dulu-dulu i tak rasa ape-ape bila tengok perempuan breastfeed. mestilahkan. takkan lak aku tiba-tiba nak bernafsu tengok breast. sangatlah tak normal. dah la kalau mak cik-mak cik kat kampung dia selak jer dikhalayak ramai pon.
sekarang ni bila diri sendiri breastfeed, kalau tempat semua perempuan i tak kisah. kau ade. aku pon ade. tapi kalau tempat terbuka semua kaum ade aku seboleh mungkin akan cari nursing room.
tapi bukan semua tempat ade kan. sesetengah orang bawak ebm. barulah boleh kekal vogue tanpa perlu pakai baju senang nak breastfeed selak menyelak dikhalayak ramai. tapi i tak pernah ade stock ebm. mak malas nyah. bawak fresh jer pergi mane-mane.-___-"
bila dah begitu pandai-pandai lah nak hidup. kalau tempat takde nursing room i akan cari tempat tersorok sikit dan ade tempat duduk. tapi pernah jugak duduk kat tempat tak tersorok langsung. tak de pilihan. susah la sikit sebab nak kena make sure semuanye tercover. walaupon pakai nursing cover tapi maryam ni kalau menyusu, tangan dia suka main-main. kene make sure tangan dia tak selak nursing cover tuh. so walaupon di khalayak ramai tidak lah senang-senang nak free show. still fully covered. setakat ni nampak orang-orang sekeliling muka takde perassan jer. takde lah buat muka jijik ke, geli ke. normal lah kan. mak tengah bagi anak minum susu. bangga ape boleh breastfeeding anak.
maryam ni dia jenis minum sikit-sikit tapi kerap. memang tak larat lah kan kejap-kejap nak cari nursing room, kejap-kejap nak cari tempat tersorok, kejap-kejap nak cari tempat duduk. sebab tu kadang-kadang aku malas bebenor nak duduk satu-satu tempat lama-lama. keluar lama takpe, asalkan pergi banyak tempat. boleh jugak breastfeeding dalam kereta.
lagi satu cara masa makan. biasanya kiteorang akan cari tempat hujung-hujung tersorok. bila duduk kan lindung ngan meja sikit so aku rase tak terdedah sangat.