Membesar dengan jayanya. Alhamdulillah.

Tu jela kut update anak2. Update mak tak yah la. Gemuk lagiii. Hurmphhhhh...nak kuruss. Nak kurusss.

Tak sabar nak pulang ke pangkuan suami. Nak tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Dan hidup sefamily dalam rumah comel kami.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 28 December 2012

alhamdulillah








masih dalam labor room. lepas bf



fateemah belum pon 24 jam dilahirkan



 fateemah semalam. 8 hari sudah.

Nama baby: fateemah maisarah bt mohd faizal
Berat: 3.37 kg
Tinggi : 51 cm
Tempat lahir: prince court medical centre
Tarikh lahir : 21/12/12
Masa: 5:22 petang

Dah seminggu lebih baru berpeluang nak update blog. Alhamdulillah, i dah selamat melahirkan zuriat kedua. I ade banyak cerita nak dikongsikan, insyaallah akan mencari masa yang sesuai nak mengarang. Sekarang ni masih di kl. Petang esok akan terbang balik kelantan berpantang. Bestnyaaaaaaa. I masih lagi belum berurut dan bertungku ni. Kesakitan di sana dan di sini dah ni rasa. Dah la active gila kali ni. Macam orang bukan dalam pantang kekdahnya -___-"

Dalam pantang ni ade misi besar yang tak tahu akan tercapai ke tak. Misi menjadi slim. Tapi tak tahu lah tercapai ke tak since makan macam ape je kan. And setiap kali lepas menyusukan dua-dua orang anak kesayangan ni mesti shaking kebuluran. Lapoooo.

Sekarang pukul 3 pagi pon tengah ngap ngap. Baru lepas menyusukan dua-dua. Bangun serentak plak tu menyusu. Semoga ade kelapangan bila kat kelantan nanti, insyaallah i akan update lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9