Showing posts with label resepi daging. Show all posts
Showing posts with label resepi daging. Show all posts

Monday, 9 April 2012

nasi sup daging

 *ehem* tayang sikit =P

 nasi sup daging

bahan-bahan

3 oz daging cincang
1/2 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih(hiris)
sehiris halia
serba sedikit rempah 4 beradik
1 sudu teh serbuk rempah sup
2 kali whitebutton mushroom
labu
celery stick
tomato
daun sup
homemade bawang goreng

tumis bawang, halia dan rempah 4 beradik dengan sedikit pure olive oil. masukkan daging dan rempah sup. kacau sehingga masak. masukkan cendawan, celery stick, tomato, labu. masak sehingga masak.


didangkan dengan nasi lembik.

ni beras merah+beras biasa

tabur bawang goreng ngan daun sup

bawang goreng tu i goreng ngan sunflower seed guna minyak sikiiit sajor atas pan

jangan guna yang ready made pulak. ebtah ape2 dia taruk nak kasi tahan lama tu kan? lagipon rasa dia sedap semacam kan? ade apae2 tambahan xrasa?

saja nak tempaek gambar lama untuk tontonan maryam dimasa hadapan

peristiwa cubaan sumbat sampah dalam telinga tapi salah sasaran
huhu

Tuesday, 27 March 2012

hari mata biru

 lama maryam tak makan oat

cubaan bagi oat, campur buah dia suka. mangga. (7 bulan ke atas)

mana best tak de yogurt kan. hehe.oat_mangga+yogurt (8 bulan ke atas)

semalam maryam makan stew daging. dah banyak hari dah makan nasi. esok kene masak pasta ni. dia mentahimcm xberapa elok.

bahan-bahan

2 oz daging cincang
1/4 bawang holland cincang
1 ulas bawang putih hiris
sedikit girisan leek 
sehelai daun salam
pure olive oil
1 sudu teh tepung atta
carrot
tomato
peas
sedikit serbuk lada hitam (kalau baby xmakan lagi skip jer)

masak daging dengan olive oil, ketepikan. tumis bawang dan leek dengan minyak yang sama sehingga wangi, masukkan tepung, kacau seminit dua..lepas tu masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau. masukkan serbuk lada hitam, daum salam, sayur-sayuran..masak sehingga sayur-sayuran masak.

stew daging makan ngan nasi beras putih+beras merah+ beras perang. haha. pentamak ummi ni semua nak campo


hidung dah ok. kulit baby, kejap jer dah baik kan=)

menu mata biru walid. lamb chop dengan baked fries dengan steamed cauliflower, carrot dengan tomato ngan tinum jepong ngan black pepper sauce

Thursday, 9 February 2012

swedish meat ball with cheesy sauce

meat ball with cheesy sauce,kidney beans paste, steamed brocoli and potato

ala-ala ikea giteewww..tapi versi baby..hehe

lama jugak ummi tak makan ni *hint*

bahan-bahan: resepi asal boleh refer kat sini

resepi meat ball

  • 3 sudu breadcrumb (saya bakar roti sampai keras, pastu blend kasar)
  • 1/8 cwan yogurt (resepi asal guna susu)
  • 2 ulas bawang merah cincang halus
  • 1 ulas kecik bawang putih cincang halus (yang ni saya tambah)
  • 200 g daging cincang
  • 1/2 biji telur
  • a dash of serbuk lada sulah (kalau baby xmakan pedas xpayah letak..resepi asal guna allspice tapi saya xde)
  • 1/8 teaspoon ground nutmeg(tak de tak payah letak)
  • 1/2 cawan carrot (tambah sayur bantu meatball kekal bentu. tambah nutrisi jugak)
1)rendam breadcrumb dalam yogurt lepas tu campur semua bahan..bentukkan bulat-bulat. simpan dalam freezer untuk kekalkan bentuk dia

bahan untuk kuah:
  • 2 sudu besar minyak (saya campur olive oil 1 sudu, unsalted butter 1 sudu)
  • 1 sudu besar tepung atta
  • 2 oz homemade stock (bagus kalau ade daging, tapi saya guna ayam jer sebab ayam jer ade) 
  • cheddar cheese
panaskan non stick pan masukkan minyak. masak meat ball sehungga perang. golek-golekkan supaya masak sekata. bila dah masak, keluarkan meat ball dan buang sedikit minya sehingga tinggal satu sudu jer. dalam oan yang sama, masukkan tepung attar dan kacau sehingga menjadi paste macam peanut butter. masukkan stock ayam sedikit demi sedikit dan sentiasa kalau supaya tak berketul..masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang kita mahu..masukkancheddar cheese, kacau sehingga semua cair

hidang dengan brokoli dan potato steam dan kidney bean paste

susun dalam pinggan bukan main kan..ni jer rupa sebelum masuk perut maryam..haha

menu dinner. jadi pasta with cheesy pumkin sauce and baked meatball pulak

cheesy sauce ade banyak lebih. so i panaskan petang, campur puree butternutsquash. pastu bakar meatball tu dalam oven.

saya tak guna daging cincang ramly untuk food maryam. kebetulan walid beli daging so i cincang sendiri jer. biasanya i guna daging batang pinang. sebab i tak de food processor *hint lagi yo!* i hiris daging nipis-nipis pastu i chop chop chop dengan pisau besar macam orang jual ayam guna tuh..agak gigih lah jugak. kalau ade food processor senang la kerja *hint lagi  dan lagi* haha..tapi fun la jugak. sampai maryam yang tengah tengok tv pergi jenguk kat dapo ape la ummi buat bising sangat. dia ingat i berjoget so dia ikut berjoget sekali. apa daaa...

meatball lebih saya simpan dalam tupperware. lapis2 dengan palstik wrapper tak nak kasi melekat. boleh guna dalam masa 4-5 hari..so hari-hari maryam bermeatball..haha

Wednesday, 7 December 2011

bubur sup daging

my husband balik kerja awal hari ni. peristiwa yang jarang berlaku. kalau balik awal, boleh lah dia suapkan maryam makan. harini i masakkan maryam oat porridge, husband cakap maryam macam lama jer tak makan nasi. mana ada~ i gilir-gilir la. (tapi seronok masak oat sebab dia makan banyak kalau oat) bukan semua menu masuk blog. huhu. ni menu hari isnin kut. dah upload gambar, tapi peram jer kat draft.

bubur sup daging

bahan-bahan:

serba sikit rempah tumis 4 beradik (ni i google nama dia ni. haha..orang kelantan panggil "kakah nnumih")
sehilis halia (mayang)
seulas bawang putih
seulas bawang merah
1/2 sudu rempah serbuk adabi
3-4 sudu beras (saya buat half beras wangi, half beras perang)
2.5  mug air (kalau pekat tambah lagi air lagi)
1/2 cawan stock daging (rebus daging simpan air)
daging (direbus, cincang halus/blend kalau baby kecik lagi)
celery
sayur mayur (saya letak brokoli, tomato, carrot)

ni rempah paling penting. rempah serbuk sup adabi.

daging rebus dicincang

1. tumis bawang, halia, dan rempah sup serbuk adabi, rempah tumis adik beradik dengan pure olive oil sehingga naik bau.
2. masukkan air, stok daging, daging, dan beras. kacau hingga hampir masak, masukkan celery dan carrot.masukkan sedikit lagi air jika perlu.
3. bila dah masak masukkan tomato. kacau, sebelum tutup api, masukkan brokoli.

siap bubur sup daging. makan dengan hirisan daun sup

masak masa dia tengah tido.

bangun tido, lapar-lapar ummi suapkan bubur sup daging yang yummy. dah lah selera makan dia tengah mencanak-canak naik sekarang. nak masak pon happy jer=)

dinner pon menu sama. hehe. masa selera tengah naik ni. mengulang menu pon tak pe=)

bila saya kenyang, sayalah orang paling happy~