Showing posts with label masakan penuh kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label masakan penuh kasih sayang. Show all posts

Monday, 9 July 2012

jahak sangak lunch hari ni

sambal tempoyak ikan bilis petai.

ke sambal ikan bilis tempoyak petai?

mana-manalah, yang pastiiii sedap.

 jahak kansss..jahak kansss

amik resepi dari SINI. i guna

1/2 inci kunyit
15 biji cili padi
segenggam ikan bilis
1 batang serai (ketuk2)
sehelai daun kunyit (mayang halus)
sesenduk tempoyak
petai

tumbuk kunyit sampai hancur, lepas tu cili padi. cili padi tumbuk kasar-kasar pon takpe. tumis sehingga cili masak, masukkan serai dengan ikan bilis. tunggu wangi, masukkan tempoyak, petai dan daun kunyit. kacau sehingga sekata sehingga bau naik dan kaler menarik. hehe i tak letak garam sebab tempoyak memang dah masin. ikan bilis pon masin.

makan ngan nasik panas-panas ngan ulam timun jer. heaveng! masa menumis terbatuk-batuk maryam. haha

lunch maryam hari ni: sup ayam

sup ayam buat mcm sup ayam kita jer. cuma tiada perisa tambahan. perisa hanya dapat dari bawang, rempah ratus, tomato dan sayur-sayur=)

lunch ngan dinner maryam semalam: ikan singgang dengan brokoli

masak ikan bersama-sama lengkuas, asam keping, bawang putih, bawang merah. renehkan dengan api perlahan, dan tambah sedikit air. bila dah agak-agak nak masak camak brokoli.

 breakfast semalam: oat+ yogurt+kiwi+anggur

gambar reverse  gitu kan...


ni pon semalam. awal pagi semalam. sebelum breakfast pon lagi. masa teman ummi sahur, dia pon sahur jugakkk..sibuk nak minum air masak sendiri dalam gelas. habis basah baju. malas nak pakaikan baju baru, tapi takut sejuk so  selimutkan jer.


rilex anak dara mak!

kuey tiaw ladna hot! =P

ni kuey tiaw ladna versi dewasa pulok. asyik version maryam jer. entry-entry lepas ade orang komen mintak resepi. so ni version mak la. masak campak-campak, so setiap kali masak pon berubah-ubah. so ni lebih kurang lah, semalam buat untuk bukak puasa. walid maryam tak nak makan nasi, mak lagi suka. lagi senang.

kuey tiaw ladna

resepi kuey tiaw ladna (2 orang makan)

2 genggam kuey tiaw.
1 ulas bawang putih
sedikit kicap manis
sedikit kicap masin

tumis bawang putih. (mak suka sampai bawang tu garing, nanti lagi wangi), masukkan kuy tiaw, masukkan kicap2 secukup rasa. kacau sebati.

kuah:

5-6 ulas bawang putih
1-2 sudu sos tiram
8-10 ekor udang saiz sederhana
2 mangkuk air
serbuk lada sulah
5-6 biji cili padi. (nak lagi pedas boleh tambah)
sayur-sayuran ( carrot, bunga kubis, sayur sawi, daun bawang)
bancuhan tepung jagung
sebiji telur
bawang goreng

tumis bawang putih sehingga naik bau. masukkan sos tiram dan udang. kacau, masukkan air, carrot, lada sulah, cili padi diketuk. bila carrot sudah agak lembut masukkan bunga kubis dan bawang sawi. akhir sekali masukkan daun sawi dan daun bawang, masukkan bancuhan tepung jagung. akhir sekali telur yang dipukul. perisakan dengan garam dan gula. hidangkan dengan kuw tiae yang digoreng tadi. tabur bawang bawang. done!

gambar gegar. tangan ketaq, lapar. tak buka puasa lagi. =P


Sunday, 20 May 2012

selera mak

sekarang ni semua orang dalam rumah ni ikut selera i. sebab i tukang masak so i berkuasa. muahaha

western-western tak berapa nak boleh sekarang. cheese lagi lah! terus kembang tengakak.

seafood olio menu terpaksa. ni menu masa maryam demam. nangis jer. masa lunch pon mak xsempat lagi makan. so masak jer ape yang senang, dia boleh makan sekali.  tapi lepas asingkan untuk maryam, untuk diri sendiri mak tambah cili potong, perah asam limau banyak2..nyum nyum..

petangnya terasa nak makan nasi air. so satu family la kene makan nasi air. hehe

maryam punya: nasi air+ stir fried sawi + capsicum + ikan bilis goreng

ni untuk mak bapak. sawi goreng tocu + ikan bilis

tak perlu susah-susah makan nasi air kat kedai.hehe

kalau tengahari tiba-tiba nak makan nasi air, tapi malas nak masak nasi, i makan ngan oat jer. setappp jugak..tapi tu menu husband mak takde lah..kalau dia ade mana nak pandang oat-oat ni.

pregnant kali ni hari hari ade jer benda nak makan. macam bila nak tu hari ni jugak kene dapatkan sebab macam batul-betul nak makan. tak sure ni selera anak ke selera mak. tapi selera sama jer masa pregnantkan maryam, i suka something yang rasa kuat, masin, masam, pedas. menu rasa bland terus rasa bluekkk. tapi setakat hari ni, kalau rasa nak makan something mesti gigih masak sendiri jer..yelah..setakat nak makan ikan tenggiri dengan telur ikan tenggiri goreng kunyit, tutup mata pon boleh buat...benda-benda simple macam ni jer boleh masuk tekak..hehe bagusla kan. tak menyusahkan orang.

ok lah. takde masa sangat nak merapu. ade dua kanak-kanak yang hendak dilayan. adios~

Thursday, 10 May 2012

makanan cap ibu dan anak dan bapak

 sebelum tayang gambar food tayang budak dah banyak akal.

pagi bila entah, mandi pon belom ni, bukak almari ambik seluar soh ummi pakaikan. korean la sangat kat, pakai hot pant legging munga2..haha pastu beg munga-munga. ya allah! mangsa fesyen betul anak oi!


lepas tu baru tayang food. tayang secara pukal lah. sebab semalam tak de sesi menayang. hihi. semalam puasa noks. puasa ganti 6 hari lagi ni. melepek la semalam tak bermaya. nak berfikir tulis blog pon tak mampu.

breakfast: roti bakar telur buruk rupa..hihi..biasa susun pisang cantik2 atas roti. ni lenyek2 jer campur telur.

snek: banana+ avocado + yogurt

lunch: bubur sup daging

ni resepi ulangan jer. boleh search kat ruangan search tu kalau nak resepi..xpon cari kat list kat tepi ni.

ni menu breakfast ibu dan anak: pisang grilled cheese ngan oat+mangga+yogurt

ni lunch: nai+ telur dadar+ bayam tumis ikan bilis. untuk ummi goreng ikan kering sikit. lama xmakan ikan kering. lagipon telur dadar ngan sayur bayam tu tawaq hebeq. share ngan maryam kan. so umii need perasa. sekali ikan kering tu tak masin daa. tawar jugak..rasa ni ikan mak cik aku kasi dia beli kat kedah..xmasin langsung tapi rangup. nipis2 jer ikan kering nye. agak frust disitu sebab tak masin..hahaha..tiba2 rasa nak makan ikan pekasam.nyum nyum

ni hidangan bapak2.

asam pedas





 gulai kuning ikan tambang, ikan tambang goreng, ulam timun, budu

simple jer menu berbuka semalam. hehe





Monday, 20 February 2012

paprik udang

paprik udang ngan nasi putih. dinner walid semalam.

i rasa paprik lah menu paling senang dikala malas masak tapi still ade perut yang harus di isi kan... kalau keluar food ni maknanya mood ummi maryam malas masak lah ni..haha or mau cepat.


bahan-bahan: (untuk sorang makan)

udang saiz sederhana 8 ekor
bawang putih 2 ulas
halia sikit
1 sudu kecik cili giling (optional)
hirisan bawang holland
daun limau purut
sebatang serai saiz kecik
sayur mayur (guna jagung muda, carrot, kunis bunga, tomato)
cili api (ketuk)

3-4 sos cili
2 sudu sos tiram
1 sos tomato (optional, kalau xnak letak pon ok)
sos nampla sedikit

tumis bawang ngan halia sehingga wangi, masukkan cili giling. tumis lagi sampai wangi. masukkan udang, kacau separuh masak, masukkan sos, serai, daun limau. sos tu lebih kurang la..xcukup tambah lagi. soso cili banyak, sos tiram kurang sikit, sos tomato sangat sikit, sos nampla sikit. masukkan air masukkan sayur ikut yang paling keras. siap~




 hidang panas-panas ngan nasi putih panas-panas.

hias suka hati. masakan tersangat simple pon jadi nampak sedap. haha
maryam pon nak cantik-cantik jugak

nasi putih dan sup ikan simple. resepi SINI

Monday, 13 February 2012

ubat pengasih

 meh nak ajar buat ubat pengasih cara mak. tak perlu jumpa tok bomoh belajar buat nasi kangkang. haha. just buat food yang dia gemar makan walaupon food itu sangat lemak manis dikala anda sedang berusaha diet.

husband mak sweet tooth orangnya. dia tak mengaku. tapi coklat-coklat, ice cream dalam peti semua hak milik dia. coklat mak makan sekali lah. hehe. ice cream tak berapa gemor. kalau makan pon sesudu dua.

so ini adalah salah satu ubat pengasih yang dia gemari..

tiramisu

mak tak berapa gemor ubat pengasih complicated ala-ala masterchef. ubat pengasih ni simple jer. pukul-pukul, campur-campur. susun-susun. masuk peti

resepi tersangat simple ubat pengasih. eh. tiramisu

125 g cream cheese
125g whipping cream
60g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir  secukupnya
serbok kok/cokolat utk hiasan

cara-cara:
1) pukul whipping cream+ cream cheese+ gula sehingga kembang. 
2)Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas(i guna bekas kecik jer sebab nak dia berlapis-lapis sebab ni separuh adenan jer. i guna bekas boleh masuk microwave yang petak tu)
3)Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan.
4)Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka bila nak makan 
resepi asal disini . i buat separuh adunan dan kurangkan gula.


 tambah bentuk love tu kan. lagi bertambah-tambah kasih sayang. gagaga. tu resepi tambahan untuk kuatkan lagi kesan ubat pengasih ni. 

 sebab i mengamalkan konsep 'yang penting rupa' dalam masakan, buat benda cantik macam ni boleh mendatangkan mood yang baik. haha


selamat mencuba!

Wednesday, 8 February 2012

menu orang dayek

i'm sexy and i know it..i work out episode 3. beru 5 hari bersenam. i dah rasa penat gilerrrr..macammana nak menyahut cabaran husband selama 2 bulan ni?

hari ni 260 calori terbakar. pecah rekod. terbanyak la setakat ni..total 3 km. 2km jogging..satu km lagi brisk walk. habis keluar peluh jantan.

bila dah tahu senaman itu sungguh berat. nak makan pon sayang. husband dah bising-bising. nak diet jangan la sampai xmakan langsung. nanti susu maryam takde. i baru ingat nak dinner oat, tapi sebab dia bising TERPAKSA lah makan nasi jugak. ececece


 menu orang dayek

ikan cencaru sumbat bakar dengan sup bening labu bayam

biasa i goreng. marilah menjalani hidup dengan lebih sihat..kita bakorrr
 sup bening/sayur air labu bayam

tumbuk 2 ulas bawang merah dengan ikan bilis sesudu dan sedikit lada hitam. pastu masukkan air dalam periuk, letak bahan tumbuk, campak labu, masak sampai lembut, masak bayam. garam sket sebagai perisa. senang dan sedap dan sihat. haha

 ikan cencaru sumbat ni pon super senang

tumbuk 3 ulas bawang merah, seulas bawang putih, sebatang serai, halia sikit, kunyit sikit, asam jawa 2 sudu, seimbangkan rasa dengan garam gula. sumbat dalam ikan cencaru, balut ngan aluminium foil,kita bakorrr.

semoga terus bersemangat nak turunkan berat...

Monday, 14 November 2011

love in a box

spicy shrimp olio aglio pasta

(bila i in a happy ceria selalu mood) i suka masakkan husband breakfast. tapi dia pergi kerja awal sangat. takkan nak breakfast pukul 630 pagi. kalau i terlebih rajin, boleh lah dia bawak kasih sayang i ke ofis.

tapi cabaran jugak prepare breakfast ni sebenarnya. bukan sebab susah, masakan breakfast adalah masakan yang simple-simple sajor. tapi sebab i adalah bukan jenis orang yang mampu bangun pukul 530 pagi masakkan husband breakfast. dan i memasak adalah sangat lambat. so walaupon nanti dah terer masak jangan mimpi lah nak masuk master chef. huhu

tapi, seperti yang selalu i katakan, kepada suami-suami, untuk happy anda perlu menghappykan isteri kamu. isteri yang happy akan buat apa saja demi kamu. ngehehe

so ape yang i buat adalah.....

sebelum tido, prepare bahan awal-awal.

hiris siap-siap, basuk bekas, masuk peti.

pasta direbus al-dente (2 orang makan)
olive oil yang banyak untuk menumis
3 ulas bawang putih
1 labu (saiz kecik) bawang besar holland
10 ekor udang
chilli flakes (ikut tahap kepedasan yang anda mahu)
cendawan shiitake
bunga kubis
capsicum
saderi
tomato
italian mix herb (optional)
hirisan limau nipis (rumah mak tak dok lemon nyahhh)

cara:
tumis bawang sehingga layu, jangan sampai garing masukkan udang kacau hingga separuh masak masukkan chilli flakes.
diikuti dengan sayur-mayur ikut turutan yang paling lambat masak masukkan dulu (cendawan, saderi, capsicum, bunga kubis, tomato)
kacau sehinga sayur dan udang masak, masukkan pasta.kalau terlalu kering masukkan air. masukkan italian mix herb, garam dan gula. akhir sekali sebelum tutup api perah hirisan limau nipis.



artistic la konon. focus pon tak. -_____-"

Sunday, 23 October 2011

hari sabtu

weekend ni macam biasalah, hari sabtu jer kiteorang keluar. hari ahad melepak-lepak di rumah. semalam kawan-kawan husband datang melepak kat rumah sambil tengok bola. huhu. best semalam. meriah. tapi kawan husband yang penyukong MU tak dapat datang pulak semalam. kalau tak mesti lagi meriah dia kene kutuk. hak hak


mulakan hari dengan cucu udang dan secawan kopi. samakan depan tv alas surat khabar. haha

hari sabtu tu keluar rumah lambat sikit dari biasa. appointment fisio husband sepatutnya pagi, tapi tukar ke tengahari sebab lepas tu nak pergi ke birthday anak kawan husband kat PV8.

besor kondo dia husband cakap kalau rumah besar tu takde rumah landed pon takpe. lagipon dia baru pindah kut, perabot takde lagi, lagi lah nampak keluasan nye. best jer maryam mem-buas sebab luas and lapang.


birthday boy. setahun tapi lagi kecik dari maryam. dia baru lepas sakit. turun sampai 2 kilo. kesian.=(

lepas tu baru lah sesi mengirai duit. pergi OU. dah lama giler kut kiteorang tak pergi OU. last sekali kiteorang pergi adalah 3 tahun lepas. giler lama kan? huhu. asyik pergi midvalley jer. 3 tahun lepas pergi beli jam hantaran. masa tu saya adalah student, masa tu saya adalah tak kawen lagi, dan yang penting masa tu saya adalah kurus. -____-"

rasanya lama giler tak pergi mall. so lama giler tak guna stroller maryam. bila letak atas stroller nampak maryam dah besar sangat dah. dah panjang dah dia.
dah tak nak duduk macam ni dah. nak tengok orang kut


bila tukar mengadap depan baru lah dia senyap

lepas tu pergi IKEA beli barang sikit sambil tukar lampin, mandi, minum susu. hik hik. maryam ni keluar pon rutin tak berubah.

dalam nursing room

pastu bila malam dinner kat ghulam mee. kawan husband ajak. first time try. glamor sangat ingat kan mee macammana, rupanya mee goreng. bagi i sedap, oklah. husband cakap biasa jer. huhu

lapar tunggu food lama sangat ke?

tapi tempat dia besar and orang adalah sangat ramai, so service adalah suck. lama giler nak tunggu food kiteorang sampai. air i dah habis baru food sampai.

itu sajor. sampai rumah pukul 12, badan dah sangat penat, mata sangat mengantuk, maryam tak nak tido sebab dah tido dalam kereta, terjaga. bagus!

Tuesday, 18 October 2011

yang, mee ni terlebih kicap ke?


orang prop bunga, aku prop buah-buah ambik kat kampung hari tu. haha. kau ado?

pada zaman duhulu, saya adalah seorang pelajar kelas bestari agama. dimana semua pelajar didalam kelas itu diwajibkan mengambil bahasa arab dalam peperiksaan PMR walaupon pelajar itu tidak berminat.

disebabkan tidak berminat dengan kelas bahasa arab, saya banyak kali skip kelas tambahan bahasa arab kerana saya rasa kalau saya pergi pon saya bermain sahaja didalam kelas. yang anehnya ustaz bahasa arab sangat tahu pelajarnya kalau kelas petang bukan belajar sangat, tapi dia masih maintain mengajar sorang-sorang didepan walaupon mungkin pelajar yang mendengan hanya 2,3 orang. ustaz shauri nama ustaz itu.

apakah aktiviti saya dan rakan-rakan bila skip (ponteng lah tu) kelas tambahan bahasa arab? saya pergi berjalan-jalan kat bandar tanah merah belakang sekolah saya. jalan kaki jer lintas landasan kereta api. antara aktiviti yang selalu saya buat dibandar adalah makan mee goreng atas pasar. sungguh sedap mee goreng itu kerana dia letak air rebusan tulang, dengan kaler hitam legam, mee goreng basah dan og cos setimbun ajinamoto. nikmatnye makan mee goreng itu pada zaman itu.

pada zaman sekarang selalu jugak saya pergi ke pasar bila balik ke kampung. tapi nak makan makanan kat pasar tu dah tak lalu. tambah-tambah bila melihat keadaan sekeliling yang agak kotor dan bau yang macam menghilangkan selera. macammana lah dulu saya boleh makan kat situ? haha. pengaruh rakan sebaya.

tapi rasa mee goreng basah hitam legam tu selalu saya teringat-ringat. saya memang tak jumpa lagi mee goreng yang sesedap itu kat tempat lain. saya selalu bercita-cita nak masak mee yang rasa macam tu. kalau tak dapat rasa macam tu, ade rupa pon dah cukup lah.

tapi rumah saya tak pernah ade kicap pekat. lalu bulan lepas semasa membeli barang dapur di giant saya pon ambil lah satu botol kicap pekat jenama jalen kalau tak silap. (yes..bulan lepas beli, bulan ni baru berkelapangan nak buat. biasolah tu, i suka tangguh-tangguh menu, kadang-kadang sampai expired pon bahan yang dibeli tuh)

lauk mee goreng atas pasar itu adalah lauk daging, tapi saya malas nak defrost daging. semalam saya dalam mood pemalash. jadi guna udang cepat sikit lembut. di goreng macam biasa tapi manis mahu lebih barulah rasa macam mee goreng atas pasar tuh.

saya berpuas hati dengan hasilnya. beri husband makan. riaksinya husband sebelum makan?

riaksi husband adalah title entry ini.

mmotong!

Thursday, 22 September 2011

hoi hoi dah jumaat lah!

hari bangun awal(ceyyy..tu jer nak cakap) sikit so boleh lah prepare breakfast untuk husband. masa tengah masak menyedari masa sudah suntuk dan lewat masuk bilik kejut husband yang sedang enak tido di sebelah maryam. selepas itu kembali menyambung tugas memasak. sedang elok masak, husband keluar dengan handsome bergaya memakai kemeja linen. lalu dengan kongfidengnye berfikir,

'ahah..salah hari la laki ku ini'

"bie..jumaat ke hari ni yang u pakai kemeja linen ni?" *sambil sengeh memerli*

"yelah sayang...hari ni hari jumaat lah"

ohhh ye keeee..cepat nye! mana hari isnin,selasa, rabu, khamis pergi? rasa macam baru jer weekend, esok weekend lagi.

Photobucket
olio udang pelbagai jenis cili i love you plis say u love me too

di goreng dengan minyak dagu supaya husband bertambah sayang.

esok i ada jemputan open house di seremban dan juga di setia alam. dan di shah alam tengah-tengah.

so boleh lah nyanyi macam ni,

'dari seremban, ke setia alam, singgah di shah alam makan laksam kak ila'

ikut rentak joget pahang yer

dan lepas tu ade satu tempat lagi rumah ofismate husband. lupa kat mana. heheh. seremban ngan setia alam tu memang tempat wajib pergi.

oklah..hari ni mood mithali datang. mau membuat kerja rumah.

Monday, 19 September 2011

malam yang tenang

i sedang online seorang diri.husband dah tido. begitu juga maryam (kenapa rasa macam buat karangan bm?). sedang menikmati hot chocolate (cey ceh..milo panas jer padahal) dengan sesudu oat ditambah supaya kepekatan berganda nyum nyum! dan sedang mengunyah kuih cincin jugak pemberian jiran (thanks baiti and roch!). bahagia sungguh mengunyah dimalam hari. hahah

Photobucket
dinner husband malam ni. ini sahaja. hihi

petang nya masa chatting dengan dia dah cakap i adalah sangat malas nak masak.

bila dia balik tengok i masak ikan sweet sour dia cakap,

"kate malas masak, masak lah benda yang simple-simple"

"simple lah ni, ape lagi masakan yang simple?"

"ikan goreng senang jer"

"pastu kene masak sayur jugak as kuah. same jer"

sebenarnya semua bawang dan cendawan i dah siap cincang and hiris. lebihan masak untuk openhouse haritu. so tinggal nak nak cincang carrot ,kacang and lada jer. pastu main campak-campak. senang jer senenarnya. lagi kau nak malas maghfarah!

husband jer dinner makan nasi. i dah membaham carbonara petang tuh awal-awal sebab malam nak pergi gym. kalau makan lambat kang perut senak.

malam ni saya berjaya pergi gym. setelah hampir 2 bulan tak jejak gym? tak konsisten betul ko ni. camane nak kurus?

Tuesday, 13 September 2011

hai aunties~

Photobucket
ni kesinambungan kisah semalam. lepas cubaan nak ambik lappy ummi tapi gagal saya koyakkan magazine ummi. nasib baik mag lama. tapi ummi sayang magazines dia. tapi sebab bila saya dah besar ni dah banyak mag ummi kene koyak and kene gigit so die pon macam dah tak kisah sangat.

hari ni masa ummi kat dapo saya jatuhkan lappy ummi dari atas katil! tinggi la jugak. gedegang bunyi. pastu saya menangis. ummi berlari-lari masuk bilik sebab ummi ingat saya yang jatuh, rupanya saya menten jer berdiri tepi katil. lappy yang jatuh rupanya. ummi cakap saya pandai. menangis dulu sebab tahu kalau tak nangis mesti kene marah jatuhkan lappy ummi.

walid dah pesan kat ummi jangan tinggal maryam sorang-sorang. kene tengok. tapi ummi tinggal saya sebab saya tido. saya bangun senyap-senyap sebab saya nak target latop ummi.

Photobucket
ni bukan ummi marah tau.ummi tak pernah marah saya.ni menangis sebab ummi pakaikan baju.

Photobucket
ummi cakap bila dia tengok gambar ni rasa macam nak menangis. "besar dah anak aku", ummi cakap.


Photobucket
ok, ni takde kene mengene ngan maryam. ni ummi masak semalam untuk walid. ummi takde mood nak masak nasi. so ummi masak angel hair hailam. terliur maryam tengok walid makan. tapi maryam boleh makan nasi bubur jer. tunggu lah maryam besar baru maryam boleh makan