Showing posts with label lempeng pisang. Show all posts
Showing posts with label lempeng pisang. Show all posts

Thursday, 6 September 2012

not ready yet!

 PIL bawak dari kampung untuk cucu kesayangan.

so menu breakfast maryam balik balik pisang, balik, balik pisang. tapi cepat jer habis pisang. dia makan buat snek jugak. sekali makan berbiji biji

lempeng mickey mouse la konon kan. =P

takde acuan, guna kaedah bulat kecil, bulat kecil, bulat lah besar.

cheesy banana toast

hiris pisang, susun atas roti, tabur cheddar cheese yang diparut. bakar dalam sandwich maker. sesenang abc=D

kalau kat kampung memang dah biasa fil amik maryam tidokan dalam bilik sebab bilik fil ade ekon. tapi bila dah tido , dia bagi lah maryam balik. sebab maryam still bf kan. malam- malam dia bangun menyusu. 

masa PIL datang hari tu, fil ambik tidokan maryam dalam bilik, pastu dieorang tak keluar-keluar bilik. mungkin tertido, penat semua orang sebab dieorang baru sampai. mak dah keresahan. pastu husband cakap,

"pecah record. first time la kira ni maryam tak tido ngan kita"

"bie..hello. kalau bangun tengah malam cari susu camaneeeee"

susu yang jadi isu. sebenarnya mak tak ready lagi nak tido maryam tak deeee. so i pergi jugak ketuk bilik. sori la menggangu tido(>.< ) tapi tak boleh la tido tak de maryam. susu tu penting la jugak, tapi tu dah jatuh no 2 sebenarnya. bila ambik maryam kiss-kiss peluk-peluk macam setahun tak jumpa. i miss u baby. maryam baby ummi sampai bila-bila. teruk kan mak?

bila mak bersalin nanti pon ade jugak terpikir. tapi hospital tu boleh jer bawak budak.pernah tengok family arab, dia angkut semua anak-anak dia tido kat hospital bila bini bersalin. yerlah, dieorang kat malaysia ni mungkin tak de saudara kan. 

so please bie. masa i kat ward nanti (insyaAllah) i nak maryam ade ngan i, and u ade ngan i. kalau boleh, tak nak orang lain teman i. kalau takut i susah nak handle baby takpe, nurse ade kan. u handle maryam, i ngan nurse handle baby. i need u ngan maryam. dua-dua kene ade.

bila baby keluar nanti insyaAllah i nak tandem. so insyaAllah lah maryam akan menyusu lagi. i tak nak maryam rasa tersisih bila baby baru keluar semua orang nak bawak dia jauh dari ummi. mesti dia sedih. dah la ummi ade baby baru. no mere bete. tak de orang boleh bawak maryam jauh dari ummi. susah payah camane pong, ummi nak jugak jaga kamu dan baby nanti.

 tetiba sebak la pulak kan T_____T

selalu ade orang komen maryam makan behave kan. behave la jugak kalau dia still lapar. tengah makan. kalau dia dah kenyang, tapi food ade lagi tak habis. dan ummi tak tengok tengah buat kerja lain, begini lah keadaan nya.

lantai

nak natural sangat kan. buat art guna fresh strawberi. kau ado?

 ummi tak marah pon. tapi dia tahu dia salah. awal-awal dah nangis.

naseb baik lah hilang sisa-sisa kotoran bila lap~


Sunday, 12 August 2012

lempeng pisang

 smiley face lempeng pisang

smiley face budak makan lempeng pisang



kiteorang akan balik kampung esok. wuhuuuhuuu. sebab itu lah happy semcam. hihi. mauk kemas rumah packing2. daaa~ selamat hari raya! eh awal lagi =P

Sunday, 26 February 2012

hari APA PON TAK NAK!

sekarang ni tengah berjuang kat dapur. maryam susah sangat nak makan yaw. i rasa nak naik gigi kut. sebab suka main air liur sekarang. tapi xnampak pon ade gigi nak keluar

pisang+strawberry +yogurt dia tak nak you bila nak suap. geleng-geleng kepala tarikan muka.

hurmppphh..so masuk lah dapor balik. edit-edit kut-kut masak version lain dia nak

hasilnya

lempeng pisang yogurt makan dengan  fresh yogurt ngan strawberry jugak.

buah strawberi
sebiji pisang
2 sudu tepung atta
1sudu yogurt

kacau semua. masak atas pan letak sedikit minyak. hidang dengan buah2 potong dan fresh yogurt. yang ni dia makan pulok..strawberry fresh nga yogurt tu habis. lempeng habis separuh

ok bagus!

snek pon makan lempeng. lebihan breakfast. hihi. mak tak kuasa nyah nak makan. sebab dah kenyang.

tengahari konon tak nak susah-susah, masak jer benda yang dia komfem makan. biasa kalau masak ommelete macam ni dia tak pernah reject.

 ni untuk 2 hidangan

wholemeal pasta rebus 2 kali makan
2-3 oz lebihan inti bingka. resepi boleh tengok kat resepi bingka berlauk
telur sebiji
2 oz puree butternutsquash (labu pon molehhh )

ambik separuh dari adunan, masak atas pan.letak minyak sedikit sahaja. masak dengan api perlahan. 

 ommelete pasta

tak nak ummi~

makan 5-6 suap jer. pastu tak nak. 

sebab tak laju sangat dia makan, untuk dinner i tak buat ommelete yang lebih tu..i kacau-kacau buat ala-ala goreng jer...lagi laaa semulut pon tak nak masuk mulut.

nak masak puding oat. tapi rasa macam pagi petang siang malam makan telur ape celop kan? so buat puding tanpa telur. which is sebenanya jadi macam oat kukus ngan buah-buah jelah. tapi nak letak nama puding jugak. ade sape nak marah? haha

 eggless oat puding

1/8 cup rolled oat
1/8 yogurt
3/8 air
buah2..(saya guna kiwi+strawberry)

jadi lah eggless pudding

ummi..nak nak nak~ 

masa nak hidang tu tambah lagi satu sudu yogurt fresh. sebab yogurt yang di steam sekali ngan oat tu, bacteria baik dah innalillah dah.

walid yang suap makan kat beranda sebab dia tarik tangan walid dia pergi kat beranda pastu tepuk-tepuk kerusi nak makan kat situ. habis lah 3/4 mangkuk tu

dah lama sebenarnya dia tak nak makan oat. petang tu saja try jer kukus sambil masak dinner untuk walid. dah semua food tak nak kan. oat yang dah lama dipandang sebelah mata ni nak pulak. ape celop maryam. ape celop?

dan dinner walid

spaghetti goreng basah

walid request tak ank pedas. tapi terrrpedas jugak sikit. hik hik. sowi yer bie. tak pedas tak umphhh lah.

Tuesday, 21 February 2012

senang nye lahhhh jaga maryam

suatu hari nanti..kalau ummi takde..mana lah tahu walid kahwin lain, tak tahu nak masakkan maryam ape. kalau dah malas sangat, masakkan ni jer...

lempeng pisang

nom.nom.

kenyang perut suka hati

sebenarnya rancangan asal nak masakkan maryam nasi makan dengan lemak kuning ikan salmon..tapi malas la pulokkk...so rebus spaghetti masakkan dia salmon olio campak puree2..satu suap pon dia tak nak. adoii ini budak kan..ade lagu adunan cedodok kidney bean pagi tadi lebih. ingat nak buat lempeng untuk lunch ummi. since dia xnak spaghetti, masakkan lempeng bagi dia makan. habis sebiji. siap nak lagi, tapi dah tak de la maryam. tu jer yang ade. salmon olio ummi makan. hurmm...

petang ni masaklah masak lemak kuning untuk maryam. sekali arung ngan walid. mana tahu nak. hurmm

Monday, 2 January 2012

zucchini and millet

first time maryam makan zucchini. err..ummi jugak sebanarnya. walid pon rasanya. kan bie?=P

organic hulled millet

sebelum ni, yang yang i tahu millet ni high protein, vitamin B, folic acid, calsium, iron. pottasium dan juga no gluten so dia sesuai untuk orang yang allergic kat gluten.bijiran yang baik untuk perkenalkan kat baby kan? tapi sebenarnya i pon bagus jugak nak amalkan makan millet ni, sebab millet good source of magnesium. magnesim boleh kurangkan kesan asthma, migraine, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. semua penyakit tersebut ada dalam darah-darah i ni..so i kene masak lebih sikit tumpang makan sekali ni. hehe


hari tu buatkan maryam bubur campur millet, zucchini , corn dan daging.

2 sudu millet + 2 sudu beras wangi
stock daging
daging
1 ulas bawang putih
sedikit bawang besar
hirisan zucchini
1 oz puree jagung

tumis bawang dengan pure olive oil, masukkan stock daging, daging, 2-3 cawan air, millet dan beras. masak sehingga betul-betul kembang. tambah lagi air jika perlu. bila hampir masak masukkan zucchini dan jagung

i sangai dulu millet. lepas tu baru masak.

memang sedap millet ni. wangi.

masak sehingga millet tu pecah dan lembut


bubur daging with millet, zucchini and corn is ready to ngap~

for ummi nga walid, ikan siakap sweet sour.=)

guna zucchini dan sayur-sayur segar dari cameron.