Showing posts with label puree. Show all posts
Showing posts with label puree. Show all posts

Sunday, 19 February 2012

mari memuree lagi~

hai..maryam lagi ni..maryam nak cerita pasal ummi buat puree untuk maryam..

sekarang ni rajin betul ummi steam-steam. sebab ummi beli pelapik aluminium tu ka MR DIY belakang rumah maryam. murah sajor. rm 1.50. tapi kedai tu kecik jer. so tak banyak choice sangat. tapi sesetangah barang memang lagi murah dari DAISO. pelapik ni kat daiso RM 5 tau..yelaaa..kat daiso semua pon RM 5 kan...huhu


tak payam guna steamer gabak, wok, pelapik aluminium tu, penutup. dah jadi steamer

yhanks walid belikan ni. senang kerja ummi. maryam nak makan puding pon anytime sekarang. dulu ummi malas nak buat puding sebab malas nak keluarkan steamer gabak. sekarang sudah tiada alasan lagi.=)

ok, kembali kepada puree. ummi buat 

1) butternut squash (steam jer sekali ngan kuli)
2) parsnip (kopek  kulit, hiris)
3) zucchini (potong dadu)

steam sampai lembut. kalau steam ni kejap jer. cepat masak. nutrient pon tak banyak sangat yang hilang. bagus-bagus kan?

zucchini ngan parsnip ummi simpan jer dalam bentuk ketul-ketul. maryam kan dah big girl. xmakan lenyek-kenyek sangat

labu ummi scoop jer ngan sudu dari kulit labu tu. pastu simpand alam bekas tertutup. masuk freezer.

macam biasalah kan puree. macam ummi selalu cakap kat maryam..puree ni tahan 3-6 bulan. tapi untuk baby sebulan jer. lagi bagus kalau bat kuantiti kecik macam ni, then cuba habiskan dalam masa 1-2 minggu. 

bila nak guna puree ni, malam sebelum guna keluarkan dari freezer, masuk fridge biasa. biar dia mencair dalam fridge. sebab kalau mencair kat luar dalam suhu bilik nanti bacteria cepat membiak. kalau ummi, dia campak jer ketul-ketul tu dalam masakan. ok bye.

Thursday, 9 February 2012

puree tomato

puree tomato adalah paling senang nak buat dan paling perlu buat kalaupon malas nak buat puree lain.

sebab banyak food maryam letak puree tomato. dan maryam suka rasa tomato dalam food. masak la ape saja, kalau rasa masam-masam tomato sure dia makan banyak. tersenang bolognese. boleh rujuk resepi bolognese sauce

paling senang sebab tak payah kelaurkan steamer gabak. hiris, blend, masak atas dapur. kacau sehingga masak and pekat. simpan dalam peti frozen kan. tahan 3-6 bulan. tapi untuk baby biasa kita habiskan dalam masa sebulan. paling bagus kita buat dalam kuantiti sikit, kita habiskan dalam masa 1-2 minggu.

motif entry tahu tak? i nak show off bekas puree maryam yang baruuu..hahahah

selamat hari jumaat semua. semoga kita manfaatkan weekend dengan aktiviti bermanfaaat bersama family. jangan makan tido jer. haha (peringatan untuk diri sendiri)

Sunday, 22 January 2012

mari memureeee~

*ni scheduled post..tuan blog tengah makan nasi belauk serati gulai.nyummmmm*


hari ni kita nak main puree-puree

bahan yang mahu dipureekan nectarine+ plum, peas carrot dan labu

kita steam sehingga lembut. kita steam untuk kurangkan nutrisi yang hilang semaa process memasak..kalau rebus rugi. banyak nutrisi hilang. lagipon, kalau steam lagi setap!


ok, kita mulakan dengan puree nectarine +plum. ini step untuk mommy-mommy yang anaknya baru mahu belajar makan. texture haruslah lembut dan halus. senang baby nak hadam. elak sembelit juga. 

lepas steam, blend. blend sekali dengan air yang ade dalam piring lepas steam tadi.

lepas tu kita tapis. guna tapis besi yang jarang ni. 

tapi sambil tekan-tekan untuk keluarkan puree texture lagi halus dan mulus
ok dah siap..halus dan mulus. hehe

boleh simpan dalam bekas kecik. frozenkan, hapas yang kasar tu kita buang. (eh..mommy makan pon setap)

manyak senang bukan?

next..peas. selepas di steam, kita blend

maryam baby besar. i blend kasar jer. dan of cos tak tapis.

next. labu. mula-mula steam sekali ngan kulit


scoop isi from kulit guna sudu


dan lepas tu lenyek-lenyek jer. (maryam kan baby besau. tak payah tapis dah)

lepas semua dilenyek, moleh lah disimpan didalam bekas tertutup. 
atas sekali : puree jagung. guna jagung fresh. lepas steam, hiris ambik isi, blend.=)

yang kedua, puree jagung dan carrot. caroot buat 2 jenis. satu lenyek halus. lagi satu simpan dalam bentuk stick. maryam boleh buat snek or nanti campur dalam food ada la texture

ke 3, labu. superfruit tersedap

ke 4, peas dan nectarine+plum




ice tray ni beli kat giant. buat saiz kecik-kecik puree ni senang nak masak ambik sikit-sikit. sebab kalau dah keluarkan, cairkan kita dah xboleh bekukan balik. kene habiskan dalam masa 24 jam simpan dalam fridge. so kalau buat letak dalam bekan besar, membazir kan?

simpan puree dalam peti kat bahagian dalam. jangan simpan di pintu peti. lagi tahan freshnessnya. boleh tahan 3-6 bulan. tapi untuk baby kita cuba habiskan dalam masa sebulan. yang terbaik, kita buat sikit-sikit, untuk 1-2 minggu sahaja. senang bukan?

lagi pantas dan tuntas masak guna puree ni. contoh, baby bolognese.



bawang holland, bawang putih (cincang)
cendawan butang
celery
puree tomato
puree labu
isi ayam
italian mixherb

tumis bawang dengan olive oil, masukkan isi ayam dan cendawan kacau sehingga masak. masukkan celery. puree tomato, labu. dan italian mixherb. kacau sekejap jer sebab puree memang dah masak. sambil-sambil tu rebus pasta.

less than 15 minit kita dah siap masak pasta dengan bolognese sos. masuk thermos, iap untuk jalan-jalan. hehe


so sape kata homemade susah?