Showing posts with label ladna for toddler. Show all posts
Showing posts with label ladna for toddler. Show all posts

Thursday, 5 July 2012

lunch maryam pulok.

 spaghetti ladna udang. 

untuk resepi lengkap boleh la tengok kat SINI

ni versi campak-campak jer. tumis bawangputih ,masukkan udang, masukkan capsicum ngan tomato, masukkan air, masukkan bunga kubis, masukkan daun sawi, nak pekat kan kuah bancuhan tepung jagung. serbuk lada sulah sikit kalau perlu. tuang atas spaghetti rebus. done!

lunch anak beranak

kene makan sama-sama baru laju sikit makan

baru lepas mandi sebenarnya. berenang dalam jakuzi *ehem* besen dia. lama xbuat parti buih. sesekali melayan. mandi lama la sikit. siap jer mandi lapar



alhamdulillah

Monday, 2 April 2012

ladna


 menu jumaat lepas. semua orang makan ladna jer sebab ummi penat susun atur rumah. haha

 angel hair ladna maryam

menu simple bangat..tah sangka dia makan banyak giler


bahan-bahan:

1 ulas bawang putih hiris
bawang holland cincang
isi ayam cincang
capsicum
peas
carrot
daun sup
stock ayam
pasta
1 sudu teh tepung jagung bancuh ngan sedikit air
*sedikit serbuk lada sulah kalau baby dah makan

cara:
1) tumis bawang dengan sedikit pure olive oil. masukkan isi ayam bila bawang sudah wangi. kacau sehingga ayam masak.
2) masukkan sedikit air dan stock aya. kemudian masukkan carrot dan capsicum.
3) bila carrot dan capsicum sudah lembut masukkan peas, dan daun sup.
4)akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung..kacau sekejap.masukkan angel hair yang sudah direbus lembut. sedia untuk dihidangkan.

siap untuk di ngap~

i perasan maryam kalau buat clear sup cair-cair dia xberapa makan sangat, kalau buat mushroom soup ka, pumkin ka, corn ka, yang pekat2 makan pulok..so bancuh ngan tepung jagung ni kuah jadi pekat laju la dia makan..

sebab ummi adil dan saksama walid pon makan ladna. cara sama jer. cuma ummi ngan walid punya ade sos tiram, ade cili padi ketuk2..dan ade lada sulah manyak2. hehe


sebenarnya ladna ni menu wajib tiap-tiap minggu sebab senang. tak tahu maryam pon suka. ok lepas ni akan ade banyak kali lagi ladna ni keluar blog..muahaha