Showing posts with label bubur sup daging. Show all posts
Showing posts with label bubur sup daging. Show all posts

Monday, 9 April 2012

nasi sup daging

 *ehem* tayang sikit =P

 nasi sup daging

bahan-bahan

3 oz daging cincang
1/2 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih(hiris)
sehiris halia
serba sedikit rempah 4 beradik
1 sudu teh serbuk rempah sup
2 kali whitebutton mushroom
labu
celery stick
tomato
daun sup
homemade bawang goreng

tumis bawang, halia dan rempah 4 beradik dengan sedikit pure olive oil. masukkan daging dan rempah sup. kacau sehingga masak. masukkan cendawan, celery stick, tomato, labu. masak sehingga masak.


didangkan dengan nasi lembik.

ni beras merah+beras biasa

tabur bawang goreng ngan daun sup

bawang goreng tu i goreng ngan sunflower seed guna minyak sikiiit sajor atas pan

jangan guna yang ready made pulak. ebtah ape2 dia taruk nak kasi tahan lama tu kan? lagipon rasa dia sedap semacam kan? ade apae2 tambahan xrasa?

saja nak tempaek gambar lama untuk tontonan maryam dimasa hadapan

peristiwa cubaan sumbat sampah dalam telinga tapi salah sasaran
huhu

Wednesday, 7 December 2011

bubur sup daging

my husband balik kerja awal hari ni. peristiwa yang jarang berlaku. kalau balik awal, boleh lah dia suapkan maryam makan. harini i masakkan maryam oat porridge, husband cakap maryam macam lama jer tak makan nasi. mana ada~ i gilir-gilir la. (tapi seronok masak oat sebab dia makan banyak kalau oat) bukan semua menu masuk blog. huhu. ni menu hari isnin kut. dah upload gambar, tapi peram jer kat draft.

bubur sup daging

bahan-bahan:

serba sikit rempah tumis 4 beradik (ni i google nama dia ni. haha..orang kelantan panggil "kakah nnumih")
sehilis halia (mayang)
seulas bawang putih
seulas bawang merah
1/2 sudu rempah serbuk adabi
3-4 sudu beras (saya buat half beras wangi, half beras perang)
2.5  mug air (kalau pekat tambah lagi air lagi)
1/2 cawan stock daging (rebus daging simpan air)
daging (direbus, cincang halus/blend kalau baby kecik lagi)
celery
sayur mayur (saya letak brokoli, tomato, carrot)

ni rempah paling penting. rempah serbuk sup adabi.

daging rebus dicincang

1. tumis bawang, halia, dan rempah sup serbuk adabi, rempah tumis adik beradik dengan pure olive oil sehingga naik bau.
2. masukkan air, stok daging, daging, dan beras. kacau hingga hampir masak, masukkan celery dan carrot.masukkan sedikit lagi air jika perlu.
3. bila dah masak masukkan tomato. kacau, sebelum tutup api, masukkan brokoli.

siap bubur sup daging. makan dengan hirisan daun sup

masak masa dia tengah tido.

bangun tido, lapar-lapar ummi suapkan bubur sup daging yang yummy. dah lah selera makan dia tengah mencanak-canak naik sekarang. nak masak pon happy jer=)

dinner pon menu sama. hehe. masa selera tengah naik ni. mengulang menu pon tak pe=)

bila saya kenyang, sayalah orang paling happy~