Showing posts with label diet lepas bersalin maryam. Show all posts
Showing posts with label diet lepas bersalin maryam. Show all posts

Wednesday, 8 February 2012

menu orang dayek

i'm sexy and i know it..i work out episode 3. beru 5 hari bersenam. i dah rasa penat gilerrrr..macammana nak menyahut cabaran husband selama 2 bulan ni?

hari ni 260 calori terbakar. pecah rekod. terbanyak la setakat ni..total 3 km. 2km jogging..satu km lagi brisk walk. habis keluar peluh jantan.

bila dah tahu senaman itu sungguh berat. nak makan pon sayang. husband dah bising-bising. nak diet jangan la sampai xmakan langsung. nanti susu maryam takde. i baru ingat nak dinner oat, tapi sebab dia bising TERPAKSA lah makan nasi jugak. ececece


 menu orang dayek

ikan cencaru sumbat bakar dengan sup bening labu bayam

biasa i goreng. marilah menjalani hidup dengan lebih sihat..kita bakorrr
 sup bening/sayur air labu bayam

tumbuk 2 ulas bawang merah dengan ikan bilis sesudu dan sedikit lada hitam. pastu masukkan air dalam periuk, letak bahan tumbuk, campak labu, masak sampai lembut, masak bayam. garam sket sebagai perisa. senang dan sedap dan sihat. haha

 ikan cencaru sumbat ni pon super senang

tumbuk 3 ulas bawang merah, seulas bawang putih, sebatang serai, halia sikit, kunyit sikit, asam jawa 2 sudu, seimbangkan rasa dengan garam gula. sumbat dalam ikan cencaru, balut ngan aluminium foil,kita bakorrr.

semoga terus bersemangat nak turunkan berat...

Sunday, 20 November 2011

bubur beras perang bersama tofu, labu dan sawi: 8 bulan ke atas

saya bukan in mood mengupdate blog. pelik bin ajaib. orang kampung saya cakap 'unbelievable'. dah tuuuu, tak de benda menarik pon berlaku. melainkan hint saya hari tu diperkenankan. hikss..seronot. lain-lain takde lah menarik. so balik-balik i boleh update menu maryam je lah. haha

bubur breas perang bersama tofu, labu dan sawi

3 sudu besar beras perang
olive oil
1/2 ulas bawangmerah
seulas bawang putih
labu
sawi (saya ambik daun jer)
tofu

tumis bawang, masukkan beras dan air (dalam 2 cawan air). bila dah hampir masak masukkan labu. bila nak tutup api masukkan sawi dan tofu. boleh bagi kasi baby 8 bulan keatas bila dia dah makan tofu. SINI



siap~

ni food yang i masak hari ahad. ahad kiteorang tak kemana-mana. ade jempautan makan-makan jer kat rumah jiran. rumah kak nor. bila dah kenyang pergi rumah baiti ngan gee. jiran depan rumah. masa kat situ boleh la maryam main-main ngan afeef and aqeel.

masa kat rumah baiti, dia tengok afeef dah berjalan dengan lajunya dia tercabar kut. balik rumah terus boleh berjalan sampai 6 langkah. huhu.

sama jugak masa dia belajar berdiri and melangkah. dia tengok adik i yang bongsu tu berjalan baru dia tiru.

6 langkah lah maksimum dia boleh melangkah sekarang. tu pon takut-takut lagi. tapi dia excited sangat lepas boleh melangkah 6 langkah tu. macam bangga dengan diri sendiri. haha

Sunday, 13 November 2011

laksam!

along, ingat tak lagih masa kat country height masa tengah pregnant kan maryam, masa tengah bedridden ape yang selalu diminta masa lunch?

laksam belauk bangi!

huhu...thanks along. jasamu dikenang. =)

nampaknye laksam masa tu bukan i yang teringin. maryam kut mintak. hehe

laksam junior

kuah (2 kali makan)

1/4 ketul isi ikan tenggiri
5-6 ekor ikan bilis putih saiz kecik-kecik
1/2 ulas bawang merah
sangat sikit halia
1/2 ulas bawang putih bawang putih
2 sudu santan santan
air secukup rasa
serbuk lada hitam

semua bahan diblend, dan dimasak sehingga menggelegak

laksam

3 sudu besar tepung beras
1/2 sudu besar gandum
5 sudu air suam

kacau, steam sehingga masak. (menggelembung)

ni adalah pertama kali perkenalkan lada hitam kepada maryam. tapi sikit jelah letak. kang pedas pulok. dan untuk bagi baby santan boleh baca kat sini


muka busuk

dia tak ada selera 2,3 hari ni. i dah cuba masak macam-macam. end up masuk perut i. pasta, oat, nasi lebik, nasi keras, bubur, sup. buah pon reject.


semalam i memang berniat nak buatkan dia laksam. since die tak berselera i batalkan niat buatkan dia sup. sebab kalau sup memang banyak dia makan. tapi untuk kiteorang i buat lah jugak laksam sebab semua bahan dah ade. plus weekend kan, boleh lah nak masak bende leceh-leceh sikit. weekdays tak kuasa. haha

sebab dia tak makan langsung dari pagi, sebagai ibu yang gigih, setiap sejam i try dia bagi makan macam-macam. tapi semua dia tak nak. tutup mulut rapat-rapat kalau i bagi ngan sudu, and kalau bagi buah die makan, tapi lepas tu dia luahkan balik. bersepah rumah i ngan makanan dia. membebel walid sebab semalam dia yang mop and vacuum rumah. haha

masa die tengah main-main kat dapo sebab walid tengah mop lantai yang dia sepahkan, dan i tengah steam laksam untuk kiteorang i try suapkan die laksam kosong. dia tak luahkan balik! telan. tapi takkan nak makan laksam kosongkan. nak buat kuah lemak malas lah pulok. so i bagi laksam dengan sup salmon yang i buatkan untuk dia.

alhamdulillah habislah jugak 4 ketul bulat kecik-kecik tuh.

ini laksam orang tua

my mom mesti bangga dengan i sekarang ni. haha. sebab buat laksam sendiri. i ingat buat laksam adalah susah. rupa-rupanya senang sangat~

kuah (sama jer resepi dengan kuah laksa lemak)

5 ekor ikan sardin saiz sederhana
6 ulas bawang besar
2 ulas bawang puti
1 labu bawang besr holland
1/2 inci halia
1 sudu teh serbuk lada hitam
250 g santan
1 keping asam keping
air, garam dan gula secukup rasa

1. rebus ikan, asing kan isi ngan tulang.
2. isi ikan blend dengan bawang, halia dan santan. masuk periuk.
3. blend tulang ikan dengan air rebusan ikan tadi. kemudian tapi ambik airnya sahaja, masukkan juga kedalam periuk.
4. tambah serbuk lada hitam dan asam keping kedalam periuk. dan air jika terlalu pekat. sentiasa kacau sehingga menggelegak. lepas tu masukkan perisakan dengan garam dan gula masak sehingga mengelegak, tutup. lepas tutp api pon kene kacau jugak sikit2 sampau die suam.

laksam

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 1/2-5 cawan air (berganting kepada kekerasan yang diingini. i suka lembut-lembut)

kacau sebati kemudia kukus nipis didalam loyang sehingga masak. kalau nampak gelembung-gelembung tu, masak lah tu.

Tuesday, 2 August 2011

breastfeeding in public

dulu-dulu i tak rasa ape-ape bila tengok perempuan breastfeed. mestilahkan. takkan lak aku tiba-tiba nak bernafsu tengok breast. sangatlah tak normal. dah la kalau mak cik-mak cik kat kampung dia selak jer dikhalayak ramai pon.

sekarang ni bila diri sendiri breastfeed, kalau tempat semua perempuan i tak kisah. kau ade. aku pon ade. tapi kalau tempat terbuka semua kaum ade aku seboleh mungkin akan cari nursing room.

tapi bukan semua tempat ade kan. sesetengah orang bawak ebm. barulah boleh kekal vogue tanpa perlu pakai baju senang nak breastfeed selak menyelak dikhalayak ramai. tapi i tak pernah ade stock ebm. mak malas nyah. bawak fresh jer pergi mane-mane.-___-"

bila dah begitu pandai-pandai lah nak hidup. kalau tempat takde nursing room i akan cari tempat tersorok sikit dan ade tempat duduk. tapi pernah jugak duduk kat tempat tak tersorok langsung. tak de pilihan. susah la sikit sebab nak kena make sure semuanye tercover. walaupon pakai nursing cover tapi maryam ni kalau menyusu, tangan dia suka main-main. kene make sure tangan dia tak selak nursing cover tuh. so walaupon di khalayak ramai tidak lah senang-senang nak free show. still fully covered. setakat ni nampak orang-orang sekeliling muka takde perassan jer. takde lah buat muka jijik ke, geli ke. normal lah kan. mak tengah bagi anak minum susu. bangga ape boleh breastfeeding anak.

maryam ni dia jenis minum sikit-sikit tapi kerap. memang tak larat lah kan kejap-kejap nak cari nursing room, kejap-kejap nak cari tempat tersorok, kejap-kejap nak cari tempat duduk. sebab tu kadang-kadang aku malas bebenor nak duduk satu-satu tempat lama-lama. keluar lama takpe, asalkan pergi banyak tempat. boleh jugak breastfeeding dalam kereta.

lagi satu cara masa makan. biasanya kiteorang akan cari tempat hujung-hujung tersorok. bila duduk kan lindung ngan meja sikit so aku rase tak terdedah sangat.

Photobucket
sambil tunggu makanan, bagi anak minum kenyang-kenyang dulu

Photobucket
pelik ke tengok orang dalam keadaan macam ni?

biase je kan?

Photobucket
anak kenyang mak boleh makan dengan aman

Photobucket
bapak die?

aman sokmo~

hahah

Photobucket
keterliuran pulak tengok gambar food dibulan ramadhan ni

Tuesday, 5 July 2011

maryam seleseme dan batuk so dia cengeng sangat

upload guna blogger. sesuka hati jer dia nak merotate gambar yang tak payah rotate.

walaubagaimana pon. yeay!

akhirnya kurang jugak dari 66.

hoyeayeah!

berbalik kepada title, maryam berjangkit sudah. kesian.

first time dia seleseme ade hingus. pastu batuk-batuk sikit dari semalam. cutejer bunyi dia batuk. eh

nanti ummi letak kunyit ngan kapur okeh. aunty alya yang ajar.

kalau seleseme kunyit ngan kapur. kalau batuk? sape tau?

Sunday, 3 July 2011

perkhabaran gembira dan perkhabaran kurang gembira

Photobucket
berat turun sekilo!

dalam masa 2 minggu. tak jaga makan sangat. nasi tu try kurangkan. tapi banyak mengunyah benda lain lah pulak. haish. dah la mengunyah benda tak sihat. tapi shake 2 kali sehari. skip 2,3 kali jer dalam masa 2 minggu ni iaitu masa weekend. pergi gym sekali jer hari sabtu lepas. tu pon kejap jer sebab treadmill rosak. ade seketul jer so kene tunggu turn. cycling 20 minit sebab tunggu turn. cycling ni penat tapi kalori terbakar lambat sangat. haish. lepas tu baru berlari tapi mase tuh dah capek so bertahan 15 minit jer. lepas tu stop. mak ponat!

this week perancangan i nak jaga makan dan kurangkan mengunyah. kerepok, kerepek, oreo coklat adalah jangan. eh tapi semalam makan coklat jiran kasik. adeh. pergi gym tu nak tapi bila petang serius badan dah penat sangat. my husband cakap i tak consistent dalam bersenam. dia tak tahu bertapa penat nye i nak berlari-lari dengan tubuh yang gemuk ni. lepas bergelut seharian dengan maryam, mengemas rumah, sudah no energy maaaa...kang rumah bersepah kang merungut pulak. tapi mungkin boleh la 2 kali kut seminggu.insyaAllah. pastu tak nak makan benda goreng-goreng. rebus-rebus or bakar-bakar sajor. hehe. boleh ke?

semangat.semangat!

nampak berat turun baru ade semangat sikit. walaupon turun sikit jer.

perkhabaran tak gembiranya adalah saya selesema. deng! and rasa pening-pening dan nak demam jugak. tapi sebab tadi timbang berat turun so kene update blog berat turun dulu. heheh.

tengahari semalam start soksek-soksek and semalam air hidung dah macam air paip. tak berhenti mengalir. pagi tadi masakkan husband nasigoreng tak tahu rasa ape.

jangan lah berjangkit kat maryam.=(

Monday, 20 June 2011

baru turun sekilo

tadi timbang berat 67. 66.9 sebenarnya. ngehehe (nak jugak cakap kan) ngan tak diet. ngan tak shake. nan malam-malam pon makan sebelum tido. turun jugak sekilo. ajaib sungguh tengok penimbang tadi. maybe sebab breast feed kan? so betul lah kate kawan i. berat akan turun jugak lama-lama.

tapi kalau jaga makan, plus shake, plus gym agak-agak sempat ke turun 10 kg sebelum raya.

hahaha..meh berangan. hari tu nak join 50hd. tapi tak yakin lah mampu. membazir je kang bayar. huhu. buat club diet tayah bayar lah. sape mau join? hehe

Tuesday, 14 June 2011

burrpp..alhamdulillah~

agak lewat bangun harini, tadi lepas subuh elephant susukan maryam pastu tertido sekali ngan maryam. bangun pukul 9 lebih husband call cakap tak boleh pergi lagi jadi nelayan. laut bergelora. lepas cakap ngan dia, keluarkan lauk ikan, udang ngan sotong, tanak nasi. masuk bilik mandikan maryam.

lepas mandikan maryam udang jer yang paling cepat cair, masukkan ikan and sotong balik dalam peti masak udang secara pantas. sebab maryam dah ngantuk nak tido and nak susu.

lepas maryam tido baru boleh makan. dah jadi brunch dah.


Photobucket
1/2 cup beras perang ngan stir fried turmeric prawns with veggies. haha. nama nok hebak tapi udang goreng kunyit jer.=p

i bertekad nak masak nasi hari ni sebab semalam tak makan nasi pon. bukan diet okeh. kemalasan melampau. nak order dari anne kat bawah pon rase bersalah sebab banyak sangat lauk ngan sayur dalam peti. akibat tak makan nasi belasah semua makanan tak sehat husband yang ade di dapor. coklat dia. oreo dia. goreng keropok ikan dan cucur jugak. aishh

husband i suka buat stok makanan tak sihat kat rumah. coklat ngan oreo memang tak pernah putus. tapi dia bukan makan pon! i lah dok tengok tenung hari-hari. buka peti nampak coklat, masuk dapo nampak orea. bukak kabinet nampak kerepek. lepas jeling-jeling tergoda jugak aku kan. iman hanya senipis bawang. aku lah tukang habiskan coklat ngan oreo dia ni. dia yang buat stok dia tak makan. pastu i lag yang dok gemuk sorang-sorang.

kalau i marah dia beli nanti dia cakap,

"i beli bukan suruh u makan"

yelah. tapi tergode tau.

Friday, 10 June 2011

Day 6 – A song to match your mood.

the lazy song

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

I'm gonna kick my feet up then stare at the fan
Turn the TV on, throw my hand in my pants
Nobody's gon' tell me I can't

I'll be lounging on the couch just chilling in my Snuggie
Click to MTV so they can teach me how to dougie
'Cause in my castle I'm the freaking man

Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything
Nothing at all, nothing at all

Tomorrow I'll wake up, do some P90X
Find a really nice girl, have some really nice sex
And she's gonna scream out
[ From: http://www.elyrics.net/read/b/bruno-mars-lyrics/the-lazy-song-lyrics.html]
This is great
(Oh my god, this is great)

Yeah, I might mess around
And get my college degree
I bet my old man will be so proud of me
But sorry pops, you'll just have to wait

Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

No, I ain't gonna comb my hair
'Cause I ain't going anywhere
No, no, no, no, no, no, no, no, no

I'll just strut in my birthday suit
And let everything hang loose
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah

Oh, today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

Nothing at all
Nothing at all
Nothing at all

Tuesday, 24 May 2011

first karya teragung maryam

"-=}=makanan pejal pertama untuk ||||||0=[ ::} O,'000/0000000000/0[[[[[[[[[[[[[\ \||| |]}{nl .......""

seorang mommy sedang menggoogle, tiba-tiba mesin basuh berbunyi menandakan masanya untuk menambah pelembut fabrik.

so si mommy pon meninggalkan bayinya sebelah laptop. jadi, inilah hasilnya

Sunday, 22 May 2011

boringgggg~

ini adalah entry boring. anda boleh scroll ke bawah untuk membaca entry-entry yang lain. sekian terima kasih.

sebelum saya memulakan bicara. saya tunjuk gambar yang akan menjadi topic perbincangan kita pada hari ini.

Photobucket
puan baiti tengok lemak saya ke? mantop kan?-_______-"

ok. perhatikan gambar diatas. walaupon i sekarang ni berada dalam keadaan gemuk, i kadang-kadang lupa yang i ni gemuk. sampai lah tengok gambar sendiri. baru sedar diri.

i cakap i nak diet, nak exercise, nak kurus dalam blog sebenarnya dengan tujuan boleh menaikkan semangat nak kurus balik. tapi malangnya semangat tu tak de lagi. semangat yang hilang.

konon nak diet tapi dalam kepala asyik pikir makan jer. nak makan tu, nak makan ni, nak try masak tu, nak try masak ni. -___-"

exercise? last week i berjaya paksa diri g gym 3 hari berturut-turut. weekend i banyak aktiviti and damn tired so memang tak larat nak g gym,

herbalife shake? i ambik sekali sehari jer. tahu ape orang yang macam mana amik herbalife sekali sehari? orang yang ambik untuk tujuan nak maintain berat badan dan untuk tujuan kesihatan. MAINTAIN berat ok amik sekali hari. ko nak maintain berat 67 ke ??? (sejak balik kelantan and pergi johor hari tu naik 2 kilo, baru turun sekilo sekarang). i ambik herbalife sekarang sebab nak banyakkan susu maryam jer. nak shake 2 kali malas. haish.haish.

dulu i ade along nak bagi semangat kat i soh diet. sekarang die pon sedang membesarkan badan.

so i kene naikkan semangat diri sendiri. gambar-gambar masa pergi kalumpang serius nampak i gemuk giler. (bukan nampak gemuk oih..memang gemuk, ko jer tak sedar-sedar)

camane yer mau buat. nak exercise hari-hari boleh kut kalau dah biasa. tapi nak buat sampai biasa tu susah. sekarang ni bila exercise memang penat sangat. sangat-sangat-sangat penat. kadang-kadang sampai tak larat nak melayam maryam. kalau penat sangat i boleh abaikan jer kerja-kerja rumah ni, tapi maryam takkan nak abaikan. melampau.

makan? hauhuahua...i lapar sokmo lah. husband i cakap i bela hantu raya sekarang. asyik lapar jer. -____-"

so macammanolah?

sape cakap breastfeed boleh kuruskan badan?

tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

(hahaha...padahal diri sendiri yang makan lebih dari keperluan nak breastfeed anak)

sebab nak exercise selalu penat, kita exercise jarang-jarang.

makan pulak kita try shake 2 kali sehari. tapi tak sure bleh ke tak nak control makan.then start minum teh esok. dulu-dulu i minum teh herbalife i rasa berenergy sikit. harap-harap berenergy nak berexercise.

good luck diri sendiri!

Photobucket
buat sementara waktu ni, ambik gambar cover ngan maryam dulu.

ngehehe