Showing posts with label idea for breakfast. Show all posts
Showing posts with label idea for breakfast. Show all posts

Thursday, 1 November 2012

give more. expect less

 assalamualaikum~

salam jumaat.

kita bukan nujum pak belalang. tahu ape dalam hati perut orang. buat jer part kita seikhlasnya. benda-benda lepas tu, orang nak appreciate syukur alhamdulillah. kalau tak pon tak pe. kita buat kerja kita jer. sekian sahaja tips nak happy buat hari ni. =)

hari ni bangun pagi. buat puding roti maryam seikhlasnya.


dia tak bangun lagi. boleh lah bakar. bakar mabik masa sikit. kalau oven i ni, suhu 180, 40 minit jugak kene bakar.

 resepi sama jer ngan sebelum ni. cuma kali ni i bakar and tambah unsalted butter sikit.

1 sudu teh unsalted butter
1 biji telur
1 keping roti
sebiji pisang
air untuk rendam roti sampai roti terendam sepenuhnya

rendam roti dalam air. pukul telur ngan unsalted butter. campur dengan roti. campur sekali ngan hirisan pisang. masuk dalam oven suhu 180 degree C, selama 40 minit, or sampai masak.

dah siap~

puing roti bakar dengan sos yogurt kurma

sos yogurt kurma ni senang jugak nak buatnya. blend jer 2-3 sudu besar yogurt dengan sebiji kurma. makan ngan puding roti

sedia untuk di ngap oleh tuan puteri







walid baru potong rambut semalam. pendek sikitlah dari biasa. tapi ok jer. budak ni rambut dia kalau yang depan ni cepat sangat panjang masuk matanya.

yogurt drink kegemaran ummi.

kurma+ air masak+ fresh milk+ kurma+ badam+yogurt. memang kenyang minum segelas ni. sejam nanti lapar balik=p

berfungsi sebagai milk booster mak jugak.

Thursday, 18 October 2012

puding oat

 puding oat bersama pisang dan kismis

sejak maryam sangat lalu makan ni, dah lama jugak tak berpuding dengan oat ni. dah 5 bulan dia lalu makan ape sahaja! cepat jer masa berlalu kan. teringat dulu macamana hari-hari mak struggle masak macam-macam. end up, sendiri masak, sendiri makan. hahaha. 

resepi puding oat boleh rujuk kat sini PUDING OAT jugak.

kali ni i lebihkan air. untuk air boleh guna air ke susu. suka hati. kesedapan puding aot ni bergantung kepada buah. oat pulak, kalau nak rendam pon boleh semalaman. perah lemon sikit. selin membantu nutrient senang diserap oleh badan, boleh cepatkan process memasak jugak. tapi boleh kurangkan air

1/4 cawan rolled oat
3/4 cawan air
telur sebiji
pisang sebiji saiz besar
kismis

campur jer semua. kukus sehingga masak dalam remekin. dalam 15 minit gitu. nak bakar pon boleh. lama la sikit ambik masa. 

layan gambar maryam makan puding oat.






i buat dapat 2 remekin tu. dia dah habiskan satu bekas dia makan sorang-sorang. lepas dia makan, i ambik lagi satu bekas ingat nak makan, tapi offer dia jugak. pastu dia datang mengendeng cakap "nakkk". so i tak makan lagi, suap dia dulu. mak makan kang tak cukup anak plak kang. tengok-tengok habis jugak lagi sebekas. =O banyak nye makan. mak nye terpaksa la breakfast benda lain. akibat kekenyangan snek ngan lunch tak makan sangat. huhu

*resepi ni untuk 1y+ sebab guna sebiji telur. kalau bawah setahun, nak makan jugak bila dah 8 ++ and tak allergic boleh la guna kuning telur jer dan make sure masak sepenuhnya.

Wednesday, 10 October 2012

keria labu

labu salah satu makanan kesukaan rasulullah. antara makanan awal-awal maryam makan jugak. since baby sampai sekarang. memang tak putus bekalan labu. nenek dia bawak from kelantan, orang bagi, walid beli. ade jelah stock labu tu. masak mcm2. buat breakfast, lunch, dinner. tapi sekarang kalau buat sayur, makan labu seketul-seketul macam tu dia tak nak dah. bosan gamoknye. kene buat cucur, lempeng, and ni try buat keria labu pulok.

keria labu

 bahan-bahan diperlukan

labu 
tepung atta

sahajaaaa

steam labu, lenyek-lenyek. tunggu sejuk sikit. campur tepung atta sampai boleh bentukkan bentuk donat.

heee. senang jer. i tak reti sangat nak berseni-seni buat bentuk santek-santek ni. plus adunan ni i biar dia lembik sikit takut banyak tepung tak sedap plak kan.

goreng sekejap, done!

kalau bawah setahun. baik bakar.










Monday, 1 October 2012

cheesy pumpkin soup


cheesy pumpkin soup with garlic bread

soup:

Bawang putih
bawang holland
daging cincang
labu
cheddar cheese

rebus bawang, dan daging dengan sedikit air. tunggu sehingga daging masak, masukkan labu. apabila labu sudah lembut masukkan cheese. lenyek2 semua bahan sebelum dihidangkan. blend jika perlu kalau nak texture lagi lembut.

*boleh tumis dulu bawang sebelum masukkan daging dan air. boleh tambah herb-herb lain untuk tambah rasa. boleh abaikan cheese kalau taknak. im so malas nak tumis-tumis so i just campak jer semua =P

garlic bread.

tunbuk seulas bawang. campur dengan satu sudu teh unsalted butter. sapu pada roti, bakar atas pan.




nyamuk berleluasa balik. cara natural tak berkesan and mak malas nak sedut chemical nak pasang ubat nyamuk. tskkkk

sebab nyamuk banyak kut semalam maryam sedar banyak kali. bangun menyusu 2 kali jer. selebihnya bangun suh garu. "gaaa" katanya. tapi dia sedar senang ah nak tido balik. gosok-gosok kaki sikit dia tido balik. mak niiiii. dah la susah nak tido balik. puas bergolek-golek. baru lah tido.

dia sangat well behaved 2,3 hari ni. sangatttt. suka dan bangga mak. ade la nangis sikit-sikit tu. tak nangis tak budak lah kan namanya. still boleh handle. tapiiii...

dia tak nak sorang-sorang. main sorang-sorang jer nanti datang cakap takuttt. sakettt, soh gosok.

 yelah, sini kalau siang bunyi orang drill, ketuk2 tu dia takut. semalam petang guruh. memang di takut. tapi tengahari semalam  senyap jer tak de bunyi ape, mak dengah masak lunch dia, dia datang cakap takut. soh teman dia tengok tv, main dalam bilik.


ok maryam. teman pon teman. asalkan maryam happy. jangan nanges~

Wednesday, 19 September 2012

saya. saya. dan saya

 hari ni saya nak memenuhkan blog ummi saya ngan muka saya. sempena saya dah 1 tahun 9 bulan hari ni. dah big girl yeww. tapi awat perangai saya makin baby ah? why why why??

lu langsi lu mati!

susah aih pakai sudu. tangan senang

tapi ummi suruh pakai sudu jugakkkkk 

redha kene makan pakai sudu







 saya lagi suka makan pakai tangan sebenarnya. sebab saya melayu. pakai sudu kejap-kejap boleh lah. hari ni saya makan cheesy steamed banana bread pudding. gitewwww. panjang giler nama. =D

cheesy steamed banana bread pudding

air sikit sampai semua roti terendam.
 (susu pon boleh. tapi rumah saya kehabisan susu. walid tak beli lagi)
sekeping roti
sebii telur
2 biji pisang emas
kismis
cheddar cheese parut

masa saya tak bangun lagi, ummi rendam roti dalam air, campur telur, pisang hiris-hiris, tabur kismis, pastu cheedar cheese secukup rasa. ummi gaul2 jer sebati jer semua bahan. pastu ummi biarkan sekejap. bila saya dah bangun, baru lah ummi kukus selama 5 minit. kejap jer. pastu saya makan panas-panas. sedapppp. ade cheese meleleh-leleh.

eheh. nama melayu nya puding roti pisang kukus bercheese =)

sekarang saya memang memanfaatkan sepenuhnya masa  dan tenaga ummi saya. sehingga ke titisan terakhir. -____-"

kedua-dua ummi ngan walid saya sekarang sangat risau camane ummi nak survive dalam pantang kalau saya masih begini sampai adik keluar. 

dont worry lah ummi ngan walid. sampai masa nya nanti insyaAllah maryam akan jadi kak yang terbaik. siap boleh tolong jaga adik lagi. cuma sekarang bagi lah can kat maryam nak manja-manja ngan walid puas-puas. janji!

Sunday, 12 August 2012

lempeng pisang

 smiley face lempeng pisang

smiley face budak makan lempeng pisang



kiteorang akan balik kampung esok. wuhuuuhuuu. sebab itu lah happy semcam. hihi. mauk kemas rumah packing2. daaa~ selamat hari raya! eh awal lagi =P

Tuesday, 7 August 2012

breakfast anak dara

 cheesy broccoli roll 

sekeping roti
brokoli floret
cheese disagat
telur

tabur cheese dan brokoli atas roti, gulung kemas-kemas. celup telur. goreng diatas pan dengan sedikit minyak. balik-balikkan sehingga masak rata.

ummi rasa nak bagi makan atas meja

tak nak! nak makan bawah jugak atas sofa.

buat muka busuk

aummmm

 minum air sikit





 main ape entah

main sorok-sorok

cakk....aaaa

penat main sambung makan balik. doh bilo nak gemuk?

pagi tadi,
 buruh kasar ummi. menyapu kalau nak makan breakfast

walid yang pakaikan baju lepas mandi semalam. baju habis besar. huhu

 makan banana roll pulak

 sebiji pisang
sekeping roti
telur

gulung pisang kemas-kemas dalam roti. celup telur, goreng atas pan dengan sedikit minyak. boleh makan ngap begitu sahaja. tapi kalau maryam nak kene potong-potong sekali ngap.

i malas nak bakar roti buat breadcrumb. kalau salut breadcrumb pon sedap jugak.

ummi masak lambat sangat...saya makan kurma dulu

nampak banyak terus jadi pentamak

masa sangat terhad sekarang. tak de masa sangat nak update. i suka melayan maryam sekarang. main-main ngan dia. rasa sanyang nak mengadap lappy. dia tido pon kejap-kejap jer. petang dah nak kene slow-slow masuk dapur sambil melayan dia jugak. so slow lah sikit perjalanan blog ni. heheh