salam jumaat.
kita bukan nujum pak belalang. tahu ape dalam hati perut orang. buat jer part kita seikhlasnya. benda-benda lepas tu, orang nak appreciate syukur alhamdulillah. kalau tak pon tak pe. kita buat kerja kita jer. sekian sahaja tips nak happy buat hari ni. =)
hari ni bangun pagi. buat puding roti maryam seikhlasnya.
dia tak bangun lagi. boleh lah bakar. bakar mabik masa sikit. kalau oven i ni, suhu 180, 40 minit jugak kene bakar.
resepi sama jer ngan sebelum ni. cuma kali ni i bakar and tambah unsalted butter sikit.
1 sudu teh unsalted butter
1 biji telur
1 keping roti
sebiji pisang
air untuk rendam roti sampai roti terendam sepenuhnya
rendam roti dalam air. pukul telur ngan unsalted butter. campur dengan roti. campur sekali ngan hirisan pisang. masuk dalam oven suhu 180 degree C, selama 40 minit, or sampai masak.
dah siap~
puing roti bakar dengan sos yogurt kurma
sos yogurt kurma ni senang jugak nak buatnya. blend jer 2-3 sudu besar yogurt dengan sebiji kurma. makan ngan puding roti
sedia untuk di ngap oleh tuan puteri
walid baru potong rambut semalam. pendek sikitlah dari biasa. tapi ok jer. budak ni rambut dia kalau yang depan ni cepat sangat panjang masuk matanya.
yogurt drink kegemaran ummi.
kurma+ air masak+ fresh milk+ kurma+ badam+yogurt. memang kenyang minum segelas ni. sejam nanti lapar balik=p
berfungsi sebagai milk booster mak jugak.