Showing posts with label resepi zucchini. Show all posts
Showing posts with label resepi zucchini. Show all posts

Thursday, 23 February 2012

alhamdulillah~

 proud homemade /bf-ing momm..hehe

along dah dapat kerja. next week start kerja so semalam i paksa dia datang ronggeng buat kali terakhir sebelum dia start kerja. ronggeng mana? ronggeng giant jer..haha. tak kelas langsung~ xpelah..asalkan kan keluar..tu pon dah sibuk rayyan kejap-kejap nangis sebab bosan. hehe

first gaji u moleh la belanja i kan. i tok demang. wong solo jadi doh kalu tok sey make laksam kat berlauk pong...
 breakfast maryam: cucur bayam. tepung + bayam+bilis sangai+bawang holland. shallow fried. siap~

kalau tengok kat bawah tu, maryam sedang amuk nak makan. dia bukan bleh ummi usung pinggan kan.

for lunch ngan dinner sedikit special lah. bukan special ape. sebab tak pernah buat kan, kira special lah. hehe

bingka berlauk

resepi asal i ambik kat sini. tapi macam biasalah. convert untuk kesesuain perut comel maryam

untuk inti

seulas baeang merah hiris/cincang
seulas bawang putih
daging (dicincang)
1/2 sudu teh serbuk rempah sup adabi (resepi asal guna kari, maryam malas nak kenalkan kari lagi.hehehe)
celery (cincang)-kalau ade daun bawang lagi bagus
sayur-sayuran (saya guna zucchini, parsnip, butternutsquash, peas)
tumis bawang, masukkan daging dan rempah sup. masak sehingga masak, masukkan celery dan sayur-sayuran. 


 tepung pulak:

1/4 cawan tepung atta
3/4 cawan santan cair
1/2 biji telur
cheddar cheese (diparut)

satukan tepung, santan dan telur..kacau sebati, tapis kalau berketul. masuk dalam acuan, tabur cheese deatas.

bakar dalam over sushu 180 degree C, selama 10-15 minit (cek la ikut saiz acuan) keluarkan, tabur inti tadi kat atas. masak lagi 10-15 minit ikut saiz acuan. sedia untuk dihidangkan.

 dinasihatkan bakar guna acuan satu saiz seab bila banyak saiz, tempoh masak xsama. lecehhh
 saiz mini untuk sekali ngap. kalau ummilah. maryam tetap 2 kali ngap. hehe


 nom nom nomm. dia sangat suka. bukti nak tahu dia suka ke tak food tu?

 kalau food dia suka dia tak lari ke mana-mana. dok mengadap nganga mulut. hehe

ehhh..mommy curi makannnn..hehehe

i tak pernah makan bingka belauk ni. tapi versi maryam ni sudah tersangat sedap. semestinya i akan cuba buat versi orang tua pulak..

 bukan senang yer nak tengok dia diam masa makan ni kalau dia tak makan sendiri. huhu

 rayyan makan puree butternut squash jer...hehe

untuk lunch habis la seketul besar dan beberapa ketul saiz mini. sambil ummi curi semulut dua.haha

 2 ketul saiz besau untuk dinner

 habis 1 3/4 biji

macam biasa. gendang gendut tali kecapi. kenyang perut suka hati. hehe

Monday, 20 February 2012

menu lunch 2 beranak

semalam buatkan maryam sup ikan simple jer. makan dengan pasta.

 masa ambik gambar ni dah tumis bawang halia and dah masukkan cendawan dah pon..hehe. mak lupo. jarang lupo nak snap pic ni

bahan-bahan
ikan dory
1 ulas garlic hiris
bawang hollang dadukan
halia hiris
1 kaki candawan tiram carik-carik
1oz parsnip*
2 oz butternut squash* (ganti labu pon sama je)
zucchini didadukan*
celery stick
tomato
kidney bean (direbus)

*semua sayur bertanda (*) i dah steam dan frozenkan. so masak kejap jer campur akhir sekali

tumis bawang, halia sampai wangi. masukkan cendawa. masak sehingga masak, masukkan air , tomato, celery, ikan. masak sehingga gelegak, masukkan sayur dah disteam dan kidney bean tadi. tunggu gelegak. sedia untuk dihidangkan

sup ikan simple with mushroom, butternut squash, parsnip , kidney bean and zucchini


makan dengan pasta

ready to ngap~

lunch ummi. nasi goreng cendawan

nasi nampak kering semacam sebab bawang ditumis dengan minyak yang sangat minimum..hehe..kopok masak guna microwave

Sunday, 19 February 2012

ahad maryam

 hai aunties~ meh maryam cerita ape maryam buat semalam ~

semalam maryam teman walid pergi buat fisio. biasanya appointment fisio walid hari sabtu, tapi saja jer tukar. maryam suka hari ahad kut. sebab tak ramai. hari sabtu ramaiiiii..maryam nak main-main pon sosah!

tengok..selamber jer maryam buat macam rumah maryam. ni sambil makan tengahari ni...makan sambil melompat. baguskan?

 ummi tak sporting. maryam dok lompat-lompat dia marah. dia cakap, 

" maryam sit la. jatuh kang~"

ok la..maryam duduk la kejap. kejap jer. 3 saat.

lepas makan, walid tak siap lagi buat exercise. aishhh..lambat la walid ni. ummi ngan maryam dah bosan ni. maryam pon nak exercise la

benda ni macam ni ke guna ummi?

belasah lah~

hehe...lepas tu pergi tesco scott garden. beli barang dapo. beli food maryam laaa..hehe. takde gambar. sebab maryam tido. hehe. senang ummi ngan walid nak pilih barang bila maryam tido.

lepas pergi tesco baru ummi ngan walid pergi makan. makan kat nasi ulam belakang giant kat rumah maryam jer. tu je lah kedai yang walid suka kat rumah kiteorang ni. maryam dengar ummi merungut,

"nasi ulaaaamm jer, bosan la. pergi tempat lain lahh"

"i ok jer mane-mane. nak pergi makan mana?"

ok. bila walid tanya 'nak g makan mana' tu yang sosah. terhad sangat kedai makan kat area rumah maryam ni. 

nasi ulam pon nasi ulam lah. huhu

breakfast kami. hari cucuq sedunia

 ummi ngan walid cucq ikan bilis. maryam cucur zucchini

cucur zucchini

senang sahaja nak buatnya. dan maryam pulak memang suka cucur. kalau cucur laju jer makan.

zucchini hiris halus. tepung atta, serbuk ikan bilis sangai, telur. goreng dengan minyak sedikit, or orang kampung maryam panggil shallow fried. 

ummi buat cucur dapat 6 ketoi. 2 maryam makan breakfast. 4 ketul ummi buat bekal makan lunch. limat tenaga ummi. haha

petang nya lebihan telur petang tadi ummi buat omelete prawn olio. resepi prawn olio boleh tengok sini

 dah siap dinner yang super simple.

maryam kene makan food ketul macam ni baru dia makan. nugget, cucur, omelet jer yang dia nak sekarang. pasta pok kureng kalau buat macam tu jer. macam-macam


ok la. maryam sleepy lah. dah makan, dah mandi, ape lagi kerja maryam kan. maryam nak mintak milk ngan ummi pastu nak sleep.

daaa~

Tuesday, 7 February 2012

nasi goreng daging

 lama maryam tak makan daging. asyik ikan jer.

semalam buatkan nasi goreng daging untuk maryam. menu warna warni ummi suka. hehe

bahan-bahan

sedikit bawang merah dan bawang putih cincang
butternut squash (didadukan)
yellow zucchini
capsicum
brokoli floret
peas
telur kuning (lebih buat pavlova benyet)
daging dicincang
nasi beras merah+millet+quinoa+ beras putih dimasak lembik

tumis bawang dengan oolive oil sampai wangi, masukkan daging. masak sehingga masak, masukkan sayur. bermula dengan yang paling lambat masak (capcicum,butternut squash, yellow zucchini, peas) masukkan sedikit air supaya sayur cepat lembut. masukkan kuning telur. kacau sehingga masak. masukkan nasi dengan brokoli floret. kacau rata.


 colorful nasi goreng daging is ready to ngap
 tengahari, makan sambil tolong ummi 'mengemas'. makan sambil jalan-jalan banyak jugak makan.

 maryam's baked rice. nak panaskanuntuk makan petang, tabur cheese sikit. bakar sehingga cheese cair jer

 sama jer posisi maryam dengan gambar sebelum ni kan? dia memang macam tu..ikut jer mana orang pergi...dah jadi macam pari-pari ummi. bosan xde kawan eh? nanti ummi bagi kawan. eh

i'm sexy and i know it..i work out~! episode 2

semalam makan banyak. so dengan semangat waja konon nak cuba lari 3 km semalam. tapi 1.5km dah semput. 1m5 km lagi brisk walk jer. mak cik chinese sebelah i selamber sajor berlari 4-5 km non stop..

lunch semalam. ikan tenggiri masak asam pedas. resepi ambik sini. memang setiap kali buat asam pedas guna resepi ni.edit-edit sikit ikut resepi awoh. aish..rindu nye asam pedas awoh.

menu putih kuning merah

 maryam dah slow dah makan nasi keras, so i dah kembali masak nasi lembik untuk maryam 

nasi lembik ni campur 1 sudu beras merah+ satu sudu millet+1 sudu quinoa+ 2 sudu beras putih

millet ngan quinoa tu saya sangai kejap..pastu masak mcm biasa..letak air banyak-banyak sikit, kasi millet kembang sekembang kembangnya...

menu hari isnin maryam sup bening butternutsquash, yellow zucchini, dan parsnip

parsnip untuk 6 bulan ++. rasa dan bau sebiji carrot..manis-manis macam carrot jugak..ade rupa lobak putih sikit kan? tapi parsnip ni lagi gelap kaler dia. 

yellow zucchini. 6 mo ++ jugak..suka yang kuning ni..xrasa pahit macam yang hijau. tapi yang hijau pahit-pahit pon maryam telan jer. bagus itu budak


 butternut squash juga untuk 6++, rasa, kaler, texture sebijik labu..memang sejenis labu pon kan..i ingatkan rasa lain...very sama. i steam dua-dua nak compare rasa, hurmphh..memang sama..cuma butternut squash ni harga hampir 10 kali ganda mahal?

 bahan untuk sup bening

sedikit ikan bilis saiz kecik
sebijik lada hitam
bawang putih
bawang merah
sayur mayur 

masak ikan bilis, lada hitam, bawang sehingga menggelegak, kemudian campakkan parsnip. masakkan sehingga lembut masukkan butternut squash dan zucchini. masak sehingga semua lembut

sup bening kuning putih

makan dengan ikan merah grilled kunyit+halia +bawang merah+bawang putih

minyak lebih buat grilled ikan buat sauteed bawang holland dan capsicum. makan sekali. setapppp..wangi..hehe

 buat bekal for dinner, ummi campur jer semua jadi bubur


bawak bekal dinner sebab maryam nak pergi rumah zareef. zareef dah big boy. dah setahun dah. handsome pulak tuh

 mula-mula sampai dia tido, bangun jer tido bermaharajalela dirumah orang. haha



 ummi pon tumpang excited. naseb baek ade anak. cover line. haha

anak kawan husband, lebih kurang umur maryam, tapi bila sekolah beza setahun..comel..mulat mulat

ni jer gambar zareef paling clear? adoila camera man...gagal. gagal!