Showing posts with label kisah rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label kisah rumah tangga. Show all posts

Sunday, 8 July 2012

aktiviti weekend

weekend hari tu, aktiviti tak berapa banyak. jadual penuh hari sabtu jer. ahad masih boleh bersenang lenang. tapi akibat terlebih makan, masing-masing bila balik rumah melepek kepenatan.

dimulakan dengan sarapan pagi maryam.

oat kismis madu



 pastu minum guava lassi anak beranak

walid punya campur gula sikit. ummi sama ngan maryam.

breakfast orang-orang tua pulak adalah berat. nasi+ kubis masak lemak+ ikan parang goreng+ sambal. saja masak nasik lebih dari biasa. kerana instinct menyatakan menu ini sangat mebuka selera dipagi buta. hasilnya. nasi licin, lauk licin, sayur licin. maaf tiada gambar sebab malas. haha.

masak berat sebab alang-alang nak masakkan maryam lunch ngan dinner dia jugak. maryam makan kubis masak lemak jugak ngan telur dadar. juga tiada gambar malas nak ambik gambar. hehe

happy nak mandi nak pegi jalan-jalan. suka sangat pakai kopiah walid yang ni

destinasi pertama pergi ke taman melawati. pergi ambik kunci rumah walid. syukur alhamdulillah. rezeki walid. eh. ke rezeki baby? semestinya lah rezeki anak-anak kan. rumah kinrara mas ni pon dapat masa pregnantkan maryam. rumah ni masa pregnantkan adik maryam. bila lah nak merasa dapat rumah atas tanah pulok. asyik jadi orang kayangan jer. kene pregnant lagi lepas ni kut baru dapat rumah atas tanah. verangans maghfarah, verangan. tak kene bayar.

view dari balkoni. kata walid dan rakan-rakan nya, view clear nak usha awek mandi. eh eh eh

ni pool block sebelah, masa orang datang cek mana2 yang rosak and bawak pegi jalan-jalan ummi tak ikut. so tak tengok pool block kiteorang. tapi sama jer rupanya. dari kejauhan nampak indah. nak tengok sebenarnya, tapi mak fenatttt. dok ngan maryam jer dalam rumah suap maryam makan lunch. 

rumah ni takyah susah-susah renovate sangat. finishing dia memang dah cantik

 toilet

bilik

dapur dan yard

 balkoni

tapi bukan untuk duduk pon. kecik sangat jer pon apartmentnya. tak sesuai untuk yang berfamily. nak sewakan kut. kene renovate sikit-sikit. so officially pokai lah lepas ni. *ehem* bajet raya dah kira asing kan walid? *ehem* 

lepas tu terus ke dewan seri endon. ade wedding. walaupon breakfast berat, pukul 3 semestinya perut dah berdondang sayang. sampai jer terus serang food. maryam walid layan, ummi nak bergossip.

dah namanya budak. kalau dok diam tu kira ajaib lah




 berlari ke sana-kemari. siap nak naik pelamin. tapi tak pe, walid ade. hahaha

ngan kopiah walid lagi

malam nya pergi tengok baby Mika. anak kawan husband masa kat MRSM. makan nasi kerabuuuuu. hilang kempunan. hahaha. kadang-kadang ibu merandung ni tak yah cari food yang nak makan, makanan yang datang. syukur alhamdulillah. habis 2 pinggan. miahaha. bab makan saya kurang malu. siap ade solok lada. slurrrrppppp~

balik kekenyangan terus tertido, sambil menyusukan maryam. husband kejut pukul 4 sebab tak sembahyang isyak lagi. penangan makan berat sepanjang hari. berat dan banyak. hihi

esoknya ke pasar borong. dah lama tak ke pasar borong. walid maryam pergi sorang jer semenjak dua menjak ni. semalam mak nak ikut.

ngan walid. of kos lah sape lagi kalau dah pakai jersi TRW ni.

maryam suka, tapi walid tak selesa, kene pakai kat depan jugak.

balik pasar terus siang-siang ikan, masak lunch. makan. main-main kejap ngan maryam sambil tengok tv. lepas tu, tido berjemaah. =) aktiviti sangat best dikala weekend. semua tido lama. maryam pon tido lamaaaa bila tido ramai-ramai. haha

bangun jer pikir nak masak ape. gitu je lah kerja hari-hari. asyik pikir nak makan apeee jer. nak masakkan ape. walid maryam tak nak makan. katanya dah 2 hari berturut-turut makan banyak. 

malas nak masak nasi sebab walid maryam tak nak makan. so masak kue tiaw jer. kue tiaw ladna campak-campak untuk maryam.

udang fresh beli kat pasar borong pagi tu. so kemanisan, kekenyalan memang terasa.

macam biasa, tumis bawang putih, masuk capsicum, masukkan udang, masukkan air, serbuk lada sulah, sayuran, daun sup ngan daun bawang, saja nak tambah perisa, masukkan kue tiaw. nak pekat boelh tambah bancuhan tepung jagung, tapi mak malas. memang betul-betul campak ni =P


first time sebenarnya maryam makan kue tiaw. saja try pelbagaikan sekali sekala. rumah ni pon jarang makan kue tiaw sebenarnya. 

kue tiaw goreng pedas untuk ummi

memang pedas sebab guna cili padi instead of cili kering. miahaha. walid maryam kononnn tak nak makan, pastu bila i start masak sibuk tanya,

" u masak ape yang?"

"masak kue tiaw goreng jer bie. u tak nak makan kan? i goreng sikit jer"

"sedapnya bau"

mak tahu dahhhhhh...tak nak makan konon. hint la tu. so mak tambah lah sikit. masak lebih sikit. kiteorang share jer satu pinggan.

akibat makan-makan berlebihan masa weekend, berat mak naik uolssss. naik banyak. sejak tak muntah ni memang makan banyak pong. dulu masa muntah pon makan banyak jugak, cuma masa tu keluar balik, so berat naik tak memberansangkan sangat. tanak la naik berat sangat macam maryam hari tu. tapi lapar sokmooo. how?

terpaksa la mak redha. miahahaha. *sambil pikir nak berbuka ngan apa hari ni*

Thursday, 28 June 2012

urusan rumah tangga

bieeeeee~ * suara paling menggoda*


nak mesin jahit seketul..

pleaseeeeeee

Sunday, 24 June 2012

sweet getaway: bithday walid @ gold coast morib

 i ade masalah bila nak update ape-ape event yang gambar setimbun. pemalash lipas. tapi kene jugak update kali ni untuk jadi sebuah kisah klasik dimasa hadapan.

7/6 hari tu genaplah 30 tahun dah walid maryam. kebetulan pulak masa tu ummi sangat memerlukan percutian kemana-mana sahaja asalkan keluar dari rumah so kiteorang decide mahu stay dimana-mana hotel yang dekat-dekat jer. sambil berhornymoon. sambil celebrate birthday, sambil bawak maryam main pasir pandai.

masa check in. ramai ornag masa ni cuti sekolah plus ade company buat family la. bla bla bla




 dalam bilik. katil asing. asing. maryam satu. ummi ngan walid satu. eh


maryam la orang paling happy. sebab asyik main air jer. sampai-sampai jer main air dalam jakuzi jer walaupon kat luar bilik hotel ade waterpark. lepas main tido kepenatan. =) ummi pulak yang kedua happy sebab kebanyakan masa ummi tido. maryam walid layan. memang ummi nak stay hotel sebab mahu berehat seberehatnya pon. eh ja, ni birthday sapa? gagagaga





 one happy family





 ni adalah pukul 540 pagi okeh!

amukan nak main air nak buat caner. walid teman la jawab dia











happiness please stay!

Thursday, 12 April 2012

husband saya terkacak di donia



kacak oh? 

 tak? haha.xpelah bukan saya punya pong

ni saya punya


Thanks bie!

*ehem* breadmaker?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 26 March 2012

meja 'study' maryam

 hari jumaat i gesel-gesel husband pergi ikea. nak cari meja 'study' untuk maryam. mula-mula ambik model lain yang asing meja dan kerusinya. nak ambik marna merah, tapi hitam jer yang ado..harga model tu untuk meja RM 129.90, kerusi 1 ketul RM 49.90 so total RM 230 la jugak lebih kurang. walid tutup mata jelah sebab maryam *ehem* ummi yang nak sangat kan. tapi bila jalan-jalan cari barang ternampak model ni kat rak. RM 99 jer satu set siap ngan meja kerusi.

semangat sampai jer terus pasang

meja i pasang sendiri. pastu husband datang join masa nak pasang kerusi. dia buat-buat bentuk kerusi pastu baru nak pasang skru..pastu merungut skru tak masuk la ape la.

"dey~ manual orang kasi guna la. ikut step-step dia kasi"

"alah..tak de manual pon i boleh buat la~"

ego lelaki disitu. hahaha. so biarlah dia pasang tak tengok manual. tapi dia la yang siap dulu pasang. pastu berlagak. dia tak tengok manual pon siap cepat. heles. i saja kasi can bagi u menang. huh! =P


ok lah untuk harga rm 99 kan? i suka jer..maryam pon suka lagi la stakat ni..haha

baru siap pasang..dia letak kura-kura duduk satu, satu dia duduk. so pandai~ haha..bebear, kura-kura, moomoo jelah kawan maryam kan?=P

kalau yang rm 230 ofkos la lagi mahal lagi cantik. and kalau orang besau nak duduk pon mcm lagi yakin la. tengok kat show room tu..yang ni lembut sikit. tapi untuk budak sampai tadika boleh lah lagi kerusi ni nak support. husband siap pesan, 

" jangan ummi pulak g duduk atas kerusi ni sudah"

tak cukup kerusi ka rumah kita sampai i nak kene duduk atas kerusi maryam???grrr

owh. maryam dapat meja, ummi dapat dah deep freezer..hehe. dapat dengan pesanan,

"u nak ape-ape semua i beli, kalau u tak jaga i lagi tak tahu lah"

nak soh jaga ape bie? meh meh..