Showing posts with label finger food. Show all posts
Showing posts with label finger food. Show all posts

Wednesday, 10 October 2012

keria labu

labu salah satu makanan kesukaan rasulullah. antara makanan awal-awal maryam makan jugak. since baby sampai sekarang. memang tak putus bekalan labu. nenek dia bawak from kelantan, orang bagi, walid beli. ade jelah stock labu tu. masak mcm2. buat breakfast, lunch, dinner. tapi sekarang kalau buat sayur, makan labu seketul-seketul macam tu dia tak nak dah. bosan gamoknye. kene buat cucur, lempeng, and ni try buat keria labu pulok.

keria labu

 bahan-bahan diperlukan

labu 
tepung atta

sahajaaaa

steam labu, lenyek-lenyek. tunggu sejuk sikit. campur tepung atta sampai boleh bentukkan bentuk donat.

heee. senang jer. i tak reti sangat nak berseni-seni buat bentuk santek-santek ni. plus adunan ni i biar dia lembik sikit takut banyak tepung tak sedap plak kan.

goreng sekejap, done!

kalau bawah setahun. baik bakar.










Tuesday, 7 August 2012

breakfast anak dara

 cheesy broccoli roll 

sekeping roti
brokoli floret
cheese disagat
telur

tabur cheese dan brokoli atas roti, gulung kemas-kemas. celup telur. goreng diatas pan dengan sedikit minyak. balik-balikkan sehingga masak rata.

ummi rasa nak bagi makan atas meja

tak nak! nak makan bawah jugak atas sofa.

buat muka busuk

aummmm

 minum air sikit





 main ape entah

main sorok-sorok

cakk....aaaa

penat main sambung makan balik. doh bilo nak gemuk?

pagi tadi,
 buruh kasar ummi. menyapu kalau nak makan breakfast

walid yang pakaikan baju lepas mandi semalam. baju habis besar. huhu

 makan banana roll pulak

 sebiji pisang
sekeping roti
telur

gulung pisang kemas-kemas dalam roti. celup telur, goreng atas pan dengan sedikit minyak. boleh makan ngap begitu sahaja. tapi kalau maryam nak kene potong-potong sekali ngap.

i malas nak bakar roti buat breadcrumb. kalau salut breadcrumb pon sedap jugak.

ummi masak lambat sangat...saya makan kurma dulu

nampak banyak terus jadi pentamak

masa sangat terhad sekarang. tak de masa sangat nak update. i suka melayan maryam sekarang. main-main ngan dia. rasa sanyang nak mengadap lappy. dia tido pon kejap-kejap jer. petang dah nak kene slow-slow masuk dapur sambil melayan dia jugak. so slow lah sikit perjalanan blog ni. heheh

Wednesday, 1 August 2012

minum petang

 baked potato chip dengan mango lassi.

mango lassi memang dah sedia maklum,

mangga sebiji
2-3 sudu besar yogurt
sedikit air/ fresh milk kalau dah 1y++

blend semua. done!

baked potato chip tu sebenarnya tak jadi pon sebab dia adalah tak sekata. ade part lembut, ade part lemau. tapi homemade tak perlu perfect kan? asal anak makan tu ok ler teww. heheheh

2nd time sebenarnya buat. first time buat buat ngan keledek. result dia agak mengecewakan sebab maryam tak makan. instead of rangup dia jadi keras. mungkin masa tu kurang minyak. yang i buat untuk walid dia, goreng jer deep fried dia makan la jugak sikit-sikit. so kali ni i gaul dengan banyak minyak. tapi i adalah pemalas kali ni potong tak sekata la pulak tu yang kerangupan tak sekata tu kut. step2nya

1) potong kentang
2)basuh dan tos-kan
3) lap dengan tisu dapor
4) gaul dengan minyak. masa ni nak tambah herb pon boleh. tapi i tak tambah ape-ape pon. memang dah sedap.
5) susun atas baking sheet selapis jer
6) bakar suhu 180 degree C 9next time nak try dengan suhu yang lagi tinggi)
7) balik sekali sekata
8) bila dah keperangan angkat lah


 sedap tak maryam?

sekali sekala kalau mood ummi merajin boleh lahhhh =P

 epal + manggo smoothies

blend  sebiji epal (buang kulit) dengan setengah biji mangga dengan yogurt dengan sedikit air / susu. 

setakat ni kalau buat smoothies/ lassi kat maryam i tambah air masak jer. mayam mak tak intro lagi fresh milk untuk minum. yer lah. kata minum susu ummi jer. tapi untuk masak tu dah letak dah sikit-sikit.




 sedap menjilat bibir =P

gulp gulp gulp


muka happy!

Tuesday, 24 July 2012

french toast rajin dan malas

buat food cantik-cantik kat maryam ni adalah macam satu terapi (cantik ke?) . kepuasan disitu. tapi kerajinan bukan ade sokmo. heheh

ni masa rajin. 123 broccoli french toast

sila telengkan kepala. dengki blogspot ni. sukahati dia nak rotate.

 maryam pon nampak happy bila bentuk cantik macam ni. 

senang sangat nak buat brokoli french toast ni. hanya perlukan.

2 keping roti
sebiji telur (pukul)
brokoli floret

cara nak buat dia. tekap roti keping guna acuan. celup roti dalam telur. goreng atas pan yang diletak sedikit minyak, tabur brokoli foret atas dia. balikkan biar dua-dua permukaan masak.

kalau malas jadi macam ni jer

hehehe. pukul telur, campak sekeping roti, goreng atas pan, tabur brokoli floret, setel!

pastu potong kecik-kecik sekali ngap.

habis jugak makan. cuma kurang laju je lah. huhu

kalau malas lagi jadi lah macam ni. cheesy raisin toast. hihi

tabur cheese ngan raisin atas roti, bakar dalam sandwich maker. done!



Monday, 23 July 2012

brunch!

 amboih..puasanya mak..sampai tak sempat nak update blog. -___-"

hari ni pon pukul berapa baru celik mata. maryam pon kalau ummi tido sekali sedap lah dia... ni brunch maryam harini. breakfast kul 1130. brunch la dok..ni kul berapa la pulak jumpa nasi.

lempeng kurma tabur kismis

blend sebiji  dengan tepung atta, dengan sebiji telur, dengan air. tak dak sukatan. mak main campak-campak jer. anak dah kelaparan. tapi adunan cair lah. supaya dia fluffy-fluffy. masak atas pan, letak minyak skit, ratakan ngan tisu, guna api perlahan, masak lah sampai masak.

bila dah masak potong kecik-kecik sekali ngap. mak tak kuasa nak buat bendtuk santek-santek. hahaha. 

belasah lah

 muka berminyak sebab masa tengah masak dia dok buat projek main minyak dalam bilik. pastu masuk dapur tunjuk report tangan, muka habis berminyak. lantai bilik jangan ceritaaaa~

ape nak masak untuk maryam hari ni? nasi goreng jer aci maryam? hehehe

Monday, 25 June 2012

keropok ikan dori

i adalah sangat sihat hari ni. weeheeeheee

well, kalau cukup tido dan cukup kasih sayang insyaAllah sihat =P

pagi tadi i breakfast keropok lekor yang adik beli kat kuala kemamang hari tu, maryam i buatkan oat+ buah

dia kutip makan buah jer, pastu dia buat buat muka " blerghhh.. ape ni ummi. breakfast benda yang sama dua hari berturut-turut. tak nakkkk" *sambil tengok tv. dipendek kan cerita, lepas habis buah dia tak nak dah. hurmm

tapi dok sibuk nak keropok lekor mak. manaboleyhhhh!!!

so i pon defrost lah itu kepingan ikan dori. nak buat keropok express. masuk kepingan ikan dori, seketul ais, tepung ubi dalam food processor sampai dia membentuh doh. pastu gentel2. masa gentel tu xnak melekat guna tepung jugak. rebus sampai masak adunan terapung. pastu goreng. memang express. terima kasih kepada food processor.


sebab nak express, bentuk pon macam-macam.

 my first keropok



guna ikan isi hitam lagi cantik la kut result dia. huhu. tapi malas la pulok nak perisi ikan. ikan dori senang sebab dah xde tulang. lalala~

emang dasar pemalas.

Sunday, 10 June 2012

cucur labu

 murah rezeki maryam. labu kegemaran dia, tapi ummi jarang pon beli sebab stock labu tak pernah putus kat rumah ni. kalau nenek dia datang, nenek dia belikan banyak-banyak. ni pulak jiran kasi. fresh dari ladang. tanam sendiri. tapi ayah dia tanam kat kampung la. hihi. mana nak tanam kat apartment niiiii

breakfast ummi ngan maryam.

puree labu (steam labu, lenyek dengan garpu sampai hancur)
air suam sikit
tepung atta
telur (optional)
sedikit soda bicarbonat (optional, kalau budak kicik lagi xyah letak pon tak pe)

gaul sebati, goreng mcm biasa.

fresh milk ngan cucur saiz besau-besau tu ummi punya. maryam saiz mini sekali suap ngan susu ummi jer. hihi

alhamdulillah. dah nak dekat 3 bulan dah baby dalam perut. masih ade rezeki maryam nak menyusu susu ummi. susu alhamdulillah masih cukup. lagipon direct feeding tak de masalah kut. insyaAllah.

 hooo..sedap jugak makhluk buruk rupa ni

tapi yang ummi macam lagi best jerr

tak pelah maryam makan yang maryam punya lah


 auuuummmm!

seluar ibu belikan

ish. ish. sipi nye duduk budok weii



 sumbat sampai penuh mulut. kalau benda dia suka dia ade masalah ketamakan sikit. kalau dibiarkan habis satu pinggan tu dia sumbat

marah sebab ummi amik pinggan

telan dulu!