Showing posts with label resepi tofu. Show all posts
Showing posts with label resepi tofu. Show all posts

Wednesday, 14 March 2012

tak sempat

maryam meragam lepas demam. sangat sedikit masa yang ada, sangat banyak kerja rumah nak kene buat.

taufufa baby

organic soft tofu
kurma

rebus kurma dengan air sampai sangat lembut dan kuah memekat, ambik air rebusan kurma. makan ngan taufufa yang sudah di steam sekejap

sangat sedap ummi pon suka.

selamat mencuba~

Friday, 3 February 2012

ummi, maryam hungry~

 kesahnya ummi terleka sangat sebab sibuk dok main fb *matik la kalau walid tahu ni* sampai sup maryam hangit kat dapor. maryam kalau bab makan dia sangat lah mengikut masa. pukul 12 biasanya dia akan menunjukkan tanda-tanda lapar. so ummi kene make sure kul 12 tu food dah memng ready untuk disuap..suhu sesuai. bukan masih menggelegak berasap-asap.

bila sup hangit, and kene masak buat kali ke 2, kul 12 tu sup masih lagi panas. xboleh nak suap lagi...kesian maryam. haha..lambat makan 2-3 minit xkurusnya maryam..hehe

sedang asyik tengok tv

maryam sebenarnya baru jer dapat mulut. dulu dia baby senyap bunyi kadang-kadang jer. sekarang bunyi bising tapi sepatah pon tak faham. yang i faham "mek" kalau dia nak milk, mama/ammeh kalau panggil ummi, abah kalau walid. tu jer..sekarang dok sibuk sebut "pak pak pak" ape entah...

lambat la sikit maryam kalau bab bercakap. it's ok my dear darling. take your time. sedap jugak dengar awak membebel dalam bahasa tak difahami. kadang2 buat ummi ngan walid ketawa. sungguh lawak bunyinya. so kalau nak ape-ape dia banyak guna bahasa syarat lah..macam baby-baby lagi..hehe mak dia kene lah pandai2 faham body language anak yer.

 bila lapar start lah menggigit macam-macam. meja pon dia g gigit.

 or, membebel-bebel kat kita sambil sumbat jari dalam mulut

 atoiii..lambat pulak sup tofu  ni sejuk, kata maryam

 bahan-bahan:

bawang putih, bawang merah (hiris)
sayur mayur (labu, tomato, brokoli)
daun sup
tofu
stock ayam

tumis bawang dengan sedikit olive oil, masukkan stock ayam, labu dan tomato. masak sehingga lembut. bila dah lembut masukkan brokoli, tofu dan daun sup. kacau kejap. sedia untuk dihidangkan.


 makan dengan barli

barli i rebus sampai kembang pastu blend kasar..kalau sebiji2 maryam kurang makan

petangnya, masa panaskan tambah seekor udang. hehe..budak tu kan dah makan udang

petang makan dengan bihun pulak. barli  ngan bihun lagi laju dia makan bihun kut.

walid dan ummi makan bihun tomyam.hehehe

Tuesday, 3 January 2012

bihun sup tofu

 another simple recipe bila ummi maryam nak cepat *uhuk* malas *uhuk* buat sup tofu makan dengan ape sahaja. ni nak pergi mydin masa ni. keluar pagi-pagi lagi. tapi komfemlah xsempat balik sebelum masa lunch maryam. kali ni makan dengan bihun.


 bahan-bahan:

1 ulas bawang putih
bawang merah
homemade stock ayam
celery
sayur mayur (i guna tomato, brokoli, labu yang sudah disteam)
tofu

cara:

1. tumis bawang dengan pure olive oil sehingga wangi. masukkan stock ayam, celery dan sedikit air. masukkan tomato, bila suo sudah menggelegak, akhir sekali masukkan brokoli, labu dan tofu. tutup api.

 sup tofu is ready to ngap

soup tofu is ready to ngap~

rebus bihun sikit. jadilah bihun sup

dinner walid, maryam mengulang food sama. heheh

jumpa mee lidi kat mydin. selalu tengok gee masak mee lidi. tapi cari kat giant tak jumpa. mydin baru jumpa. setap ok mee lidi. nak ganti mee kuning boleh la. 

Sunday, 20 November 2011

bubur beras perang bersama tofu, labu dan sawi: 8 bulan ke atas

saya bukan in mood mengupdate blog. pelik bin ajaib. orang kampung saya cakap 'unbelievable'. dah tuuuu, tak de benda menarik pon berlaku. melainkan hint saya hari tu diperkenankan. hikss..seronot. lain-lain takde lah menarik. so balik-balik i boleh update menu maryam je lah. haha

bubur breas perang bersama tofu, labu dan sawi

3 sudu besar beras perang
olive oil
1/2 ulas bawangmerah
seulas bawang putih
labu
sawi (saya ambik daun jer)
tofu

tumis bawang, masukkan beras dan air (dalam 2 cawan air). bila dah hampir masak masukkan labu. bila nak tutup api masukkan sawi dan tofu. boleh bagi kasi baby 8 bulan keatas bila dia dah makan tofu. SINI



siap~

ni food yang i masak hari ahad. ahad kiteorang tak kemana-mana. ade jempautan makan-makan jer kat rumah jiran. rumah kak nor. bila dah kenyang pergi rumah baiti ngan gee. jiran depan rumah. masa kat situ boleh la maryam main-main ngan afeef and aqeel.

masa kat rumah baiti, dia tengok afeef dah berjalan dengan lajunya dia tercabar kut. balik rumah terus boleh berjalan sampai 6 langkah. huhu.

sama jugak masa dia belajar berdiri and melangkah. dia tengok adik i yang bongsu tu berjalan baru dia tiru.

6 langkah lah maksimum dia boleh melangkah sekarang. tu pon takut-takut lagi. tapi dia excited sangat lepas boleh melangkah 6 langkah tu. macam bangga dengan diri sendiri. haha