Showing posts with label KinraraMas. Show all posts
Showing posts with label KinraraMas. Show all posts

Friday, 17 February 2012

done!


Ok..maryam dah tak boleh ketuk-ketuk tv dah..muaha
haha

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 27 September 2011

openhouse penutup

assalamualaikum semua...
(sopan tak saya? nak buat menantu sila la ambik borang ngan ummi saya)

semalam maryam pergi jumpa jiran-jiran kat rumah uncle omji. die buat makan-makan.

Photobucket
ni walid kesayangn maryam..
(ehem..bodek sikit..walid, ipad seketul. makaceh!)

Photobucket
kiteorang otw nak pergi rumah uncle omji ni..jauh perjalanan ni, blok sebelah. hihi

Photobucket
dah sampai..main-main ngan afeef. ni jiran depan rumah jer. dekat jer. maryam selalu intai die kalau dengar suara.
(muka malu-malu..dah la sopan, malu-malu pulak tuh! again, sape nak buat jadi menantu mintak borang dengan ummi yer)

Photobucket
alamak sori! dah ade orang cop la..ni la my future mil. hik hik

Photobucket
mak-mak ngan anak-anak masing-masing.

saya makan nasi himpit yang ummi penyet-penyet

Photobucket
ni family aunty nor and uncle zahir. datang lambat mase ni maryam dah nak balik.

semalam ummi makan banyakkkk sangat maryam nampak. (ehem..bila ummi makan sikit kan?) so malam ni ummi cakap die nak berlari sampai tercabut lutut (iyolah!)


Sunday, 21 August 2011

berbuka puasa bersama jiran tetangga

ni acara berbuka puasa episode ke 2 dah ni. ni kes makan tak puas. buat sesi ke 2. pelakon-pelakon adalah sama. tapi lokasi jer berbeza. first scene hari tu buat kat rumah gee, tak update pon biasalah i kan suka peram-peram. pastu bila basi dah malas. masa tu tak dirancang. kali ni rumah baiti pulak.





baca buku macam nak masuk dalam buku. anak mane anak? huhu..sila lah cari maryam tersembunyi



maryam yang tak pernah main ngan budak-budak. muka cuak je kan? kalau duduk kat afee jer muka cuak.neves ehhhhh.=p





hero of the day dan penjaganya.



errr..gelak ape ye? lupe



dan ini lah food yang membuatkan sesi bukak puasa jadi 2 kali



baiti kerja kat cyber so dia tapau nasi arab kat saba. sesi pertama pon food yang sama. sangat lah best tapi mungkin takde dah kut sesi ke 3.=p lain bulan pulak.



i kan memang sangat jatuh cinta dengan kinraramas ni. satu sebab rumah i, so suka hati nak mendeco ikut citarasa sendiri. walaupon deco rumah ni cukup-cukup syarat jer. tapi i suka. senang nak mengemas. dua sebab sini sejuk dan sangat tenang. sesuai dibulan-bulan puasa ni nak tido sepanjang hari. eh.ketiga, rumah ni macam cukup-cukup jer untuk kiteorang yang family kecik ni. lagi sekali, senang nak mengemas. haha. dan yang paling penting jiran-jiran kat sini memang best. ni hanya sebahagian lah. ramai lagi sebenarnya.



hopefully masing-masing lama lah stay kat sini, i suka maryam membesar dengan environment macam ni. macam zaman i kecik-kecik, kiteorang membesar kat kuarters hospital. hubungan ngan jiran-jiran masa kat kuarters tu memang sangat rapat macam family. yelahkan, parents kerja sama-sama. balik rumah pon jumpa orang sama. rumah i dulu sebelah court badminton. sekali seminggu memang akan meriah sebab bapak-bapak main badminton anak-anak main basikal. tapi biasanya kiteorang kene kerah balik awal. kene tido awal. so masa tido tu court badminton bising lagi. i suka tido dalam keadaan bising macam tu. rasa selamat. sampai sekarang teringat-ingat suasana kat kuaters dulu.



bila besar dah pindah rumah sendiri semua berpecah. tapi sekali setahun jumpalah masa raya. dan bila kat tanah merah ni jiran tak best sangat. masing-masing buat hal sendiri. perangai bandar kekdahnye. perangai lah bandar, kawasan kampung jer. tapi lagi bandar lah dari kampung husband .( haha. tibe-tibe! ni blog i, nak balas sila bukak blog sendiri. haha)



bila nak cari rumah landed nanti jomlah kita cari rumah sama taman. cari rumah sebelah menyebelah pon bagus. haha. bila lah agaknye boleh kaya nak beli rumah landed pulak ni. masa tu kene make sure betul-betul kaya sebab nak kene ade maid kemas rumah. penat aihh nak kemas rumah besar-besar. bak kata husband, rumah kecik pon tak terkemas. -___-" so rumah besar kene ade bibik. memang jadi mem besar aku dok rumah tu. haha

Tuesday, 2 August 2011

lam alif pa alif roooo

lapa roooo

hari ni puasa dapat lapar dan dahaga jer. pahala dapat nipis-nipis kurus-kurus jer. ke tak dapat langsung. tak dapat menahan sabar.

sebab mengamuk kat rumah atas suka perah air kat balkoni pastu masuk rumah orang. hari tu husband dah sound baik-baik. tak jalan. nak kene mak sound macam mak lampir lapar jugakk. pastu dia gelak-gelak. kurang ajar. dasar keling!

Monday, 25 July 2011

art woods design

along asyik mintak entry baru jer. mentang-mentang dia dalam pantang takde hiburan lain kan. pastu dia request nak tengok mini bar betul-batul. gambar hari tu dia cakap nampak kerusi jer. -___-"

dok rumah i lor next week mase abeja takdop. buleh kite gossip siang-siang. maryam main ngan rayyan. abe helmi pong nak gi kije dekat sikit. meh lerrr. meh lerrr...

sebab ade yang bertanya, alang-alang i buat entry ni untu korang jugak.

Photobucket

Photobucket

kat belah dalam ade pintu jugak so boleh simpan barang

Photobucket

Photobucket

Photobucket
alamak, bukan nak promote karipap yer. tu frozen karipap jer. inti ikan. setap!

untuk mini bar ni sebab dia design simple jer so murah jer. dia bagi rm 50o

mula-mula nak double layer, harga untuk double layer 750. double laye memang cantik. tapi bila pikir-pikir balik kiteorang ambik 0be layer jer.

Photobucket
and untuk wall unit ni RM 900

tu harga mula-mula dia kasilah. dan semestinya dengan budi bicara dapat lah lagi kurang. pandai-pandai lah korang kipas. hehe. malas nak bagitahu kat sini berapa harga lepas discount nanti brother tak dapat cari makan. heheh. tapi boleh tanya secara personal kalau betul-betul berminat.

website artwood design kat SINI

banyak design cantik-cantik dalam tu.

kat situ ade contact no en. mazuan. senang sangat nak berurusan ngan dia. tak leceh pon. dia datang. ukur. pilih design. cakap harga. then dia datang buat. dia buat kerja pon sekejap sangat (ni bergantung kepada design yang kamu pilih la kut)

kiteorang sangat berpuas hatilah dengan service dia. senang nak berurusan. walaupon i ni sekejap nak begitu, sekejap nak begini (heheh..tak boleh nak buat keputusan lorrr), dia ok jer semua. bagus. bagus.

dan yang penting harga adalah sangat murahsss dan dia adalah MELAYU! huhu

ok. murah tu tak tahulah. sebab kiteorang tak survey tempat lain. setakat nak tambah sikit jer. tapi bagi kiteorang dah ok lah kut.

next time kut2 lah ade rezeki nak beli rumah yang besooorrr punyee kiteorang akan guna die jer. insyaAllah.

thanks kak ieyna sebab bagi link website ni. i loike. =)

Tuesday, 19 July 2011

teka teki teka tekuk

ceritanya begini...

2 minggu lepas masa pergi shopping seluar kerja husband kat the gardens sambil-sambil window shopping maklumlah gardens bukan taraf mak nak beli idok lah tersanggup, tengok-tengok je lah mak mampu. lalu husband pon berkata,

"u nak ape hadiah birthday? bajet sekian-sekian"

"woh! simpan je lah duit. i nak kasih sayang jer" (i tahu i poyo)

"alaaa..bukan selalu pon i nak belikan hadiah. u nak ape?"

"simpan jer. i tak rasa nak ape-ape. tak de nafsu nak shopping"

so memang i tak beli ape-ape pon haritu walaupon dia dok paksa cakap nak ape. balik rumah dengan segera sebab maryam tak nak menyusu sambil duduk. nak menyusu sambil baring. -____-"

bila sampai dirumah baca blog kak eina, dia buat kitchen cabinet. so barulah tiba-tiba ade nafsu. nafsu ni memang dah lama nak pon. tapi contractor dulu cakap nanti sempit dapur dan husband pon tak setuju jugak masa tu. tapi kali ni dia kene setuju sebab dia yang dok sibuk tanya nak hadiah ape kan.


Photobucket
tambah mini bar kat dapur.

dan

Photobucket
kat tv jugak sebab almari tv yang lama menyempitkan ruang

i mintak mini bar jer mula-mula. tapi bila contractor datang terasa gatal nak tambah wall unit tv la pulok. tapi nasib baik masih dalam bajet yang ditetapkan so diperkenan kan.

so pemenang nye adalah jiran blok sebelah. puan baiti. walaupon tak tepat sangat tapi boleh diterima lah.=p

(cepat kasi no akaun maybank babe!)

mak happy nok!

hahaha

entah ape-ape jer mintak hadiah kan. tapi tak menyesal pon.

kalau mintak handbag paling-paling boleh belai handbag pon seminggu sekali. yelah kan, i ni weekend jer keluar kalau tak de hal. weekend tu pon mak ni bukan rajin sangat nak berjalan. maklumlah sayang lemak. heheh. paling-paling rajin pon ke pasar borong, ke giant. mood abis rajin sikit pergilah mid. hahah

kalau barang-barang dalam rumah ni hari-hari mak boleh belai. baik mencantik kan rumah sebab rumah ni lah yang akan di tenung hari-hari.

kan kan kan

plis setuju. plis setuju. haha


tapikan last week masa jalan-jalan i dok belek-belek kasut dia tanya.

"nak ke kasut tu? ambik lah hadiah birthday"

"eh? hadiah birthday kan dah kasi"

"ala. tu untuk rumah. ni untuk u"

wah. wah.wah. mengapakah anda berubah menjadi sangat baik, sangat sweet, sangat bermurah hati ni?

adakah anda ada buat salah kepada saya?

cepat cakap!

hahaha..perempuan kan. buat baik salah. bulat jahat lagilah salah.

APE PON TAK BOLEYHH~

Saturday, 9 July 2011

bersih? ape tuuu?

mula-mula bila dengar pasal bersih ni aku malas nak ambik port pon(eh. sampai sekarang pon malas nak ambik tahu). biasalah, aku ni rakyat malaysia berkesedaran tinggi. daftar mengundi pon tk walaupon dah 4 tahun layak. tapi boleh nampak lah betapa kerajaan kita sungguh gelabah dalam menangani masalah bersih ni. gelabah bedebah. menyusahkan orang. orang dok salahkan bersih.bagi aku kerajaan kita yang gelabah. walaupon begitu, mak tetap malas nak daftar mengundi. belum layak walaupon umur dah cukup. sebab kalau undi pon tak tahu nak undi sape. sama jer rase dua-dua pihak.yang ni begini, yang tu begitu. menjawab lah korang ka akhirat nanti. kerja nak menindas jer.

ok. sebagai orang yang tak layak nak bercakap pasal politik ni, baiklah aku mengupdate aktiviti dihari 'bersih'. bagus jugak ade bersih ni. boleh duduk berehat-rehat dirumah. nak keluar malas. dari rumah dah nampak jalan jem. heheh. kawan ajak pergi akikah nak dia kat bangi pon tak boleh pergi.

Photobucket
breakfast di pagi yang bersih

lepas breakfast pergi beli barang sikit kat giant.tengok kereta jalan nak pergi kl memang kirim salam lah nak join dieorang. baik dok kat rumah jer.

Photobucket
sebab breakfast dah makan nasi lunch makan yee mee jer.

lepas lunch kemas-kemas barang beli kat giant sambil susun stok makanan. sesungguhnya stok makanan sangat banyak sampai i tak reti nak susun (padahal memang tak reti mengemas). cita-cita tinggi nak masak macam-macam. bahan beli tapi tak buat.

cakap kat husband,

"kalaulah kita ni tiba-tiba sebab bersih ni jadi darurat, kita boleh jer nak hidup 2 bulan dengan stok makanan dalam almari ni"

petang nye goreng wedges untuk minum petang sebab malam iem jempaut makan-makan birthday faiq. (tak de gambar lupa usung camera) macam-macam ade. dan semua i makan. heheh. (diet mane weh?) dan acara makan diakhiri dengan makan durian berulas-ulas. balik dengan kekenyangan melampau. heheh. thanks iem. semua food sedap. nasi kerabu paling meletop. lain kali jemput lagi yer.=p

happy birthday faiq. semoga menjadi anak yang sole dengar cakap ummi.

Sunday, 22 May 2011

kalumpang resort part 1

eceh..siap berpart-part entry pergi kalumpang ni. macam la pergi berhari-hari. i malas lagi sebenarnya nak pilih gambar. maklumlah gambar mandi manyak sensitive ooo..bila baju basah melekat sana sini semua lemak keluar ooo..husband mak pulak amik gambar macam saje-saje nak focus kat lemak jer. bukan focus kat muka. menyampah~

so i tempek gambar family-amily yang join hari tu. semua orang dalam keadaan ready nak amik gambar, so gambar sopan of the day lah.

Photobucket
faizal, gee, and family

dalam banyak-banyak family yang dah beranak pinak, faizal jer yang peluk bini dia. bila i cakap kat husband dia cakap

'ala..orang lain malu nak peluk kut'

orang lain tu termasuk diri dia sendiri lah. yelahhh..kalau bini ni malu nak peluk. kalau awek baru tak malu. ye dok?

tapi ok lah dia cakap malu nak peluk, kalau dia cakap tak sampai nak peluk camno? ade yang sentap 40 hari

Photobucket
romzi,amai dan yaya

Photobucket
zahir, kak nor dan anak-anak

Photobucket
sha, baby, zul

Photobucket
ernie, khairi

Photobucket
wan ngan shida

Photobucket
ipah and akim

Photobucket
nazrul and yana

Photobucket
baiti and roch

ni puan organizer ngan encik organizer

last sekali orang yang paling penting dalam entry ni

Photobucket
en kurus, pn gemuk, dan baby you are amazing just the way you are.

ada lagi satu family sebenarnya tapi balik awai so tak sempat nak bergambar.


Monday, 25 April 2011

saket kepala

siang tadi tak sempat la nak update blog. sebab bila ade masa maryam baik or tido malas nak mengadap lappy. baik siapkan kerja-kerja rumah. bila dia nak beriba baru mengadap lappy. so tak boleh la nak menaip. bace-bace blog orang jer.

tadi lepas dinner berehat sambil bermain-main ngan maryam. tiba-tiba rasa loya. husband cakap nak hilangkan loya makan la benda rase masam-masam. so i bukak peti, amik buah kiwi makan sebijik. ok lah sekejap. pastu saket kepala plus loya yang amat, dah tak boleh pegang maryam dah. bagi jer maryam yang tengah buat perangai kat husband. pastu terus masuk toilet muntah. keluar habis makanan dinner. lepas tu baru ok sikit. tapi still rase saket kepala.

takut tak? takut tak?

husband pulak gurau kasar semalam cakap kat maryam.

"maryam nak boleh adik ke?"

amboih..suke ye?

kenapa lah selalu sangat saket kepala sekarang. takkan lah every time saket kepala nak beli pregnancy test kut.

kalau boleh sekarang ni malas nak ambik sebarang bentuk pil perancang. sebab bermacam-macam sebab. tapi kalau dok susah hati setiap kali pening macam ni pon susah jugak.

haish. haish. haish.

Photobucket
maryam nak adik tak?

masa nak keluar makan ikan bakar dengan jiran-jiran sabtu lepas


Photobucket
ber-cam-whore pakai kemre gabak habis gegar Parkinson

Photobucket
aqeel rambut cantik

Photobucket
boleh jadi model aqeel ni


aqeel ni anak jiran depan rumah, gee and faizal
Photobucket
afeef, juga anak jiran depan rumah. sama umur ngan maryam. sama tahun la. tapi afeef lahir dulu

Photobucket
baiti, roch and kawan baiti

Photobucket
ni jiran satu rumah. hehe

Photobucket
tengok i makan sungguh tak ayu -______-"

kedai ni kedai jiran kiteorang jugak sebenarnya. kedai ni kat belakang istana. ape tah name kedai die.sotong bakar die sedap amat. pastu kalau makan die kire lauk bakar jer. nasi and lauk or sayur yang korang ambik atas pinggan die tak kira pon. 7 orang makan RM 130. tapi dia ambik seratus jer. makan free kiteorang hari tu. dah la datang paling lambat. hehe

Photobucket
lepas tu, lang-alang dah keluar kiteorang pergi menghabiskan duit masa kat midvalley

Photobucket
budak yang dah ngantuk air liur meleh-leleh

Photobucket
boolat giler anak mommy ni!

Photobucket
zoom dekat lagi

Photobucket
lagi dekat!

Photobucket
on the way balik rumah berak ats mommy. bagus. bagus.

Monday, 11 April 2011

gagal!

misi nak gym adalah gagal. tapi makan hari ni tak banyak sangat(compare to hari-hari sebelum ni la). huhuhu

bangun jer pagi lepas husband pegi kerja ingat nak kemas dapo, sekali nampak kinder bueno. sape boleh kata NO kat kinder bueno? ferrero dan kinder bueno adalah dua makhluk yang boleh buat orgasm selain husband. eh

pastu insaf kejap. kul 9 baru shake tambah ngan susu anlene lacta and nestum. lemak berkrim disukai ramai.

hari ni hari bergantung dengan mami sedunia. maryam nak ngan mami jer. tak nak dok bawah langsung. nak duduk tapi mami kene bagi susu syaratnya. heh. jadi mami nak buat shake pon sosah. so habiskan bahulu sebiji (besar ok saiz bahulu itu) dan masak popia guna microwave 5 ketul.

selain tu makan tembikai pon banyak.

Photobucket
and ni dinner

dah masak sayur and tanak nasi, sekali husband call cakap tayah masak untuk dia. so i pon malas nak masak lauk semata-mata i nak makan. goreng telur mata jer. sonang. itu sahaja makanan stakat pukul 9 malam ini. pelik kan diet i. makan berat malam. ngahaha. nak buat macammana masak untuk husband dinner jer, tak kan i nak tengok jer mata terkebil-kebil. walaubagaimanapon i selalu try makan sebelum maghrib. tapi kalo husband balik lambat terlajak jugak.

so esok nak try shake 2 kali. minum air banyak-banyak. hari ni habis minum 3 liter. dan mahu ke gym petang. hopefully berjaya.

semangat.semangat~

demiyu student-student rumah atas. anak den baru jer nak tido hangpa memekik. aish!

Tuesday, 7 December 2010

cafe kat sini dah bukak!

Photobucket

dah lama tunggu cafe dan kedai-kedai bawah ni bukak sebenarnya. tak payah nak pergi makan jauh-jauh kalau mood malas melanda kan. lagi best kalau kedai runcit dah bukak. kalau setakat nak beli sikit-sikit or nak beli bahan masakan yang tak cukup tak payah bersusah payah nak pergi giant.

semalam balik check up singgah mid valley. pastu tak sempat makan sebab mengejar masa tak sembahyang asar lagi. bila sampai rumah perut sangat lapar tapi malas nak masak. bukak facebook Gee kata cafe bawah dah buka terus suruh pok we siap-siap ajak dia makan kat cafe bawah jer.

Photobucket
lapar!
Photobucket
sejuk sangat sebab baru lepas hujan

Photobucket
horlick ngan teh ais

Photobucket
nasi goreng kampung telur mata pok we punya

i makan mee goreng telur mata. tapi baru nak snap bateri habis. cess.

total RM 9.90. portion dia banyak jugak lah. mee goreng tuh membukit. rasa biasa-biasa jer. tapi lepas ni dah senang la sikit nak makan kalau malas nak keluar.