Showing posts with label foods for my baby. Show all posts
Showing posts with label foods for my baby. Show all posts

Thursday, 1 November 2012

give more. expect less

 assalamualaikum~

salam jumaat.

kita bukan nujum pak belalang. tahu ape dalam hati perut orang. buat jer part kita seikhlasnya. benda-benda lepas tu, orang nak appreciate syukur alhamdulillah. kalau tak pon tak pe. kita buat kerja kita jer. sekian sahaja tips nak happy buat hari ni. =)

hari ni bangun pagi. buat puding roti maryam seikhlasnya.


dia tak bangun lagi. boleh lah bakar. bakar mabik masa sikit. kalau oven i ni, suhu 180, 40 minit jugak kene bakar.

 resepi sama jer ngan sebelum ni. cuma kali ni i bakar and tambah unsalted butter sikit.

1 sudu teh unsalted butter
1 biji telur
1 keping roti
sebiji pisang
air untuk rendam roti sampai roti terendam sepenuhnya

rendam roti dalam air. pukul telur ngan unsalted butter. campur dengan roti. campur sekali ngan hirisan pisang. masuk dalam oven suhu 180 degree C, selama 40 minit, or sampai masak.

dah siap~

puing roti bakar dengan sos yogurt kurma

sos yogurt kurma ni senang jugak nak buatnya. blend jer 2-3 sudu besar yogurt dengan sebiji kurma. makan ngan puding roti

sedia untuk di ngap oleh tuan puteri







walid baru potong rambut semalam. pendek sikitlah dari biasa. tapi ok jer. budak ni rambut dia kalau yang depan ni cepat sangat panjang masuk matanya.

yogurt drink kegemaran ummi.

kurma+ air masak+ fresh milk+ kurma+ badam+yogurt. memang kenyang minum segelas ni. sejam nanti lapar balik=p

berfungsi sebagai milk booster mak jugak.

Wednesday, 31 October 2012

cheesy potato salmon nugget

holla blog!

sungguh la tak sempat nak memebebel di blog sekarang. konon buzy ngan kerja rumah. buat kerja rumah sambil layan maryam. tak habis-habis jugak kerja rumahnye. tak bersinar-sinar jugak rumahnye. bila energy dah habis, kerja rumah still tak setel, mak ingat katil jer. tak kuasa nak bukak blog. hehe. ni terbangun sebab tido awal. ambik masa update blog sambil baca-baca blog. bukak fb sikit. giann.

cheesy potato salmon nugget

semalam bangun awal nak siapkan breakfast husband ingat sempat lah buat nugget ni untuk sarapan maryam. sekali, bila mak bangun awal, dia pon bangun awal jugak la. memang ikut perut ummi, bangun la seawal mana pon, bila bangun tido jer kene terus breakfast. tak sempa la nak makan nugget untuk breakfast. makan mana yang cepat siap dulu.

roti bakar pisang cheese

hiris pisang, tabur cheese. lipar dua. bakar. hehe. sonang.
dah selalu sangat buat dah cheesy banana toast ni sebab sesenang abc kan. heee. biasa bakar dalam sandwich maker. ni malas nak keluarkan dari gobok. bakar atas pan jer. letak sikit unsalted butter.

 habsi sekeping roti untuk breakfast

lepas saya makan baru boleh start aktiviti. aktiviti selepas makan adalah 'tolong' ummi siapkan nugget terbengkalai sebab saya bagun awal. 

senget benget rambut maryam ni. art walid kata. huhu. dah panjang balik. kene potong lagi dah masuk mata.

ok, mari kita mulakan kerja menggentel nugget.


bahan-bahan:

potato
salmon
brokoli floret
bawang holland
daun bawang
daun sup
brokoli
serbuk lada sulah
cheese
homemade serbuk roti
telur
tepung atta (whole grain flour ke, unbleached ke..semua boleh)

homemade serbuk roti:
kita mulakan dengan serbuk roti dulu. serbuk roti ni kalau ade roti yang dah nak expired, or roti atas bawah yang tak nak makan tu boleh la buat. senang jer. kalau ikut oven i, bakar pada suhu 160-170 degree  selama 20-25 minit sampai dia kering. lepas tu nak blend kering boleh. nak tumbuk pakai lesung boleh. i tumbuk pakai lesung jer. senang. 

cara nak buat nugget pulak:

1. rebus potato sampai lembut
2. grill salmon. minyak yang keluar masa salmon di grill tu guna buat tumis bawang holand. 
3. lepas tu gaul sebati semua bahan kecuali serbuk roti, telur dan tepung atta.
4. bentukkan adunan. kalau lembik susah nak bentuk boleh tambah tepung sikit. jagung ke atta ke sikit. tapi jangan banyak sangat sebab bila masak nanti keras. macam i buat kali ni tak tambah ape-ape tepung pon. dah memang boleh bentukkan dah.
5. adunan yang dibentuk tadi golek atas tepung atta, celup telur, golek atas serbuk roti pulak.
6. biarkan dia set sekejapan. boleh simpan dalam peti cepat sikit, lepas tu boleh shallow fried-kan.

 tips:

- jangan guna potato yang orang buat mashed potato tu. jangan guna jenis russetkalau boleh sebab nanti susah nak bentukkan. guna potato yang harga murah-murah jer tu. hehe

- nak senangkan kerja, i kepal-kepal dulu semua adunan, pastu letak atas tepung atta. baru start kerja celup mencelup tu. adunan jadi set sikit, senang nak buat kerja celup-celup

- boleh buat awal, frozenkan, boleh lah guna dalam masa 3-4 hari.

i frozen lapik plastik camni. senang nak keluarkan.

 dah siap goreng untuk snek ibu dan anak =)

resepi ni tanpa garam dan gula. tapi orang tua pon boleh makan sebab ade cheese kan. maryam habis 5 ketul, dia cilok yang i punya seketul. banyak betul makan. berbaloi la renyah sikit pon. tapi tak lama pon buat benda ni kalau tak de 'penolong'. ade penolong sekejap nak air, sekejap nak tu, sekejap nak ni. sekejap nak kacau, sekejap bergantung kak kaki soh teman tengok tv. macam-macam. =)





lepas mandi boleh la makan snack pulak. 

buat ni sebab nak sembunyikan salmon tu sebenarnya. maryam dah kureng dah salmon. dia lagi suka ikan murah-murah. hahahaha. ikan paling menduduki carta hati dia buat masa ni adalah ikan khonge aka ikan jaket besi aka ikan cencaru. kalau buat ikan tu, dia macam sangkut dagu kat pinggan marah-marah orang suap lambat. kalau ikan salmon ni slow jer. buat macam ni lajuuu jer makan. lagipon hidangan ni dah lengkap dah. ade karbo, ade protein, ade sayur brokoli floret tu.

boleh pelbagaikan salutan tu. kalau xnak guna serbuk roti boleh guna oat. macam resepi all in one chicken nugget ni. pastu bawah setahun, boleh bakar jer. xnak celup telur kalau budak allergic telur pon boleh buat. lepas kepal-kepal terus golek dalam serbuk roti/ oat. boleh pelbagaikan sayur. macam resepi kat atas tu i guna labu. boleh pelbagaikan protein.

Thursday, 18 October 2012

puding oat

 puding oat bersama pisang dan kismis

sejak maryam sangat lalu makan ni, dah lama jugak tak berpuding dengan oat ni. dah 5 bulan dia lalu makan ape sahaja! cepat jer masa berlalu kan. teringat dulu macamana hari-hari mak struggle masak macam-macam. end up, sendiri masak, sendiri makan. hahaha. 

resepi puding oat boleh rujuk kat sini PUDING OAT jugak.

kali ni i lebihkan air. untuk air boleh guna air ke susu. suka hati. kesedapan puding aot ni bergantung kepada buah. oat pulak, kalau nak rendam pon boleh semalaman. perah lemon sikit. selin membantu nutrient senang diserap oleh badan, boleh cepatkan process memasak jugak. tapi boleh kurangkan air

1/4 cawan rolled oat
3/4 cawan air
telur sebiji
pisang sebiji saiz besar
kismis

campur jer semua. kukus sehingga masak dalam remekin. dalam 15 minit gitu. nak bakar pon boleh. lama la sikit ambik masa. 

layan gambar maryam makan puding oat.






i buat dapat 2 remekin tu. dia dah habiskan satu bekas dia makan sorang-sorang. lepas dia makan, i ambik lagi satu bekas ingat nak makan, tapi offer dia jugak. pastu dia datang mengendeng cakap "nakkk". so i tak makan lagi, suap dia dulu. mak makan kang tak cukup anak plak kang. tengok-tengok habis jugak lagi sebekas. =O banyak nye makan. mak nye terpaksa la breakfast benda lain. akibat kekenyangan snek ngan lunch tak makan sangat. huhu

*resepi ni untuk 1y+ sebab guna sebiji telur. kalau bawah setahun, nak makan jugak bila dah 8 ++ and tak allergic boleh la guna kuning telur jer dan make sure masak sepenuhnya.

Monday, 15 October 2012

sardine roll maryam


 cheesy sardine roll

roti
cheese
telur

serbuk roti (i bakar roti selama 10-15 minit sampai garing pada suhu 180 degree C. pastu blend kering/ tumbuk)

inti sardin.

2 ekor ikan sardin yang direbus dengan sedikit asam keping (nak abaikan asam keping pon boleh)
bawang merah
bawang putih
sedikit halia
carrot
daun sawi

tumbuk bawang merah, bawang putih dengan halia. tumis sehingga wangi. masukkan isi sardin, carrot. akhir sekali masukkan daun sawi dihiris halus.

cara buat:

leperkan roti. tabur cheese atas sekeping roti, kemudian ratakan inti. gulung kemas-kemas. celup telur, salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak sedikit. (shallow fried) balik-balikkan supaya masak sekata.

 rupa bentuk lepas digoreng

 hiris-hiris untuk senang makan. hehe

comot anak mak dipagi hari >..<

hari tu ade yang bertanya guna ikan sardin ape untuk maryam, guna yang dalam tin kah. takkk..jangan. kalau boleh, food budak-budak ni jangan lah yang datang dari dalam tin, dalam botol. guna yang fresh-fresh sahajo. kalau dalam tin tu sure banyak dah bahan-bahan tambahan. preservative, pewarna tiruan, perisa tambahan. not good. not good. orang sini panggil sardin. mak dulu kejutan budaya jugak. masa dok german dulu, panggil ike selaye jah.

Thursday, 11 October 2012

kembar

ni perut xsampai 7 bulan pon lagi. sekarang 7 bulan seminggu, besar sikit lagi la kut. seiring dengan penambahan berat. muahaha

ramai sangat tegur i pregnant kembar. how i wish! hahaha... comei kan ade anak kembar. pakai baju sama. main sama-sama. makan sama-sama. gaduh sama-sama, nangis sama-sama =O 

pregnancy kali ni, i tak kisah sangat pon nak anak laki ke perempuan. bukan nak anak dua orang jer kan nak kene wajib lelaki. jauh disudut hati (apesal ayat novel sangat ni) i nak anak girl ade 2 anak perempuan dekat-dekat adalah nampak comel, ala-ala kembar tapi muka lain-lain. saiz lain-lain. macam i ngan kakak i. eh

alhamdulillah dapat. eh. insyaallah dapat. ok. kembali kepada cerita.  baru-baru ni ade lagi sorang tanya, i pregnant kembar ke? haha. mula lah berangan kan. tanya husband,

"logic tak kalau scan nampak sorang, tapi keluar kembar?"

nak jugakkkk. hahaha. ok. berangan sahaja. jangan lah allah makbulkan permintaan ku yang ini. anak sorang pon berpeluh ketiak. risau camane nak handle 2 orang anak nih. apelagi kembar kene handle 3 orang. tapi kalau rezeki, mak terimaaaa. =P

sebenarnya i agak suka lah jugak kondisi pregnant dikurniakan perut yang besar ni. (kalau tak pikir susah payah nak kecikkan balik nanti lepas bersalin). berperut besar ketika pregnant ni sikit-sikit menimbulakan rasa seksi. haha. (silajangan muntah darah). tapi banyak-banyak menimbulkan rasa seksa. kadang-kadang i rasa slow sangat pergerakan. macam dok tunggu hari jer. cepat penat. cepat mengah. kutip mainan maryam pon mengah. ape lagi dok tunduk-tunduk bangun membuat kerja rumah. tapi mak ok jer. boleh lagi buat semua benda sendiri. nak dukung maryam berjam-jam pon mak larat jer lagi. 

kaki jelah dok lenguh-lenguh. menampung berat yang snagat berlebihan.

semoga baby selesa la dok dalam tu ye. ummi sediakan alphard ok. tak main kenderaan kecik-kecik ni. sempit.

layan breakfast maryam last week kut

nak resepi buat cekodok? hahaha

tak tahu nak masak ape dah pagi-pagi. godek-godek peti jumpa pisang frozen. kadang-kadang 'terbeli' buah secara berlebihan. mana buah yang boleh frozen tu, mak frozen lah daripada melakukan pembaziran. itu kegunaan ade deep freezer. senang nak menyumbat semua benda. berries, pisang, yang cepat rosak ni. or nampak dah hampir-hampir menemui ajal, tapi banyak sangat lagi buah yang nak kene habiskan, i frozenkan jer. guna bila perlu.



camanelah agaknya kalau maryam ni ade kembar. mungkin kah kemanjaan kededekan dia tu akan berkurang?

*ok. berhenti nak ade kembar sekarang*

Wednesday, 10 October 2012

keria labu

labu salah satu makanan kesukaan rasulullah. antara makanan awal-awal maryam makan jugak. since baby sampai sekarang. memang tak putus bekalan labu. nenek dia bawak from kelantan, orang bagi, walid beli. ade jelah stock labu tu. masak mcm2. buat breakfast, lunch, dinner. tapi sekarang kalau buat sayur, makan labu seketul-seketul macam tu dia tak nak dah. bosan gamoknye. kene buat cucur, lempeng, and ni try buat keria labu pulok.

keria labu

 bahan-bahan diperlukan

labu 
tepung atta

sahajaaaa

steam labu, lenyek-lenyek. tunggu sejuk sikit. campur tepung atta sampai boleh bentukkan bentuk donat.

heee. senang jer. i tak reti sangat nak berseni-seni buat bentuk santek-santek ni. plus adunan ni i biar dia lembik sikit takut banyak tepung tak sedap plak kan.

goreng sekejap, done!

kalau bawah setahun. baik bakar.










Tuesday, 9 October 2012

rindu anak

 steamed banana and blueberry bread pudding with strawberry yogurt sauce

gahhhhh..panjang giler nak type nama!

breakfast kegemaran sekarang ialah roti. buat lah cmane pon. sesimple roti ngan madu jer pon laju makan.

resepi puding

sekeping roti
air secukupnya sampai semua roti terendam
sebiji telur
buah-buah

campur semua. steam dalam 5 minit sehingga masak.

resepi sos,

yogurt dicampur ngan strawberry fresh

muka serius. tak ingat peristiwa ape masa ni. haha

 bila tak tido suruh tido. bila dah tido rindu la pulak nak dengar suara. nak tengok keletah.

dah 4 hari walid jer yang urusin maryam siang dan malam. mandikan, gosok gigi basuh poopoo. layan maryam main. ummi cuma suap makan jer, susukan , tidokan. esok walid kerja balik dah. biasanya mesti cari walid la esok. habeh la!

saya dah instagrammer yo!

ketinggalan keretaapi bebeno kan?

hehehe


Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 2 October 2012

homemade jem kiwi


2 biji kiwi dah lembik
air
madu secukupnya

lenyek kiwi dengan masher. (ngan garpu ke, ngan tangan ke) campur air. masak sambil kacau kadang-kadang sampai air pekat sikit. masukkan madu. done!

buah kiwi ni sebenarnya beli masa offer. so beli banyak. sebab maryam dulu-dulu dia suka jer kiwi, tengok-tengok maryam tak nak makan. walid dia lagi lah tak pandang. mak jer makan. bosan. tinggal 2 biji tak habis. tapi dah lembik. nak makan pon tak sedap kan. daripada membazir baiklah mak buat something dengan buah kiwi ni. buah kiwi ni manis. manis buah kiwi lah. tapi bila masak, jadi masam la pulok. takut maryam tak makan, i campur madu. jadi masam-masam manis. hehe
 makan ngan roti

orang tua makan pon sedap jugak. ala-ala jem nenas jer rasa dia. 


budak moody dipagi hari

i rase maryam dah membulat balik sedikit. excited soh walid timbang semalam. naiklah 100g. so berat dia sekarang 9.4 kg. heee. ok la tukan dari tak naik langsung. nak buek macam mana, makan banyak, main banyak, berak pon banyak.