Showing posts with label avocado. Show all posts
Showing posts with label avocado. Show all posts

Saturday, 18 February 2012

makanan malas weekend..

 i terasa sungguh kemalasan lah dua tiga hari ni (eh..bukan memang selalu malas ke?)

ni penyakit extra malas menyerang.


bihun goreng singapore campak-campak untuk breakfast
 for maryam+ for walid

 pearcado+perahan limau sikit

lenyek2..letak kat roti dia tak nak...makan gitu jer

puding oat lagi for lunch. siyes malas nak masak. ni resepi kacau2 steam jer, haha

siaran ulangan ni sebenarnya..resepi boleh ambik kat sini

i lagi suka oat tak blend..campur sekali jer sebiji telur, setengah cawan susu, 1/4 cawan oat..buah2..pastu setam.sungguh easy kan? hehe

 kali ni i guna buah pear+pisang +passion fruit aka markisa. setap! masam manis


for walid

ikan masak kicap dan sayur kailan ikan masin

juga menu campak-campak

seriously malas ni...

Friday, 18 November 2011

yogurtlicious fruity oat

hari ni mood ummi biasa-biasa jer. so maryam makan food biasa-biasa jer. heheh

yogurtlicious fruity oat

2 sudu besar oat belum dimasak (dimasak)
1 sudu besar yogurt
1 sudu teh puree kurma


buah-buah potong: avocado, pear, grape

campur, oat, yogurt, kurma sehingga sebati, makan dengan hirisan buah.

kalau ikut grape ni boleh bagi seawal 6 bulan, SINI tapi i tak bagi dia awal sangat. masa 10 bulan bila dia makan semua buah baru i bagi. sebab orang tua kata sejuk kan. plus i asthma, kecik-kecik dulu pon i tak boleh makan grape sangat. lagi pon ntuk baby nak makan kene buang kulit. khasiat grape ni pulak macam dia punta antioksida banyak dok kat kulit. so untuk baby yang memerlukan banyak nutrisi untuk membesar ni jangan bagi dia sahaja, campur la ngan buah-buah lain.

avocado tu i lenyek jugak ahirnya, sebab pandai pulak maryam luahkan balik bila i suap avocado. pear ngan grape dia telan jer. so i lenyek avocado sekali. heh..ummi lagi pandai la maryam~~~