Showing posts with label list. Show all posts
Showing posts with label list. Show all posts

Thursday, 16 December 2010

senarai barang ke hospital

dah nak bersalin baru kalut aku ni. sebenarnya aku dah lama start asing kan barang-barang nak nak bawak masa bersalin. tapi malas bebeno nak satukan dalam satu bag. barang-barang baby still aku letak atas bag baby, barang aku pon dah asingkan. tapi tu lah, tak de drive nak setelkan betul-betul. mak cik kan suka menangguh kerja. heheh.

semalam aku bosan sangat. ajak pok we pergi giant lepas dinner. masa jalan-jalan kat giant tuh aku rasa sangat baby ni memang dah kat bawah kut. sangat terasa baby menekan-nekan kat situ. aish. terus rasa insaf baik aku balik nanti habiskan aktiviti packing yang tak siap-siap ni.

Photobucket
aktiviti wajib sebelum keluar =p

perasan tak camera?

ni pinjam ngan zac. camera i jatuh lalu rosak kat ikea wiken haritu. sedih. camera ni lagi penting dari ic bagi i.huhu. nanti husband balik boleh lah mintak camera sebagai hadiah. hadiah sempena ape eh? hadiah lahirkan anak dia boleh? gihihihi.

Photobucket
okeh. ni bag yang akan dibawa ke hospital.

barang mommy baby

1. baju sehelai (pakai masa keluar hospital)
2. seluar cotton, kain batik (tak tahu nak pakai ape, so bawak dua-dua)=p
3. tudung 2 helai
4. nursing bra
5. disposable nursing pad
6. panties (beli yang disposable senang, tapi bawak jugak panties cotton biasa. orang cakap yang disposable ni tak selesa bila pakai. lepas beranak *ehem* sensitive katanya)
7. stokin 2 pasang
8. pad (hospital dah sediakan kan? bawak jugak in case pad dia bagi tak best)
9. minyak panas- minyak herbanika nona roguy beli masa miscarriaged dulu
10. tuala (towel ni pon hospital sediakan sebenarnya. tapi bawak jugak towel kecik)
11.selipar jepun
12. deodorant, pencuci muka, berus gigi, ubat gigi. benda lain guna jer yang hospital punya

barang baby

baju baby untuk dipakai masa keluar hospital jer

1. baju lengan pendek selai, lengan panjang selai (kes tak tahu nak pilih baju mana satu. nanti nak keluar hospital karang decide.=p)
2. 2-3 helai diapers
3. 2 pasang booties & mittens
4. selimut baby (bawak yang hooded tayah pakai topi)
5. towel mandi 1. towel kecik-kecik lap mulut 2
6. 2 helai barut
7. 2 helai kain lampin (juga berfungsi sebagai bedung)
8. toiletries baby

rasa macam lebih-lebih jer benda aku bawak ni. huhu. tak pelah dari tak cukup kan. lagipon bukan i pon yang nak angkut bag tuh.=p

macam toiletries baby tuh tak perlu pon kan. dah pihak hospital yang mandikan mestilah guna dia punya. tapi aku bawak jer sekali ngan minyak segala.

barang-barang baby yang nak bawak balik kampung dah berkurun aku simpan. tak tahu lah kenapa yang nak bawak pegi hospital malas bebeno nak packing. padahal nye yang nak bawak pegi hospital lagi penting. `

err..bengkung perlu ke? kat hospital dah pakai bengkung ke?