Showing posts with label pasta for baby. Show all posts
Showing posts with label pasta for baby. Show all posts

Saturday, 1 September 2012

pagi ahad

 omelet pasta aka murtabak pasta untuk breakfast maryam

bawang putih, bawang holland
cendawan
capsicum
telur
pasta (i guna angle hair)
 
 cincang bawang, capsicum dan cendawan. tumis bawang dengan pure olive oil sehingga wangi. masukkan cendawan dan capsicum. masak sehingga lembut.

campur telur, pasta, dan bahan tumis tadi. masak diatas pan sehingga masak dengan menggunakan sedikit minyak.

untuk walid. seafood olio

niat nak buat nasi lemak. tapi bangun terrrrrlambat. sambal nasi lemak masak sekejap tak sedap dok? so buat la breakfast simple-simple cepat dimasak sedap dimakan.

sejuk..sejuk..sejukkk...

mengadu kat walid food dia panas. huhu

maryam sekarang baru pandai main ngan soft toy. baru pandai nak main ngan mainan-mainan dia dalam bilik dia. tapi kene ade orang teman. tak nak main sorang-sorang. -____-"

main tido-tido dengan barney. barney ayoh ngoh yang kasi

barney lagi besar dari dia



 dah bosan ambik beybey tidokan beybey. beybey cik hani kasi

xsure dia sebut beybey tu untuk bear ke dia sebut baby. tapi kalau main ngan bear mesti dia treat bear tu mcm baby. bagi makan, tdokan, dukung peluk tepuk-tepuk. susukan!

patung ni pon dia panggil beybey. cik baiti kasi

lagi satu patung lembu. nama william. dapat masa event moogoo. pon dia panggil beybey. patung tu dia paling suka sampai bawak masuk tido.

bawak beybey jalan-jalan naik stroller *ehem* troli

 tak pon naik car. jom jalan!

Monday, 20 February 2012

menu lunch 2 beranak

semalam buatkan maryam sup ikan simple jer. makan dengan pasta.

 masa ambik gambar ni dah tumis bawang halia and dah masukkan cendawan dah pon..hehe. mak lupo. jarang lupo nak snap pic ni

bahan-bahan
ikan dory
1 ulas garlic hiris
bawang hollang dadukan
halia hiris
1 kaki candawan tiram carik-carik
1oz parsnip*
2 oz butternut squash* (ganti labu pon sama je)
zucchini didadukan*
celery stick
tomato
kidney bean (direbus)

*semua sayur bertanda (*) i dah steam dan frozenkan. so masak kejap jer campur akhir sekali

tumis bawang, halia sampai wangi. masukkan cendawa. masak sehingga masak, masukkan air , tomato, celery, ikan. masak sehingga gelegak, masukkan sayur dah disteam dan kidney bean tadi. tunggu gelegak. sedia untuk dihidangkan

sup ikan simple with mushroom, butternut squash, parsnip , kidney bean and zucchini


makan dengan pasta

ready to ngap~

lunch ummi. nasi goreng cendawan

nasi nampak kering semacam sebab bawang ditumis dengan minyak yang sangat minimum..hehe..kopok masak guna microwave

Monday, 2 January 2012

walid cuti..bestnya!

 ala..esok dah kerja... sangat tak best lorr..dah tak de teman bergaduh dah..haha..sejak husband cuti ni macam tenggelam timbul jer update blog dan kat fb..mak buzy nokkksss..kalau tak keluar kan masak-masak. bangun-bangun pagi celik jer mata masak, berhenti suap maryam, kemas dapur tengok-tengok dah nak dekat pukul 11. kene masak lagi untuk maryam. sambil-sambil masak lunch. suap maryam, makan lunch, kemas rumah, sembahyang, sediakan minum petang (kalau rajin), pastu kene masak dinner pulak. pastu mandi, siap2 kan maryam nak tido pulak. maryam susah sangat tido skarang. dah susah nak bersenang lenang malam. pastu meamng dah penat sebab siang xhenti-henti baut kerja rumah, malam-malam yang i tahu i nak katil jer. ngantukkk...

tu kalau xkeluar rumah, kalau keluar lagi lah... sebab tu kadang-kadang kalau tak de tujuan nak keluar i suka lepak-lepak dirumah sajor.

breakfast walid dan ummi, pulut ikan kering

kalau kat rumah i, kat kelantan, untuk breakfast memang pulut tu akan selalu la jugak ade atas meja. kalau bukan pulut ikan kering, pulut pagi, pulut panggang. nyumm..kalau i balik kampung pon selalu request pulut ikan kering/ pulut ikan rebus goreng. macam lah susah sangat nak buat sendiri kan? hahaha.. i tak pandai tanak pulut sebenarnya..ni first time buat pulut ikan kering, pagi-pagi call mak kat kelantan tanya camane nak tanak pulut. bembebel-bebel ibunda dikampung anak perempuan dia tak pandai tanak pulut. gagagaga..bukan tak pandai mak. kurang yakin. call nak komfemkan. =P

maryam makan lempeng pisang jer

 bahan-bahan:

1/2 biji telur gred A
1 sudu teh unsalted butter
1 sudu besar tepung attar
2 biji pisang saiz cute


campur semua, masak atas non stick pan. siap~

 lempeng pisang penuh kasih sayang for maryam

lepas breakfast terus masakkan maryam lunch sebab mau keluar. masakkan vegeroni kungfu dengan kuah sup ayam. sebab ade lagi separuh telur ayam lebih masak lempeng pisang tadi.

 bahan-bahan

serba sedikit rempah 4 beradik
halia
bawang merah
bawang putih
homemade stock ayam
1/2 sudu rempah sup adabi
celery
isi ayam
sayur-sayuran (carrot, tomato, brokoli)

vegeroni kungfu: masak sehingga kembang, toskan, campur dengan telur, masak diatas non stick pan, letak sedikit minyak.

untuk sup:
1. tumis rempah 4 beradik, bawang, halia dengan sedikit olive oil sehingga wangi. masukkan rempah sup adabi.
2. masukkan isi ayam, air dan stock ayam.bila dah gelegak masukkan sayur mayur ikut yang paling kera. celery, carrot, tomato. akhir sekali sebelum tutup api, masukkan brokoli



 siap sup ayam 

 letak dalam thermos untuk kekal panas

 kalau berjalan suka sangat~

 tido jap. saya ngantuk la~

 tahu ummi marah bila berdiri dalam baby chair. tapi nak buat jugak

 duduk immi cakap. duduk~

 baiklah

 maryam duduk la ni

 ummi tak fun!

yummm...sedap nye food ummi ngan walid

maryam dapat timun pon jadilah~

kita pakai baju aunty baiti ngan uncle roch kasik lah..santek tak? tq aunty ngan uncle~

Tuesday, 22 November 2011

i love pureeeee

maryam dah 11 bulan i masih memuree (ade ke perkataan ni?=P) sebabnya puree menyenangkan kerja i. kalau rasa xde idea sangat nak masak, just campak-campak puree pon boleh..ni resepi pasta yang i buat bahan utama yang i guna adalah homemade sos tomato, yang resepinya i cilok dari blog kak farah. resepi boleh klik SINI. i dah 2 kali buat tomato sos ni. buat banyak-banyak untuk stok 2-3 kali masak pastu simpan dalam freezer. bila nak guna keluarkan.


olive oil

1/4 labu bawang besar cincang
1 ulas bawang putih
isi dada ayam
1 kaki cendawan butang putih (kalau baby tak makan lagi jangan letak)
brokoli
2-3 sudu besar homemade sos tomato
2-3 sudu besar puree jagung (steam, pastu blend)
italian mixherb
mozarella cheese (ape-ape cheese jelah)

1. tumis bawang dengan olive oil sampai lembut. masukkan ayam. kacau sehingga ayam masak, masukkan cendawan.
2. bila cendawan dan lembut, masukkan puree jagung dan puree tomato.
3.akhir sekali masukkan brokoli, cheese dan italian mix herb. kacau sehingga pekat.

siap~

tiada nama yang fancy lah nak bagi. kita bagi nama sweet sour bolognese sos lah. hehe



sweet sour bolognese sauce with spiral vegeroni


boleh variasikan resepi ni ikut suka.

contohnya yang ni,

peas bolognese.

dah nama pon peas kan.=P i ganti puree jagung tu ngan puree peas. ayam ganti dengan salmon. resepi sama jer.



ni pulak versi cair. buat ala-ala sup. resepi sama dengan peas bolognese, tambah air dan letak bayam sikit.



i rasa kalau dari segi selera makan, maryam ikut i. semua pon boleh~ =P bagus-bagus. tapi masalahnya dia cepat bosan. kene variasikan lah.

setakat ni, resepi ni i dah try dengan carrot, peas, dan corn. kalau ikut selera i, corn yang tersedap. hihi

segenggam pasta ummi masak, banyak ni jer yang maryam tinggal untuk ummi.