Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Monday, 26 September 2011

jumpa lagi next year adlina!

Photobucket
ade sapa-sapa terlebih duit nak sponser i pergi scotland?


Photobucketbaru bangun tido buat muka macam ni menggoda sangat lah!

kadang-kadang, bila tengok kawan-kawan yang masing-masing berlainan hala tuju dengan i, masing-masing sedang struggle membina masa depan yang cemerlang, masing-masing tengah menikmati hasil titik peluh sendiri ade jugak rasa terdetik dihati.

'betul ke keputusan yang aku buat ni?'

raya hari tu macam biasalah kalau pergi raya mesti ade jer soalan.

'dah kerja ke?'

'sekarang kerja mana?'

'kalau pergi kerja maryam sape jaga?'

dan diikuti dengan kata-kata

'tak rasa rugi ke belajar lama-lama pastu tak kerja?'

memang mendown kan semangat orang. takpon,

'jaga anak sendiri ni bagus sebenarnya. ade lecturer tuh, dia tak bagi wife dia kerja. suruh jaga anak kat rumah. tapi dia takpe lah, duit banyak tak habis nak pakai. kita ni?'

hurm... tak tahulah dia menyokong ke tak. macam sokong kalau lah duit belambak-lambak, yes boleh jadi housewife. kalau cukup-cukup makan pergilah cari kerja jer. as if kalau aku tak cukup makan aku nak pergi mintak duit dia jer. haish. takpon,

'cari lah kerja, masa muda-muda ni tak rasa, bila tua nanti baru rasa menyesal. lagipon perempuan kene ade pendapatan sendiri, kalau jadi ape-ape susah'

ni lah ayat paling menggusarkan hati. bila dengan memang akan down-se-down-down-nye. sebab i tak boleh nampak ape yang akan berlaku masa depan. maybe betul lah ape dia cakap. maybe tak. i nampak rasai jer yang jadi housewife bahagia sampai ke anak cucu. ade jugak lah yang sengsara di tengah jalan tuh.

macam-macamlah sampai kadang-kadang sekarang ni rasa dah malas nye nak berjalan pergi jumpa orang kalau kat kampung.

i jadi housewife bukan nye ade orang paksa.memang i yang nak. tapi kadang-kadang tu adelah datang mood tak bersyukur morale down. i memerlukan sokongan orang-orang sekeliling. penat-penat i membina keyakinan yang i sedang buat benda yang mulia, balik kampung runtuh macam tu jer.

orang akan cakap, 'bestnya jadi housewife, kalau husband i mampu i pon tak nak kerja.'

ape yang best entah jadi housewife.

boleh tido sampai tengahhari? dah lama tak tido sampai tengahhari. memang lah boleh bangaun lambat ataupon sambung tido lepas subuh. tapi nanti tak sempat nak mengemas. kpi suri rumah ni berdasarkan kekemasan rumah. nanti orang datang,

'apelah yanng ko buat hari-hari sampai nak kemas rumah pon tak boleh'

boleh blogging sesuka hati?

blogging pon sambil berperang ngan anak, sambil menyusu anak. kecuali malam, bila anak tido. tu pon berfikir, nak habiskan masa baca blog orang ke, nak lipat kain.

dengan rasa usaha tak pernah dihargainye.
dengan duit takdenye.
dengan rasa muak tengok kain setimbun, habuk, mop, vacuum. tu jelah kau hadap hari-hari.
dengan takde orang nak berbual pon. boleh jer pergi melepak or berbual dengan jiran. but then adelah nanti kerja terbengkalai. housewife rumah kene perfect. remember?
walaupon memasak adalah kesukaan kalau mengadap dapo hari-hari jadi jugak muaknye.
kita akan jadi super sensitif nak terasa macam-macam benda walaupon tak perlu terasa pon.
orang cakap pasal nak rumah besar aku yang terasa.
orang cakap pasal nak kereta besar aku rasa bersalah.


komen i tutup sebab tak nak baca komen,

'u patut bersyuku ade peluang besarkan anak sendiri. kalau husband i kaya i pon nak jadi housewife jugak jaga makan minum family'

komfem adenyelah komen macam tu.

bukan i tak bersyukur. bersyukur sangat-sangat maryam membesar depan i. bersyukur sangat-sangat ade hsuband yang masih mampu bagi makan minum walaupon i tak kerja.

tapi i ni manusia biasa jugak.

kalaupon i ni sangat yakin pon dengan keputusan i, kalau 10 orang datang kat i, 9 orang memperlekehkan keputusan i, goyah jugak. tambah-tambah dengan keadaan housewife ni bukan lah seindah yang disangka.

penat okeh penat.

bukan nye nak suruh 10 orang datang tu 10 orang menyokong i. tak cakap ape-ape pasal ni pon lagi bagus.

Thursday, 18 August 2011

money can't buy you happiness

*keching* keching*



i nampak satu contoh yang sangat jelas hari ni.





Wednesday, 17 August 2011

nok tiok seroo

huaaaa..benci ah photobucket!



semua hilang gambar..habis gambar-gambar maryam. tak tahu pulak wujud benda-benda macam ni. eee..nak mencarutnyeeee



xpelah maryam. memandangkan ummi mung nih ditakdirkan untuk tidak bekerja, jadi memang ditakdirkan akan membuang masa mengupload balik gambar-gambar dalam entry lepas-lepas sedikit demi sedikit. yang pasti sebelum maryam pandai membaca insyaallah ummi dah setel upload gambar-gambar. bila eh aku start guna photobucket ni? baru jer kut..dalam setahun. so berapa kali eh aku merapu dalam ni dalam setahun? (belek balik blog). dengggggg..last year 606. kau merepek ape maghfarah!!!!



*pengsan*







Monday, 15 August 2011

saja nak suruh kita lebih berhati-hati

rentetan kisah semalam , husband yang sekarang kerja tengah bertimbun-timbun kerja kat ofis pergi balik kat kedai tu nak jumpa itu budak muka baik hati busuk sebab geram. bila pergi tanya budak tu tak mengaku and bila kecoh-kecoh sikit keadaan nya ramai pekerja datang kerumun so husband macam malas nak kecoh. lagipon nampak sangat mereka sudah berpakat karang tak pasal-pasal jadi apa-apa semata-mata RM 100. very tak berbaloi.



so i tanya,



"u ade pergi report polis tak?"



"hurm..tengoklah. buzy lah i sekarang ni banyak kerja kat ofis. tadi pon dah buang masa banyak. kalau polis nak layan ok jugak. setakat kene tipu RM 100. banyak lagi kes rogol and bunuh tak setel"



tersenyap saya di situ. betul jugak.



pernah i kene tipu tapi i dapat balik duit tu dengan cara bodoh bila ingat rasa nak ketuk kepala sendiri. i dapat balik duit tu, tapi i pergi buat polis report sebab tak nak orang lain kene macam i kene. i dapat no plat kereta si penjahat dan no phone kereta si penjahat.



kalaulah katakan no plat kereta dia boleh palsukan, no phone kan ade, polis still boleh tahu sapa pemilik no telefon tu. tu lah tujuan kita register no phone kan?



bila i tanya polis ape tindakan selanjutnya lepas i buat report ni, polis tu jawab camane entah dah lupa tapi maksud nya berbunyi,



"takde ape yang kita boleh buat. hanya boleh simpan buat rujukan lepas ni"



dan i dapat jugak leteran free dua tiga das daripada pakcik polis yang mana sebelum ke balai polis tu telinga i dah bernanah dengar leteran husband. so bila ke balai polis nanah berdarah. dia memang nak ingatkan kita supaya next time lebih berhati-hati. tapi bukan tu i nak dengar bila i penat-penat habiskan masa buat report. i nak tahu ape tindakan. so jawapannya. takde tindakan.



sama jugak kalau kita report ade penipuan kat internet. kita ade no phone dan siap ade no akaun si penipu yang mana kita tahu lagi nama penuh. pihak bank mestilah boleh tahukan segala alamat bagai. kalau dia nak tangkap boleh sangat. tapi kalau nak tangkap pon buat ape? bayar denda. dia untung berganda-ganda, setakat bayar denda seribu dua ape ade hal!



tu pon kalau ade tindakan and dia kene denda, kalau menipu dan terus menipu tapi tak kena tangkap? si mangsa ugut nak report polis pon dia buat muka toya. sebab tahu, reportlah polis, kalau setakat kene tipu seratus banyak lagi kes-kes jenayah berat yang polis nak handle. kene kes 100 juta baru nak dilayan gamaknye.



tapi kalau i jadi penjahat curi seratus dua semata-mata nak cari duit makan baik i pergi serah diri kat balai polis jer. masuk lokap. makan berak ditanggung. baju free. tak payah susah-susah mencuri. silap-silap mencuri kene belasah free. hurmmphh!



i kalau barang i hilang or kene curi mesti i pikir ni adelah ni i buat salah ape-ape. allah tarik balik rezeki yang dia bagi. saja-saja lewatkan sembahyang ke, bersubuh gajah walaupon dah bagun kul 630 tapi malas nak bangun ke, dosa-dosa zaman muda ke, mengumpat orang ke. takpelah. allah bagi belepek atas dunia. kalau fikir macam tu tak lah rasa ralat sangat. hati pon cepat sikit tenang.



ingat 2-3 bulan lepas camera pembelian husband hadiah bersalinkan maryam kene cilok sekali ngan purse. purse tu ade berapa jer duitnye. biasalah, i kan ade banker bergerak. lagipon selepas kes i kene tipu dulu, husband dah tak bagi i pegang cash banyak kat tangan. duit die bank in jer (senang nak shopping online. eh) . ade hikmah jugak i kene tipu dulu. atleast beringat. kan? tapi bila ic hilang, kad bank hilang, semua-semua lah hilang tersangat lah lecehnya nak pergi buat balik. tu yang buat geram. bukan duit. lesen kereta pon sampai sekarang tak buat-buat. mintak-mintak bila kene dugaan macam ni gugurlah banyak sikit dosa. tapi kalau masa kene duga macam ni tak henti-henti mencarut macammana? hilang ke dosa? ke makin bertambah sebab mencarut?-___-"



bila kene musibah macam ni kita akan beringat-ingatlah sikit lepas ni. kiteorang pon semenjak dua menjak ni selalu gak cuai. i memang sifat azali begitu. orang german cakap 'tebolas'. husband pulak tak tahulah semenjak dua menjak ni ape yang dia dok fikir sangat. u pikir ape bie? u fikir kalau ade duit lebih nak cari bini baru or nak beli superbike ke? hahaha. keji tau semalam die tanya i soalan macam tu. sunnat sekali lagi baru tau!



semalam jiran ade cerita die pon pernah kene. tapi rm 800 kau! berbaloi gak nak berusaha lebih sikit.



kiteorang bersyukurlah budak tu bodoh sikit. alang-alang nak huat dosa curi la banyak sikit weh. baru berbaloi.



so redha je lah. tapi tak halalkan satu sen pon budak muka asyraf sinclair and the gang. mudah-mudahan allah balas korang setepek atas dunia jugak. accident sebab guna minyak haram ke, enjin rosak sebab guna minyak haram ke sampai kene baiki beribu-ribu semata-mata guna minyak curi seratus. kalau tak kene setepek atas dunia bagus jugak. menjawab lah dengan Allah kelak!



Sunday, 14 August 2011

bulan puasa syaitan dah kene ikat tapi kau still lagi nak buat jahat

kalau buat jahat kita salahkan setan. dah tu sekarang setan takde jahat jugak kenapa? sebab diri sendiri perangai lebih dari setan



last week, kiteorang pergi shopping baru raya husband. husband suka pergi shopping kat satu kedai ni. kat situ baju kemeja linen kain best harga tak mahal sangat. nak bayar macam si casher cakap banyak dok main ngan maryam. siatuasi biasa sebab maryam pergi mana-mana orang suka sebab dia suka senyum plus ngan sapa-sapa pon dia sibuk nak pergi.



lepas bayar semua pergi kedai lain. bila nak bayar barang kat kedai lain baru perasan credit card yang husband guna buat bayar kat kedai tadi tak ada. kiteorang cari-cari takde. so pergi kedai tadi dia cakap memang tertinggal tapi budak pekerja dia bawak pergi mana entah (i tak dengar sangat sebab jauh maryam nak tido masa ni dia buat perangai).



casher perempuan tu dok sibuk call yang lelaki yang bawak cc husband tu tapi tak dapat. perempuan tu cakap lelaki tu silent phone.



i dalam hati,



'tau-tau pulak die lelaki tu silent phone'



lama jugak kiteorang tunggu baru pekerja lelaki tu sampai bagi cc. kiteorang balik jer. and tak syak ape-ape nak check bagaikan.



harini husband cakap pekerja tu isi minyak ngan cc tu RM 100!



i syak dieorang memang berpakat. saja tak bagi cc tu dan kiteorang pon terleka. biasa husband fasi benda-benda macam ni. kalau i lain lah. tapi nak buat macam mana, kalau dah emmang nak takde rezeki tuh, orang yang berhati-hati macam husband pon kene jugak.



tapi i sekarang sungguh sangat geram.



sebab masa kat kedai tu i ada syak dieorang berpakat tapi bila cc tu ade depan mata i tak buat ape-ape sebab malas nak layan dah penat plus maryam mood tak berapa ok.



nasib baiklah dia paw RM 100 jer. bukan riburiban. tapi 100 tu dah boleh dapat 2 dress maryam wei!



dah boleh dapat toys maryam wei!



i suruh husband report polis. station minyak ade cc tv tak?



i kenal lagi muka budak tuh muka baik-baik ala-ala asyraf sinclair. muka baik tapi perangai busuk. isk.

Wednesday, 25 May 2011

sedih

i tak faham kenapa orang ni susah nak paham bahasa

tak faham ke kalau orang cakap tak suka

ke hati dan perasaan i ni tak bebaloi pon untk dijaga

sporting sporting jugak

kawan kawan juagak

tapi tolong tahu batas

kalau still lagi tak faham, cuba letak diri sendiri dalam situasi i

sesetengah orang pikir benda ni kelakar

tak kelakar langsung!

Monday, 11 April 2011

baby jarum in action

Photobucket

Photobucket
mak tak kuasa u~!

Photobucket

insecure.

haih hati. why oh why. ko kan cool.

i hate this feeling.

=(


Tuesday, 5 April 2011

mood naik dan turun

i bangun hari ni dengan semangat waja. tapi tiba-tiba hilang segala mood rajin. jadi pemalas lagi bagus. tak guna jadi rajin-rajin sangat neh

rasa nak duduk terbongkang atas katil on ekon kuat-kuat membungkus dalam selimut

kerja rumah?

habuk tu boleh masuk dalam tong sampah sendiri
perabot dia pandai teratur sendiri.

masak?

keluarkan je dari peti, nanti pandai lah dia masak sendiri
alah lagi pon masak jer pon, kacau-kacau siap.

maryam?

boleh bangun mandi sendiri
cari makanan sendiri
boleh main sorang-sorang

haih

mommy love u. tau?

Monday, 14 February 2011

tak paham bahasa

cuba bayangkan

anda tahu anda memang tidak disukai oleh seseorang. ataupon seseorang tu sedang menjauhkan diri dari anda.

sebabnya anda telah melakukan kucar kacir dalam hidup dia.

anda nak ke add orang tu balik dalam facebook lepas orang tu dah delete?

nak ke hantar message congrats ke ape..

nak mengeratkan silaturrahim?

dah tu..awat dulu hang hancurkan silaturrahim tu?

elok-elok aku dah tak marah. saja datang nyendeng-nyendeng nak bagi dosa aku yang dah sedia ade banyak ni bertambah.

orang tak suka pergi jauh-jauh boleh?

hish..

Wednesday, 9 February 2011

haish

nak update pasal diet progress. tapi malas pulak nak transfer gambar. esok-esok lah yer. kalau esok bilom ada maknanya esok kepada esok. heheh

setakat ni walaupon masih lagi gemuk tapi sangat teruja ngan prestasi diri. esok lah cerita yer. tapi jangan salah sangka mcam husband saya. bila i teruja cakap berat turun terus dia ingat i turun 20kg!

huh. hampes betul. agak-agak la kan. harus lah letak 3 tin biskut jacob tu.

tak banyak. tapi tak sangka. i ingat turun sangat sikit.

eh. esok lah cite. lebih-lebih pulak

sekarang ni yang jadi assistant kat umah adik yang no 4. sekarang ni tengah tunggu result SPM. dia lah yang aku mintak tolong. dialah teman bercakap. dialah teman bergaduh (bergaduh tu yang selalu sangat sebenarnye)=___="

tadi dia tengok camera i tak transfer lagi gambar yang i ambik. dia tengok berat.

abe cik: berat kak cik *tuuuuttt* ke?

tuan rumah: holas. kenapa?

abe cik: ouh..lebih kurang la ngan berat abe cik. tapi kenapa kak cik...... (senyap)

tuan rumah: hah. kenape ape??kenape ape?!!

abe cik: abe cik nampak kak cik gemuk jer. berat sama ngan abe cik.

hang tau dah hang laki? laki ni kurus pon berat. tulang hang berat, otot hang banyak.

hang tau dak hang tu tinggi? hang tau dak? hang tau dak?

Sunday, 23 January 2011

ni rase nak upgrade broadband ni!

hello si cantik manis hensem bergaya,

banyak sangat gambar nak di upload dan cerita nak dishare. tapi malangnya bb selkom ni dah exceed limit usage dah. bayangkanlah nak blog walking pon bercinta. haish. so peram la dulu cerita sementara tunggu bb dah laju yer. agak-agak dah tak de modal nanti i publish jer walaupon tak de gambar. entry tanpa gamba adalah sangat tak seronok sebenarnya. tapi kalau nak tengok gambar maryam si gondol jelita yang bulat tengok la fb yer. upload gambar kat fb pon sangat la bercinta. tapi apakan daya, demi bapaknya yang mahu melihat anaknya, gigih jugak upload sekeping 5 jam. -____-"

dah alang-alang update ni, i nak belebe. gambar takde so i type panjang-panjang. kalau bosan tutp mata.=p

sekarang ni ramai lah datang rumah parents i ni sebab datang melawat maryam ni kan. yang tua-tua la ramai. tahu tak satu sifat orang tua yang kite kene sabar banyak-banayk bila dengar dia bercakap?

ayat penyata yang sungguh jujur dan ikhlas tanpa pandang kiri kanan.

i gemuk sekarang. memang diakui. tapi tolong lah consider sikit. i baru diet 3 minggu kot. mane ade orang yang gain 20kg mase pregnant slim cantik menarik dalam masa 3 minggu?

marah betul! (emo aku bab-bab orang kata aku gemuk ni walaupon memang gemuk. best nya pregnant. best nya. best nya! bie, jom buat anak!)

"wei la tubbuh nyo anok. hooohh. mok pon samo GEMUK"

maksudnya,

"chubby nye baby. hoh. mummy pon sama gemuk"

berase hati tau mok cikkkk.

"GEMUK nyo ayah. ni kalu tok kuruh sebelum habih patey meme dok GEDEBOK gini la"

maksudnya

"gemuk nya ayah (nama manja i). ni kalau tak kurus sebelum habis pantang memang sampai bila-bila la tak kurus"

mak cik, saya kumpul lemak 9 bulan ok. takkan nak kurus sekelip mata.

saya mengalami ketensyenan di sini.

xpe. buat aku makin semangat nak kurus. chayyok2!!

eh. tiba-tiba rasa macam tak panjang sangat entry ni. ngeheh

Sunday, 16 January 2011

janji

i ade buat janji secara dengan tidak langsung dengan beberapa orang yang penting dalam hidup dan beberapa orang yang yang selalu tanya pasal status 'jobless' i. bukan janji lah sebenarnya, tapi sebab lidah dah berkata mesti orang ingat so i kene tunaikan ape yang i kata kan?

sape-sape tanya dulu mesti i akan jawab,

" tengok lah dulu bile dah ade anak sorang"

"tengok lah kalau baby dah lahir, sapa nak ambik perempuan mengandung masa interview kerja?"

sekarang dah nak dekat sebulan. i kene buat something. update resume atleast!

eh? mane resume aku eh? (nampak sangat dah lama berhenti buat job hunting)

sape bace blog salam dua benua. alaaa. blog femes tuuuu. ade cakap pasal 'jobless housewife ni'. alah. korang pergi la bace sendiri. click sini

ade anon buat komen cakap "lucky u kawen mat saleh"

i rase pon die lucky jugak. bukan sebab mat saleh kaye ke ape. tapi bila die kawen ngan mat saleh, die boleh pindah pergi australia. boleh jadi housewife dengan senang hati. sebab dieorang punya culture tak memandang rendah golongan housewife ni.

cuba balik malaysia. tengok boleh jadi housewife dengan senang hati tak. tambah-tambah kalau yang educated. ade seketul degree tuh kire dah educated la kan.

adei cik adik, kenapa cik adik jadi macamni. cik adik pergi jelah update resume yang dah kepam tu, guna la itu degree buat cari keleja. takkan cik adik nak gantung je degree kat dinding.

kenape bila dah ade degree tak boleh jadi housewife? i kenal jer orang dah habis master dah pon. tapi jadi hausewife.

tolongbrainwashsaya.tolongbuatsayasemangatcarikerja.tolonghilangkanniatsayanakjadihousewife.

selfish ke i kalau i buat keputusan nak jadi housewife?
jadi housewife maknenya,

1. mengsia-siakan penat lelah parents membesarkan i, bagi belajar tinggi-tinggi.
2. tak boleh nak banggakan parents. saya tahu betapa bangga nya abah saya bila saya masuk universiti itu. tapi betapa tak bangga nya dia sekarang bila orang tanya i kerja ape sekarang. dem!
3. tak boleh balas jasa parents. no kerja means no money. tapi kalau kerja every month ke bagi duit kat parents?
4. biarkan husband stress cari duit sorang-sorang. dok kl seme benda duit!

ok. benda-benda kat atas ni still tak menaikkan semangat nak cari keleja.

sape boleh buat saya semangat cari keleja saya upah gula-gula (gula-gula cukup ah. orang jobless tak de duit=p)

tapi jangan umpan i dengan gucci, coach, lv, dan sebagainya. idongivadem dengan itu benda.

sila bagi benda lain yang lagi mencabar.

Wednesday, 8 December 2010

buat ape bila husband tak de?

dah berape hari yer kene tinggal? baru 9 hari..lama lagi nak menghintung hari. ingatkan bila husband takde boleh la update blog 10 kali sehari kan. ngehehehe. tapi bila dia takde takde idea pulak nak merapu.

dulu ramai tanya, takde anak buat ape je kat rumah kan?

kalau ade husband ade jugak lah aktiviti berfaedah yang boleh dibuat. layan husband. masak. blablabla.. (kerja bosan seorang suri rumah)

dah takde husband ni semua benda malas. kemas rumah? malassss. tak de orang nak merungut rumah bersepah. basuh baju? rajinnnn. sebab masuk mesin jer. lipat kain. errr...dah takde bakul dah nak letak baju yang dah dibasuh. gahaha. 9 hari tak lipat kain. basuhnya hampir tiap-tiap hari. malam ni i lipat kain. (kalau rajin). masak? masak la jugak. tapi sangat lah simple. tak tahu consider masak ke tak.

nak bejalan-jalan. bosan. tapi nak pergi mane? shopping? banyak duit kauuu~~

akibat tak buat ape-ape nak update blog pon tak de idea. huhu. tapi percaya lah saya habiskan banyak masa sedar saya depan lappy tapi nak buat satu entry pon susah. bace blog orang je lah. tu pon macam malas giler nak mengomen. duhh! rajin giler perempuan ni.

boleh jer nak update blog dengan letak makanan yang ditapau kan..tapi kesian pulak kat husband. kat sana dah la dia mengalami kesukaran mencari makanan yang halal dan enak tanpa perlu masak sendiri. i cakap makan tomyam (walaupon masak guna paste) pon dia dah meroyan sampai dinner dia masak megi tomyam (cair!hahaha. fail~).

untuk dinner dia masih lagi makan sambal bilis penuh kasih sayang i ngan sambal daging yang mil bekalkan. sebab dia malas nak bukak paste-paste bekalan sebab jumaat ni nak pindah masuk apartment lain. kesian giler dinner hari-hari makan nasik ngan sambal ikan bilis. isk. dah la lunch makan ape yang ade jugak.

masalah betul bila ade penyakit ragu yang tinggi ni. kat malaysia pon dia memilih tempat makan and tak pergi kedai yang dia rasa status nya 'ragu' ape lagi kat tempat orang. tapi bagus jugak ragu dari dok menelan makanan yang entah pape kan. lagi pon stock makanan dari malaysia ade lagi. kalau dah darurat tu tawakal je lah.

hopefully bila masuk apartment baru u boleh masak lah bie. makan lah banyak-banyak sikit. jangan kurus sangat nanti penat i nak kene diet kuruskan badan bila lepas bersalin. mestilah i nak kene lagi kurus dari u. haish..dah la sekarang i lagi berat dari u. dengdeng!

sekarang dia dah ade internet connection kat office so senang lah hati i. walaupon bukan chatting sangat pon tapi bila tengok die online dah rasa senang hati. pastu kalau nak cakap pape senang dapat jawapan tak payah lah i nak kumpul semua pertanyaan dan aduan cakap bila malam jer.

malam pulak semestinyalah kembali ke zaman bercinta. bagus jugak berjauhan kadang-kadang ni. gihihi. dan bila tengah malam sayang nak shutdown lappy. kadang-kadang saja tunggu dia tido supaya boleh tengok dia tido. aish. i memang betul-betul angau kat husband sendiri. i really miss him.=(

wifey-wifey kat luar sana macam mana korang boleh hidup berbulan-bulan tak jumpa husband eh? masa bercinta paling lama tak jumpa pon sebulan je kut. isk. ade tips? nak distract perasaan ni pon tak boleh sebab i tak de buat pape pon.

ni tak masuk lagi cara-cara nak mengatasi masalah gersang lagi. haruslah pergi menuntut cara nak self service. =p



i dah cakap kan yang i rindu dia?

saya betulbetulbetulbetul rindu suami saya.

Wednesday, 24 November 2010

5 hari lagi: owh dengdeng!

cepat nye. semalam pergi beli food untuk dia bawak ke sana kat giant. dan beli barang kiriman kawan die jugak. rempah kari ngan rempah kurma.

"u tak nak bawak rempah kari ngan kurma sekali?"

"heh. dok malaysia pon tak makan. tiba-tiba kat sana nak masak pulak?"

a ah eh. hahaha. suami saya boleh hidup kalau ade kicap ngan cili sos. ingat kat bintulu dulu. asal die masak tu jelah bahan penting yang perlu ade. hahaha.

baju-baju dia hari ni nak start packing. sambil-sambil nak siang ikan bilis siap-siap. hari isnin ni nak buatkan dia sambal ikan bilis. (tak tahu berjaya ke tak) if berjaya maknanya kat sana boleh lah dia makan hasil air tangan isteri jugak. if tak berjaya makan je lah serunding daging. hahaha

petang nanti nak bertolak balik kelantan. esok buat sembahyang hajat kat rumah PIL. dulu, keputusan awal i nak kene balik bersalin kat kelantan, so sepatutnya hari ni i dah packing dah semua barang-barang i ngan baby angkut semua balik kelantan. dan duduk lah kat kelantan tu sampai bersalin. husband ahad datang sini. selasa baru naik flight so i kerugian dua hari nak duduk ngan dia. mana boleh! i nak ngan dia sampai dia pergi. boleh tolong-tolong dia buat persiapan terakhir tolong-tolong packing mana yang patut.

tapi sekarang tak lagi. =) i pon balik ke kl balik ngan dia hari ahad. tapi still tak boleh hantar dia kat airport sebab dia tak bagi. (hurmppph! takut menagis la tuh=p) tapi hantar dia kat pintu rumah macam selalu-selalu i buat kalau dia nak pergi kerja pon dah ok kut. huhuhu

semalam masa tengah nak pilih bahan-bahan makanan yang dia nak bawak berlaku perbualan:

"ala...bawak je lah yang u rasa perlu, nanti sebulan bila i bersalin u balik kan. so boleh top-up mana yang tak cukup"

"isk. u ni. bukan nye i komfem balik la sebulan nanti"

ala. bialah. i nak sedapkan hati sendiri. biarpon possibility u nak balik masa i bersalin adalah 10% jer. tapi i masih lagi berharap dengan 10% tuh.

tapi tak pe. kalaulah u tak boleh balik i ade gf-gf yang boleh bagi i semangat.

Monday, 22 November 2010

7 hari lagi:hati manyak senang woo~

eh. lapan hari lagi semalam tu bukan nak beranak lah sayang-sayang. 8 hari semalam tu, 8 hari nak kembali bujang(jom ronggeng~!). sekarang tinggal 7 hari. ramai pulak salah sangka. lambat lagi due i. 1.1.11 (suka nak cakap due date. mentang-mentang no cantik. hehe)

baru sampai rumah ni. tadi jumpa doctor seri pastu suruh husband drop kat midvalley(mv pah ceroh) nak beli barang sikit. masa lunch tadi baru husband amik hantar rumah.

kalau korang tengok muka i sekarang memang bersinar-sinar. macam ade nur gitu. sebab nya ade berita baik. huhuhu

mendapat jalan disebalik kebuntuan. alhamdulillah.

1. pok we induction 2 minggu jer. lepas 2 minggu dia akan kembali ke kl teman i. so boleh la stay kat kl.

2. next week mintak tolong gf datang teman. along tak berapa sihat sekarang. sedang mabuk-mabuk. tak boleh nak mintak tolong dia.

3. kalau tak yah stay kat kelantan maknenya boleh lah hantar husband nanti.

4. antenatal class nanti dah ade kawan nak teman. thanks=)

5. husband MUNGKIN ade masa i bersalin nanti. insyaAllah.

2,3 hari ni rasa macam serba tak kena sebab semua jalan macam buntu jer. sampai tak de mood nak buat pape pon. tiba-tiba hari ni semua berita baik datang. alhamdulillah.

thank you Allah.

Thursday, 18 November 2010

impian mak buyong

mode: air mata and hingus meleleh-leleh

impian saya tak complicated. nak kata tak bercita-cita tinggi pon boleh jugak. bila saya kahwin, impian nak sembahyang jemaah dengan suami, nak bahagia kan suami, nak pregnant secepat mungkin. nak bagi zuriat kat husband dan hidup bahagia sepanjang hayat.

bila dah kahwin, dah masuk phase try to conceive lagi banyak angan-angan.

1. i nak masa i buat pregnancy test, husband i ade ngan i.

sebulan lepas kahwin, period. hurm..tak pe. awal lagi. baru sebulan. bulan ke dua, period lambat seminggu. kami tunggu lagi. minggu ke dua period lambat husband beli pregnancy test kat farmasi. suruh dia tunggu kat luar, i nak study manual pregnancy test. nantikan salah. result? positive! i pregnant. lepas tu baru pergi check ngan doc. nak kepastian. tapi rupanya doctor pon cek guna pregnancy test jer jugak. ingat ade lah scan-scan kan. dah la pregnancy test doctor guna nampak murahan giler. huk huk huk

3 bulan yang sangat berbunga-bunga. semua bahagia. sampailah i sakit perut, bleeding, pergi hospital, doctor cakap baby dah tak bernyawa. masa tu husband outstation kat kota kinabalu. malam tu kiteorang drama air mata. esok pagi-pagi dia dah sampai kat kl. lepas buat d&c, lepas pantang. bermulah phase try to conceive episode dua.

episode ke dua tak sesenang episode pertama. sebab period tak betul dinding rahim tebal. so doctor cakap susahlah nak lekat kalau period tak betul and rahim tebal. makan hormon, nak betulkan balik period. sebab period sesuka hati nak datang dan pergi, kadang-kadang bila lambat period buat pregnancy test jugak. walaupon tahu tak pregnant. and walaupon dalam hati dah tahu, tapi bila result negative tetap menangis juga. (memang ratu air mata kan!). lepas 3 bulan berhenti makan hormon. period dah ok. sebulan lepas makan hormon, period. nangis! dua bulan lepas makan hormon lambat 5 hari. pergi klinik sorang-sorang. ingat nak berahsia ngan husband, tapi tak nak frust sorang-sorang, so cakap jugak masa tengah tunggu nak jumpa doctor. result? negative. tapi doctor cakap awal lagi. tunggu 2 minggu tak period cek lagi. ok. tak frust sangat sebab i rase 'sesuatu'.

2 minggu period still tak datang. masa tu kat kerteh ikut husband outstation, lepas dinner nak pergi mesra mall. nak pergi beli pregnancy test kat guardian. tapi husband cakap alang-alang pergi jelah klinik. test ngan doctor. result? positive. yeay! happy melompat-lompat sebarkan berita kat semua orang malam tu jugak.

2. bila dah pregnant, i nak husband i bersabar ngan kerenah masa morning sickness.

alhamdulillah. morning sickness tak delah teruk sangat. pening-pening jer. dan hidung jadi sensitive semua benda nak busuk. selera masa tuh nak yang rasa kuat-kuat, masin, dan pedas. kalau rasa muak-muak reject dan tak boleh nak masak sendiri. bila masuk bulan ke-3 bleeding lagi. naseb baek baby ok, tapi kene bed ridden sebulan dan hidup macam puteri beradu kat dalam rumah. masa ni husbandlah pencari nafkah, dialah bibik dirumah. haha. i? baring jer sambil berblogging. hehe. heaven! sangat terharu ngan layanan dia masa ni. i love u bie.

3. nak dia sabar dengan emosi and tahap kesihatan tak stabil i.

bab emosi, kadang-kadang dia sabar, kadang-kadang dia lagi emosi dari wanita pregnant. heheh. tapi bayak bertolak ansur sikit kut masa i pregnant. and semua keputusan dia bergantung kepada tahap kesihatan i. masa awal-awal banyak tak pergi outstation sebab risaukan i. and adik dia bertunang pon dia tak balik sebab kesihatan i tak stabil lagi.

4. nak dia letakkan losyen sepanjang pregnant

tiap-tiap malam kalau dia ade dia lah yang letak minyak. siang mestilah letak sendiri. so setakat ni impian ni berjalan lancar.

5. jadi tukang urut peribadi.

sekarang sebab memang badan lenguh sepanjang masa, kalau duduk berehat jer memnag dia urut-urut. so setakat ni impian ni pon berjalan lancar

6. pergi antenatal class sama-sama.

kiteorang register untuk class 4/12

7. husband temankan and ade dalam bilik doctor tu setiap kali check-up

setakat ni memang dia ade setiap kali check up

8. nak dia nampak semua perjalanan pregnancy.

stretch mark, heartburn, braxton hicks, pecah air ketuban mungkin. and saat masa nak beranak macam kita selalu tengok dalam tv. and perasaan cemas drive bini sedang sakit bersalin pergi hospital

9. nak dia ade kat labor room.

tak payah lah tengok anak keluar, tu kerja doctor. duduk jer sebelah i bagi semangat.

10. azankan/iqamahkan anak kiteorang


susah sangat ke impian i? i rasa semua orang pregnant nak seme benda kat atas ni kan. tapi impian i nampak nya semakin jauh ngan i. semakin kena berdikari. and mungkin kene bersalin tanpa husband disisi.

i tahu tuntutan kerja. i redha jer. terpaksa redha. ni first time i bersalin kut. ni anak first kiteorang kut. i need my husband! 11 hari lagi? mana cukup i nak bermanja-manja. ok. sebulan pon tak cukup. tak cukup selagi i tak bersalin. tak boleh ke tunggu i bersalin dulu. T_T

i nak masuk labor room ngan husband i~

bie, i tahu u pon berat hati nak tinggalkan kiteorang.

pengorbanan? hurm...

Sunday, 31 October 2010

swing swing

kadang-kadang i berangan nak jadi bree (desperate housewife). tak. i tak nak bentuk badan dia. kurus sangat. tak nak rambut dia. merah sangat. kalau badan i nak nak gaby. huk huk.

nak jadi bree bila bab-bab mood swing. bila mood swing dia semangat nak kemas rumah. nak sental semua kotoran-kotoran. mungkin masak boleh buat dia bersemangat semua. tapi i tak. bila mood tak ok i tend tu menghabiskan masa dengan bermonolog dalaman. baca blog yang tak pernah dibaca. melopong depan tv dan tak de idea pon tv tu tengah siar cerita ape. bila masak confirm ade something wrong dengan rasa masakan dan bila masak tak sedap rasa lagi down. benci.

setakat ni if mood i tak ok, mengemas rumah dan memasak bukan saluran untuk melepaskan amarah. bukan pengembali mood. if jiwa kacau berpunca dari orang luar, my husband memang ubat penenang. luah semua kat dia. insyaallah tak sampai 5 minit semua dah ok.

kalau husband penyebab jiwa kacau ape i nak buat?(jangan lah nak tipu cakap suami-suami anda 24/7 menyenangkan hati anda. sedangkan lidah lagi tergigit. ye dok?) kalau melibatkan rumah tangga yang susah sikit. nak cerita kat blog? tak boleh. rahsia rumah tangga. nak cari kawan-kawan? tak boleh. kan dah cakap rahsia rumah tangga. sebab tu ramai orang sakit mental kut sekarang. sebab tak jumpa saluran nak melepaskan nafsu amarah. nak mengadu kat Allah. bukan semua orang ingat allah dalam saat-saat macam ni. tapi sebenarnya kalau masa panas nak marah sampai telinga berdesing. amik air sembahyang mengaji memang sangat menenangkan. tapi bukan selalu rajin nak amik air sembahyang mengaji. lagi suka melepaskan marah tu kan.

i ade habit buruk yang memang dari dulu i amalkan bila marah and tak tahu nak buat ape. (amaran: sila jangan tiru). sebenarnya cara tu tak membantu sangat pon. tapi rasa puas sekejap. sekejap je lah. nak tahu ape? my husband suka panggil saya makhluk perosak. sebab memang. memang suka merosakkan barang. i bukan jenis orang yang jaga barang. tambah-tambah kalau barang sendiri.

okeh. kembali kepada cerita. ape yang i buat?

barang yang berada dekat i akan jadi mangsa. if phone di tangan, makanya phone lah jadi mangsa. pangggg!!! lempar kat dinding. berkecai. puas hati! sebab phone i sekarang cap ayam. kalo phone mahal pikir 2 kali jugak. lagi pon phone ni cepat berkecai. jatuh sikit pon dah berkecai. so tayah nak baling kuat-kuat. tengok dia berkecai dah puas hati.

hempap pintu. ni memang kegemaran jugak.

kalau tengah menumbuk pakai lesung, tumbuk kuat-kuat sampai lesung tu hampir nak terbelah dua. sampai kene tangan sendiri lagi bagus. bila sakit rasa marah tu hilang. berganti ngan rasa sakit pulak.

ade pernah baca kat mana entah. sape-sape ade habit ni ade berkait rapat masalah jiwa sebenarnya. tapi nak buat macam mana. macam tak boleh control bila marah. i kene lepaskan kat something. kalau tak rasa marah tu macam membengkak kat dada.

rasa macam nak beli punching bag lah. pastu nak letak gambar muka orang yang i marah. agak-agak i marah kat orang tuh i boleh tumbuk jer punching bag sampai puas hati. sambil-sambil exercise jugak tuh.

okeh husband, kalo sayang barang-barang kat rumah ni. sila belikan i benda ni.




memang khas bilau buat i marah!

Wednesday, 22 September 2010

beza fb and blog

caution: read at your own risk

sebelum membuat clarification, sebab telah membuat salah disini, i kene mintak maaf kat sini lah kan? plus, i tak tahu pon sape yang terasa.

memang sangat salah pon bercerita keaiban family kat blog. macam bukak pekung di dada eh? tapi i tak cakap pon sape kan? so i'm truly sorry pasal bukak pekung sendiri.

tapi ape yang sepatut orang faham adalah benda tu (kalo sape-sape sempat baca post tu) berlaku mane-mane jer. walaupon dalam family sendiri. bukan nya i nak cerita pasal pak cik i kawin lain dan sebagai nya. if nak bercerita i akan buat details siap ngan nama dan jalan cerita bagaimana ianya berlaku. dalam post i i cakap benda yang sangat general. cuma kalau ade yang terasa mungkin lah istilah 'siapa yang makan cili dia terasa pedas nya' berfungsi disini.

yang kedua, perasaan marah. yang ni memang tak boleh tolong. kadang-kadang orang berkata-kata benar boleh adalah orang yang yang salah. sekali lagi saya meminta maaf kerana lantang menyuarakan kemarahan saya. saya patut simpan benda ni dalam diri.

but if my sister dicurangi, i akan marah dengan lantangnya. (ini juga contoh situasi ya. jangan jadi isu pulak lepas ni ok)

tapi sekali lagi, buat contoh dengan masukkan contoh saudara (walaupon tak de nama) dan kemungkinan besar saudara tu baca adalah kesilapan saya. so saya mintak maaf.

if saya memang salah, saya bukan lah orang yang susah nak akui kesilapan. tapi tolong buat dengan saluran yang betul. cakap dengan saya sendiri kalau terasa. jangan main orang-orang tengah. or terasa sorang-sorang then pergi mengadu. sungguh tak boleh terima. sila membesar plis.

pasal private blog. nak private ke? tak lah. tak mungkin. cuma akan lebih berhati-hati. and isu panas mungkin akan timbul lagi if i tak boleh tahan emosi. sekali lagi, tolong respect sikit, ni ruang saya.

ok. berbalik kepada title.

saya tak aktive fb sebab saya rasa sangat terbuka. semua orang boleh baca sebab status or benda kita buat akan keluar kat home friendlist kita. so macam buat announcement jer rase kalau setiap kali type status. (ni pendapat saya ok!)

kat blog pulak, orang akan baca kalau dia memilih untuk nak baca. dengan kata lain kalau rasa nak tahu pasal saya dia akan click pada link blog saya.

i salah besar ke kalau kalau orang baca dairi i senyap-senyap, pastu dia baca benda i tulis, then dia terasa walaupon tak tujukan pada dia pon.

walaubagaimanapon, the damage has been done orang puteh kate. ape yang saya boleh buat adalah mintak maaf. ape yang dia boleh buat plis stop melawat blog ni. ini bukan blog ilmiah yang orang boleh dapat faedah bila maca. ni blog merapu yang ape-ape saja pon boleh tiba-tiba muncul. i share cerita dengan orang orang boleh menerima penulisan i jer. kalau rasa blog ni tak matured, tak bermoral, tak ade adab, tak reti bersyukur, tak berterima kasih, tak cukup memberi perhargaan, then tekan butang 'x'. i tak marah. sebab obviously, blog ni lebih kepada yang rapat dengan saya, yang care pasal saya, yang tahu saya luar dan dalam.

banyak pasal rumah tangga i pon. banyak pasal cerita dengan husband pon. banyak pasal benda yang i main masak-masak jer pon.

again, this is my space.

for me, macam konsep jiran tetangga. i boleh buat ape i suka kat rumah i. but if i ade buat benda salah, sila tegur dengan BERHEMAH. then i akan consider balik perasaan orang. if i rasa i salah, then i akan buat something.

okeh sayang-sayang yang sedang membaca blog picisan yang suka merapu entah ape-ape ni? adakah anda berpuas hati?

bila blog bukan lagi medium terbaik nak meluahkan perasaan.

seseorang telah offended dengan isi blog ini. tak tahu sape. dan dia pon tak cakap sendiri.

kadang-kadang benda dalam blog ni orang yang dekat ngan aku jer faham. aku akan bercerita yang lain, tapi maksudkan yang lain. bukan dia yang sepatutnya offended. orang lain. so sape-sape yang terasa tu, call saya.



tapi, ni ruang saya kan?


hurmm..dah patut amik langkah privatekan sikit blog ni. terlalu open terlalu banyak isu

sementara saya nak pikir ape yang nak buat dengan blog ni, if ade sape-sape tak puas hati or tak suka. tolong tekan butang 'x'